Tiga Puluh Empat

Other Completed 44787

Cinta yang baru selesai melakukan terjunan menerima banyak pesanan masuk.

"Ishhh semak lah." Cinta merasa rimas.

"Korang balik dulu. Saya akan balik denga Jasmin." Kata Ghaffar.

"Belum habis marah lagi ke?" Tanya Ghaffar.

"Emosi tak stabil lagi." Kata Cinta.

"Benda dah settle bukan?" Tanya Ghaffar.

"Yes dah settle. Tapi kat sini belum lagi." Kata Cinta sambil menunjuk dadanya.

"Hmm. Kawal perasaan tu. Buang jauh perasaan marah tu." Kata Ghaffar.

"Susah. Kalau kepercayaan yang kau berikan ketulusan yang kau bagi tapi dibalas kebencian ketidak percayaan. Hanis nak aku diam je jadi orang bodoh." Kata Cinta.

"Buka tu maksud saya. Kawal semua tu seimbangkan dalam rumah tangga ni. Luth pun dah minta maaf dan dia dah mengaku kesalahan dia." Kata Ghaffar.

"Dah lah Tuan. Saya gerak dulu." Kata Cinta meninggalkan Ghaffar diLapangan sendiri.

"Sama macam Thariq juga. Takde beza. Cuma ni Versi Girl." Kata Ghaffar sambil menggelengkan kepalanya.

Disisi Lain Mariana mendatangi Cinta yang baru saja melabuhkan punggungnya didalam ruangan nya bersama abangnya Thariq.

"Hey betina!! Apa kaj da. buag pada HyQarl hah?" Tanya Mariana garang.

"Dah cukup baik aku tak buat dia Arwah." Kata Cinta Slumber.

"Kau!!!" Mariana menunjuk wajah Cinta.

"Ada apa ni?" Tanya Thariq yang baru masuk kepejabatnya selepas meeting.

"Ye Cik er Puan eh whatever lah. Kenapa ni?" Tanya Eddie yang datang bersama Thariq.

"Perempuan ni hampir bunuh adik saya HyQarl." Kata Mariana.

"Er puan tahu tak apa sebabnya?" Tanya Thariq.

"HyQarl bagitahu aku yang dia nak HyQarl kembali pada dia tapi, HyQarl tak nak. Sebab tu dia belasah HyQarl." Kata Mariana. Apa yang dikataka. HyQarl itu yang disampaikannya.

"Hah? Apa? Aku nak dekat dia?" Cinta ketawa lepas sampai matanya berair.

"Kami rasa Puan dah silap ni." Kata Eddie.

"Kak Oi, Aku dah belaki dah sekarang, Pagi Gah lagi mantap dari dia, Takde makna aku nak balik dekat Lelaki dayus tu." Kata Cinta menempelak Mariana.

"Mulut kau!!" Mariana ingin menampar wajah Cinta, namun Thariq menghalang tangan itu.

"Kami boleh buat aduan diatas kekerasan terhadap pegawai kami." Kata Thariq.

"Puan dah silap. Ada bukti yang menyatakan HyQarl lah cuba mengganggu Cinta hingga datang malam malam ke Villa ganggu Cinta." Kata Thariq.

"Sebaiknya Puan balik dan tanya semula pada HyQarl." Kata Eddie.

"Aku tak bunuh dia dah cukup baik. Jangan sampai aku buat dia teruk dari hari ni. Keluar!!!" Tengking Cinta.

Membuntang mata Eddie dan Thariq apabila mendengar suara Cinta.

Mariana pergi meninggalkan mereka dengan perasaan malu. Tak sangka adiknya menipu.

"Love, Baliklah. Abang takut Love tak dapat kawal amarah tu." Kata Thariq.

"Bawak bawak istighfar Cinta." Kata Eddie.

Cinta meninggalkan Abangnya dan Eddie berlalu keluar dari bangunan itu.

Dia mula keluar dari Pangkalan dengan menaiki Ducatinya. Singgah hendak mengambil Rissa didalam pusat jagaan kanak-kanak.

Namun, Luthfi telah menjemput Rissa. Bertambah lah api kemarahan didalam dirinya.

"Dah ambik tak pandai nak bagitahu. Bagitahulah kalau taknak bagitahu aku call lah Abang Thariq." Marahnya.

Dalam perjalanan, Dia membelokkan motornya menuju kepantai. Parking dekat bawah pohon kayu. Duduk dipangkin yang dibuat tak jauh darinya berdiri.

Tak banyak pengunjung yang datang kerana masih dalam waktu bekerja. Masih ada 1 jam untuk para pekerja pulang.

Melihat lautan didepan terasa tenang dalam jiwanya. Namun masih tetap dihantui perasaan terkilan.

Dia cuba menjelaskan namun Luthfi tidak mengendahkannya dan meninggalkan dirinya semalaman tanpa tahu duduk perkara sebenar.

Disisi lain, Luthfi meminta pada penjaga kedai bunga CJ Florist untuk menggubah 99 kuntum bunga blue rose dan 3 darinya dia meminta agar diselitkan berwarna putih.

Hari yang sibuk baginya sebelum ke CJ Florist, dia menjemput Sarah yang discharge dari hospital.

Selesai menempah bunga dia membawa Sarah dan Rissa pergi kekedai emas dan meminta Sarah untuk memilihkannya citarasa Isterinya.

"Papa tak payah beli emas ni sebab Mama Cinta tak suka pakai." Terang Sarah.

"Habis tu?" Tanya Luthfi sebab setahunya perempuan terlalu suka barang kemas termasuk anak saudaranya Sarah.

"Mama Cinta suka pakai silver. Macam rantai Sarah ni." Sarah menunjukkan rantai dilehernya.

Dia pernah melihat Isterinya memakai, Namun semenjak bekerja dia melepaskannya dan menyimpan didalam kotak baldu dalam laci almari pakaian.

"Ok jom kita cari disana." Kata Luthfi.

Dia harus berjaya memujuk isterinya sebelum dia terbang ke sempadan. Sedangkan Misinya bersama Iparnya Thariq menggagalkan dan menjatuhkan namanya dari dalam senarai Unit Risikan Gerak Tempur.

Jadi dia harus memujuk isterinya malam ni hingga berjaya menawan hatinya semula.

Luthfi membawa Sarah memilih barangan Silver dikedai berdepan kedai emas tadi.

"Mama suka gelang kaki yang ada lonceng ni." Kata Sarah.

"Sarah pernah tengok ke?" Tanya Luthfi.

"Masa Mama balik sini haritu, Mama pakai gelang macam ni tapi sayang putus semasa kami pergi jumpa Daddy." Kata Sarah lagi.

Akhirnya dia memesan Gelang kaki dan sebentuk Cincin dan meminta ditulis dibahagian dalam.

"Boleh. Encik nak saya tulis apa?" Tanya lelaki itu.

"Cinta You my everything Luthfi." Kata Luthfi dan lelaki itu menulisnya.

"Tunggu setengah jam." Kata lelaki itu. Luthfi membuat pembayaran lalu menanti diluar kedai sambil membawa Sarah dan Rissa jalan jalan.

Tepat Jam 5 Luthfi sampai diVilla namun tak terlihat Ducati isterinya.

"Mama belum balik ke Pa?" Tanya Sarah.

"Belum. Mama banyak kerja tu." Kata Luthfi.

Masuk sahaja kedalam Villa, Luthfi meletakkan Bouquet bunga dan barangan yang dibelinya diatas Katil diatas bilik.

Selesai membersihkan Sarah dan Rissa, Luthfi turun keruang dapur dan menyediakan masakan speasial untuk isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience