PPM 2-Warded

Drama Completed 67370

POV Aini dan Aina.

"Ibu pengsan ni apa kita nak buat ?"soal Aini.
"Call abang Dam kak"arah Aina.
" Adik... Abang Dam,Abang Am dan Abang Ad tak nak angkat call'kata Aini.
"call Ambulans kak, cepat"Jerit Aina.

Aina dan Aini menaiki ambulans bersama ibu mereka.
"Ibu.. jangan tinggalkan Aina bu, Aina sayang ibu"ngongoi Aina
"Diamlah adik ibu masih hidup la, ibu tertekan agaknya "pujuk Aini
"Kak, kalau ibu nak kahwin adik setuju, kita boleh dapat abah baru"kata Aina
"Tak boleh dik kalau ibu kahwin baru nanti kita tak dapat bersama dengan ibu, abah dan abang abang dalam syurga kelak"balas Aini.
"Tapi adik nak tengok ibu happy, "ujar Aina.
"Kita akan kekal bersama ibu sampai bila bila, adik jangan berangan nak bercinta ok, korbankan cinta dan cita cita kita demi ibu sebab kita berdua jer anak perempuan ibu." pujuk Aini lagi
"Baiklah kak, adik faham"balas Aina

POV Adzrin, Adam dan Adham
Tiga beradik itu tinggal bersama di kota, mereka bertiga bekerja di 3 tempat berasingan. Adzrin seorang Arkitek, Adam seorang doktor dan Adham pula seorang komposer dan penulis lagu yang terkenal.

"Ad, kalau ibu berkeras nak kahwin juga bagaimana?"soal Adam.
"Dam,kau dah ada awek kan, aku sponsor majlis kau, kau ajak awek kau kahwin secepat mungkin"cadang Adzrin.
"Aku masih nak bebas lagi"kata Adam.
"Agak agak korang, siapa bakal bapa tiri kita tu ya?"soal Adham dari seat belakang
"Itu tugas kau Am, kau telefon kakak minta Aini check nombor telefon lelaki tu dalam telefon ibu tapi pesan pada Aini jangan beritahu pada Aina, adik tu kan spy dan anak kesayangan ibu,dah dapat nombor telefon dia tu nanti kau siasat la siapa dia apa kerja dia"arah Adzrin.
"Aku cuma risau lelaki tu seorang lelaki muda yang jenis perangkap wanita tua kesepian demi nk bolot harta "kata Adam.
"Tapi ibu mana ada duit?"sangkal Adham .

"Ibu ada Tanah peninggalan ibu bapa ibu dan juga ibu bapa abah kan, Besar juga saiz tanah tu dan dengan harga sekarang lelaki yang bakal jadi suami ibu boleh hidup kaya raya sebagai jutawan."balas Adzrin.
"Ok aku akan minta Aini siasat nombor telefon lelaki tu sekarang, jika rahsia perkahwinan baru ibu terhidu oleh wartawan aku akan menanggung malu, siapa tidak kenal dengan komposer terkenal Adham Hafriz,

POV Akram,

Pada malam ini Anis ku yang manis akan berbincang dengan anak anaknya tentang perkahwinan kami, semoga mereka semua merestuinya. tapi sekarang ni dah pukul 11 malam dan Anisah masih belum menghubungiku lagi, ini tak boleh jadi aku mesti call Anisah sekarang.
"Hello"suara yang menjawab itu seperti bukan suara Anisah.

"Hello Anisku yang manis, bagaimana dengan penerimaan anak anak you?
"Maaf, saya bukan ibu saya Aini, ibu jatuh pengsan tadi kami dalam ambulans sekarang nak bawa ibu ke hospital"balas gadis itu. Ya Aini anak perempuan sulung Anisah.
"Ok, pakcik pergi ke sana Aini teman ibu sekejap ya sekejap Lagi pakcik sampai"balas aku. Aku mencapai kunci kereta dan dompet lalu bergegas keluar untuk pergi ke hospital.
Aku pasti Anisah pengsan sebab tekanan daripada anak anaknya. sudah lama aku mengenali Anisah tapi dia cuma tahu Aku seorang penyelia di pasaraya tempatnya bekerja sedangkan aku sudah memerhatikan Anisah sejak 5 tahun yang lalu.Ya aku tahu tentang penyakit yang dihidapi oleh Anisah tanpa pengetahuannya so bila Anisah membuat keputusan untuk berhenti kerja aku terus melamar Anisah untuk kujadikan Isteri supaya aku masih dapat memantau keadaan Anisah sebagai seorang suami. Setelah memarkir kereta di parking VIP, aku berlari ke bahagian kecemasan mencari sosok anak Anisah. tidak sukar untuk mengecam dua orang gadis yang berwajah sama dan cantik jelita seperti ibunya. Aku mendekati mereka.
"Assalamualaikum, nama pakcik Akram, kawan Ibu Aini dan Aina"aku memperkenalkan.
"Ibu masih di dalam tu kenapa lama sangat, kak macam mana kalau terjadi apa apa kepada ibu?"soal Aina dan tangisannya mula pecah.
"Adik dengar sini, pakcik akan tolong ibu ok, pakcik akan bawa ibu jumpa doktor pakar yang terbaik"kataku
"Pakcik ke yang ajak ibu kahwin, tapi pakcik muda lagi berapa umur pakcik "soal Aini.
"Ya, pakcik nak kahwin dengan ibu umur pakcik 38tahun,pakcik sangat sayang ibu kakak, sebab tu pakcik tak pedulikan soal umur."balasku.
"siapa pewaris puan Anisah binti Mohd Ali?"
"Kami terdengar suara orang memanggil pewaris Anis, kami bertiga bangun dan di bawa ke bilik doktor.
"Puan Anisah pengsan kerana hypentension dan juga tekanan darah rendah. tapi kami perlu pantau keadaan dia untuk beberapa hari,dia akan ditempatkan di dalam ward untuk sementara waktu"ujar Doktor Auni.
"Terima kasih doktor, jom dik kita balik ke rumah dulu"ajak Aini.
"Tunggu kamu berdua nak balik ke mana?"soal aku.
"balik kerumah kami,"balas Aini dengan lagak seorang kakak yang bertanggungjawab dan berdikari.
"Tapi di rumah tak ada sesiapa kan?"soal aku.
"Ya, tapi kemana lagi kami boleh pergi?"soal Aina pula.

"Pakcik bawa kamu berdua balik ambil pakaian kamu berdua untuk beberapa hari, kamu berdua tinggal di rumah Pakcik ya"ajakku.

"Mana boleh kami pergi kerumah orang lelaki kami dah berumur 23 tahun la"tingkah Aini
"pakcik tinggal dengan ayah dan ibu tiri pakcik, kamu selamat di sana"kata Ku.
Dengan ayat itu keduanya bersetuju untuk menginap dirumahku untuk beberapa hari.
Ibu Miza pasti gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan dua orang bakal cucunya. kami mengucapkan selamat tinggal kepada Anisah yang masih belum sedarkan diri lagi. Aku membawa dua gadis itu pulang untuk mengambil pakaian mereka. kemudian aku memandu pulang ke rumah.
I u Miza menyambut kedatangan kami kerana aku sudah pun memaklumkan melalui mesej Whatsapp bahawa dua gadis itu akan menumpang di rumah kami.

"Alahai comelnya cucu cucu opah, jom opah tunjukkan bilik Aina dan Aini. Ibu Miza membawa dua gadis itu ke bilik princess, bilik yang ibu Miza sudah siapkan untuk cucu perempuannya yang akan datang.
"Wah!,pinknya bilik ni!"kata Aina dengan kagum.
"Ini bilik princess untuk cucu perempuan opah"ujar ibu Miza
"Tapi kami tak share katil."kata Aini. kalau begitu salah seorang kena guna bilik tetamu di sebelah kiri"kata ibu Miza.
"Tak ada pink kan?"soal Aini."Tak "
"Ok, Adik tidur sini kakak ke bilik sebelah "kat Aini.

POV Aini,

Menjelang pagi aku mengejutkan Aina bangun.
"Adik bangun bersiap kita nak pergi ke hospital jumpa ibu"kata aku.
"Kakak, Adik penat lagi malam tadi adik tak boleh tidur sebab risaukan ibu"kata Aina.
Aku juga tidak dapat melelapkan mata kerana sebelum tidur aku menerima panggilan telefon daripada Abang Adham meminta aku mendapatkan maklumat tentang bakal suami ibu. patutkah aku memberikan lokasi rumah Pakcik Akram kepada Abang Am?

patut tak Aini bagi lokasi rumah tu ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience