Di klinik, Azralina dan Syaa sedang menunggu keputusan doktor untuk mengetahui sama ada Azralina disahkan hamil atau tidak. Azralina kelihatan gusar dan gelisah.
“Lina, kau okay tak ? Kau macam takut je kalau doktor cakap apa-apa kat kau. Halah kau nih kau mengandung pun, kau mengandung anak Fadzil. Takde apa lah nak risau” kata Syaa sambil menepuk bahu kawan baiknya itu.
“Ish bukan macam tu Syaa. Aku macam ni lah, gelisah sikit bila tanda-tanda macam ni dah muncul. Doktor tu tanya macam-macam kat aku. Siap scan perut aku lagi. Mestilah aku takut-takut” kata Azralina.
“Sabar Lina sabar. Chill je takde apa pun” kata Syaa.
Doktor keluar sambil membawa satu helai gambar foto iaitu foto keadaan di dalam perut Azralina. Dia memberikan foto itu kepada Azralina. Syaa melihat dan terkejut.
“Tahniah Puan Azralina. Awak mengandung. Awak bakal jadi ibu nanti. Gambar yang saya bagi awak ni keadaan anak awak dalam perut awak selama satu minggu” kata doktor itu sambil tersenyum.
“Wahh Lina tahniah wehh. Kau mengandung tuu. Alhamdulillah” kata Syaa dengan teruja. Azralina masih lagi terdiam dan menatap foto bayi dalam kandungannya.
“Puan ? Puan okay tak ?” kata doktor itu. Syaa berasa pelik kerana kawannya senyap membisu sahaja.
“Lina. Kau okay tak. Asal kau senyap nih” kata Syaa sambil menepuk bahu Azralina. Dia terkejut
“Eh okay okay...saya okay doktor. Maaf lah doktor saya agak terkejut tadi” kata Azralina.
“Okay never mind. Mana you punya husband puan ?” tanya doktor tentang suami Azralina.
“Erm suami saya kerja harini. Takper saya ingat nak buat suprise dekat dia masa dia balik kerja nanti” kata Azralina berselindung dari perkara sebenar. Doktor itu tersenyum sahaja.
“Takper. Apa salahnya awak nak buat kejutan dekat dia kan. Awak dah kahwin dengan dia pun dekat setahun kan. Beruntung awak dah ada bakal cahaya mata. Ada sesetengah pasangan masih lagi takde anak walaupun dah berkahwin bertahun-tahun. Belum rezeki lagi kan. Tahniah sekali lagi puan” kata doktor itu.
“Terima kasih doktor” kata Azralina sambil tersenyum tawar sahaja.
“Kalau dah mengandung nih awak jangan lah buat kerja terlalu berat. Makan makanan yang berkhasiat dan jangan ambil makanan yang pedas. Kalau boleh kurangkan lah. Sayur-sayur tuh memang digalakkan makan” pesan doktor itu.
“Faham doktor” kata Azralina.
“Jangan stres sangat kalau boleh. Selalu fikir positif. Kalau awak stres boleh membahayakan kandungan awak. Ingat tau. Lagi satu jangan lupa datang check up awak punya kandungan. Bagitau husband awak. Tarikh awak check up saya dah tulis” kata doktor itu. Azralina mengangguk tanda faham.
“Nanti ambil ubat dekat luar ya. Terima kasih” kata doktor.
“Okay doktor. Terima kasih” kata Azralina lalu bangun dari tempat duduknya. Syaa senyum kepda doktor dan menemaninya keluar dari bilik doktor itu.
“Kau nak bayar ubat semua nih...kau ada duit tak ?” tanya Syaa. Azralina senyap sahaja.
“Hmm takper Lina. Aku belanja. Kesian kau nih duit kau habis dekat mamat sampah tuh. Geram lah aku” kata Syaa.
“Syaa...tak payah lah. Lagipun aku boleh bayar pakai kad kan. Dalam bank aku ada lagi duit. Tak payah la” kata Azralina.
“Takperla. Aku belanja kau okay ? Kau simpan duit kau dulu. Mana tahu kalau ada apa-apa emergency kau boleh keluarkan duit kau kan” kata Syaa.
“Hm okay Syaa. Thank you Lina. Aku banyak menyusahkan kau pulak. Semalam kau belanja aku makan kan” kata Azralina.
“Alah tak menyusahkan pun. Ni kau dapat ubat, balik rumah kau makan. Harini kau tak payah puasa sampai raya. Parents kau bila nak balik sini ? Diorang raya sini tak ?” kata Syaa.
“Hmm tak pun. Diorang raya dekat sana. Raya pertama pun diorang kerja” kata Azralina.
“Kau kena bagitau parents kau pasal benda nih. Aku rasa kau kena mintak rujuk dengan Fadzil tuh. Dia mesti kena tahu pasal nih” kata Syaa.
Perbualan mereka terhenti kerana doktor yang bertugas menjaga kaunter ubat memanggil nama Azralina.
“Nur Azralina binti Anuar” kata doktor menyebut nama penuh. Azralina dan Syaa bangun dan mengambil ubat tersebut.
Selesai mengambil ubat tersebut, mereka keluar dari klinik dan masuk ke dalam kereta Syaa.
“Lina. Kita balik rumah kau dulu tau. Kau makan apa semua lepastu kau makan ubat. Nanti rehat lepastu tidur. Balik nanti aku masakkan untuk kau makan” kata Syaa. Azralina menangis.
“Lah ya Allah kau nih. Asal kau menangis pulak nih. Kau okay tak Lina” kata Syaa.
“Syaa. Boleh tak bawak aku pergi jumpa Fadzil. Aku nak mintak maaf dengan dia. Aku kena bagitau dia yang aku mengandung. Tapi aku takut dia tak nak maafkan aku pasal apa yang jadi dulu” kata Azralina.
“Lina...meh sini. Aku yakin Fadzil akan maafkan kau. Kau balik makan rehat dulu. Malam nanti lepas Maghrib kita gerak balik kampung. Aku rasa time nih dia dah gerak balik kampung” kata Syaa sambil memeluk Azralina.
“Yelah Syaa. Aku sayang lagi dekat dia. Aku menyesal suruh dia ceraikan aku dulu. Aku rasa bersalah dengan dia” kata Azralina.
“Dah dah Lina. Jangan diingat benda yang lalu. Kau mengandung kan. Tak nak la kau stres okay ? Meh kita balik rumah kau dulu tau” kata Syaa lalu membawa kereta pulang ke rumah Syaa.
.
Fadzil mengerling di jam tangannya. Sudah hampir pukul 2 petang. Dia membawa kereta dengan cepat untuk pulang ke rumah.
“Adik aku mesti dia tengah tunggu kat rumah aku. Dah lah jalan sesak nasib baik lah aku singgah masjid nak Zuhur tadi” kata Fadzil dalam hati.
10 minit kemudian barulah dia sampai di rumahnya. Fadzil ternampak Farhad sedang duduk di atas batu hadapan rumah Fadzil.
Dia membuka pintu pagarnya dan meletakkan keretanya ke dalam pagar rumah. Farhad bangun dan meletakkan motosikal ke dalam pagar rumah abangnya. Fadzil menutup enjin dan keluar dari keretanya.
“Lama ke kau tunggu aku tadi” kata Fadzil sambil bersalaman dengan Farhad dan memeluknya.
“Aku dekat sini dari pukul 1.30. Nasib baik ada masjid dekat area sini then aku solat kejap. Aku patah balik rumah kau ingatkan kau dah sampai” kata Farhad.
“Sorry lah Ad. Aku on the way balik sini jammed gila tadi. Lepastu aku singgah masjid kejap nak solat. Then baru lah aku balik rumah. Kau nak rehat dulu ke. Aku nak mandi lepastu nak kemas-kemas baju dulu. Maybe lepas asar kita gerak lah. Penat gila aku nih” kata Fadzil.
“Takperlah Fadzil. Lagipun aku nak rehat jugak. Aku tidur tadi dekat masjid sekejap je” kata Farhad.
“Meh masuk rumah aku. Kita sembang dalam rumah je. Kau nak borak dekat luar buat apa panas-panas nih. Puasa tak kau ?” kata Fadzil
sambil tersengih.
“Puasa lah Fadzil hahaha. Okay okay jom masuk” kata Farhad. Mereka masuk ke dalam Fadzil dan duduk di atas sofa. Fadzil bangun menghidupkan penghawa dingin di dalam rumahnya.
“Cantik rumah kau. Pandai kau buat dekorasi. Siapa yang buat nih” kata Farhad.
“Aku dengan Lina yang buat. Tapi itulah, sekarang aku dah sorang-sorang je. Haih rindu pulak dengan bini aku” kata Fadzil.
“Yeke. Takperlah Fadzil. Benda dah lepas kan” kata Farhad.
“Hmm okaylah kau buat lah macam rumah sendiri. Rumah aku rumah kau jugak kan. Aku sejukkan dulu bilik nih” kata Fadzil sambil duduk di atas sofa dan membuka televisyen.
“Kau tidur dekat masjid ke tadi ? Apasal kau tak tidur dekat hotel tadi ?” tanya Fadzil.
“Ada orang cari aku Fadzil. Mungkin kuncu si Halim tuh. Sebab tu aku lari” kata Farhad.
“Diorang cari kau ? Habis macam mana ? Diorang jumpa kau ke ? Haih tak serik lagi diorang nih”kata Fadzil sambil menggeleng kepalanya.
“Tak pun. Diorang tak dapat cari aku. Takde apa lah” kata Farhad.
“Ad, sebab tu lah aku suruh kau letak je motor kau kat sini. Aku tak nak diorang nampak kau lagi and terus tangkap kau. Kau sekarang ni selamat dengan aku. Cuma untuk keselamatan kau jangan keluar dari rumah ni. Kunci semua pintu. Aku tak nak diorang nampak kau” kata Fadzil.
“Okay Fadzil. Terima kasih. Aku menyusahkan kau pulak” kata Farhad.
“Mana ada lah. Kau cakap macam aku kawan kau je. Kau tuh adik aku. Aku tak nak kau jadi apa-apa. Kau rehat je tau. Kalau kau nak tidur kau tutup la tv” kata Fadzil. Farhad mengangguk.
“Aku nak mandi rehat kejap. Rehat la dulu. Kau banyak stres sangat hari ni. Nak aku tunjukkan kau bilik ke ? Lagi selesa kalau kau tidur dalam bilik je” kata Fadzil.
“Takperlah Fadzil. Aku okay je tidur sini. Luas kan ruang tamu nih. Hahaha” kata Farhad.
“Macam macam la kau nih. Kalau kau nak kencing ke apa ke bilik air dekat dapur tuh tau. Jangan kau makan pulak” kata Fadzil.
“Mana ada lah kau nih. Aku puasa kan” kata Farhad.
“Yelah aku naik dulu” kata Fadzil. Farhad mengangguk lalu menonton televisyen.
.
Sementara itu di Kawasan Rehat Tapah...
Faridah baru sedar dari tidur. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Panggilan dari abang sulungnya Fadzil.
“Hello assalamualaikum. Ada apa call aku nih” kata Faridah.
“Waalaikumussalam. Nih Ida kau tidur ke ? Suara lembik semacam je nih” kata Fadzil di corong telefon.
“Haah aku tertidur. Kau dah balik kerja ke” kata Faridah.
“Dah. Aku nak mandi nih. Kau dekat mana nih ? Mama dengan ayah mana ?” tanya Fadzil.
“Ermm dalam kereta takde orang...hm patutlah kat tempat isi minyak. Nih ayah tengah isi minyak. Mama mungkin pergi toilet kot” kata Faridah.
“Iyelah. Kau cakap dengan ayah mungkin aku gerak lepas Asar kot. Nanti bagitau tau. Assalamualaikum” kata Fadzil menamatkan panggilannya.
“Waalaikumussalam” kata Faridah sambil menutup panggilannya. Dia keluar dari keretanya.
“Haa Ida baru bangun tidur ? Kau nak pergi mana ?” kata Encik Shuhaimi yang masih lagi mengisi minyak kereta. Maklumlah perjalanannya masih jauh lagi untuk sampai ke Bagan Serai.
“Toilet kejap ayah. Byee” kata Faridah sambil berjalan menuju ke tandas. Faridah berselisih dengan ibunya yang baru keluar dari tandas.
“Mama. Dekat mana sekarang nih ?” tanya Faridah kepada ibunya.
“Dekat Tapah lagi sayang. Kau tidur ke ? Mata kuyu je” kata Puan Yusnita.
“Yaa. Takperlah mama Ida pergi dulu tau” kata Faridah lalu masuk ke dalam tandas.
Faridah masuk ke dalam tandas dan membasuh mukanya bagi menghilangkan mengantuk. Dia berasa haus tetapi sekarang waktu berpuasa. Tiba-tiba telefonnya berdering. Panggilan dari Raudhah, kawan baiknya selain dari Syira.
“Lah kau Raudhah. Apa mimpi kau call aku” kata Faridah di telefonnya.
“Assalamualaikum Ida. Amboi kau main masuk je salam tak bagi” kata Raudhah. Faridah tersengih sahaja.
“Waalaikumussalam. Sorry lah Raudhah. Kau call aku kenapa ? Rindu aku ke ?” kata Faridah.
“Mestilah aku rindu kau. Nih kau dekat mana ? Dekat KL lagi ke” tanya Raudhah.
“Haih aku on the way balik kampung nih. Dekat Tapah lagi. Aku rasa macam lama je dalam kereta pasal pukul 11 pagi baru gerak. Jammed kot dekat highway sebab nak balik kampung kan” kata Faridah.
“Lah kau balik kampung ke ? Asal tak cakap ? Kalau kau bagitau aku nak je bagi kuih raya yang mak aku buat tadi. Hmmmm” kata Raudhah.
“Ya Allah sorry Raudhah. Aku lupa nak bagitau. Tadi sebelum aku nak gerak aku jumpa Syira je sebab dia jiran aku kan. Lepastu barulah gerak. Sorry sangat-sangat Raudhah. Nanti aku balik KL aku ajak lah member-member kita beraya rumah kau. Teringin jugak nak makan cornflakes madu yang mak kau buat. Teringin wehh” kaa Faridah sambil berjalan keluar dari tandas.
“Kalau kau balik KL takper. Nanti aku simpankan kuih untuk kawan-kawan kita nak beraya nanti. Hihihi” kata Raudhah.
“Thank you sangat-sangat Raudhah. Aku hargai sangat” kata Faridah.
“Kau punya result trial dah tunjuk dekat mak ayah kau ke ? Diorang cakap apa ?” tanya Raudhah ingin tahu.
“Aku tunjuk lah dekat mak aku. Lepastu mak aku bagitau lah ayah aku. Macam biasa kena bebel pulak dari diorang. Kes yang aku ponteng pun aku bagitau mak aku jugak. Aku tak boleh la nak simpan lama-lama” kata Faridah.
“Hm diorang bukannya bebel. Diorang nasihat kau. Kau ambik lah benda ni sebagai pengajaran. Lepastu diorang cakap apa” kata Raudhah.
“Diorang suruh aku....aduhhh Allahuakbar...sakitnyaaaa” belum sempat lagi menghabiskan kata-kata Faridah, dia jatuh tergelincir di atas lantai. Mujur orang sekeliling tidak nampak Faridah tergelincir.
“Hello ? Hello kau okay tak ? Aku dengar bunyi macam terjatuh atas lantai. Kau okay tak ?” Raudhah berkali-kali memanggil Faridah.
“Aku okay je Raudhah. Nanti aku chat kau dekat Whatsapp nanti. Assalamualaikum” kata Faridah menutup telefonnya.
“Aduhh sakit kaki aku. Jangan lah aku tak boleh bangun pulak nih” kata Faridah seorang diri lalu mengagahkan diri untuk bangun. Kaki kirinya berasa sakit akibat terseliuh.
Faridah berjalan secara perlahan-lahan menuju ke keretanya untuk menyembunyikan perkara yang sebenar daripada ibu dan ayahnya. Dia kemudian masuk ke dalam kereta.
“Lama betul kau dekat tandas. Berak ke ?” kata Puan Yusnita.
“Err haah mama. Takper Ida okay je” kata Faridah.
“Kalau macam tu takperlah. Dah petang nih nanti jammed pulak. Tadi kau telefon siapa” kata Encik Shuhaimi.
“Erm Fadzil la ayah. Haa dia kata dia nak gerak lepas Asar. Tu jela dia cakap dengan Ida tadi” kata Faridah.
“Haih takut jammed je tak pasal-pasal sahur atas jalan pulak nanti. Takperlah asalkan diorang sampai” kata Encik Shuhaimi lalu meneruskan perjalanan.
Alunan lagu raya di radio menaikkan semangat untuk pulang ke kampung halaman untuk beraya. Faridah menyanyi lagi raya dan melupakan masalah kaki yang terseliuh tadi.
“Amboi Ida seronok betul. Boleh tahan jugak kau nyanyi lagu raya. Mama teringat pulak cerita lama dekat rumah nenek dulu. Masa tu umur mama macam kau lah” kata Puan Yusnita.
“Takdelah mama. Mama tahu kan tiap tahun nak raya je mesti Ida rasa seronok. Tiap tahun jugak lah Ida dapat mandi dekat sungai belakang rumah nenek tuh” kata Faridah.
“Memang pun. Kau kan suka mandi dekat sungai. Pantang ada nampak sungai ke pantai ke terus nak cakap nak mandi lah apa lah. Kalau sungai yang ada buaya pun kau nak pergi jugak” kata Encik Shuhaimi.
“Ish ayah ni mana ada. Kalau sungai tu memang sungai yang okay Ida mandi jela kan. Macam sungai dekat belakang rumah nenek. Ya mama cerita la zaman mama dulu macam mana” kata Faridah.
“Okay, kalau nak dekat hari raya, biasanya nenek akan buat ketupat. Nenek buat ketupat bukan ketupat biasa yang Ida selalu makan tuh. Nenek semua jenis ketupat boleh buat. Tapi ada satu jenis ketupat ni yang jarang semua orang boleh buat. Dalam satu kampung tuh hanya nenek sorang je yang boleh ketupat jenis ni” kata Puan Yusnita.
“Ketupat apa mama ?” kata Faridah.
“Ketupat lembu ? Pernah dengar ? Orang panggil ketupat kambing. Tapi nenek buat ketupat lembu besar tau. Besar macam lembu” kata Puan Yusnita.
Faridah membuka telefonnya lalu mencari nama ketupat yang ibunya maksudkan di Google.
“Ni ke ketupat lembu mama ?” tanya Faridah sambil menunjukkan gambar ketupat itu kepada ibunya.
“Ya memang ketupat ni tapi nenek buat lain dari yang lain. Ketupat yang nenek buat ni besar tau. Silap-silap kau makan pun tak habis” kata Puan Yusnita.
“Alah mama Ida pun boleh habiskan ketupat macam tuh. Macam tak besar je” kata Faridah. Puan Yusnita tersengih sahaja.
“Takper nanti ayah suruh nenek buatkan ketupat lembu empat biji. Nanti kalau kau tengok rupa ketupat tu mesti kau takkan habis makan punya. Hahahah” kata Encik Shuhaimi tergelak bersama dengan isterinya.
“Ayah main cakap je. Tengok la nanti. Erm mama boleh buat ke ketupat lembu tuh ? Susah tak nak buat ?” tanya Faridah.
“Dari mama umur macam kau sampai sekarang mama boleh buat ketupat biasa je macam bawang dengan palas. Kalau macam lembu mama memang tak reti. Mintak nenek ajar sampai pening mama dibuatnya” kata Puan Yusnita.
“Kalau Ida nak try boleh tak ? Mana tahu kali ni cucu nenek pulak yang buat ketupat lembu ni jadi. Hehehe” kata Faridah.
“Kalau mama pun tak boleh nak buat. Apatah lagi kau nak buat ketupat tuh. Ikut suka kau lah. Kalau kau jadi buat ketupat lembu tuh. Mama bagi duit raya 200” kata Puan Yusnita memandang sinis kepada anak bongsunya.
“Okay mama. Ida sahut cabaran mama tuh. Hahahaha” kata Faridah.
“Sayang. Ketupat mak yang buat tu memang famous kan. Dulu ketupat mak memang viral kat Perak sebab design ketupat dia tuh cantik sangat. Kalau time raya memang ramai orang beratur dekat rumah mak beli ketupat” kata Encik Shuhaimi.
“Iya bang. Kalau mak macam-macam bentuk ketupat dia boleh buat macam lembu, ikan, bantal, burung tekur. Tu jela yang saya ingat. Semua design ketupat mak boleh buat. Tapi kan bang, kalau jenis yang lembu memang ramai orang order” kata Puan Yusnita.
“Sebab ketupat lembu tuh besar and lagi satu puas hati lah dalam 4 orang boleh makan ketupat tuh. Besar ketupat tuh Ida. Kau larat ke nak makan sorang ?” kata Encik Shuhaimi.
“Boleh lah ayah. Tengok je raya nanti hehehe” kata Faridah.
“Dulu lah ramai orang order ketupat yang macam-macam design. Masa tuh Isha dengan Irah ajak kawan-kawan sekolah dia tolong. Kau pun ada kan masa tuh. Kalau ketupat dah siap kau, Irah dengan Isha hantar ketupat jalan kaki je. Berbaloi sangat nak bagi kau kurus hahaha” kata Puan Yusnita.
“Asal tak naik motor arwah atuk je haritu kan senang. Takdelah tercabut kaki Ida nih” kata Faridah.
“Kau ingat boleh ke nak bawak si Irah dengan Isha tuh. Semput la motor tu nanti” kata Encik Shuhaimi.
“Sekarang ada ke orang order lagi ketupat nenek ?” tanya Faridah.
“Ada je. Tapi nenek mampu buat ketupat jenis bawang dengan palas je. Nenek tak larat dah buat semua tuh. Maklumlah usia dah tua. Irah dengan Isha pun kena fokus belajar. Ada orang suruh nenek jual ketupat yang bermacam-macam jenis tapi nenek tak nak. Kau faham lah kenapa Ida” kata Puan Yusnita.
“Kesian nenek. Harap-haraplah nenek ingat lagi cara nak buat ketupat lembu tuh hehe” kata Faridah.
“Kau betul ke nak belajar buat ketupat lembu ? Buat ketupat ni kau kena fokus tau. Kau jangan stres kalau tak jadi. Nak buat ketupat lembu kena ada kesabaran. Serius mama tak boleh buat tau ketupat macam tuh” kata Puan Yusnita.
“Ya mama. Ida ingat nak bawak balik ketupat lembu yang kosong untuk tunjukkan dengan kawan-kawan Ida. Mana tahu diorang berminat nak belajar” kata Faridah.
“Okay Ida. Mama okay je. Kalau tak jadi jangan lah takde mood pagi raya pulak nanti hehe” kata Puan Yusnita sambil tersengih.
“Mama ni patutnya support Ida tau. Sampai hati mama cakap macam tuh dekat Ida” kata Faridah dengan muka yang muram.
“Hm Ida nih mama gurau je. Mama always support Ida kalau Ida nak buat apa asalkan perkara yang elok. Kalau kau ikhlas nak belajar buat ketupat, cakap dengan nenek nanti. Langkah buat ketupat jangan lupa tulis dalam note book” pesan Puan Yusnita.
“Mengada Ida nih. Comel je bila kau merajuk hahaha” kata Encik Shuhaimi.
“Thank you mama. I love you mama” kata Faridah sambil mencium pipi ibunya. Faridah duduk bersandar di kerusi tempat duduk sambil bermain telefonnya.
“Kita dah sampai Ipoh rupanya. Rasanya abang takde lah bawak laju sangat. Mujur la tak sesak harini. Mungkin petang sikit baru jammed nanti. Ni yang merisaukan pasal Fadzil nak balik nanti. Silap-silap dia buka dekat highway nanti” kata Encik Shuhaimi.
“Takper lah bang. Janji dia balik kampung kan. Kan dia dah kata lepas Asar. Tapi masih jauh lagi kan. Sekarang dah pukul 4. Mungkin kita dah sampai masa dah nak berbuka” kata Puan Yusnita.
“Yelah memang jauh lagi. Taiping pun tak sampai lagi nih. Takperla abang bawak laju sikit” kata Encik Shuhaimi lalu menekan minyak dengan lebih laju sedikit.
“Abang jangan buat hal eh. Banyak speed trap dekat highway nih. Tak pasal-pasal surat saman sampai dekat rumah kita pulak” kata Puan Yusnita.
“Takde lah laju sangat. Kalau ada zon kamera nanti abang slow la sikit” kata Encik Shuhaimi dengan yakinnya.
“Ida, pakai seatbelt” kata Puan Yusnita kepada anak bongsunya. Faridah memakai tali pinggang keledar dan sambung bermain telefonnya.
Puan Yusnita duduk diam dan memerhatikan suaminya membawa keretanya dengan laju apabila menaiki bukit di lebuh raya. Dia berdoa di dalam hati supaya tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.
Share this novel