Bab 36

Romance Completed 53837

Sejak dari tempoh hari itu. Munirah sudah tidak banyak berbual dan bercakap seperti dulu lagi. Dirinya hanya banyak terperap di dalam bilik saja. Keluar pun pergi dapur, masak, kemas rumah dan kembali masuk ke dalam bilik semula. Dia hanya banyak makan roti dan makanan ringan saja. Azhar nampak perubahan diri Munirah ini. Dia pasti mesti disebabkan oleh semua itu. Hubungan mereka berdua agak dingin sejak beberapa hari ini. Azhar melihat saja gelagat Munirah masuk ke dapur dan membuka peti sejuk. Dia mengambil air kotak susu dan roti kering saja. Tidak mempedulikan diri Azhar yg sedang makan seorang diri di situ.

Munirah..duduk dulu. mari makan sekali..Bersuara Azhar lalu menyekat laluan untuk Munirah bergerak pergi. Munirah memandang tajam saja ke arahnya. Sedikit pun bibirnya tidak mengukirkan senyuman. Lalu Munirah berjalan pergi ke arah lain pula. Malas dia mahu bersemuka dengan Azhar hari ini.

Munirah Safiyah..duduk dulu. Ini arahan suami awak. Kata Azhar tegas sedikit ton suaranya. Langkah Munirah terus mati dan kembali memandang wajah Azhar sedalam-dalamnya.

"Fine"

Balas Munirah terus menarik kerusi dan duduk di hadapan Azhar. Dia mengalah disebabkan Azhar selalu saja guna kuasa vetonya. Tidak pasal-pasal nanti Munirah dapat gelaran "isteri derhaka" pula. Azhar memandang saja gelagat Munirah menebuk kotak susu itu tetapi tak berjaya. Hampir nak patah dua batang straw itu dibuatnya. Muka Munirah berkerut sedikit.

Aduh..dah kenapa pula straw ni pun..Bersuara Munirah terus meletakan straw itu ke tepi saja. Moodnya dah hilang dan tiada selera nak minum air kotak susu itu lagi. Munirah terus menyandarkan badannya ke kerusi. Pandangannya beralih ke arah kolam ikan di luar sana. Azhar tersenyum saja melihat gelagat Munirah sejak dari tadi lagi. Azhar terus mengambil kotak susu dan straw itu. Dia membetulkan sedikit straw yg sudah bengkok lalu dicucuk kembali pada air kotak.

Nah..minumlah.. Nak makan nasi? Kata Azhar lalu memberikan kembali susu kotak itu kepada Munirah. Munirah mengeleng saja dan mengambil susu kotak itu lalu disedutnya perlahan-lahan.

Nak abang masak spagetti or apa-apa saja yg Irah rasa nak makan? Kenalah isi perut tu sikit dengan makanan berat. Nanti masuk angin. Ujar Azhar sambil mengambil pinggan yg sudah dimakan untuk membersihkannya di singki. Munirah sudah masak apalah salahnya dia pula yg mencuci. Munirah bukannya orang gaji di dalam rumah ini.

Tak..tak rasa lapar. Jawab Munirah meleretnya terus bangun dan berlalu pergi untuk masuk ke dalam biliknya.

Tunggu..Jum kita keluar. Kita pergi makan samyang dan korean fried chicken ke..Cadang Azhar supaya Munirah akan makan juga nanti. Dia tidak mahu Munirah terus menyiksa perutnya saja.

Ermm..ok. Tapi saya nak makan benda lain. Kali ini Munirah menerimanya. Memang dia mahu keluar pun. Dia tidak mahu keluar sendiri. Akhirnya Azhar mengajaknya juga. Azhar tersenyum lega Munirah mahu keluar makan juga. Hilanglah sedikit rasa risaunya terhadap Munirah.

................................................................

Mira duduk dulu yee..Biar mama angkat semua barang masuk ke dalam bilik dulu. Kata Datin Zuraidah lalu membawa beg pakaian Mira naik ke atas. Mira melabuhkan punggungnya di atas sofa. Melihat keadaan di sekeliling rumahnya tidak ubah seperti dulu saja. Fikirannya terus memikirkan Azhar. Sudah lama Azhar tidak datang melawatnya bahkan sudah dikhabarkan pulang pun Azhar tidak datang. Rasa rindunya pada lelaki itu semakin kuat. Azhar masih risaukan dirinya kalau tidak kenapa Azhar selalu datang melawatnya di Hospital. Senyuman di bibir Mira kembali mekar. Mungkin masih ada peluangnya bersama Azhar kembali.

Eisya cucu atuk ni beratlah..Turunlah pergi dekat Mummy tu..Bersuara Datuk Rizman selepas melangkah masuk ke dalam rumah. Dia melepaskan Eisya dari dukungannya. Eisya berlari pergi ke arah Mira apabila melihat ibunya itu mendepakan tangan. Mira terus mengangkat dan mengomol tubuh Eisya. Rasa rindu saja nak dengar suara ketawa riang Eisya kembali. Mira menatap lama wajah Eisya. Rupa parasnya diwarisi oleh Iqbal. Mira tidak boleh menafikan yg Iqbal masih ayah kepada anaknya ini. Seteruk dan sedayus suaminya itu dia masih ada hak ke atas Eisya. Sejak mereka bercerai Iqbal langsung tak pernah muncul kembali dalam hidupnya. Bahkan semasa Eisya dilahirkan pun Iqbal tak ada. Mira masih takut dan trauma dengan perkahwinan yg lepas. Perkahwinan yg terjalin terpaksa rela antara kedua belah pihak. Mira masih belum dapat maafkan Iqbal. Sakit yg ia rasa bukan dari luar tetapi dari pelusuk lubuk hatinya. Mira memeluk erat dan dicium lama ubun-ubun Eisya. Sukar untuknya melepaskan Eisya pergi lagi. Mira masih memikirkan tentang masa depan Eisya. Layakkah diri Eisya merasai ada seorang ayah seperti orang lain sedangkan ayahnya sendiri tidak mengambil peduli. Mira tidak mahu melihat Eisya hidup sepertinya. Mengharapakan kasih yg tidak berkesampaian.

Assalamualaikum..Kedengaran suara seseorang memanggil salam di luar rumah. Segera Datuk Rizman pergi melihat siapakah datang ke rumahnya pada waktu sekarang. Mira seakan kenal dengan rentak suara orang di luar. Segera dia mendukung Eisya dan membawanya pergi naik atas. Mira masih belum bersedia dengan semua ini.

...................................................................

Sis..sis kenalkan dengan girl yg bernama Amira Athirah tu..Tanya Huzair lalu melabuhkan dirinya di atas sofa. Sudah menjadi tabiatnya pada hujung minggu akan datang ke rumah kakak iparnya ini untuk makan tengah hari dan makan malam. Pada masa yg sama juga abangnya akan cuti pada hari jumaat jadi bolehlah dia datang melepak dan bermain game dengan abangnya ini. Jari Huzair masih lagi sibuk menekan punat kontrol permainan itu. Dia dan Amri sedang bermain permainan PUBG. Farah memandang tajam saja ke arah mereka berdua. Dari pagi sampailah ke petang duduk hadap game saja. Nasiblah ada solat jumaat kenalah berhenti dahulu. Kalau tidak alat kawalan jauh itu hinggap ke kepala masing-masing. Farah dah biasa tegas dan garang dengan suami dan adik iparnya ini. Mereka berdua sudah tiada ibu. Tak ada kakak dan adik perempuan pula tu. Farahlah tulang belakang dalam melayan kerenah manja mereka berdua.

Ermm..dia tu bekas tunang En Azhar. Dah napa ko tanya ni Uzair?? Tersangkut skandal dengan dia ke apa? Soal Farah semula selepas memberitahu perkara itu kepada Huzair. Sibuk saja tangan Farah mengupas kacang dan disuapkan ke dalam mulut suaminya itu. Huzair menarik muka saja melihat agenda sweet antara abang dan kakak iparnya. Sudah tiada hari lain nak bermanja saja.

Haah..Uzair suka dia. Jawab Huzair pantasnya tetapi riak wajahnya tidak menunjukkan apa-apa pun. Tersentak Amri dan Farah mendengar semua ini. Mereka berdua terus memandang ke arahnya. Huzair membuat tidak tahu saja malah masih fokus bermain game. Dibiarkan abang dan kakak iparnya itu tertanya-tanya.

Ehh Huzair..dia tu janda anak satu tahu tak? Kata Farah tetapi kali ini tegas saja ton suaranya. Farah masih tidak percaya yg Huzair mudah jatuh cinta apabila melihat perempuan cantik tetapi ada masalah mental. Sebelum ini Huzair pernah beritahu Farah yg Mira masuk hospital dan dia adalah doktor khas bahagian pesakit mental yg harus menjaga dan mengambil data setiap perkembangan diri Mira. Huzair adalah seorang doktor Pakar Psikiatri. Hampir 2 tahun dia menjadi doktor dalam bahagian ini.

Why not? Jodoh tak kenal status sis...Balas Huzair lalu memberikan senyuman manis dan mengangkat keningnya ke arah Farah. Terbutang mata Farah mendengar semua ini keluar dari mulut Huzair sendiri. Sudah terlepas cinta untuk Munirah kali ini nak pikat Mira yg janda anak seorang pula. Farah terus menepuk bahu suaminya supaya bercakap sedikit dengan perangai pelik adik lelakinya itu. Tahulah dia doktor psikiatri pun tapi tak perlulah mudah terpikat dengan seseorang pun. Amri menggeleng saja kepalanya. Adiknya ini memang pelik saja perwatakannya. Patutlah dirinya tidak bertemu jodoh lagi. Masih sibuk saja nak jaga jodoh orang. Huzair tersenyum riang di situ. Dapat juga kenakan abang dan kakak iparnya.

.................................................................

Semua ni..makanan kelantan kan?? Tanya Azhar setelah melihat semua hidangan yg terhidang di depannya ini. Pandangannya mula beralih ke arah Munirah yg sedang tersenyum riang di depannya. Pada mulanya Azhar ingatkan Munirah teringin nak makan makanan korea tetapi kali ini lain pula yg ia mengidam. Seperti biasa Azhar redha sahaja dengan pelbagai jenis hidangan yg ditempah oleh Munirah. Dia menelan payah air liurnya. Dulu kena makan masakan pedas kali ini masakan kelantan pula. Nasiblah wujud juga restoran masakan kelantan dekat area Ampang ini. Kalau tidak mahu tak bebal Munirah dibuatnya. Silap hari bulan Azhar pula ditinggalkan di tepi jalan. Demi Munirah Azhar sanggup buat apa saja asalkan mereka berdua tidak bergaduh lagi.

Well..seperti yg abang tahu..saya keturunan kelantan. My mother side. Dah lama tau saya idam nak makan semua ini. Asyik-asyik tak dapat jee sebab dah lama saya tak pulang ke sana. Sekali sekala nak laa juga kekalkan adat saya. Haa..jemput makan..abang nak nasi kukus ke nasi kerabu? Kata Munirah senangnya sambil menghulurkan nasi kukus kepada Azhar apabila ia menunjukkan ke arah nasi kukus itu. Azhar tersenyum kelat lalu menadahkan tangan untuk membaca doa. Baru dia teringat yg Munirah adalah dari keturunan Kelantan. Selalu saja dia membaca di laman sosial yg gadis Kelantan ini teruk dan tidak sesuai dibuat bini. Pada pendapat Azhar semua itu atas dasar diri sendiri saja dan bukannya keturunan serta berasal dari negeri mana. Dia adalah lelaki yg beruntung dapat memiliki diri Munirah. Gadis di depannya ini sangat manis dan sedap mata memandang.

Napa pandang saya macam tu?? Cantik sangat ke saya ni abang nak pandang lama-lama..kena hadap tiap hari pula tu.. tak jemu ke? Kata Munirah tetapi tidak pandang ke arah Azhar pun. Dirinya masih lagi sibuk menikmati setiap suapan nasi kerabu ke dalam mulutnya. Satu nikmat yg tidak dapat ia ungkapkan. Azhar tersenyum sendiri. Melihat saja kerenah Munirah seperti ini. Bukan selalu Munirah akan gembira dan riang seperti ini.

Look honey..Sayang sentiasa cantik di mata abang. Sedikit pun tak rasa jemu. Untung abang tau ada isteri keturunan Kelantan seperti Munirah. Sedap mata memandang, sedap lagi hati terpahut. Ehh sedaplah nasi kukus ni..Ermm.. dah nak jadi favorite abanglah..Ujar Azhar lalu makan dengan penuh berseleranya. Munirah memandang lama saja ke wajah Azhar. Dia berharap sangat Azhar betul maksudkan apa yg dia katakan. Kalau boleh dia tidak mahu Azhar berpura-pura di hadapannya lagi. Bukannya dia masih berharap lagi cuma dia mahu satu kepastian saja. Jika Azhar masih anggap dirinya ini seorang isteri. Munirah akan jalankan tangungjawabnya seperti biasa saja. Tiada apa yg dapat ia lakukan selain menjadi seorang isteri yg baik.

Mereka berdua berjalan di tepi tasek. Munirah hanya banyak mendiamkan diri saja. Tidak tahu mahu berbual apa dengan Azhar. Keadaan mereka sudah tidak seperti dulu lagi. Munirah rasa malas nak berlakon tiada apa-apa yg berlaku antaranya dan Azhar sedangkan dia akan menyiksa jiwanya dalam diam. Biarlah Azhar cuba selesaikan dahulu masalahnya itu. Munirah hanya perlu teruskan hidup seperti biasa saja.

Irah..Irah masih marahkan abang tentang hal itu? Tanya Azhar setelah mereka berdua berhenti duduk di bangku tepi Tasek itu. Azhar masih tidak dapat pandang ke arah wajah Munirah. Dia rasa kesal dengan semua ini. Sepatutnya dia memberitahu Munirah tentang hal ini dan bukannya sembunyikan dari pengetahuannya. Munirah ada hak sebagai seorang isteri. Apa jua yg suami lakukan ia ada hak untuk tahu. Azhar bukanlah suami yg sempurna. Dia jua ada serba kekurangannya.

Ermm..kenapa abang tanya Irah pula? Irah tak marah pun abang..Irah tak layak pun nak mongok atau marah. cuma Irah rasa kekok dengan abang..Irah rasa bersalah tinggal dengan orang yg tak ada rasa cinta dan sayang dekat Irah. Irah tahu..Bukan mudah nak terjalin perasaan ini bila kita berkahwin tanpa relakan? Tak apa. Irah faham. Kita berdua tak sempurna. Tapi, abang kena buat keputusan. Irah tak kisah kalau abang nak ceraikan Irah..abang ada hak..abang tahukan Irah tak suka berkongsi? Mira lebih layak untuk abang. Eisya juga perlukan seorang ayah kepadanya. Kalau abang rasa inilah keputusan yg terbaik..Irah akan terima dengan hati yg terbuka. Sejujurnya Irah bahagia hidup dengan abang. Terima kasih terima Irah sebagai isteri abang. Ahh dah nak maghriblah..jum pulang..Luah Munirah segalanya terhadap Azhar. Boleh melihat wajahnya tersenyum gembira dengan apa yg ia ujarkan itu. Munirah bangun dan berjalan mendahului Azhar. Pandangan Azhar menjadi kosong selepas mendengar apa yg dituturkan oleh Munirah itu. Tergamam seribu bahasa. Otaknya tidak boleh berfikir langsung. Azhar melihat sayu langkah Munirah pergi mendahului dirinya. Terlihat isterinya itu sudah pasrah dan redha dengan semua ini. Air mata terus terkumpul di kelopak mata Azhar. Rasa hiba saja dengan semua ini. Bukan ini yg Azhar mahukan.

"Munirah..maafkan abang"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience