selamat tinggal

Mystery & Detective Completed 2882

Aku menoleh ke belakang memandang rumah kayu yang sempat menjadi tempat perteduhan aku.

Beberapa orang budak lelaki melambai dari halaman rumah. Aku senyum dan mengangguk kecil.

"Akak, nanti jenguk kami tau" Ajim menghulurkan tangan untuk bersalam.

Meletus ketawa kecil dari mulutku. Lantas kepala aku menggeleng.

"Eh kenapa kak?" Muncung bibir lelaki itu.

"Mana boleh salam, kan?" Aku menahan ketawa.

"Ala!" Mencuka wajahnya.

"Sekali je kak, ke akak nak saya salam tangan tok kadi nanti?" Sebelah matanya mengenyit ke arahku.

"Ajim jangan buat hal. Akak dah nak pergi dah ni" aku mula terasa seram sejuk. Jangan main-main..

"Okaylah okaylah" budak lelaki itu beralah. Beg bagasi aku dimasukkan ke dalam bonet.

Aku masuk ke dalam perut kereta. Kereta yang ajim carikan untuk aku.. kereta sewa agaknya.

"Nanti ajim jumpa akak tau!" laungnya serentak kereta yang membawa aku berlalu pergi. Aku cuma tersenyum, mengiyakan sahaja.

Sepanjang perjalanan, laila tidur kerana keletihan. Mata aku pula tidak mahu pejam.

Kawasan jalan yang kami lalui penuh dengan pokok bakau.

"Pakcik, apa nama kampung tadi ya?" Aku bersuara memecah kesunyian.

"Ha, pakcik pun tak tahu cik. Pakcik ni dari Kuala Lumpur, budak tadi tu yang telefon pakcik katanya nak sewa kereta"
Lelaki separuh umur itu mengangguk yakin.

Oh..

"Jauh jugak perjalanan nak datang sini, makan masa dua jam setengah" tambah lelaki itu.

Aku hanya mengangguk faham.
Orait.. new place, new journey Aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience