BAB 2

Humor Completed 26855

Qisha mendengar Sofia bercerita tentang Khalish untuk beberapa minit sebelum matanya lari memandang pada seorang lelaki yang sedang berjalan ke kelas 5 Cemerlang.

“Khalish Ashraf… Jadi budak itulah yang kau maksudkan” Qisha menunding jari ke arah Khalish.

Sofia terus berpusing ke belakang, senyumannya lebar memandang ke arah Khalish.

“Kau tengok tau aku nak try dia la”

“Jangan Sofia, aku kenal lelaki spesies dia ni. Tak mesra, jangan cari nahas Fia. Aku rasa dia tu sombong la, mamat poyo”

“Sombong macammana sekalipun, dia tidak akan dapat menangkis kecantikan Quratul Sofia” Sofia sudah berjalan untuk melintasi Khalish tapi Qisha cepat-cepat menghalangnya membuatkan Qisha pula yang terjatuh dihadapan Khalish.Sofia sudah ternganga, dia melihat Qisha yang sudah berada dihadapan Khalish.

Khalish merenung pada wajah gadis dihadapannya itu, mata birunya bagaikan ais berg di kutup utara.

“Kau apa hal? Tak reti nak jalan betul-betul ke? Kalau rabun, buat la cara rabun. Tak reti-reti nak pakai cermin mata. Menyusahkan betul, kau fikir aku akan buang masa aku untuk tolong kau. Jangan harap perempuan”

“Eii, kasarnya” Qisha bangkit. Dia menunjal dada bidang Khalish dengan jari telunjuknya, mukanya merah menahan malu.Mana tidaknya, semua pelajar sudah berhenti untuk menonton sinetron Indonesia free.

“Excuse me sir Khalish Ashraf, kau tu budak baru, tok sah nak berlagak la”

“Aku dah cakap tadi, aku tak ada masa nak layan kau. Mood aku tengah buruk sekarang ni, lebih baik kau blah”

“Kalau aku tak mahu berganjak dari sini, apa kau nak buat?” cabar Qisha.Khalish sudah menjeling pada Qisha, dibalas pula jelingan itu oleh Qisha.

Riffan menolak dada bidang Khalish, entah munculnya daripada mana tapi selepas mendengar pertengkaran antara Khalish dan Qisha, dia terus bertindak. Al-maklumlah, sebagai ketua pengawas,manalah dia boleh tengok saja pergaduhan yang berlaku di dalam kawasan sekolah.

“Apa masalahnya ni? Siapa yang mulakan dulu?” tanya Riffan.

Kedua-dua mereka menunding jari antara satu sama lain.

“Kau yang mula dulu” Khalish sudah menunjal dahi Qisha.

“Kau nak mati ka? Kepala jangan dibuat main, mak akupun tak pernah tunjal kepala aku” teriak Qisha. Khalish tersenyum sinis..

“Macamlah kau sorang je ada mak. Aku bagitau mak aku, siaplah kau”

“Wei, apa korang ni. Bergaduh macam budak kecil, siap naik nama mak sekali. Dah la, dua-dua pergi masuk kelas. Kalau tidak, aku repot kat tuan pengetua. Khalish, aku lepas kau sebab kau budak baru. Qisha, kau aku dah tak boleh lepas dah. Habis sekolah, pergi makmal Kimia. Kau kena kemas makmal, kalau tak kau kena dimerit..” Riffan mengurut pelipisnya, dia kemudiannya masuk ke dalam kelas semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience