Hana membaringkan Qilla perlahan-lahan di atas katil. Dia duduk di sisi Qilla sambil mengenggam erat tangan kiri Qilla. Dia perlahan-lahan merebahkan kepalanya di dada sahabatnya itu. Dia mula menangis teresak-esak. `Qilla.. Ban.. Bangunlah.. Bukaklah mata kau.. Aku.. Aku mintak maaf.. Aku tertekan Qilla.. Aku tertekan.. Aku risaukan kau.. Aku.. Belum sempat Hana menghabiskan percakapan, terasa tangannya dibalas. Pantas dia mengangkat mukanya memandang Qilla. `Qilla.. Bangun'. Kejut Hana apabila melihat Qilla masih tidak membuka mata. `Qilla! 'panggilnya lagi. Dia mula menundukkan kepalanya. Ya Allah! Sedarkanlah sahabatku ni ya Allah! Doa Hana dalam hati. Dia merebahkan semula kepalanya di dada Qilla. Dia akan tunggu sampai Qilla sedar. Dia tertidur dengan tangan Qilla masih kemas dalam genggamannya. Qilla membuka matanya perlahan-lahan. Aduh! Apahal dada aku ni rasa berat tertiba! Aku merasa tanganku digenggam erat. Aku pantas mengangkat mukaku perlahan-lahan. Hana! Hana tertidur di dadaku! Sebak. Perlahan-lahan aku mengusap kepala Hana. Hana yang merasakan sesuatu perlahan-lahan membuka matanya sebelum mengangkat mukanya. Aku memandang Hana tidak berkelip begitu juga dengan Hana. Perlahan-lahan aku memegang pipinya. `Sorry sebab aku menyusahkan kau.. Mesti aku tertidur lama kan? 'ujarku. Hana memegang tanganku yang berada di pipinya. Matanya mula berkaca. Apahal Hana ni? Soalku dalam hati. `Qilla.. Sampai bila?' soal Hana. `Sampai bila apa?'soalku balik. `Sampai bila kau perlu rahsiakan semuanya? 'soal Hana lagi. Aku terdiam. Aku sudah bangun dari pembaringan. `Qilla.. Pleasee lah! Jujur dengan aku! Kenapa? Kenapa kau perlu rahsiakan penyakit kau? Kenapa? Kenapa Qilla!' soal Hana separuh menjerit. Dia sudah mula menangis. Aku terpempan. Mana dia tau? Ya Allah! Hana! Aku tak sangka akan terbongkar secepat ini! Tanpa sebarang balasan aku terus bangun dari katil. Hana pantas menghalangku. `Hana.. Please.. Aku nak mandi'. Ujarku. Aku menundukkan muka. Aku tidak boleh melihat muka Hana! `No! Selagi kau tak cakap! Selagi itu aku akan halang kau'. Balas Hana keras. Aku memejamkan mata. Air mata sudah mengalir. Di saat itu aku merasakan kedua-dua belah tanganku digenggam erat. Aku membuka mata tetapi masih tidak memandang Hana. `Qilla.. Pleasee.. Pandang aku'. Pinta Hana. Dia mengangkat sedikit dagu aku untuk melihatnya. `Kenapa? 'soalnya. Tanpa sebarang kata aku terus memeluknya. Aku menangis di bahu Hana begitu juga dengan Hana. `Qilla.. Pleasee.. Bagitau aku.. Jangan biarkan aku macam ni Qilla! Pleasee.. Aku mohon sesangat'. Rayu Hana. Dia mengeratkan lagi pelukan. `Maafkan aku Hana.. Aku tahu aku.. Aku salah sebab rahsiakan penyakit aku daripada pengetahuan kau'. Balasku. Hana meleraikan pelukan. Kami berpandangan. `Dah tu? Kau ingat aku takkan tau sampai bila-bila? Aku akan tahu jugak Qilla! But why? Kenapa kau buat aku macam ni? 'soalnya lagi. Arhh! Qilla! Kenapa lidah kau kelu! Kau kena bagitau jugak Qilla! Gumamku sendiri. Melihat Qilla yang masih terkaku, Hana mengangguk. `Okay.. Takpe.. Kalau kau tak nak bagitau.. Aku pun dah tawar hati dah.. Dahlah.. Kau gi lah masuk mandi.. Aku nak baring'. Ujar Hana. Ketika dia ingin duduk di atas katil aku merentap tangannya lalu menariknya ke dalam dakapanku. `Aku.. Aku.. Aku mintak maaf.. Aku tau.. Aku banyak buat salah dengan kau.. Buat kau susah hati.. Tapi percayalah Hana.. Aku buat macam ni.. Ada sebab'. Ujarku. ` Then tell me why! 'balas Hana. Hana dapat merasakan yang Qilla menghembus nafas. `Aku.. Aku.. Aku tak nak risaukan kau.. Aku tak nak.. Masa sakit.. Kau selalu ada dengan aku.. Aku takut.. Kalau kau tak bersedia nanti bila aku dah takde.. Aku buat sebab terpaksa Hana.. Aku tak nak kau menangis Hana.. Aku jugak tak nak kau lebihkan aku masa aku sakit.. Aku fikir aku boleh kuatkan diri aku tanpa kau, Hana.. Tapi aku silap.. Aku silap.. Aku sebenarnya perlukan kau.. Aku sangat perlukan kau.. Tapi disebabkan ego.. Aku jadi macam ni.. Aku pendam semuanya.. Segala sakit kepala aku.. Aku tanggung sendiri tanpa pengetahuan kau.. Aku tau.. Aku salah.. Aku mintak maaf.. Pleasee.. Jangan jauhkan diri kau dari aku.. I need you very much '. Ujarku teresak-esak. Akhirnya terlepas juga! Hana yang mendengar memejamkan matanya. Dia mengeratkan lagi pelukan. `Ryana Aqilla bt. Kamaruzzaman!! Kau sendiri taukan yang aku takkan tinggalkan kau! Kau sorang je yang aku ada sekarang! Selain daripada Khairul and Hafi! Hanya kau yang faham perasaan aku! Mana aku nak mengadu kalau kau takde kat sisi aku? Kat mana Qilla? Kat mana? Je kau bagitau aku? 'ujar Hana. Aku hanya mendiamkan diri. Aku mengeratkan lagi. Hana menghembus nafas seketika. `Qilla.. Aku.. Aku tak pernah rasa terbeban pun.. Memang! Memang kalau kau tak bagitau aku dari sekarang.. Dan kalau aku tak pernah ambik tahu.. Memang aku tak tak bersedia lagi! Aku akan menangis setiap hari! Nak tahu sebab apa? Sebab.. Sebab aku terlalu sayangkan kau Qilla.. Pleasee.. Jangan tinggalkan aku! Aku perlukan kau Qilla! Aku perlukan kau! Aku tak sanggup kehilangan kau!'balas Hana. `Aku mintak maaf sesangat.. Aku terlalu takut.. Aku terlalu takut untuk bagitau kau'. Balasku. `Aku lagi takut kehilangan kau Qilla. Balas Hana laju. Aku tidak tahu lagi ingin kata apa! Terharu! Sebak! Semua ada dalam diri aku. Seketika kami hanya diam dan saling berpelukan. Tiba-tiba aku terasa loyar. Pantas aku meleraikan pelukan dan berlari menuju ke bilik air. Hana yang melihat pelik! Dia pantas mengejar Hana. Dia terpempan. Sampai macam ni sekali? Ya Allah! Sembuhkanlah Qilla ya Allah! Doa Hana dalam hati. Tanpa menunggu masa, dia terus mengurut di belakang Qilla. Air mata dibiarkan saja mengalir. Aku yang terasa belakangku diurut tidak berasa terkejut kerana tahu yang Hana yang mengurut di belakangku. Biarlah. Aku amat perlukan dia sekarang! Setelah reda, aku membasuh mulutku. Aku berpaling menghadap Hana. Hampir sahaja aku terjatuh, nasib Hana sempat menahan. Hana memapahku ke katil lalu membaringkanku. Aku hanya menurut. Mataku terpejam. Dapat aku merasa air menitis di mukaku. `Qilla.. Jangan buat aku risau'. Ujar Hana perlahan. Aku membuka mata perlahan-lahan. `Aku nak mintak satu permintaan boleh? 'sambung Hana. Dia mengenggam tanganku erat. Aku hanya mengangguk lemah. `Kau.. Belum sempat Hana menghabiskan percakapannya handsetku sudah berbunyi. Aku pantas mengeluarkannya dari poket. Doktor Syura? Ujarku dalam hati. Aku memandang Hana sebelum menjawab panggilan. `Hello.. Assalammualaikum Qilla'. Sapa doktor Syura. `Waalaikummussalam. Ye.. Kenapa doktor? 'soalku. Aku mula berasa tidak sedap hati. Qilla menangis ke?' soalnya. Aduh! Mampus! Kantoi pula. Aku menjeling Hana yang sedari tadi hanya memandangku. Tangannya masih mengenggam erat tanganku. `Takdelah doktor.. Biasalah.. Baru bangun tidur'. Bohongku. Hana menggeleng. Suka sangat menipu! `Kenapa doktor? 'soalku lagi. `Oooo okay.. Erm macam ni.. Besok.. Qilla boleh tak datang jumpa saya kat hospital? Ada benda yang saya nak bincangkan dengan Qilla'. Balas doktor Syura. Aku terdiam seketika. `Pukul berapa doktor? 'soalku. `Ikut kelapangan awak'. Balas doktor Syura. `Erm.. Okay.. Besok saya datang'. Balasku. `Okay.. Erm.. Qilla.. Tolong jaga kesihatan awak.. Ingat.. Sentiasa makan ubat yang saya berikan '. Nasihat doktor Syura. `Baik doktor.. Assalammualaikum'. Balasku. `Waalaikummussalam '. Balasnya. Aku mematikan talian. Aku memandang Hana. `Asal pandang aku macam tu?' ujarku. Dia mesti nak tahu ni! `Siapa yang call tadi? 'soalnya. `Doktor yang merawat aku'. Balasku. `So.. Apa yang dia cakap? 'soalnya lagi. Aku terdiam. `Qilla.. Pleasee.. Bagitau aku'. Rayu Hana. Aku mengeluh. `Doktor nak jumpa aku besok.. Ada perkara yang nak dibincangkan katanya.. Aku pun tak tau perkara apa'. Balasku. `Aku ikut esok'. Balas Hana laju. `Tapi... Aku cuba membantah. `Takde tapi-tapi lagi.. Ingat Qilla.. Aku kena tau semuanya.. Aku tak nak kau simpan semuanya sendiri.. Ingat.. Kau ada aku.. Dan aku hanya ada kau.. Aku tak nak sesuatu jadi kat kau'. Balas Hana laju. Aku yang mendengar menariknya ke dalam pelukanku. `Thanks Hana.. Thank you very much'. Ucapku. Hana hanya mengangguk. Dia membalas pelukanku. Erat.
Share this novel