Bab 29

Romance Completed 15358

"Ha, it's a good idea. Kitorang pun nak pergi minum ni." Ujarku memandang Takuya dan Naoya. Mereka berdua hanya mengangguk.
"Ha, elok sangat. Aku memang haus dari tadi ni." Ujarnya.
"Okey, jom." Kami berempat pun jalan ke kafe. Kafe, kafe, kafe. Itu sahajalah dalam fikiran aku. Nak berjumpa ke, berbincang ke semuanya di situ.
Sedang kami berjalan, Takuya berjalan dengan Naoya, aku pula berjalan dengan Dini. Kami berdua di belakang Takuya dan Naoya.
"Weh, haa, kejap, eh?" Ujarku. Aku melajukan langkah dan berjalan di tengah-tengah di antara Takuya dan Naoya.
"Nani?" Soal Takuya memandang aku. Aku mendongak sambil memandang mereka berdua silih berganti.
"Hehe, call Takashi and Koichi for me. Tell them to have a drink together with us." Ujarku.
"Hai'." Jawabnya mengeluh. Pemalas. Buat sahajalah.
Aku ketawa, "Hehe, arigatou."
Aku perlahankan langkahku dan jalan bersama Dini semula.
"Eh, kau tak cerita apa-apa pun kan pada aku? Ni apa hal ni? Tiba-tiba pula mereka ni datang jemput aku dan family aku di airport. Mereka siap kenal kau lagi tu." Kata Dini menunjuk ke arah Naoya dan Takuya yang sedang menelefon Koichi dan Takashi.
"Sakina-chan, they said that they already there." Kata Takuya. Aku pelik. Eh, aku dah suruh mereka ke sana ke?
"Alyn-chan, Eca-chan to Hana-chan mo. (Alyn, Eca dan Hannah juga.)" Kata Takuya.
"Aa, sou desu ka? Naru hodo. Kai-kun wa?" Soalku.
"Kai is having a date with his sister." Jawabnya.
"Aa~ Ryoga-kun?" Soalku lagi.
"You asked me about Ryoga? You are the one that live with him. Boku janai. (Bukan aku.)" Ujar Takuya menepuk dahi. Oh, ya ke? Aku ya yang tinggal serumah dengan dia? Hehe.
"Aa, hehe." Aku hanya menyengih.
"Oi, apa cerita ni?" Soal Dini.
"Hihi, nantilah aku cerita. Sekarang ni, jom kita pergi jumpa Alyn, Hannah dengan Eca dulu." Ujarku.
Aku mengeluarkan mask aku dari dalam beg. Aku ada sahaja mask tapi jarang aku pakai.
"Nah, kau pakai ni. Aku tak nak bagi diorang cam kau awal sangat. Dan buka spek mata kau tu." Aku memberi mask itu kepada Dini. Dini hanya akur. Dia menyimpan cermin matanya. Aku memberinya spek mata hitam. Baru susah sikit nak cam.
Sesampainya kami di kafe, mereka berlima sudah ada di situ menunggu kami.
"Ohayou!" Ucap kami. Waktu itu memang pagi lagi. Dalam pukul 9 pagi macam tu.
"Ohayou." Jawab mereka.
Aku duduk di sebelah Alyn. Dini duduk di sebelah aku. Aku tahu sekarang dia sedang meroyan tak tentu pasal di dalam hati kerana tak faham apa yang terjadi. Bila dia nampak sahaja Takashi, lagi meroyan. Haha!
"Abang, kenapa abang ada kat sini dengan Takashi?" Soalku.
"Hm, kitorang baru sampai lepas tu, terserempak dengan Alyn, Hannah dan Eca. Diorang kata aby suruh diorang tunggu aby kat sini. Jadi, kitorang berdua pun tunggulah sekali." Cerita abang sambil itu mata mereka semua termasuk Abang Koichi tertumpu pada Dini. Aku mengangguk faham. Dini mencuit-cuit paha aku.
"Weh, apa pasal dia boleh cakap Melayu?!" Bisik Dini terkejut. Aku hanya ketawa.
"Ha, siapa ni?" Soal Abang Koichi menunjuk ke arah Dini.
"Siapa ni? Haha, sabar dulu. Kita relax dulu. Order air. Yay! Abang belanja." Ujarku.
"Hm, order lah." Kata abang. Aku ketawa. Setelah lama kami bersembang, dua cawan hot chocolate dan dua cawan mocha tiba. Dua cawan mocha itu dua beradik itu punya.
Alyn mencuit aku, "Siapa ni, weh?" Soal Alyn.
"Ha, weh, introduce yourself." Ujarku menepuk bahu Dini.
Dia membuka cermin mata hitam, mengeluarkan cermin matanya dan memakainya lalu membuka mask yang dipakainya. Dini menayangkan sebaris giginya kepada Alyn, Hannah dan Eca. Dia ni, kalau buat macam tu, semua orang kata dia comel.
"Haha! Tadaa!!" Aku bersuara.
"Dini?!!" Hah, mulalah aksi berpeluk-pelukan di situ.
"Weh, Dini, kau pergi mana? Lama tak nampak." Kata Hannah. Kami berempat memandang dia.
"Soalan kau silap. Patutnya dia yang tanya kita. Bukan kau tanya dia." Ujarku.
"Oh, terbalik, eh? Hehe." Dia menyengih.
"Bila kau sampai sini? Kau ni suka berahsia, kan?" Ujar Alyn memukul aku.
"Baru je tadi." Jawab Dini.
"Haha, bukan nak berahsia tapi, aku saje nak buat surprise." Balasku.
"Hajimemashite. (Hai. Bagi peretemuan pertama kali sahaja.) My name is Dini Qistina. You can call me Dini. I am one of their best friends." Ujar Dini menunduk hormat. Mereka membalas.
"I am Koichi. Yoshino Koichi." Kata abang. Dini hanya membiarkan mereka memperkenalkan diri masing-masing walaupun Dini dah kenal sangat mereka itu.
"Ha, ni abang angkat aku." Ujarku.
"A-Abang angkat kau? Tipulah." Kata Dini. Abang Koichi mengangguk-angguk.
"Tak ada kerja aku nak tipu kaulah. Kau dengar dia cakap Melayu tadi, kan? Aku lah yang mengajarnya." Ujarku lagi. Akhirnya, dia percaya.
"I am Takashi. Matsuo Takashi. Nice to meet you." Katanya. Aku hampir tergelak. Aku teringat waktu Dini terjatuh hati pada Takashi awal dulu, dia selalu panggil orang, Matsuo. Siapa-siapa sahaja lah. Tak kisah lelaki atau perempuan, adik dia Danish itu pun pernah dipanggil Matsuo. Dia marah, nama Matsuo yang keluar, dia gembira pun nama Matsuo juga yang keluar.
"Nice to meet you too." Balas Dini tersenyum tersipu malu. Baguslah Dini ni tak seteruk Alyn dan Hannah yang sampai pengsan berjumpa Takuya dan Kai.
Kami semua memandang mereka berdua.
"Uhuk..uhuk..Takashi's heart not at uhuk..Alyn..uhuk..anymore." Ujarku sambil berbatuk-batuk. Nak cover sahaja. Semua tak dengar kecuali Naoya dan Takuya. Takuya dan Naoya menahan ketawa.
"Eh, weh, Ryoga mana?" Soalku memandang Alyn, Hannah dan Eca.
"Ryoga? Hm, Ryoga...mana dia pergi tadi, eh?" Soal Hannah memandang Alyn.
"Tak silap aku dia keluar." Ujar Eca.
"Keluar dengan...?" Riak wajahku mula berubah. Dia keluar dengan siapa, hah?
"Keluar dengan..." Mereka seperti teragak-agak mahu menjawab.
"Entahlah. Keluar seorang kot." Kata Alyn laju.
Aku hanya mengangguk.
"Ya ke dia keluar seorang?" Soalku.
"Yalah tu kot. Tak pun dia keluar dengan obaa-san mungkin." Ujar Alyn. Aku mengangguk. Okey, kalau betul, tak apa.
"Doumo. (Hai.) Sakina-chan, you left your diary at home. Nanti cari macam orang hilang anak pula." Kata Ryoga yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan kami.
"Eh, Ryoga-kun! Suka hati sahaja cakap macam tu." Balasku gembira. Aku mengambil diari itu daripada tangannya.
"Betullah. Nanti satu rumah awak bising membebel." Balasnya.
"Arigatou." Ucapku. Dia mengangguk. Dini semakin terbuntang mata.
"Weh, Ryoga ke tu? Ryoga Funatsu?!" Soalnya terkejut. Ha, kau, dah jumpa depan-depan baru tahu nak terkejut. Sebelum ni, apa kau kata dia? Dia hodohlah, tak kacaklah, tak ada rupalah. Kan?
"Heh, terkejut?" Ujarku.
"Okeylah, saya pergi dulu. Jaa, mata ne, minna. (Bye, semua.)" Kata Ryoga.
"Matte!" Aku memberhentikan langkahnya. Dia berhenti lalu menoleh memandangku.
"Doko ni iku no?" Soalku memandang dia.
"Saya nak keluar sekejap. Kenapa?" Soalnya pula.
"Dengan siapa?" Soalku lagi.
"A-Alone. Doushita?" Jawabnya.
"Hontou ka?" Aku memandang dia dengan pandangan yang tajam.
"Betul la." Balasnya.
"Okey." Balasku pula. Dia seperti menghela nafas lega.
Aku kembali tertumpu pada meja di hadapan aku. Semua orang memandang aku.
"Nani?" Soalku. Mereka semua terus senyum mengusik kecuali Dini.
"Apa? I just asked him. I'm not jealous if he go out with Haruka." Ujarku dengan muka poyo ku lalu bersandar.
"Haruka? Oh, so you know her?" Soal Takashi.
"Hm, I know her because LAST WEEK I saw RYOGA went out with HARUKA and drink TOGETHER at this CAFE." Ujarku selamba. Padahal, telinga berasap. Haha.
Abang memandangku.
"Why are you starring at me like that, abang?" Soalku.
"Tengok muka pun dah tahu." Kata abang.
"Tahu apa? Dah tak ada apa-apa lah. Biarlah dia itu." Balasku.
"Pergi je lah kejar dia kalau tak percaya sangat." Kata Alyn.
Aku mengeluh perlahan lalu berdiri, "Shouganai. (It can't be helped.)"
"Aku nak keluar sekejap, kau, kau, kau dan kau, nak pergi mana-mana bagitahu aku." Ujarku menunjuk ke arah Alyn, Eca, Hannah dan Dini. Aku memakai hoodie jaketku lalu keluar daripada kafe. Mereka semua ketawa. Ah, biarkan sahajalah mereka.
"Mana dia pergi tadi, haa?" Soalku sendiri. Aku mencari dia di sekitar situ. Aku dapat rasakan dia tak jauh dari situ.
Tiba-tiba aku terperasan dia di sebuah kedai baju. Aku mengundur semula. Dia sedang berunding dengan pekedai baju di situ.
"Dia beli apa kat sini?" Soalku sambil menjenguk ke dalam kedai itu. Semuanya baju. Segala jenis baju. Tradisional, moden, segalanyalah. Bermacam warna dan pilihan serta corak.
Tiba-tiba disebelahku ada seekor anjing. Anjing perliharaan orang agaknya. Tapi, tuannya tak ada pun. Aku tak endahkan pun anjing itu tapi, dia pandang aku semacam. Aku pandang ia.
"Mm, kau..kenapa pandang aku macam tu?" Soalku ketakutan. Aku membuka hoodie aku. Aku semakin kebelakang.
"WOOF!" Ia menyalak kuat pada aku. Aku terkejut lalu terjatuh kebelakang.
"Aduh!" Aku mengerang kesakitan. Ia masih menyalak padaku.
"Eh? Sakina-chan!" Ryoga terus datang ke arahku. Adui, kantoi sudah. Aku baru nak ikut dia senyap-senyap.
"Sakina-chan, daijoubu ka?" Soalnya kerisauan. Dia separa duduk dihadapanku.
"Daijoubu." Jawabku. Aku memandang ke arah anjing itu. Dia masih tak puas hati denganku. Garang semacam sahaja anjing itu.
"Woof!" Dia menyalak lagi. Aku semakin takut. Aku menarik baju Ryoga sambil menutup mata. Ryoga pun terkejut dengan anjing itu. Apa yang aku boleh buat? Hanya boleh berlindung dibelakang dia.
"Sumimasen! Gomenasai!" Seorang lelaki datang terus menunduk ke arah kami.
"Kimi no inu? (Your dog?)" Soal Ryoga. Aku hanya boleh mendengar kerana mataku aku sudah tutup rapat keduanya. Anjing itu dahlah besar. Bukan kecil seperti Tiara. Tiara bolehlah aku tahan lagi. Sebenarnya, Tiara pun boleh tahan garangnya. Tiara jenis anjing chihuahua. Yang menyalak pada aku itu jenis bulldog. Err, seram betullah.
"Sou, boku no inu. (Ya, saya punya.) Sumimasen, oujou-san. (Maafkan saya, cik.) Are you hurt?" Soal lelaki itu. Aku membuka mata. Ryoga memandang aku.
"Zenzen ni daijoubu. (Tak ada apalah.)" Jawabku. Tapak tangan aku sekali lagi terguris. Tapi, kali ini, lukanya lebih panjang, lebih dalam dan lebih banyak darah. Haih, sakit tahu.
"Sumimasen." Ujarnya menunduk lagi.
"Hai', daijoubu." Balas Ryoga. Dia membawa anjingnya pergi.
"Sakina-chan, awak okey?" Soal Ryoga.
"Saya okey. Ah!" Aku baru nak tunjuk yang aku okey, aku pergi tekan tapak tangan aku yang luka itu pada simen. Bijak sangat kau, Sakinah.
"Mana yang luka? Bagi saya tengok." Katanya.
"Tak ada apalah. Sikit je ni." Ujarku meniup sendiri tapak tanganku itu.
"Jangan degil. Bagi saya tengok." Ujarnya menarik tanganku.
"Teruklah luka ni. It must be so hurt." Dia memandangku dengan muka yang risau. Dia berdiri sambil tidak melepaskan lenganku. Lengan, Ya Allah, lengan. Nasib berlapik tebal dengan jaket aku.
"Meh, bangun." Katanya. Aku bangun. Dia menarik lenganku.
"Nak pergi mana?" Dia hanya diam lalu bawa aku ke sebuah kerusi.
"Sit here." Aku hanya akur.
"Tunggu sampai saya datang balik." Katanya lalu pergi dari situ. Menuju ke mana entah. Aku hanya menunggu di situ. Aku melihat ke arah luka itu.
"Ahh, teruk juga luka ni." Ujarku sendiri. Aku memandang ke arah langit. Hari agak gelap hari ini.
"Tulah kau ni. Kau pun pergi ikut dia tadi buat apa? Tapi, aku nak beritahu tentang hal itu. Hadoii!" Aku membebel sendiri.
"Hish, apa la yang awak bebel tu?"
"Hehe, nandemonai. (Tak ada apalah.)" Jawabku.
"Awak nak buat apa?" Soalku melihat dia sedang mengerjakan sesuatu.
Dia mengambil tanganku lalu membersihkan luka itu.
"Ah, sakitlah." Ujarku.
"Tahanlah sikit." Katanya memandangku. Dia menyambung kerjanya. Dia menampal plaster pada luka itu dengan kemas. Alahai, kalau macam ni, luka hari-hari pun seronok. Hahaha! Okey, Sakinah merepek. Bergurau sahaja.
"Awak tunggu sini kejap. Saya nak pergi ambil barang." Katanya. Dia bangun dan menuju ke kedai tadi. Dia kembali dengan satu beg di tangannya.
"Dah, kaerimashou. (mari balik.)" Katanya.
"Sekarang?" Soalku.
"Yes. Now, naughty girl. Jom. Baru jatuh tadi, kan?" Ujarnya.
"Hm, tak nak." Balasku membantah.
"Kenapa pula? Awak ada nak pergi mana-mana ke?" Soalnya.
"Ada." Jawabku.
"Nak pergi mana?" Soalnya lagi.
"Satu kedai. Sekejap je. Jom." Balasku.
Aku berjalan mendahului dia.
"Hei, tunggu saya." Ujarnya. Aku hanya terus berjalan. Dia menyamakan langkah denganku.
"Ha, kali ni, awak pula tunggu kat luar. Saya nak masuk kejap." Kataku.
"Okay, be careful." Pesannya.
"Okay." Balasku.
Aku masuk ke dalam kedai itu. Banyaknya seluar jeans. Seluar jeans antara seluar kegemaran aku sebab ada poket depan, belakang, kiri, kanan. Aku ke sini bukan untuk beli seluar jeans untuk aku, tetapi, untuk Ryoga. Sekali-sekala, nak juga aku belanja dia. Asyik dia sahaja belanja aku. Aku harap dia suka walaupun tak seberapa.
Setelah selesai aku membeli, aku keluar dari situ.
"Arigatou gozaimasu." Aku menunduk.
"Hai'. Come again next time." Balas pekedai itu.
"Hai'!" Balasku.
"Awak beli apa?" Soalnya.
"Beli sesuatu." Jawabku. Dia hanya mengangguk.
"Okay, let's go home." Ujarnya.
"Wait." Kataku memberhentikan dia.
"Hm?"
"Here, this is for you actually." Kataku menghulurkan dia beg yang berisi sehelai seluar jeans hitam itu.
"For..me?" Soalnya terkejut.
"Hm, take it." Balasku tersenyum.
"Oh, ha, thank you. It's so nice of you." Ucapnya tersenyum.
"Saya naklah juga belanja awak. Awak dah banyak sangat belanja saya. Saya dah banyak susahkan awak." Kataku. Dia memandangku pelik.
"Hm, saya nak minta maaf sebab saya ada banyak buat salah dengan awak. Terima kasih juga sebab awak layan kerenah saya, awak jaga saya selama ni." Ujarku lagi. Dia semakin pelik.
Aku menunduk lalu menarik nafas panjang, "Mama has made a decision, she said..that we are going back to Malaysia next week."
"Next week?" Soalnya perlahan dengan nada yang sedih.
"Sou, next week." Aku tengah sedih sebenarnya. Nak nangis dah rasa.
Aku cuba untuk senyum, "That's why, I bought you this for you remember me always. Haha, manalah tahu nanti kalau saya tak ada dengan awak, kita dah lama tak jumpa, dah lama tak jalan-jalan macam ni, awak lupa saya. And because of that, I want you to spend time with me this week. But, ah, you seem a little busy, so..it's okay. You have spend too much time with me." Mukanya seperti rasa bersalah. Ah, janganlah rasa bersalah, aku faham keadaan kau yang sedang sibuk.
"But, you really want to go back to Malaysia?" Soalnya.
"Of course I want. My family are in Malaysia. I live in Malaysia. And I am Malaysian. Nihonjin janai. (Saya bukan orang Jepun.)" Ujarku sedikit ketawa untuk menghiburkan hati sendiri.
Aku mengetap bibir, "But, my heart is here. And it won't and don't want to go anywhere..maybe." Aku memandang sekeliling. Hm, susahnya untuk aku tinggalkan tempat ini.
"Someone will miss you then." Katanya.
"Haa? Who will miss me yang degil, keras kepala lagikan nakal ni?" Soalku pelik. Siapa pula lah nak rindu aku yang banyak songeh sepanjang di sini?
"Ha, wait." Katanya. Dia mendail nombor seseorang. Dia bercakap secara berbisik. Mungkin privasi. Aku pun tidaklah nak mendengar.
"Sakina-chan, I have to go. Can you walk home alone? I have some things to do. Some things important." Ujarnya. Ah, tak sempat aku nak beritahu dia satu lagi benda. Ataupun, dia tak perlu tahu. Nanti, lagi susah untuk aku tinggalkan Jepun ni.
"Oh, okay, I'm okay, just go." Balasku tersenyum kelat. Dia terus pergi menuju ke mana entah.
"It's okay. I'm fine. I'm okay. I can walk home alone. Just go. Ugh! Lying to someone that we love is just hurting myself a lot." Ujarku sendiri. Ya, memang sakit, memang pedih.
Aku menahan tangisanku. Aku sudah tidak tahan, aku menangis di situ juga. Untuk mengelakkan orang fikir aku ni pengganas antarabangsa yang menangis dan memberontak di tengah jalan, aku mengatur langkah ke Ueno Park. Biasalah, tempat aku itu.
"Arhh!" Jeritku melepaskan segalanya di kerusi itu. Aku menangis sepuas hati.
"Ahh! I..I love you, Ryoga-kun!! I love you! Saya sayangkan awak..." Ujarku sayu. Aku memeluk lututku dan masih menangis. Akhirnya, perasaan aku pada dia terluah juga. Mesti dah lama semua orang tunggu saat ini. Malangnya, dia tak bersama aku sekarang.
Setelah aku berpuas hati sepuas-puasnya, aku pulang ke rumah. Tiba sahaja aku di rumah, hujan mulai turun. Fuh, aku bernasib baik.
"Tadaima. (Saya dah balik.)" Ujarku dengan nada sedih.
"Okaeri. (Selamat pulang.)" Dengar suara obaa-san dari dapur.
Aku masuk ke bilik lalu melabuhkan punggungku di tilam. Aku membuka telefonku. Aku membuka aplikasi whatsapp lalu menekan pada group 'Jepun go!'. Group kami berempat.
'Korang. Korang kat mana? Dah hujan ni. Aku dah bagitahu Ryoga dah.' Aku menghantar mesej itu.
'Aku dan Eca tengah jalan-jalan lagi dengan Dini. Sempatlah beli payung. Tapi, Alyn tak tahu lah pergi mana. Dini kata dia nak jalan-jalan dengan kau.' Jawab Hannah.
'Kau dah bagitahu Ryoga? Dia kata apa?' Soal Eca.
'Tapi, kitorang pun dah bagitahu Takuya dan Naoya tadi. Diorang berdua pun macam...sedih.' Kata Hannah.
'Dia cuma macam terkejut lepas tu, dia terus gerak, pergi mana entah. Cakap dengan Dini, esok seharian aku teman dia. Pukul 7 aku terpacak depan pintu bilik hotel dia.' Jawabku.
'Okey, dia kata okey. Dia tunggu kau esok.' Balas Hannah.
'Aku kat sini. Aku baru lepas bagitahu Kai. Dia terkejut juga. Lepas tu, adik dia ada bagi aku hadiah. Dia kata nanti datanglah rumah lagi, mak tunggu. Tapi, kan, lepas Kai terkejut tak tentu pasal tu dia terus berlari macam kejar sesuatu.' Ujar Alyn yang baru sahaja muncul.
'Sakinah, Koichi dah tahu belum?' Ujar Hannah.
'Ha, aku nak jumpa Yuki nak bagitahu dia juga, tapi aku tak tahu dia kat mana.' Balas Eca.
'Abang Koichi dah tahu. Dia tahu dulu sebelum Ryoga. Dialah orang pertama tahu. Yuki tu nanti kau tanyalah kawan-kawan dia tu. Okeylah korang, jumpa kat rumah.' Balasku. Aku menutup telefonku. Aku baring sambil memikirkan tentang tadi. Betulkah apa yang aku jeritkan tadi? Aku benar-benar suka dan sayang pada dia?

Share this novel

Fukumen Hime
2021-03-23 01:47:48 

1) doumo bukan bermaksud hai. doumo lebih kepada thank you or selalu combine dgn sumimasen untk lebih polite dalam meminta maaf 2) zenzen ni daijoubu is incorrect kerana once guna zenzen, the next word must be in negative form . sepatutnya zenzen daijoubu jaa arimasen / zenzen daijoubu dewa arimasen. (untuk Sakinah, cakap je “zenzen desu”)

Fukumen Hime
2021-03-23 01:47:48 

1) doumo bukan bermaksud hai. doumo lebih kepada thank you or selalu combine dgn sumimasen untk lebih polite dalam meminta maaf 2) zenzen ni daijoubu is incorrect kerana once guna zenzen, the next word must be in negative form . sepatutnya zenzen daijoubu jaa arimasen / zenzen daijoubu dewa arimasen. (untuk Sakinah, cakap je “zenzen desu”)


NovelPlus Premium

The best ads free experience