(ottanta) 80

Other Series 152486

Bosco di Sant'Antonio, Abruzzo, Province of L'Aquila, Italy.

Semua anak-anak buah Dom yang berkemahiran tinggi seramai 27 orang berkumpul di sebuah kediaman hartanah lama Vanni di perhutanan Abruzzo.

Menanti kedatangan si tuan.

Setelah peristiwa Dom melarikan Aleena ke Malaysia, lelaki itu memberikan segala tanggungjawab menjaga hartanah Vanni dan tugasannya di Italy kepada Jacq.

Dan kini.. dia kembali.

Membawa satu pertemuan terakhir bersama mimpi ngeri kepada Martin Stephenson. Musuh ketatnya.

Kumpulan pengiring Dom tiba bersama Jacq dan si tuan, memasuki perkarangan kediaman.

Kabin mewah sederhana besar itu sebenarnya mempunyai antara satu rahsia besar tinggalan Dom di Italy. Dan dia kembali untuk menggunakannya.

Pintu kereta dibuka oleh salah seorang anak buahnya. Si tuan yang periang dulu tidak lagi kelihatan, yang tiba hari itu adalah Dom Mikhail yang pada tika membunuh. Tiada belas.

Tiada riak pada wajahnya, dingin.. beku. Membawa pesanan tidak langsung tentang misi yang bakal mereka jalankan bersama Dom nanti.

Langkah diatur megah memasuki ruang besar kabin bermutu tinggi itu. Suara-suara anak-anak buahnya tidak lagi kedengaran, semuanya diam tak berani bersuara.

"È già tutto tuì?" (Semua sudah ada di sini?) suara dingin Dom menggemakan ruangan sunyi itu.

"Sì Dom. Tutto 3 arrivato." (Semuanya sudah tiba.) Morris, salah seorang anak buahnya membalas cermat.

"Hmmm. Good. Who is responsible for taking care of this residence?" soalnya dingin sambil memandang semua anak buahnya yang berkumpul.

Seorang lelaki ke hadapan dan menyapa Dom hormat.

"Mi segui. Capisci?" (Kau ikut aku ke bawah. Kau faham kan?) soal Dom perlahan sebelum berlalu pergi ke satu bilik diikuti Jacq, Divan dan Rust.

Satu laluan kecil itu membawa kepada suatu ruangan di bilik bawah tanah sedalam 5 meter. Pintu besi kebal mula kelihatan.

Divan, salah seorang anak buahnya dan juga penjaga kediaman Vanni di Abruzzo tahu akan bilik rahsia tersebut. Tetapi bagi membukanya, sistem keselamatan itu terlalu canggih dan kebal baginya untuk dibuka.

Tambahan lagi, cctv juga turut terpasang di segenap rumah tersebut membataskan sifat ingin tahunya untuk meneroka.

Pita suara, ES scanner detector, kata laluan beraksara dan cap jari digunakan bagi membuka pintu tersebut. Rumit.

Pintu kebal yang tak pernah dibuka selama 3 tahun itu dibuka kembali. Selangkah Dom memasuki ruang..

Segalanya menyala, menerangi bilik bergentian kaca pada bahagian dalam itu. Lantai, dinding, siling.. semuanya mula menerang.

Memperlihatkan tempat simpanan senjata lelaki itu. Dom memasuki bilik tersebut dan terus ke sebuah almari kaca yang tersusun lantas sepucuk pistol diambil dan dibeleknya.

"What are you waiting for? Come in and choose your's." arah Dom dingin tanpa memandang ke arah mereka yang lain.

Jacq, Divan dan Rust masuk dengan wajah kagum. Pelbagai jenis senjata api terdapat di dalam bilik tersebut malah ada juga yang tak pernah dilihat sebelum ini. Ciptaan Dom barangkali.

"Voglio che attaccano la residensa di Martin finchè non viene distrutta and kill everyone in it." (Aku nak kita serang kediaman Martin sampai musnah..) ujar Dom setelah melabuhkan punggung pada sofa.

Kaki disilang menghadap 3 orang anak buahnya yang berdiri di hadapannya kini sambil memeluk tubuh.

"Martin? Io ucciderò." (Biar aku yang bunuh dia.) tambahnya lagi.

"Imboscata o un attacco palese?" (Kita akan lakukan serangan hendap atau terangan?) Jacq bertanya pula, menarik perhatian Dom.

"Oh please Jacqueline. Imboscato solo per codardi." (Serangan hendap hanya untuk pengecut Jacq.) Balasnya pula.

Rahang tegang itu kelihatan bergerak sesekali apabila diketap sambil berfikir.

"Sarai un gruppo di suppurto. Ho attacato davangi." (Kau akan jadi kumpulan sokongan. Aku akan serang daripada hadapan.) tambah Dom lagi.

Jacq mengangguk memahami.

"Rust. Stai cercando la posizione di Martin adesso?" (Kau dah cari kedudukan terkini Martin?) Rust disoalnya pula.

"Sì Dom. He is now in his private mansion in Ischia.) ujarnya menjawab pula.

Terangguk-angguk perlahan lelaki itu bagaimemikirkan sesuatu.

"Okay then.. get ready for tomorrow night.. because it will be the most exciting experience in killing for us." tersenyum sinis Dom pada anak-anak buahnya.

"Get everything ready and see you all tomorrow. I'll tell the plan." beritahunya lagi sebelum melangkah keluar.

Pistol yang dibeleknya tadi diambil dan diselitkan pada bahagian belakang seluar.

Dia mahu berehat di dalam bilik sebentar. Syaitan dalam dirinya berkobar-kobar mahu keluar apabila mengetaui Martin berada hanya berdekatan.

Phone dibuka dan mahu melihat peanawar hatinya. Cctv di rumah agam Forrestor berhubung dengan phone nya, kelibat si buah hati dilihatnya dari dalam phone.

Aleena sedang tidur bersama Andy di atas katil. Skrin phone diusapnya bagai mampu menyentuh insan di sana.

Rindu..

Ya. Dia rindukan keluarganya..

'I miss you to dead carrissima..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience