Tidak mahu merosakkan keadaan dengan diam yang terlalu lama dan menahan sakit tanggungan beban rahsia yang dia masih simpan kemas, Farhana merasakan dia harus cepat - cepat melepaskannya. Gugup, Farhana memanggil Har kembali sedar dan bila Har berpaling pandang padanya, Farhana segera membuka cerita.
“ I met a woman hari ni. Dah tua dah pun mak cik tu, Har.”
Mata saling menyabung dan Farhana terus merenungi dua mata itu, cuba bercerita mengenai Puan Reen pada Har, " dah berpuluh tahun dia tak jumpa anak dia sebab dia bagi anak dia dekat orang lain."
Har nampaknya memberi perhatian dan Farhana senang hati meneruskan apa yang mereka sedang bualkan. Moga - moga ada perkara yang baik dari ini.
" Mulanya, aku marah. Aku sungguh - sungguh benci dengan orang macam mak cik tu. Sanggup seorang ibu tinggalkan anak dia pada orang lain, lepaskan tanggungjawab dia pada orang lain. Gila tau, Har..." Farhana mengerutkan hidungnya tanda dia tidak suka.
" Kau pernah dengar satu pepatah orang Inggeris tak?"
" Yang mana?" Har menyoal, sebagai tanda dia mendengar dan ikut serta dalam perbualan itu.
" People only see what you did, when in fact, they should be looking at why you did it. Dan, atas ayat itu aku tanya dia, kenapa? Kenapa mak cik sanggup tinggalkan anak mak cik? Mak cik tak sayangkan anak mak cik ke?"
Farhana mulai membayangkan tangisan Puan Reen dan bagaimana hati wanita itu hancur selebur - leburnya, membakar benteng ego yang sudah bertahun lamanya dibina.
“ What did she say?”
" Dia kata, she hated her son. She hated him so much... Sebab she knew she wasn't able to make him happy. She knew she wasn't able to give the world to him as much she wanted to."
Tanpa sedar, menitik air mata Farhana dari relung mata teringatkan nasib Har yang semalang itu rupanya. Lelaki yang selama ini dia buli, yang kemudiannya dia geruni, rupa - rupanya punya kehidupan yang tidak indah.
“ Aku tak faham, Hana.”
Mestilah kau tak faham , Har. Kau mangsa keperihan hidup ibu kau sendiri.
" Waktu tu Har, baru aku sedar. Kau tak boleh membandingkan semangat dan kasih sayang seorang ibu dengan apa jua sebab sekali pun. Sebabnya bagi aku, kasih seorang ibu itu sama rata saja, cuma ia diberikan secara berlainan je.”
***
" Maksud kau? Maaf, aku masih tak faham..."
Spontan, jemari Har naik mengelus membuang air mata yang membasahi pipi isteri. Hana, aku benar - benar tak faham perasaan sedih kau. Lebih - lebih kalau fasal seorang yang bernama ibu.
" Orang sibuk beritahu, ibu yang kuat menjaga anak - anak itu hebat. Ya betul. Tapi ibu yang melepaskan anak dia tu ibu yang tak guna. Macam mana kalau betul si ibu memang tak mampu? Macam mana kalau betul si ibu hanya mahukan kebahagian—." Ayatnya dicantas Har laju.
" Mahukan kebahagian diri sendiri?"
" Bukan maksud aku, kebahagian anak dia—."
Har mula membuat muka ketat bersama sengih sinis. Nampak gayanya dia langsung tidak bersetuju dengan pendapat Farhana kali ini.
Cukup dia benci bila ada yang meletakkan ‘untuk kebahagian anak’ sebagai alasan kenapa mereka, sang ibu membuang anak - anak ke tangan orang lain. Sudah habis cuba membahagiakan? Heh.
" Kau pernah tanya dari sudut pandang seorang anak tak, Hana? Kau pernah terfikir tak what kind of agonies you had to endure when you had such mother? Itu cerita dia, cerita dia beri jagaan anak pada orang lain then told you off how she felt towards her child's walfare. Itu cerita lain, Hana."
Mata tajam Har kini kian bergeming, berair jernih seakan kaca kristal yang menunggu pecah. Nampak jelas dia cuba menahan tangis tatkala urat pada lehernya timbul menegang.
Farhana diam, tidak berani mencelah. Biarlah Har pula yang meluahkan. Biarlah suaminya pula yang memberi pandangan dari sudut hatinya dan dia, meminjamkan telinganya saja.
" Macam mana pula dengan ibu yang mendera anak? Kau pernah tanya si anak what kind of experience it was to almost beaten to death? To be called sampah? To be called anak setan? To have all the scars that had to stay with you forever? They fucking reminding you of them* every time you see them in the mirror? Tell me, Hana is there any plausible explanation for such abusive mothers to claim theirs' innocence?" Suara Har nyata semakin menegang, bukti sakit yang selama ini dia tahan.
*mothers who domestically abused their children
**
Benar.
Tubuh Har...
Agak banyak kali dia cuba melupakan bekas - bekas parut pada tubuh Har dari benaknya tapi nyata, amat susah untuk dia tidak peduli akan hal itu. Banyak kali dia memalingkan muka tiap kali Har membelakangkan tubuhnya. Ada rasa sakit yang singgah dan itu tidak mahu dia rasakan.
Parut - parut bekas getah paip dan bekas tali pinggang itu cukup membawa seram di hati Farhana. Cuma parut pada rambut Har saja yang pernah dia pegang, itupun kerana ia tersembunyi dari pandangan mata.
Farhana mengetap giginya kuat, memeluk kepala lututnya lebih erat dari sedia dia peluk. Hatinya turut sama merasakan sakit. Dia mahu memeluk tubuh itu dan meluahkan apa yang dia tahu perihal Har tapi itulah rahsia yang harus digenggam. Dan bila ia menjadi satu rahsia, ia tidak harus dibocorkan. Dia pun tidak mahu dipaksa jawab Har mengenai diari yang dicuri bacanya. Jadi apa yang dibuat, dia cuba sedaya upaya menahan diri sendiri.
" Kau tahu apa budak tu fikir? Jangan tanya aku lagi, apa consequences that kid tangggung setelah dia besar.”
Farhana terus membisu.
“ Let me tell you apa budak tu fikir waktu dia dibelasah, dibedal, didera?"
Suara Har mula melantang tinggi.
" They keep thinking, apa salah aku sampai ibu buat aku macam ni? Mana silap aku? Kenapa? Kenapa aku perlu diperlakukan macam ni?"
" Sakit kepala kau. Bengkak mata kau. Perih jiwa kau. Tak faham kenapa orang yang sepatutnya kau paling percaya dan paling kau sayang, boleh buat kau macam tu,” bertubi - tubi Har melepaskan batu amuk yang mungkin sudah sekian lama terbuku di hatinya.
Matanya jelas cemerlang dengan rasa perit. Kian Farhana pandang, kian berat hatinya memerhati.
" Budak - budak tak tahu erti benci, Hana. Sebab itu ibu. Dia orang tahu, ibu diletakkannya di mana; di mata Tuhan ibu itu paling agung, Hana. Aku masih ingat waktu aku kecil, cikgu beritahu aku. Nabi sebut tiga kali ibu, sebelum ayah. Tiga kali, Hana. Tiga kali!”
Koyak rabak. Perbincangan yang tadinya setenang pantai petang kini bertukar berombak malam yang cukup ganas.
“ Benci ibu tu nak campak mana? Sayang, walaupun habis tubuh luka. Mujur tak terkambus badan je. Habis maruah dipijak."
" Kena dera macam mana sekali pun, seorang anak tak putus berdoa. Mahukan ibu yang dodoikan tidur malam—," Har melepaskan dencitan tawa kecil, lalu dengan lajunya dia mengesat air mata yang menitik dari hujung mata. Rapuh benar kejantanan Har rupanya.
"— yang masak masakan kegemaran bila kalah main bola. Ibu yang tolong kejutkan bangun pagi untuk ke sekolah, menjaga bila jatuh sakit. Yang bangga—"
Suara Har mati tiba - tiba. Beberapa kali dia membatuk kuat. Sengaja dilepaskan seakan cuba membuang rasa berat di hati.
" Ahh! Entah apalah aku membebel."
Tergesa - gesa dan tiba - tiba Har bangun dari duduknya dan turun dari pagoda. Sekelip mata, hilang figura itu dari pandangan mata.
Serempak itu, Farhana melepaskan tangisan halus. Tidak tahu mahu menyebelahi yang mana. Setelah dia sendiri tahu, dia baharu sedar, betapa serius masalah antara Har dan ibunya. Betul apa yang dikatakan Har, sewaktu kecil mungkin dia masih sayang, tapi setelah besar, itu tidak lagi menjadi perkara yang sama.
" Ya Allah, kau nampakkanlah jalan untuk kedua - duanya. Kau kembalikanlah kasih sayang ibu dan anak antara mereka berdua. Biar kebahagian sama - sama dirasai..."
***
Tatkala daun pintu ditolak, kelihatan susuk tubuh Har sedang berbaring di atas katil. Farhana melepaskan lelah kecil, dia sendiri memahami tingkah laku suaminya tadi. Isu itu sememangnya isu sensitif, apatah lagi seorang mangsa seperti Har.
Mata dipicing rapat, rasa berat sungguh bagi Farhana untuk melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Terngiang - ngiang suara Har dan suara Puan Reen mengetuk gegendang telinganya.
Beratnya bahu aku nak menyebelahi siapa. Kanan suami, kiri ibu mentuaku, Allah...
Share this novel