Bab 23

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
Setelah aku bersiap, aku keluar bersama Ryoga seperti yang mama suruh tadi. Kami nak pergi beli barang dapur sahaja. Tapi, dia bawa aku ke stesen keretapi. Aku pelik. Stesen keretapi?
"Where are we going?" Tanyaku setelah kami sampai di stesen keretapi.
"Kenapa kita kat sini? Where do you want to bring me?" Soalku lagi memandang dia.
"Ikut je lah. Betul cakap mama awak, langsung tak berubah. Bising je dari kecil." Balasnya lalu tersenyum tidak memandang aku. Tak perlu imbas balik lah.
"Eh, yalah, saya nak tahu mana awak nak bawa saya. Nak pergi beli barang je, kan?" Dia tidak membalas malah tersenyum.
"Ah, our train has arrive." Katanya lalu menuju ke pintu keretapi tersebut.
"Ueno?" Terkejut aku apabila melihat keretapi itu menuju ke Ueno. Aku hanya mengekori dia. Nak beli barang dapur pun nak pergi sejauh itu? Takkanlah.
Keretapi yang kami naiki itu berhenti pada destinasi kami.
"Wah! Ueno!" Kataku teruja. Maklumlah tak pernah lagi sampai di Ueno. Tiba-tiba dia menarik lengan jaket aku.
"Watch your step." Katanya sambil menunjuk dihadapanku ada tangga menuju ke bawah. Aku hanya menyengih.
Kami pun teruskan berjalan. Aku hanya ikut sahaja kemana dia nak bawa aku.
"Wait, let's go there first." Ajaknya. Aku memandang ke arah kedai yang dia tunjuk.
"Watch shop?" Dia mengangguk.
"But, for what?" Soalku sambil mengerling ke arah jamnya yang masih elok.
"Just follow me." Balasnya. Aku ikut sahaja.
Setibanya kami di hadapan kedai jam itu kami masuk.
"Wahh! Rambang mata aku tengok jam Casio G-shock dan Baby-G ni. Kelemahan aku ni." Kataku sendiri sambil kedua mataku bercahaya memandang kesemua jam jenama kegemaranku itu.
"Awak kena teman saya. Saya nak beli jam." Katanya. Aku hanya mengangguk sebab boleh cuci mata. Hoho. Kami melihat sekeliling. Dia sedang memilih jam. Dia mengerling ke arahku yang mata sedang bersinar-sinar melihat kesemua jam Casio G-shock dan Baby-G di situ.
"Which one is perfect?" Dia bertanya setelah beberapa lama memilih. Aku mengangkat bahu.
"I don't know. Pilihlah mana awak suka. Tapi, kalau awak tanya saya, pilihlah warna purple." Ujarku memberi cadangan sambil memandang dia.
"Hm, if this one?" Soalnya sambil menunjuk ke arah dua jam ungu yang dipamerkan di dalam satu rak cermin kaca, Casio G-shock dan Baby-G.
"Awak...nak beli dua? That is couple watches set, right?" Soalku pula sebab dia tunjuk yang dua itu juga sedangkan jenis macam itu di pameran yang bukan set pun ada. Dia terus meminta pekedai itu mengambil kedua jam itu.
Aku semakin pelik, "Seriously? For who?" Dia mengangguk sambil menunggu pekedai itu membetulkan jam itu. Takkan dia nak pakai sampai dua, kiri dan kanan?
"For someone special in my life." Katanya tersenyum. Aku tersentak. Dia dah berpunya? Seriuslah?
Pekedai itu memberi Ryoga kedua-dua jam itu untuk dicuba.
"Cantik tak?" Soalnya. Aku jawab tapi, jawab macam nak tak nak sahajalah. Yalah, dia nak bagi orang lain jam idaman aku tu. 'Someone special' pula tu. Aku pun redha sahajalah.
"Hm, ya, cantik." Jawabku endah tak endah.
"Cuba awak pakai. Someone special tu, tangan dia macam awak. Ya la, dia perempuan jadi, awak cuba la. Just in case, jam ni longgar sangat ke untuk dia, tangan yang kecil comel tu." Ujarnya menghulurkan aku jam itu. Ha, nak pakai ke tak nak? Aku dahlah tengah sakit hati dengan dia, tapi, itu jam idaman aku.
"Tak nak. Suruh lah orang tu yang pakai." Balasku pula.
"Ala, awak tolong la saya. Please." Pintanya. Aku hanya mengalah dan pakai sahaja jam itu.
"Longgar." Jawabku sambil mengembalikan semula jam itu pada dia. Tanganku ni tulang sahaja. Memang setiap kali aku beli jam, aku kena tebuk lagi satu atau dua lubang.
Dia memberikan jam itu kepada pekedai dan menyuruh pekedai itu menebuk lubang pada tali jam tersebut.
Aku mencubanya semula, "Perfect." Ujarku setelah mendapati jam itu muat-muat sahaja pada pergelangan tanganku. Aku bagi balik jam itu pada dia. Bye-bye, jam. Huhu~
"Thank you, good girl." Balasnya. Aku hanya hampa. Haih, tak ada harapanlah macam ni.
Kami teruskan perjalanan kami. Entah kemana lah sebenarnya dia nak bawa aku.
Tiba-tiba dia membelok. Dia masuk ke dalam satu bangunan ini. Aku tak perasan. Aku baru nak belok.
"Eh, Ryoga-san? Ryoga-san!" Aku memanggilnya. Aku sudah panik. Aku terpusing pusing mencari dia.
"Hei, sinila." Panggilnya. Aku pergi ke arah dia. Dia membawa aku masuk ke dalam satu bangunan.
"Here, your ticket." Ujarnya memberi aku sekeping tiket. Wah, cepatnya dia beli. Aku mengambilnya.
"Wah! What is this place?" Soalku yang terpegun.
"Museum." Ada macam-macam dalam muzium itu. Ada pameran baju tradisional Jepun, makanan dan sejarah Jepun.
"Do you want to try..the kimono?" Soalnya.
"Of course!" Aku teruja dan mengangguk banyak kali. Sejujurnya, aku memang teringin nak pakai. Aku pilih kimono yang berwarna ungu.
Aku keluar dari bilik persalinan. Kami bertemu di tengah-tengah di dalam sebuah bilik. Bilik itu dikhaskan untuk bergambar. Senang cerita, bilik itu ialah studio yang dihiasi dengan hiasan tradisional Jepun. Kami menunduk hormat sesama sendiri.
Jurugambar yang disediakan mengambil gambar kami. Banyak gambar yang diambil oleh jurugambar itu. Kami membeli kesemua gambar itu.
Kami keluar dari muzium itu sambil membelek gambar-gambar tadi.
"Haha! Your face is so funny." Kataku sambil menunjuk salah satu gambar. Dia hanya tersenyum melihat aku ketawa. Setiap gambar tadi kami buat dua salinan. Kami teruskan perjalanan. Aku menyimpan gambar-gambar itu di dalam begku.
"Hm, saya nak minta maaf." Ujarku.
"Ha? For what?" Soalnya pelik.
"Sebab saya dah banyak susahkan awak. Dari first day kita jumpa lagi. Awak selamatkan saya. Malam tu, saya pengsan pula, awak juga yang bawa saya balik rumah. Lepas tu, awak dan Kai teman kitorang datang Kanagawa. Dalam train...haa, tu pun saya nak minta maaf juga." Bebelku panjang.
"Kenapa pula?" Soalnya lagi sambil tersenyum.
"Sebab..saya tertidur kat bahu awak. Lepas tu, awak dahlah banyak sangat belanja saya. Macam-macam awak belanja saya. Snowcap, gloves, hot chocolate, saya tinggal kat rumah awak pula. Saya ni banyak menyusahkan awak, kan?" Ujarku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
"Haha, tak ada apa la tu. Saya tak kisah pun. Sebab.." Dia tidak menghabiskan ayatnya.
"Sebab..?" Soalku pelik memandang dia.
"Nothing." Jawabnya tersenyum.
"Tapi, waktu yang saya bawa awak balik rumah tu, macam mana awak boleh tahu yang saya dengan awak?" Soalnya.
"Entah, tapi, saya nampak awak dalam mimpi saya. Saya ni kadang-kadang kalau nampak dalam alam mimpi, alam realiti pun boleh ikut sama." Jawabku mengangguk sendiri.
"Maksudnya?" Soalnya tidak faham. Mukanya berkerut.
"Maksudnya..ha, contohnya saya nampak sesuatu berlaku dalam alam mimpi saya, di alam realiti pula, saya akan terikut perbuatan dari alam mimpi itu tanpa sedar. Tapi, kadang-kadang je jadi. Yang saya sedar ianya terjadilah. Kalau saya tak sedar ia terjadi, saya tak tahulah berapa banyak kali dah terjadi." Jawabku panjang lebar. Dia mengangguk faham. Eh, kejap. Adui, pecahlah rahsia yang dalam mimpi itu aku peluk dia.
Aku baru tersedar yang kami sedang berjalan.
"Eh, where we want to go now?" Tanyaku.
"Hm, I'll bring you to..mm..ha! Ueno Park." Katanya menjongketkan keningnya memandang aku.
"Okay, I just follow you." Balasku. Dia senyum dan terus bawa aku ke Ueno Park.
Setibanya kami di Ueno Park, aku memandang dia, "What we want to do here?" Soalku. Kami sedang berjalan-jalan di sekitar taman.
"Hm, your mother said, you wanted to watch a beautiful scenery. So, come on I bring you there." Katanya sambil berlari meninggalkanku.
"Don't run. You will fell down." Aku memberi amaran. Dia berhenti dan pusing.
"You are afraid I will fell down or I will left you?" Soalnya sambil menunggu aku.
"Both." Balasku setelah aku tiba di hadapannya. Dia senyum.
"Here! Kita dah sampai." Katanya sambil menunjuk ke arah pemandangan yang cantik. Aku terpegun. Ada sebuah kerusi di bawah pokok sakura yang rendang. Kerusi itu betul-betul di hadapan pemandangan yang cantik itu.
"Cantiknya!" Setelah beberapa lama terpegun akhirnya suara aku keluar.
Aku terus menuju ke arah kerusi itu. Aku mengambil gambar pemandangan yang cantik itu. Kebetulan aku membawa kamera DSLR kesayangan aku itu. Aku membelek beberapa gambar yang telah aku tangkap.
"Wah! Kireii. (Cantik.) Kalau Alyn, Hannah dan Eca tahu ni mahu penuh lebam pada lengan aku, sebab tak ajak dorang." Kataku sendiri.
Ryoga menuju ke arahku.
"Do you like it?" Soalnya. Aku mengangguk sambil menangkap beberapa lagi gambar. Kerja kami di situ hanya menangkap gambar. Sampai penuh kad memori kamera aku.
"Ahh, I'm tired." Kataku sambil duduk di kerusi itu.
"So do I." Balasnya sambil duduk disebelahku.
Dia duduk disebelahku dengan sedikit jarak. Kerusi itu besar.
"Hey, do you remember our deal that day?" Soalnya memandang aku. Aku mengangguk.
"Why? Dah dapat jawapan ke?" Soalku tersenyum. Kalau dia dah tahu aku ni Baby, mungkinlah dia tahu.
Dia mengangguk, "Tanya la apa-apa."
"Okey, apa benda yang saya paling suka?" Aku memulakan soalan pertama.
"Chocolates, marshmallows and teddy bears." Jawabnya.
"Haiwan apa yang paling saya tak suka?"
"Katak, hm..lipas. Ha, tanya la lagi." Ujarnya. Amboi, yakin betul.
Setelah beberapa soalan aku bertanya, aku diam seketika sambil tersenyum.
"Kenapa senyum?" Soalnya memandangku.
Aku memandang ke depan, "You really know me." Jawabku. Aku menikmati pandangan yang cantik itu.
"Hm, macam mana awak boleh tahu saya suka teddy bears?" Soalku.
"Haha, sebab dulu awak suka bawa patung Garfield awak. Pergi mana-mana pun awak bawa. Lepas tu, awak gigit telinga dia sampai koyak." Katanya sambil tergelak. Aku tersentak terus terdiam.
"Lagi satu, pasal lipas tu saya tahu sebab, waktu tu kita kat rumah awak. Awak tengah main dengan saya, lepas tu, awak merangkak masuk bawah meja. Saya pun tak tahu kenapa. Ada seekor lipas tu keluar datang kat awak. Awak terus keluar dari bawah meja. Awak nak saya dukung lepas tu, awak nangis sebab lipas tu buka sayap dia dan terbang pergi kat awak." Ceritanya lalu ketawa lagi. Aku masih terdiam. Tapi, lipas memang aku fobia sejak azali lagi.
"Lepas tu, saya pun pergi buang lipas tu. Kalau biar je kat situ nanti, ada orang yang tak nak lepaskan saya." Usiknya sambil memandangku.
"Nak tahu lagi tak? Walaupun sebulan je saya duduk dengan awak kat Malaysia dulu, saya tahu macam-macam pasal awak. Awak dulu, kuat nangis. Sekarang kuat nangis lagi tak?" Ujarnya sambil tersenyum mengusik.
'Mana ada aku kuat nangis.' Aku menafikan dalam hati sahaja.
Aku menggeleng, "Su-sudahlah tu mengimbau zaman lama." Ujarku memandang ke arah lain. Pipiku mulai merah. Aku malulah, weh!
"Why? Malu ke?" Soalnya. Tak perlulah tanya macam tu. Aku hanya diam menahan malu. Dia ketawa.
"Urm, I have something for you." Katanya memandangku.
"Hm?" Aku memandang dia.
"Oh, before that, give me your right hand." Ujarnya meminta tanganku.
"Ha? Nak buat apa?" Soalku memegang erat tanganku.
"Just give it. Trust me." Katanya. Aku hanya memberinya tangan kananku. Dia membuka jamku.
"Simpan." Katanya memberi aku jam tersebut. Aku hanya akur. Tak, dia nak buat apa ni?
Dia mengeluarkan kotak jam daripada beg plastik. Kotak jam yang dia beli tadi?
"Awak nak buat apa tu?" Soalku lagi. Dia mengeluarkan jam Casio Baby-G berwarna ungu dari kotak itu. Dia meletakkan kotak itu ketepi.
"This watch, actually, it is for you." Katanya sambil memakaikanku jam itu.
Aku terkejut, "For me?" Soalku sambil terkebil-kebil memandang dia. Terkedu aku dibuatnya.
Dia mengangguk, "Yes, this is yours."
Aku membelek jam itu. Dia pula memakai jam Casio G-Shock yang sepadan denganku.
"But, isn't it burden you? This watch is so expensive, right?" Soalku. Tolonglah, aku rasa bersalah lah. Jam ni bukannya murah. Kalau ikut harga Malaysia mahu RM200 ke atas. Asli punya kan.
"No, it doesn't burden me at all because it's for you. Ini sebagai tanda yang kita ni, dah jadi kawan rapat." Jawabnya.
Aku senyum, "Thank you."
Ehh, kejap. Kalau dia bagi aku jam ni, maksudnya, akukah 'someone special' yang dia katakan tadi?
"From now on, you can't call me 'san' anymore. You have to call me 'kun'." Ujarnya.
"Hm, why?"
"Biarlah, sebab awak dah jadi kawan rapat saya." Jawabnya tersenyum. Takkan tak gembira dapat jam idaman.
"Now, our watches are same." Ujarnya menunjukkan jamnya kepadaku. Aku senyum.
"Bagi tangan awak pula." Ujarku.
"Ha? Awak nak buat apa?" Soalnya pula.
"Bagi je." Kataku. Dia beri tangannya padaku.
"Ha, buat macam ni." Aku menyuruh dia meletakkan tangannya disebelah tanganku dengan sedikit jarak.
"Awak nak buat apa?" Soalnya.
"Saya nak tangkap gambar tangan awak dan tangan saya pakai jam ni." Balasku. Aku mengeluarkan telefonku lalu menangkap gambar tangan kami itu.
"Hm, tapi kan kalau saya panggil awak...ojii-san, boleh?" Aku menyakat dia.
"Eh, awak ingat saya tua sangat ke nak panggil saya pak cik?" Soal Ryoga. Aku ketawa.
"Okay, Ryoga-kun~" Balasku sambil menghabiskan sisa ketawaku.
Aku memandang sekeliling taman. Agak ramai juga manusia di sini. Yah, kedua mataku tertumpu pada suatu gerai. Aiskrim. Hehe.
"Hm, Ryoga-kun, I want some ice cream, please?" Pintaku sambil memandang ke arahnya. Berharap dapatlah satu aiskrim coklat kegemaranku.
"Ice cream? Tell me that you love me first." Ujarnya sambil memberi pipinya padaku. Dia buat lagi.
"Eyy!! Tumbuk kang! Ada yang tak sempat makan aiskrim nanti!" Kataku sambil menunjuk dia tanganku yang digenggam seperti penumbuk.
"Haha! I'm just kidding. Nak ke tak ni?" Soalnya.
"Naklah. Boleh?" Ujarku kembali lembut. Dia senyum.
"Okay, ikuze." Ujarnya lalu bangun sambil tersenyum. Apa pasal aku nampak dia macam bahagia sangat hari ini?
Aku mengangguk lalu menyimpan kameraku dan berdiri.
"Lajunya kalau bab makan, kan?" Soalnya. Aku hanya senyum. Kami melihat ke arah pemandangan itu sebelum balik.
Kami ke gerai aiskrim yang berdekatan, "What flavour do you want?" Soalnya. Aku hanya senyum. Aku tahu dia tahu.
"Oh, I know. Of course your favourite is chocolate." Ujarnya sambil tersenyum. Dia pun memesan dua aiskrim coklat.
"Nahh, this is for you." Dia memberikan aku satu cawan aiskrim coklat. Aku mengambilnya.
"Wahaa! It's been a long time I'm not eating this lovely thing. Thank you." Ujarku sambil mengambil satu suap aiskrim. Sedap woo aiskrim Jepun ni. Dia memandangku yang sedang sedap menikmati aiskrim itu sambil berjalan menuju pulang.
"Haha! Your mouth." Dia ketawa besar sambil menunjuk ke arah mulutku. Comot lah tu kan? Aku mengelap dengan tangan.
"Is it more?" Soalku.
Dia mengangguk. Kami berhenti. Dia mengambil tisu di dalam poketnya lalu mahu mengelap mulut aku.
Aku semakin kebelakang, "Eh, it's okay. I can do it by myself."
"Oh, here." Dia memberi aku tisu itu. Dia fikir aku ni 'Baby'?
"Thanks." Terkejut aku dia nak tolong lap tadi. Nasib baik aku cepat tangkap apa dia nak buat. Kami pun berjalan pulang.
*******
Setelah tibanya kami berdua di rumah, aku baru teringat.
"Wait!" Sergahku memberhentikan dia yang sedang membuka tali kasut.
"Doushita?" Soalnya pelik.
Dia berdiri dan memandang kearahku untuk mendapatkan jawapan. Yalah, tiba-tiba sahaja sergah macam apa.
"We didn't buy anything that mama ordered earlier." Aku dah cuak. Aduh, macam mana pula lah boleh lupa. Dia terkejut. Langsung tak teringat.
"Aby? Aby ke tu? Dah balik ke?" Jerit mama sambil aku mendengar mama menuju ke arah kami. Matilah kami. Aku panik.
Aku dan Ryoga terus berlari keluar semula untuk mencari barang dapur yang dipesan.
"Haha! Boleh pula lupa." Kami berdua gelak lalu menuju ke kedai runcit yang berdekatan.
"Ya, I didn't remember at all about that. Haha!" Kami masih gelak.
Buat pertama kali aku menapak di kedai runcit tempatan di Jepun. Macam seronok sahaja. Agak besar.
"Okay, now, let's see." Ujarku sambil mengeluarkan sehelai kertas. Ryoga turut melihat sambil menolak sebuah troli. Ya, kerja aku cari barang, kerja dia bawa barang.
"Bawang, bawang putih, roti? Balik balik roti, balik balik roti. Cepat betul roti kat rumah tu habis. Ish, ish, ish. Kena beli yang besar sikit ni." Bebelku sendiri. Padahal, roti yang habis itu aku yang makan. Hehe.
"Apa ni? Timun, cili. Kelapa parut? Kelapa parut jenis apa pula yang wujud dekat sini? Mama nak buat apa ni? Serbuk kari ikan adabi? Ma, ni Jepun, ma. Bukan Malaysia, ma. Ada ke serbuk kari ikan adabi wujud kat sini? Ya Allah, boleh jadi gila aku baca benda alah ni." Ujarku lagi. Aku lihat pada belakang kertas itu. Ada tertulis sesuatu.
'Mama gurau je pasal serbuk kari dengan kelapa parut tu. Jangan cari sampai tak balik pula.'
"Lah gurau rupanya, ingat betul betul suruh cari tadi. Kalau betul tadi, memang aby tak balik, ma." Aku bermonolog sendiri lagi.
"Hey, is everything alright?" Soal Ryoga mengejutkan aku dari dunia monolog aku.
Aku mengangguk, "Yes. Let's go."
Kami pun mencari segala barang yang dipesan itu.
"Alahai, tinggi pula roti ni." Ujarku sendiri sambil berjengket hendak mencapai roti yang berada di tingkat ke-4 rak itu.
Aku masih mencuba. Tak, yang aku geramnya, aku dahlah pendek, letak roti tinggi-tinggi. Tinggi aku 163 cm je lah!
Ryoga yang perasan, datang ke arahku. Dia pergi melihat ikan yang segar bugar tadi.
"La, kenapa tak panggil saya? Awak tu kan pendek. Haha! Here, I get it for you." Katanya lalu mengambil roti itu dengan mudah. Dia memasukkan roti ke dalam troli.
"Tak baik lah kata orang pendek. Tahulah dia tinggi." Ujarku. Tahulah aku 163 sahaja dan kau 177. Jauh sangat beza sampai 14 cm.
"Ya la, saya gurau je la. Hei, jangan merajuk pula." Dia sudah cuak takut aku marah. Dia cuba memandang wajahku yang masih tidak senyum.
"Nak apa?" Soalku kasar.
"Alahai, merajuk pula." Ujarnya. Dia mengambil sesuatu di rak yang berada disebelahnya.
"Nak?" Soalnya. Aku menjeling benda yang dia pegang itu. Alamak! Coklat kegemaran aku.
Aku senyum, kemudian aku memandang dia.
"Hmph, tak nak pun." Ujarku tetapi aku mencapai coklat itu.
"Ehh, tak nak tapi ambil. Haih." Dia menggeleng tersenyum.
Setelah sekian lama, kami jumpa kesemua barang. Kami membayarnya lalu kami pulang sambil membawa beberapa beg plastik.
Kami masuk ke rumah, "Tadaima!" Ucapku dan Ryoga.
"Ha, sampai pun. Lama mama tunggu korang berdua balik. Tadi dengar macam dah balik, tapi tengok tak ada orang pun." Ujar mama pelik.
"Tadi memang dah sampai sebenarnya, lepas tu lupa nak beli barang. Itu yang kitorang keluar balik tu." Balasku jujur sambil membuka kasut. Aku menyengih.
"Oh, pergi Ueno berdua lepas tu angau sangat sampai tak ingat apa yang mama pesan suruh beli ke? Hm, angau sangat ni. Ish, ish, ish." Soal mama tersenyum suka lalu mengambil plastik di tangan Ryoga dan membawanya ke dapur.
Aku menepuk dahi lalu mengekori mama ke dapur. Bukan sengaja nak lupa, ma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience