Bab 5

Romance Series 113896

"Baiklah, itu saja untuk petang ni. Jangan lupa siapkan apa yang saya minta dan hantar pada saya pagi esok. Saya nak jam 1000hrs laporan dah ada atas meja saya. Azman take note perkara ni. Bersurai" ujar Aniq bagi mengakhiri mesyuarat pada petang itu.

"Baik Tuan" balas Koperal Azman.

"Terima kasih Tuan" ucap anggota yang hadir mesyuarat lalu keluar dari Bilik Mesyuarat meninggalkan Aniq dan Syam.

"Eh, jom ikut aku nak, pekena teh tarik ke sedap jugak petang-petang macam ni. Dah pukul 4 petang dah." ajak Syam sambil berdiri mengemaskan buku catatan menolak kerusi untuk keluar.

"Boleh juga, lagi pun ingat nak singgah kedai jap, nak beli barang sikit" angguk Aniq.

"Naik kereta aku lah ek, nak isi minyak sekali. Nanti lepas makan aku hantar kau kat sini balik ambil kereta" jawab Syam lalu keluar dari Bilik Mesyuarat bersama Aniq dan menuju ke pejabat masing-masing.

Tok tok tok.

"Dah, jom, lambat gerak nanti jem" ajak Syam sambil jenguk di muka pintu pejabat Aniq.

****

"Nak makan mana ni?" soal Syam sebaik masuk semula dalam kereta di bahagian pemandu setelah mengisi minyak kereta Mazda CX-3 warna merah miliknya.

"Mana-mana je la. Nak senang cari kedai yang dekat dengan pasaraya. Cepat sikit tapi nanti tak payah hantar aku ke pejabat la, tolong hantar aku kat rumah je. Esok aku datang naik motor je." minta Aniq.

"Baik boss" balas Syam sambil tersengih.

****

Aniq dan Syam selesai membuat pesanan makanan kepada pelayan di kedai tersebut.

"Kau cakap nak bagitahu aku pasal Tuan Haidar tu. Apa kes?" soal Syam.

"Hm.. Kau tau kan kita kenal Tuan Haidar tu dah lama sebelum dia tukar ke D7 kan. Dia nak minta kita siasat siapa ugut ayah dia. Kalau boleh perkara ni settel sebelum diaorang berangkat ke Mekah bulan depan. Kau pun tau kan, suspek yang kita cari tu siapa". Ujar Aniq tapi cerita sepenuhnya tidak diberitahu pada Syam. Janji tetap janji.

"Dah tu kau nak buat apa?" kesian juga Syam pada Aniq, tekanan kerja kiri dan kanan. Ni belum masuk operasi hujung minggu ni. Macam-macam nak kena rancang dan atur. Silap percaturan nyawa akan melayang. Inilah risiko kerja macam mereka tetapi kadang-kadang tiada yang tahu kerana kebanyak operasi yang dijalankan adalah sulit.

"Kau dah dapat ke maklumat pemilik no telefon yang aku minta tu?" soal Aniq dan kebetulan pelayan perempuan datang menghantar makan.

"Jemput makan bang" ucap pelayan perempuan tu sambil tersenyum-senyum malu pada Aniq.

"Terima kasih" balas Aniq sambil sedikit mengangguk.

"Kat kau je dia jemput makan? Ish, tak patut. Muka ketat, keras macam kau ni pun boleh ada yang sangkut, juling aku rasa budak pompuan tu tadi." bebel Syam.

Aniq hanya senyum dengan ulah Syam sambil mula makan.

"Alhamdulillah.. " ucap Syam sambil minum air lemon madu.

"Butiran pemilik nombor telefon tu aku dah minta dari D8, esok pagi diaorang bagi. Tapi sapa dia? Ada kaitan dengan kes yang kita follow up ke?" soal Syam pelik.

Aniq hanya diam dan meneruskan minuman dan kemudian menujuk ke kaunter membuat bayaran. Kebetulan gadia tadi berada di kaunter. Tersenyum-senyum menyambut kehadiran lelaki-lelaki tersebut.

"Terima kasih, datang lagi" ucap gadis tersebut.

Aniq hanya menggannguk sedikit tanda ucap terima kasih.

"Tengok tu dia cakap terima kasih dan pandang kau je, ish ish... " mulut Syam berbunyi.

Aniq hanya gelengkan kepala. Dah biasa sangat dengan perangai si Syam ni.

Setelah selesai membeli sedikit barang keperluan, kedua-dua lelaki tadi menuju semula ke kereta yang di letakkan di tempat parking di tepi jalan. Sedang kedua-dua mereka melintas jalan tiba-tiba sebuah motorsikal dengan laju melintas jalan raya tersebut dan sikit sahaja lagi mahu melanggar Aniq dan Syam yang sedang melintas jalan.

"Oit, buta ke, mata tak de?" jerit Syam. Hanya nampak penunggang tersebut mengangkat tangan kiri sahaj sebagai tanda maaf.

"Bawa motor macam pelesit, nasib baik tak kena langgar." bebel Syam sambil menekan remote kereta dan masuk ke tempat pemandu manakala Aniq menyimpan barang di bahagian belakang dan masuk ke tempat penumpang hadapan.

"Tak kena langgar pun kan, lagipun dia dah angkat tangan tanda sorry. Kau ni membebel macam mak nenek. Manalah perempuan nak lekat dengan kau, mulut pun mengalahkan apa." balas Aniq sambil memasang tali keledar.

"Eh, tapi kau perasan tak. Tu motor pagi tadi yang langgar side mirror kereta kau kan." soal Syam.

"Motor macam tu bukan satu je dalam Malaysia ni." balas Aniq tetapi yang sebenarnya dia juga perasan itu adalah motor yang sama kerana ada sticker pelik pada bahagian kiri belakang motorsikal tersebut.

"Ye, aku cam sebab plat motor tu sama dengan nombor badan kau" ucap Syam sambil menghidupkan enjin kereta dan memulakan pemanduan.

Aniq di sebelah hanya diam seperti memikirkan sesuatu. Syam faham sangat dengan sahabatnya inj, jika senyap tanpa balasan maknya adalah yang sedang difikirkan tu.

"Thanks Syam. Jumpa esok" ucap Aniq selepas turun dari kereta.

Hai la Aniq, rumah besar, tinggal sorang. Tak nak kawin ke? Kadang-kadang kesian juga pada sahabatnya itu, mahligai yang dibina bersama insan tersayang hanya seketika. Ye la, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan.

"Ok boss. Jumpa esok. Assalamualaikum" balas Syam lalu memandu meninggalkan Aniq.

****

Selesai mandi dan solat. Aniq menujuk ke bilik kerjanya di tingkat bawah rumah di bahagian hujung sekali. Pintu dibuka, kerusi di tarik dan duduk dengan selesa. Laci meja paling bawah ditarik dan satu sampul warna coklat diambil. Isi kandungan dikeluarkan. Butiran si teliti satu-satu supaya tiada yang tertinggal. Terselit sekeping gambar yang dilihat kelmarin. Gambar tersebut direnung lama. Teringat perbualan bersama Tuan Haidar dan ayahnya di pejabat peguam tempoh hari.

"Tuan pasti dengan apa yang Tuan minta saya lakukan ni?" soal Aniq mahukan kepastian.

"Tuan Aniq, saya bukan memaksa tapi Tuan Aniq saja yang dapat membantu saya. Saya harap Tuan Aniq boleh mempertimbangkannya." ujar Tuan Syed sambil menyerahkan dokumen di dalam sampul tersebut pada Aniq.

"Aniq, saya harap awak boleh terima. Saya harapkan awak. I trust you bro" tambah Tuan Haidar sambil menepuk perlahan bahu Aniq.

"Baiklah, jika Tuan Aniq sudah mendapat jawapan, ini kad saya, boleh hubungi saya segera untuk saya sediakan dokumen" ucap Tuan Irman sambil menghulurkan sekeping kad nama bertulis Tuan Irman & Co. Peguambela dan Peguamcara.

Hm... Apa yang patut aku buat. Serba salah jadinya.

Mengapa... Aku yang tidak setia.
Mengapa... Akukah yang berdosa
Mengapa... ku mudah terlupa janji-janji kita kali pertama

Bunyi lagu dari telefon Samsung Note 10 Plus menyedarkan kembali Aniq.

"Hello. Ya, waalaikumsalam. In sha Allah saya datang". Jawab Aniq lalu mematikan talian. Isi kandungan sampul dimasukkan semula dan sampul disimpan di dalam laci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience