P R O L O G

Drama Completed 186704

PANG!

Satu tamparan terus hinggap di pipinya saat ini, sebaik sahaja pintu di buka oleh wanita itu. Sophia memegang pipinya yang terasa hangat dan sakit akibat di tampar oleh lelaki yang bergelar suami itu. Sungguh itu adalah kali pertama Areeq berani menaikkan tangannya kepada wanita itu.

" Apa yang awak cuba buat ni Sophia! "

Sophia berdiri terkaku di hadapan lelaki itu, dia memandang lama ke arah Ariqq. Dia tidak menangis walaupun itu adalah kali pertama Areeq menamparnya.

Bukankah Sophia wanita yang kuat dan tabah?

" Awak dengar tak apa saya cakap ni? ke awak dah pekak hah! " tengking suaminya itu lagi.

" Disebabkan hal bodoh awak buat ni, Delina keguguran! siapa yang nak bertanggungjawab sekarang ni awak bagitahu saya sekarang! " Marah suaminya itu lagi.

Sophia mendonggakkan kepalanya itu, dia cuba sedaya upaya dirinya itu untuk tidak menitiskan air mata.

" Delina lebih penting? dia lebih penting berbanding saya ke? " ujar Sophia setelah sekian lama berdiam terkaku di hadapan Areeq itu.

Areeq meraup rambutnya itu dengan kasar, pintu di sebelah itu di tumbuk dengan kuat. Lelaki itu memandang kembali ke arah Sophia dengan wajah yang dingin.

" Awak jangan tukar topik boleh tak? simpan sikitlah perangai jahat dengan hasad dengki awak tu Sophia! "

" Takkan sebab awak benci Delina tu awak sanggup bunuh anak kami hah! Mana sifat berperikemanusiaan awak ha? " Tuduh Areeq lagi.

Sophia memajukan kakinya selangkah, sungguh dia terluka dengan kata-kata kasar yang di katakan oleh Areeq saat itu! Sungguh lelaki itu sudah melampau.

" Hey! awak jaga sikit mulut awak tu. Awak percaya sangat dengan isteri kesayangan awak tu kan! " Sophia cuba mengawal ton suaranya itu.

" Mestilah saya percaya dia isteri saya! "

" Habistu, saya ni bukan isteri awak ke? "

" Tanyalah siapa dulu yang datang sini menjerit-jerit macam orang gila! serang saya semua.. jangan nak dengar sangat kata perempuan tak guna macam tu lah" Puas hati Sophia saat ini.

" Habistu awak nak saya percaya awaklah?"

" Ya.. saya nak awak percaya saya Areeq " ujar Sophia mendatar.

" Walaupun kita dah lama berkahwin, kenapa saya rasa saya tak kenal awak.. " tuturnya perlahan.

Sophia diam.

" Asal diam? dah tahu salah minta lah maaf! ego tu tak bawak ke mana lah Sophia Hardina! "

" Awak memang dah berubah lah Areeq, sangat berubah. Awak bukan lagi Areeq yang pernah saya kenal dulu.. " suara Sophia terdengar hampa.

Lelaki itu diam.

" Saya tahu, apa yang saya cakap sekarang ni awak takkan percaya walaupun sedikit. Sebab saya tahu, kini dalam hati awak hanya ada dia.. dan selamanya dia.. "

" Tempat saya dalam hati awak dah lama padam, mungkin nama Sophia Hardina takkan ada lagi tempat dia dalam hati Areeq Nuqman.. " bergetar suara Sophia ketika ini.

Areeq mengalihkan pandangannya itu sebaik melihat wanita itu tepat memandang ke arahnya.

" Jangan tanya saya kenapa saya berubah Sophia, saya berubah dan jadi macam ni sebab awak! " Jeritnya.

Sophia mengangguk.

" Saya penat.. , penat sangat dengan semua ni. Daripada bergaduh selalu dan tak pernah cuba untuk berbaik lebih baik kita.. "

Areeq memandang ke arah Sophia. Areeq seperti tahu apa yang ingin Sophia katakan saat ini.

" Lebih baik kita bercerai, dan awak takkan terluka lagi dengan saya.. dan awak akan hidup berdua sahaja dengan Delina tanpa kehadiran saya.. "

" Dan saya pun, takkan terluka dengan awak lagi Areeq.. "

" Buat apa teruskan hubungan ni jika, dalam hati awak tiada lagi saya. saya pun ada perasaan, ya saya mengaku.. "

" Hati saya sakit sangat-sangat bila tengok awak dengan Delina.. hati saya sakit sangat Areeq.. " suaranya seakkan menahan sebak di dada.

" Saya ingat dia takkan sakit, tapi sakit sangat Areeq.. " ujar Sophia sambil memegang dadanya itu.

" Saya tak pernah bayangkan dia akan sesakit ini, cemburu.. saya tak boleh lagi tahan, saya tak mampu untuk teruskan perkahwinan ni lagi Areeq.. "

" Please saya merayu pada awak, lepaskan saya.. Yes! memang semua ni salah saya, salah saya sebab tinggalkan awak, salah saya sebab terlalu ikutkan perasaan "

" Saya memang pentingkan diri sendiri, saya teruk! saya bukan isteri yang terbaik untuk awak.." tutur Sophia dengan nada serak.

Areeq menggeleng, sambil tangannya itu di tepuk-tepuk bibir pula mengukir senyuman sinis.

" Waa bagusnya lakonan, padahal awak suruh saya ceraikan awak sebab awak nak bebas kan! enjoy!! itu lah kerja awak " ujar Areeq dengan kasar.

" Sampai bila-bila pun, awak tak pernah nak berubah kan? " Sindir lelaki itu.

Sophia meraup rambutnya itu dengan kasar , dia tidak tahu bagaimana lagi ingin katakan dengan suaminya itu saat ini. Dia merasakan seperti yang berada di hadapannya itu bukanlah suaminya.

Dia bukanlah Areeq yang tidak pernah meninggikan suara kepadanya, yang selalu bercakap lembut dengannya, yang tidak akan sesekali membiarkan dia menangis dan Areeq takkan sesekali berani menaikkan tangan kepadanya dan menyakiti dirinya.

" Yes! memang saya berlakon! apa yang saya cakap tadi semuanya tipu itu awak nak dengar kan? jadi ceraikan saya! "

" Ceraikan saya Areeq Nuqman! " Tengking Sophia lagi.

Dia sudah penat bersabar, dia tidak kisah dengan apa yang bakal jadi nanti!

Areeq terkaku di hadapan wanita itu, yang hairan di sini Sophia tidak langsung menitiskan air mata.

" Ceraikan saya dan awak boleh hidup bahagia dengan Delina! Lepaskan saya! " Desak Sophia lagi.

" Jangan cabar saya Sophia! jangan ingat saya tak mampu lafazkan! " Lelaki itu mulai rasa tercabar.

" Jadi lafazkan sekarang! lafaz lah! saya dah tak nak hidup dengan awak lagi lah! saya dah penat dengan semua ni! Saya penat!!! " Jerit Sophia.

Saat ini entah kenapa Areeq terasa berat ingin melafazkan cerai terhadap Sophia, sedangkan dia merasa dia tidak mencintai Sophia lagi.

" Buat apa awak simpan saya, jika awak mencintai wanita lain selain saya.. jadi lepaskan saya dan biarkan saya cari kebahagiaan yang sebenar.. " tutur Sophia lelah.

" Tak.., saya takkan lepaskan awak.. " suara lelaki itu mulai perlahan tidak seperti tadi.

Sophia meraup wajahnya itu.

" Why? just let me go Areeq if you really a human please I'm begging you to let me go "

" Ceraikan saya lah! " Desak Sophia lagi. Apabila dia melihat Areeq masih lagi terdiam membatu di hadapannya saat itu.

" Diam Sophia! jangan cabar saya " Lelaki itu mulai rasa gusar. Dan serabut apabila mendengar Sophia berkali-kali berkata ingin meminta cerai padanya.

" Ya,saya memang cabar awak sekarang! jika awak rasa awak tu lelaki lepaskan saya! "

" Lepaskan saya Areeq! awak dengar tak ni! Lepaskan saya! " Jerit Sophia sambil menarik-menarik baju suaminya itu.

" Diamlah!! " Marah Areeq.

" Lepaskan saya! " Satu tamparan terus melekat di wajah Areeq dengan kuat.

" Sophia Hardina Binti Firdaus, aku ceraikan kau dengan talak 1! " Ujar Areeq dengan spontan.

Perlahan-lahan tangan Sophia yang memegang hujung baju lelaki itu jatuh, badannya itu pula mulai perlahan-lahan melorot jatuh ke lantai.

Areeq masih terdiam terkaku dia masih tidak percaya bahawa dia baru sahaja menceraikan Sophia Hardina seorang wanita yang begitu dia cintai.

Tapi..jika dia mencintai Sophia, mengapa dia menduakan wanita itu?

" Ya.. kau dah buktikan pada aku yang kau memang lebih cintakan Delina daripada aku Areeq Nuqman.. " tuturnya saat ini air mata yang sekian lama bertakung di kelopak mata saat itu akhirnya gugur satu persatu membasahi pipinya.

Salahkan ke jika aku menangis saat ini? , aku tidak mampu lagi untuk menyembunyikan air mata ini..

" Ak..aku.., aku dah lepaskan Sophia? " Areeq bagaikan tersedar daripada mimpinya saat ini dia seperti tidak percaya.

Assalamualaikum dan hai hairah ucapkan, semoga korang masih sudi baca novel hairah untuk kali ni dan enjoy!! Happy reading semuaaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience