BAB 7

Family Completed 666

“Sakit sangatkah?” Aku terdiam, “Kalau sakit sangat, teruk tu. Kena pergi hospital, tau.” Aku masih lagi terdiam, “Kena pergi hospital Bahagia. Mesti bahagia kat sana!”

Mukaku mulai merona merah.

“Ish! Kalau macam tu lebih baik diam je!”

Aku seronok menolong Kak Liya membuat kek hari jadi. Kek hari jadi untuk tetamu Abah yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini. Entah siapa, aku pun tidak tahu. Kata Abah, birthday girl akan membuat majlis hari jadinya di sini. Kak Liya menyuruh aku membantunya membuat kek Red Velvet. Kak Liya memang mahir dalam bab-bab kek ni. Sedang leka aku mencari tepung, ada orang bertanya pada ku.

“Nak cari tepung ke?”

“Nak,” aku terus memaling. Tiba-tiba, muka ku terus diselaputi tepung!

“Yes! Berjaya!” sorak Alya. Kelihatan juga Asyraf yang tersengih-sengih memegang bekas berisi tepung. Dalam genggaman Alya juga ada tepung. Aku tersenyum. Kerja budak-budak ni rupanya. Aku terus mengejar Alya serta Asyraf sekeliling dapur!

“Oooo.. nak kena ni! Ha, siaplah korang!” kami berlari keriangan di dalam dapur. Bagaikan pesta tepung, kami membaling tepung antara satu sama lain. Habis seluruh dapur dipenuhi tepung!

“Ya Allah.. Budak-budak ni! Habis seluruh dapur bertepung! Sudah!” Kak Liya menjerit. Kami hanya tersenyum-senyum, nakal.

Aku menggantung belon-belon pada setiap sudut rumah. Wah, mewah dan pasti meriah! Aku lihat warga rumah anak yatim ini sungguh tidak sabar hendak meraikan birthday girl yang bakal tiba. Aku tertanya-tanya, siapa agaknya birthday girl itu? Aku kenalkah? Kata Abah, birthday girl itu pernah tinggal di sini, sebagai anak yatim. Dia mesra. Sebab tulah semua warga rumah anak yatim menyukai dia.

Bunyi kecoh di luar rumah membuatkan aku bergegas keluar. Mungkin birthday girl yang menjadi sebutan tu dah sampai. Aku ternampak sebuah kereta Hilux meluncur masuk ke perkarangan Rumah Anak-anak Yatim Mutiara. Wah, kaya juga keluarga angkat si birthday girl ini. Namun, aku lihat kereta tersebut macam dah selalu lihat. Hmm..

Akhirnya, kereta tersebut berhenti. Enjin dimatikan. Si pemandu merangkap ayah kepada birthday girl keluar dari perut kereta dan berjabat tangan dengan Abah. Tak berapa lama kemudian, seorang kanak-kanak perempuan keluar. Ah, susah nak nampak kerana dia dikerumuni anak-anak yatim! Alya dan Asyraf yang dari tadi berada disebelahku juga berlari-lari mendapatkan birthday girl. Amboi, popular juga si birthday girl ni.

Anak-anak yatim mengiringi birthday girl itu ke dalam rumah. Konsep parti hari lahir ini bertemakan outdoor. Ianya dibuat di dalam taman. Wah, seronok betul! Bertuahlah birthday girl ni. Birthday girl tersebut dipimpin Abah menaiki pentas. Hmm.. macam puteri pula! Perlahan-lahan kelihatan wajah birthday girl itu… Hah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience