MATANYA di buka saat merasa hari semakin cerah.
Mata di larikan ke permukaan dinding dan terlihat jam menunjukkan sudah pukul 7 pagi. Nurjihan mengeliatkan badannya dan tidak sengaja dirinya terpusing ke kanan. Alangkah terkejutnya melihat Tuan Syed Iqwal yang sedang lena tidur.
Eh? bila masa dia ni ada dekat sini?
eh kejap , bilik siapa dan ke.... aku yang silap masuk bilik ni?
Diperhatikan semula ke arah sekeliling bilik itu.
Lah, betul la bilik aku.
Kemudian mata Nurjihan membulat teringat bahawa begitu nyenyak dia tidur semalaman tanpa sedar.....
Selimut di dada di angkat sedikit dan melihat ke dalam. Nurjihan melepaskan nafas lega. Dirinya masih elok berpakaian.
Tuan Syed Iqwal ini tidak boleh di jangka, tindakannya luar biasa. Perlahan-lahan dia bangun tidak mahu mengejutkan lelaki itu bangun kerana terganggu dengan pergerakkannya.
Nurjihan terasa tangan kanannya di capai.
Waduh, ini orang sudah bangun !
"Pagi ni masuk office. Megat Rusydi tak tidur. Jangan lambatkan plan saya."
Tanggannya di lepaskan, Tuan Syed Iqwal menyambung semula tidurnya.
Fuh, dia punya warning tu macam rakam dan simpan siap-siap. Esok pagi cuma tekan butang play je ye? dengan mata terpejam badan kaku. Serius sebiji macam robot !
"Baiklah Tuan Syed." Nurjihan akur dengan arahan Tuan Syed Iqwal itu.
KARLISA melangkan masuk ke dalam pejabatnya dengan laju tanpa memperdulikan mata-mata yang melihatnya.
"Ben, bawakan saya file projek di Genting tu."
Benjamin mengangguk dan bergegas ke rak simpanan di belakangnya dan mencari file itu.
5 minit kemudian Benjamin masuk ke dalam bilik yang tertera nama KARLISA itu.
"Ini file yang Cik Karlisa minta tu." File mustahak itu di letak kemas di atas meja Karlisa.
"Boleh bagitahu apa progress terbaru yang saya terlepas pandang pasal projek ni? dan macam mana dengan rancangan kita ?."
Benjamin berdiri tegak sambil memandang Karlisa.
"Projek dekat Genting tu dah mulakan operasi sebayak 30% dan kita hampir ke arah pemilikan penuh projek ini. Material baru dan berkualiti tinggi di perolehi daripada pembekal baru semestinya harga sangat tinggi. Dan untuk rancangan pemilikan penuh projek ini bakal terjadi bila kita cuba untuk mencari kecuaian dan kelemahan MG Holdings dalam pelaksanaan projek bersama ini."
" So kita boleh cari silap mereka dengan menjadikan projek ini milik kita sepenuhnya. Kan?"
Benjamin mengganguk.
"Tak kejam sangat ke nanti Ben? Saya risau la. Tak boleh ke beli je projek ni dari mereka?"
"Tak boleh Cik Karlisa. Kalau beli nanti, mereka ada budget untuk start projek baru. Untuk jatuhkan mereka.. kita kena rampas projek ini tanpa bayaran apa pun. Selamat kita di sebabkan Kita memiliki peratusan tinggi dalam pengurusan projek ini mengikuti perjanjian bersama."
"And... jangan fikir pasal kejam atau tidak. Tetapi fikirkanlah kejamnya Megat Rusydi terhadap Tuan Syed yang kehilangan ayah di sebabkan sikap tamak dia."
Karlisa menunduk. Kau kena kuat Jihan, habis je semua ni..kau boleh tinggalkan diri Karlisa dengan aman !
Seketika, kelihatan kekecohan dari luar cermin pejabat itu melihat para pekerja yang sedang dalam keadaan berkumpul dan seperti ada sesuatu yang menarik perhatian mereka.
"Apa yang mereka kat luar sana buat tu Ben?".
Benjamin kembali menoleh ke arah jam tangannya. Patutlah sudah sampai masa.
"Erm, Mereka kecoh tentang kehadiran Tuan Syed yang mula masuk ke pejabat Cik Karlisa."
What? Dia masuk office? so apa function aku nanti?
Seperti memahami apa yang berada di fikiran Karlisa, Benjamin batuk kecil untuk menarik perhatian gadis itu.
"Cik Karlisa relaks dulu. Kita akan tahu lepas Tuan Syed adakan meeting lepas makan tengah hari nanti."
Karlisa bagai terpukau dan mengganguk perlahan tanpa banyak persoalan. Kehadiran mengejutkan Tuan Syed Iqwal di situ menjadikannya tidak tentu arah.
"Saya keluar dulu." Benjamin meminta diri.
Karlisa mengganguk lagi. Dia mengigit jari. Dekat rumah, aku kena hadap dia...kali ni dekat office pun kena hadap dia?
Aduh, stress !
MEGAT RUSYDI memicit-micit kepalanya sambil melihat graf perkembangan kewangan syarikat di tabletnya. Melihatkan kadar penurunan yang drastik pada graf tersebut, dia sangat bimbang dengan keadaan projek pembinaan di Genting Highlands itu bakal jatuh sepenuhnya ke tangan Syediq Group dan mereka tidak mendapat apa-apa keuntungan langsung. Ia ibarat hanya satu pihak yang menguruskan syarikat terbabit maka dengan terpaksa mereka harus melepaskan projek itu seperti dalam perjanjian. Kenapa pembekal barangan dari syarikat lama dengan serta merta tamatkan kontrak di antara mereka ? Hairan Megat Rusydi jadinya.
"Papa? kenapa pulak ni resah macam kucing hilang anak je."
Tegur Megat Hanif yang menghampiri Megat Rusydi di meja berhadapan kolam itu.
"Hmm, papa risau la tengok graf financial company kita ni. Makin terok. Pasal projek di Genting lagi. I'm stuck."
Terangkat sebelah keningnya Megat Hanif.
"Papa Handle la satu-satu. Projek Genting tu bagi la dekat orang lain handle. Tak pening la nanti."
"Siapa handle? kau?".
Megat Hanif menggeleng.
"No..no..Hanif pun ada projek lain nak kena cover."
"Bagi Haider jela Pa."
Suara yang datang dari arah belakang mengejutkan mereka.
"Whoa..really? since when ha?".
Tanya Megat Hanif memandang ayah dan adik lelakinya bersilih ganti.
Megat Rusydi pula masih bagai tidak percaya.
"kau dah tak sayang kerja lecture ke?".
Megat Rusydi kembali beriak tenang walau dalam hatinya melompat suka.
Nafas deras di lepaskan oleh Megat Haider.
"Rasa macam nak tukar angin pulak."
"Heh , weird !".
Kata Puteri Qisha yang mendengarkan perbualan mereka sambil melintasi ruang tamu itu dan mengabaikan mereka.
"Sounds good. Bila-bila kau nak masuk office let me know. I got to go. dah lambat."
Kata Megat Hanif dan di setujui oleh si ayah.
BILIK MESYUARAT itu telah di penuhi oleh semua staff dan kini mereka menunggu kedatangan Tuan Syed Iqwal yang mengadakan mesyuarat tergempar dengan kehadirannya yang tiba-tiba pada pagi tadi.
Kedengaran bunyi masing-masing sedang berbisik. Melihatkan Tuan Syed Iqwal yang sedang berjalan dan menuju ke arah kerusi utama.
"Selamat petang semua, how are you guys doing?. So far okay ke sepanjang ketiadaan saya di sini."
"Okay saja Tuan Syed. Semua berjalan dengan lancar." Kata Cika.
"Good. Yang lain?".
Semua masih teragak-agak nak menjawab.
"Leganya Tuan Syed dan kembali bertugas dekat sini. Kitaorang rasa lapang......sangat." Kata Suraya menjeling ke arah Karlisa.
Karlisa pula sudah menggagak yang kata-kata itu di tujukan padanya. Dia tersenyum sinis sambil menggeleng perlahan.
Kelakarnya tengok perempuan gedik ni. Nak perli aku la tu !
Tuan Syed Iqwal berdehem. Di rasakan tidak selesa dengan keadaan yang di lihat itu.
"Okay terima kasih semua sebab komited dalam melaksanakan tugas anda. Untuk pengumuman semua, setelah saya kembali untuk duduk di kerusi ini, maka dengan automatiknya Cik Karlisa kita akan menjadi CEO. Harap semua orang dapat memberi kerjasama yang baik."
"Welcome back Tuan Syed."
Kata Cika dan di sertai dengan tepukan gemuruh daripada yang lain.
Setelah masing-masing beredar, Karlisa yang berjalan beriringan dengan Benjamin untuk menuju ke pejabat mereka itu tiba-tiba terasa bahunya tersentuh rapat dengan lengan seseorang di belakangnya.
"Masuk sekejap ke bilik saya." Tuan Syed Iqwal terus berlalu mendahului langkah mereka.
Karlisa memandang Benjamin sekilas.
Terangkat kedua-dua bahu Benjamin.
Haish....
PINTU bilik itu di ketuk.
"Coming". Laung Tuan Syed Iqwal.
Karlisa melangkah masuk dan pintu di tutup.
Mak !
Terhenjut bahunya bila tiba-tiba kedengaran bunyi langsir pvc di tingkap itu tertutup.
Dia melihat Tuan Syed Iqwal yang sedar bersandar di dinding belakang pintu itu sedang merenung ke arahnya sambil sebelah tangan menarik tali langsir tersebut.
Terkejut aku ...
"Apa masalah antara awak dan Suraya?".
Karlisa menggeleng sambil kedua-dua bahunya di angkat.
"Tak tahu. Kenapa tanya saya? saya tiada masalah dengan dia." Jawab Karlisa.
"Boleh tak kalau dekat office, both of you jangan nak bergaduh. Ingat orang-orang dekat office ni tak ada mata nak nampak ? tak ada telinga nak dengar? tak ada mulut nak bercakap-cakap?".
Karlisa rimas. Bukan dia yang mulakan.
"Kenapa Tuan Syed nak salahkan saya seorang? saya cuma tegur dia untuk dia perbaiki prestasi kerja dia. Tapi dah dia yang tak boleh nak terima. Bukan salah saya ye." Karlisa berpeluk tubuh.
Geram jadinya bila segala tindakan di persoalkan. Kau yang nak sangat aku jadi Karlisa kan? apa masalah ?!
"Saya tak suka bila ada anjing dan kucing dalam company ni. Tak ada kerjasama." Bidas Tuan Syed Iqwal.
Karlisa malas nak menjelaskan lagi. Dia berpusing dan ingin keluar dari bilik itu. Panas pula hatinya.
Laju tangan Tuan Syed Iqwal menghalang pintu dari di buka Karlisa.
"Not so fast my darling."
Kini wajahnya di tundukkan dekat pada Karlisa.
Karlisa cuba menjauhkan wajahnya dari di dekati Tuan Syed Iqwal.
"Jangan dekat sini Tuan Syed. Saya tak suka." Karlisa mengalihkan wajahnya sedikit ke kiri lari dari terkena hembusan nafas Tuan Syed Iqwal.
"Hmm? tak suka? bukan semalam awak suka ke?". Duga Tuan Syed Iqwal.
Membulat mata Karlisa melihat kembali ke arah Tuan Syed Iqwal.
Dia terus teringat peristiwa pagi tadi di mana Tuan Syed Iqwal tidur di sebelahnya.
"Awak tahu apa jadi malam tadi?" Tanya Tuan Syed Iqwal.
"Nothing right?".
Tuan Syed Iqwal tersenyum kecil tidak menjawab soalan isterinya itu.
"Are you sure?"
Karlisa mengganguk. Dia masih ingat pagi tadi dia berada di dalam keadaan yang rapi. Bajunya masih menutupi segenap tubuh.
Pipi Karlisa di picit lembut.
"Yes nothing happened." Tuan Syed Iqwal kembali menegakkan badannya dan membuka pintu kepada Karlisa untuk keluar.
Caitt ! dia ni saja nak cari masalah dengan aku ke ?
Share this novel