2 pelajar yang penat akibat mencari jalan keluar itu terduduk kepenatan bersandarkan pintu bilik stor itu.
Alisha memeluk lututnya lalu termenung jauh. Kedua duanya hanya mendiamkan diri dan tiada tanda tanda ingin berbual.
"Fairuz..boleh saya tanya awak satu soalan?" tanya Alisha.
"Tanyalah.."
"Awak bahagia tak?"
"Bahagia?maksud awak?"
"Awak bahagia tak dengan kehidupan awak sekarang?"tanyanya lagi.
"Hmm..saya rasa saya bahagia.Tapi kalau awak nak tahu,setiap manusia akan merasai kedukaan di mana kita akan menganggap hidup kita tak bahagia.Saya selalu ingatkan diri saya,kedukaan hanya sementara.Oleh itu kita perlu bersabar sampailah kita jumpa kebahagiaan kita.Tak semua akan berduka selamanya dan tak semua akan bahagia selamanya."balasnya panjang lebar.
Alisha betul betul terkesan dengan pesanan Fairuz seperti pesanan itu khas untuknya.
"Kenapa?awak tak bahagia ke?"tanya Fairuz pula.
"Saya pun tak tau.Atau lebih tepat,saya tak tahu apa tu bahagia.Dari kecil saya tak pernah membahagiakan orang lain atau dibahagiakan oleh orang.Saya hanya diberi kedukaan dan kelukaan.."jawab Alisha dengan suara yang agak mengendur.
"Awak nak share ngan saya?"
"Hmm..awak pernah tak rasa dibuang oleh mama dan papa sendiri?"tanya Alisha sambil memandang wajah Fairuz yang seakan terkejut dengan soalannya.
"Err..tak.."
"Sakit..hati saya betul betul sakit.Perasaan di mana diri dipandang dengan perasaan benci dan sinis.Tidak ingin dijaga dan tidak dipeduli sehinggakan mereka meninggalkan saya untuk hidup bahagia dengan orang lain.Luka memang boleh diubati tapi parutnya masih ada dalam hati. Kadang kadang masih dapat rasakan kepedihannya dan mungkin,bila bila masa parut tu akan menjadi luka semula."jelas kesayuan dalam setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Alisha.
Fairuz memandang simpati pada Alisha.Wajah dingin Alisha menutup segala rasa dukanya.
"Selepas saya dibuang oleh mama dan papa, semua rakan kelas saya ejek dan sisihkan saya. Diorang cakap saya ni anak pembawa malang pastu semua dah tak nak kawan dengan saya. Sejak dari hari tu saya dah tak kesah jika orang lain benci saya sebab saya sedar saya hanya perlukan ayah saya.Hanya dia yang mengongsikan kebahagiaannya dengan saya. Daripada saya disuka pastu dilukai,lebih baik saya biarkan mereka benci saya terus.."sambungnya panjang lebar.
"Kalau macam tu,saya takkan jadi sebahagian daripada diorang.."kata Fairuz setelah mereka diam buat beberapa ketika.
"Ha?"
"Who know's saya boleh jadi macam ayah awak. Kalau mama dan papa awak tak boleh kongsi kebahagian diorang dengan awak,saya boleh kongsikan kebahagian saya dengan awak."jelasnya.
"Maksud..awak?"Alisha bingung dengan setiap penjelasan daripada Fairuz.
"Hmm..saya sebagai kawan,hanya boleh menjadi seorang kawan yang baik kepada awak je.You deserve to be happy too.So why not kalau saya jadi kawan baik awak."sambungnya sambil tersenyum.
Alisha terpempan seketika.Tiada siapa yang ingin berkawan dengannya sebelum ni namun sekarang Fairuz dengan senang hati ingin menjadi kawannya.Tiba tiba hati Alisha bagai ditumbuhi bunga yang mekar.Untuk pertama kalinya setelah kisah duka lalu,dia merasa sedikit bahagia.
Kisah lalu mula bermain di matanya.
Alisha yang berumur 7 tahun itu masuk ke kelas lalu duduk di kerusinya.Tiba tiba Mia datang lalu berdiri di kerusi sebelahnya.
"Ish..kenapa awak duduk situ."marahnya.
"Kenapa?Nia tak boleh duduk sini ke?"
"Tak bolehlah!!"jerit Mia menyebabkan semua perhatian tertumpu pada mereka.
"Kenapa pula?"tanya Nia yang seakan hendak menangis.
"Sebab Auntie Ros kata Nia budak pembawa malang!Siapa duduk dekat dengan Nia akan berjangkit dengan malang Nia.Nanti tak pasal pasal Mia pun kena buang mama."balasnya dengan petah.Bertapa Puan Rosmah terlalu banyak mengajar perkara yang tak baik terhadap Mia.
Alisha menoleh ke sekeliling.Rakan sekelasnya berbisik sesama sendiri dan ada yang menjelirkan lidah kepadanya tanda benci.Alisha berlari keluar kelas lalu ke tandas.
Kedengaran bunyi esak tangisan gadis kecil itu di dalam tandas.Dia melihat bayangannya dalam cermin dengan seribu satu perasaan.
"Ayah..Nia takde kawan.."katanya dengan sayu bersama air mata berbekas pada pipi.Hati milik Dannia terlalu banyak disakiti..
"Lisha..Lisha.."panggil Fairuz beberapa kali. Alisha tersedar dari lamunannya.
Tok tok tok..
Share this novel