Chapter 11

Romance Series 19229

BAB 11

Andainya ditakdirkan ada jodoh antara kami, aku juga tidak akan menolak. Lagipun aku juga bukan insan sempurna yang tidak pernah membuat dosa. Malah rasanya Navin lebih mulia dari aku kerana mengakui setiap kesilapannya dan bertekad untuk bertaubat. Sedangkan aku masih lagi mencari kesilapan orang lain dari menilai diri sendiri. Mungkin apa yang berlaku ada rahmatnya. Tuhan telah membuka pintu hatiku untuk sama-sama mencari keredhaannya.

Namun takdir Tuhan, tiada siapa yang mampu menduga. Rupa-rupanya itu jugalah kali terakhir aku menatap wajahnya. Tidak mungkin aku dapat bertemunya lagi. Tidak mungkin aku dapat melihat senyum dan tawanya lagi.

Dia kini telah pergi meninggalkan aku dan alam fana ini. Selama-lamanya. Aku hanya mampu menangisi pemergiannya. Hanya mampu mengenang setiap kenangan yang pernah kami cipta bersama.

Andainya aku tahu..itulah saat-saat terakhir aku bersamanya, tentu aku akan cuba untuk membahagiakan hatinya. Memberi semangat dan perangsang untuknya. Tentu aku tidak akan membiarkan dia keseorangan menanggung kesakitan yang dialaminya. Malah aku tidak akan mempersia-siakan setiap saat bersamanya. Aku juga tentu akan lebih menghargai niat ikhlasnya itu.

Tapi apakan daya. Aku juga insan biasa yang tidak mampu melawan takdir. Namun aku bangga dengannya. Walaupun aku tidak sempat menyaksikan detik-detik dia mengucapkan dua kalimah syahadah..tapi aku yakin, niatnya memang suci. Bukan kerana semata-mata cintakan aku. Sekurang-kurangnya dia sudah membuktikan bahawa tanpa aku juga dia masih dengan kalimatnya. Ingin mati dalam Islam.

Sesungguhnya aku bersyukur pada Tuhan kerana memberi kesempatan untuknya mengotakan niat sucinya itu. Walaupun aku tidak sempat membahagiakannya, namun aku redha dengan ketentuan Ilahi. Hanya Al-Fatihah yang mampu aku hadiahkan padanya. Semoga roh Muhammad Izzudin Navin bin Abdullah dicucuri rahmat. Amin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience