ZAILANI gembira sebaik saja mendengar berita dari Junaidi yang Juwita telah dibenarkan pulang setelah dua hari menjadi penghuni Hospital Melaka.
Namun kegembiraannya direntap apabila Junaidi memaklumkan mereka tidak akan menetap di situ buat sementara waktu. Mujur saja cuti sekolah telah bermula, jika tidak pasti agak jauh untuk mereka berulang alik.
"Abang nak melawat kak long ke?" soal Junaidi ingin kepastian.
"Eh... mestilah nak." Wajah Junaidi sedikit mendung mendengar soalan yang tidak diduga dari Junaidi.
"Kak long dah tak macam dulu. Dia dah jadi patung." Terlopong Zailani mendengarnya.
"A... apa maksud Idi?" Zailani gugup. Dadanya berdebar.
"Sejak kak long keluar hospital semalam, kak long dah tak banyak bercakap. Dia banyak termenung. Kita cakap dengan dia pun, dia buat tak tahu je. Ibu pun dah tak tahu nak pujuk kak long macam mana." Zailani mengeluh mendengar penjelasan Junaidi.
Entah mengapa hatinya berasa sakit apabila mengetahui keadaan Juwita. Perbualan telefon antara dia dan Junaidi tak lama bila dia terpaksa menamatkan panggilan kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.
Zailani ingin ke tandas apabila dia terdengar nama Juwita disebut-sebut. Pantas, dia memasang telinga.
"Saya tak tahu Encik Zack. Dah berapa hari Juwita tak datang kerja." Zailani mengintai.
Kelihatan Zack dan Nana di dalam pantry.
"Takkan awak tak tahu langsung mana dia pergi?" Zack merengus.
"Memang saya tak tahu." Nana kelihatan takut-takut.
"Okey. Saya percayakan awak. Tapi saya nak minta awak tolong saya. Tolong dapatkan file kewangan projek Seri Kayangan. Ni upah awak." Melihat itu, Zailani segera mengeluarkan telefon bimbit lalu merakam perbualan mereka.
"Tapi encik, tak ada siapa dibenarkan masuk ke dalam bilik Cik Juwita." Nana kelihatan takut-takut.
Walaupun dia tahu bilik itu tidak pernah berkunci namum, tiada siapa yang berani masuk. Bahkan ketika Juwita bekerja, pintu itu tidak pernah ditutup.
"Ala... pandai-pandai awaklah. Cakap jela Tuan Mansur nak file tu. Ingat ye. Kalau kantoi, saya heret awak sekali. Cepat ambil duit ni." Zack mendesak. Nana kelihatan teragak-agak untuk mengambil wang yang dihulurkan oleh Zack.
Zailani tersenyum riang. Siaplah kau, Zack. Zailani berpatah balik lalu menuju ke pejabat Tuan Mansur. Video itu harus diserahkan kepada Tuan Mansur secepat mungkin.
Zailani masuk ke dalam bilik Tuan Mansur setelah diarahkan masuk. Kebetulan Haris juga berada di situ.
"Ye Zai... ada apa?" soal Tuan Mansur tegas.
"Maaf tuan kalau saya mengganggu. Tapi saya rasa tuan perlu tengok video ni." Zailani segera menghulurkan telefon bimbitnya kepada Tuan Mansur.
"Apa ni?" Tuan Mansur menyoal. Tidak mengerti dengan tindakan Zailani. Haris hanya memerhati.
Buntang mata Tuan Mansur apabila selesai melihat video yang ditunjukkan Zailani.
"Tak habis-habis cari masalahlah budak ni. Geram betul aku." Tuan Mansur memandang Haris. Andai saja Haris bersetuju untuk turut sama menerajui syarikat itu, pasti dia tidak perlu bimbang.
"Terima kasih Zai. Nanti tolong emailkan kepada saya video ni ye. Awak boleh keluar sekarang," arah Tuan Mansur. Zailani segera bangkit lalu meninggalkan dua beranak itu.
Tuan Mansur memandang Haris penuh makna. Maklum dengan pandangan itu, Haris bangkit.
"No worries Pa. Haris akan resign twenty four hours. Haris pergi ambil dan pindahkan file dari bilik Ju. Mind if I ask Zai to help me?" Tuan Mansur mengangguk. Haris koyak senyum sebelum berlalu meninggalkan bilik Tuan Mansur.
Sampai je di pejabat Juwita sudah ada yang memandang. Haris masuk ke dalam pejabat Juwita lalu menutup pintu.
Lama dia meneliti sekitar bilik Juwita sebelum dia mengambil sebuah buku nota yang berada di dalam laci.
Berkerut dahi Haris membaca setiap butiran yang ditulis oleh Juwita. Tersungging senyum di bibir Haris. Juwita dari dulu memang seorang yang sangat teliti.
Tiba-tiba Haris teringat perbualannya dengan Tuan Mansur beberapa bulan yang lalu.
"Haris tahu Juwita dapat bongkar lagi kes penyelewengan duit syarikat." Ketika itu mereka sedang menikmati minum petang di tepi kolam renang.
"Serius pa? Kan betul Haris cakap. Tak rugi papa ambil Juwita bekerja. Haris tahu dia memang sangat bagus." Tuan Mansur tidak menafikan kata-kata Haris.
Ya... Haris yang meminta Juwita menghantar resume di syarikat Tuan Mansur Shah Sdn Bhd. Dia tahu sejauh mana kebolehan Juwita. Malah ketika sesi temu duga, Tuan Mansur sendiri yang menemu duga Juwita.
Namun siapa sangka rupanya Juwita adalah darah daging mereka sendiri. Terasa betapa kecilnya dunia ini. Dalam usaha Tuan Mansur mengesan semula Zaitun, rupanya mereka sangat dekat.
Ketukan di pintu mematikan lamunan Haris. Setelah membetulkan duduknya, Haris memberi arahan supaya masuk.
"Errr... Maaf Encik. Saya nak ambil file projek Seri Kayangan." Haris beriak selamba.
"Untuk apa ye?" soal Haris. walhal dia telah tahu. Sekadar ingin melihat sejauh mana permainan mereka.
"Cik Juwita pesan supaya saya semak semula akaun bulan lepas." Haris kerut dahi.
"Bila Cik Juwita pesan? Bukan ke dia sedang bercuti?" soal Haris penuh curiga.
"Errr... pagi tadi dia call saya. Katanya lupa nak pesan sebelum dia bercuti." Haris ketawa. Ketawa Haris mengundang tanda tanya Nana.
"Cik Nana kan? From now segala tugas Cik Juwita saya akan ambil alih sehingga Cik Juwita kembali bertugas. Minta Cik Nana panggilkan semua staff. Dalam masa lima minit lagi saya akan umumkan pengambil alihan tugas ni. Cik Nana boleh keluar sekarang." Nak tak nak, Nana terpaksa melangkah keluar.
Dalam hatinya terdetik pelbagai persoalan. Mengapa Haris yang mengambil alih tugas Juwita? Berapa lama Juwita bercuti sehingga memaksa Haris mengambil alih tugasnya.
Seperti yang di arahkan, Nana mengumpulkan semua staff seperti yang diminta oleh Haris. Semua staff di bahagian akaun berkumpul di depan pejabat Juwita. Melihat mereka semua telah berkumpul, Haris segera melangkah keluar.
"Assalamualaikum dan selamat pagi. Kepada yang belum mengenali saya, Saya Tuan Haris Bin Tuan Mansur Ilyas. Mulai hari ini, saya akan ambil alih segala tugas Cik Juwita sehingga beliau boleh bertugas semula." Kelihatan ada antara mereka yang berbisik sesama sendiri.
Pasti ramai tertanya-tanya kemana hilangnya Juwita sehingga memaksa Haris turut padang mengantikan tempat Juwita.
"Dan mulai saat ini, tak siapa dibenarkan keluar masuk sesuka hati pejabat Cik Juwita. Jika ada sebarang masalah, boleh terus rujuk kepada saya. Zai, saya minta awak berjumpa dengan saya selepas ini. Yang lain boleh bersurai." Haris melangkah masuk ke dalam pejabat tanpa menghiraukan yang lain.
Share this novel