Selepas menjenguk keadaan Hanis di hospital sebentar tadi, Jason memutuskan untuk pulang ke rumah pada petang itu. Dia mahu membersihkan diri terlebih dahulu kerana belum sempat pulang ke rumah sewaktu tiba disebabkan terlalu risau dengan Hanis. Meskipun wanita itu tidak mahu bercakap walau sepatah, namun hatinya sedikit tenang. Sekurang-kurangnya, dia dapat melihat wajah wanita idamannya. Buat masa sekarang, biarlah wanita itu rehat dan tenangkan fikiran. Terlalu berat masalah yang dipikul oleh Hanis.
Dalam meladeni perasaan, tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Rendi berhenti dan sedikit mengejutkan dirinya. Jason menoleh ke kawasan sekeliling. Terlihat Datin Jumira sedang menunggu di luar rumah bersama Jayden dan juga Atiqah. Semua memandang ke arah kereta menanti dirinya keluar. Jason mengeluh halus. Ini bukan tujuan sebenarnya.
“Kenapa kau bawa aku ke sini? Aku cakap balik rumah aku, bukan rumah mama!” mendatar nadanya saat menutur kata tersebut. Terasa berat untuk keluar daripada perut kereta. Emosinya masih belum stabil. Lebih-lebih lagi, apabila melihat wajah iparnya itu. Terbayang-bayang tuduhan yang dilemparkan kepada Hanis. Oleh sebab itu, dia tidak mahu bersemuka dengan mereka buat sementara ini. Takutnya nanti, dia bersikap kurang sopan pula terhadap ahli keluarganya sendiri.
“Ya, tahu. Tapi, aunty minta aku bawa kau ke sini. So, aku tak naklah kecewa kan dia,” balas Rendi sedikit serba salah.
“Patah balik!”
“Kau gila ke? Aunty dah tunggu kau tu! Pergi aje lah,”
“Aku kata patah balik, patah baliklah!” tegas Jason.
“Opss, enjin kereta dah mati. Dah, keluar, keluar!” selamba Rendi berkata demikian sebelum keluar dari perut kereta. Jason merengus kasar. Kesabarannya mulai menipis saat ini. Itulah padahnya mengupah kawan sendiri menjadi pemandu peribadi. Ya, Rendi adalah rakannya yang diupah untuk mengambil dan menghantar Hanis ke mana sahaja sebelum ini. Pasal ini, Hanis belum tahu lagi. Sedikit terselit penyesalan dalam diri Jason. Cermin kereta diketuk dua kali menyedarkan Jason untuk kali kedua.
“What?” soalnya selepas keluar dari perut kereta. Jayden memandang tanpa sebarang jawapan. Dari riak wajah Haiqal Jason, sudah cukup difahami oleh Jayden. Justeru, dia memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu. Selepas bersalaman dengan Datin Jumira, mereka semua bergerak masuk ke dalam rumah, kecuali Rendi. Lelaki itu seakan-akan tahu apa yang bakal terjadi selepas ini. Jadi, dia lebih memilih untuk stay di luar rumah.
“Macam mana perjalanan tadi?” tanya Datin Jumira memecahkan ruang kesunyian yang tercipta.
“Elok aje,” jawab Jason ringkas namun, tetap sopan. Seperti sedia maklum, emosinya masih belum stabil. Sentiasa mengingatkan dirinya agar tidak terlalu emosi.
“Oh, eloklah tu. Sampai tadi terus pulang rumah ke atau singgah ke Cafe?” tanya Datin Jumira lagi. Jayden dan Atiqah hanya menjadi pendengar saat itu.
“Jason jenguk Hanis tadi dekat hospital. Lepas tu, cadang nak balik rumah, tapi tak sangka si Rendi tu bawa ke sini pula,”
“Jason, please. Jauhkan diri daripada dia. Kamu tahu kan apa budak tu dah buat dengan Jayden dan Atiqah? Tak fahamlah mama dengan sifat kamu ni,” marah Datin Jumira.
“Sampai bila-bila, Jason tak akan jauhkan diri daripada Hanis. Sebab Jason yakin, dia tak buat semua tu,” tegas Jason.
“Apa lagi yang kau tak yakin? Semua dah jelas dalam CCTV tu. Kau pun tengok sendiri kan, dia campak bendak tu masuk dalam pagar,” celah Jayden.
“Itu bukan dia, Jay. Aku tahu Hanis macam mana,”
Jayden sedikit tersinis. “Kau tak payah cakap tahu atau tidak dengan aku. Ni, bini aku sendiri dah lama kenal Hanis tu. Mesti perempuan tu dengki dengan Atiqah. Yelah, dia mana pernah rasakan kebahagiaan, kan.”
“What did you say?! Kau ulang sekali lagi!” Jason sudah pun berdiri dari tempat duduknya. Panas telinga mendengar ucapan kembarnya itu. Mujurlah, Datin Jumira menjadi penghalang saat itu. Kelihatan, Atiqah juga cuba memujuk suaminya agar bersabar.
“Jason, sudah. Cuba bawa bertenang. Duduk dulu,” pujuk Datin Jumira. Jason hanya akur walaupun api kemarahan kian memuncak di sanubari. Jelas kelihatan urat hijau sedang timbul di dahinya yang licin serta putih itu. Lama keadaan disitu menjadi bungkam tanpa ada suara yang menyahut.
“Dengki sebab dia tak dapat kebahagiaan? Jauh sangat tanggapan korang ni. Aku nak tanya dengan kau ni Atiqah. Kawan jenis apa kau ni sebenarnya? Kata kenal lama, ada masalah macam ni, baling ke Hanis terus. Bagus perangai engkau,” kata Jason dengan nada sengaja direndahkan, namun ia kuat menyambar kuping telinga Atiqah saat itu.
Atiqah yang berdiam diri tersentak apabila namanya dipetik oleh lelaki itu. Terasa seperti petir yang menyambar dikala itu. Air liur ditelan. Seram sejuk untuk membalas. Apatahlagi, mahu menatap mata lelaki tersebut. “Er, maaf tapi CCTV tu...” tak sempat ayatnya dihabiskan Jason terlebih dahulu memotong.
“Kau berkawan dengan CCTV atau dengan Hanis? Lagi satu, kau langsung tak expect orang lain? Musuh ke? Tak de langsung?” Atiqah menggeleng laju.
“I see. Maknanya, kau ni memang tak ada kepercayaan dengan Hanis, kan? Kesian, Hanis dapat kawan macam ni. Kau nak tahu tak, dia pernah cakap dengan aku, dia bersyukur sangat dapat kawan macam kau. Tapi, tulah, aku tak sangka pula perangai kawan yang disyukuri sebegini rupa,” Lagi-lagi Jason melepaskan peluru perli ke atma Atiqah. Gambaran ketidakselesaan jelas terpancar pada wajah wanita itu.
“Stop it, Jason! Sedar tak kau tengah bercakap dengan siapa? Bini aku ni, hormat sikit!” Jayden mula mencelah. Kata-kata kembarnya itu sedikit sebanyak menusuk di hatinya sendiri, meskipun lelaki itu tidak bercakap dengannya.
“Sebab aku hormatlah, aku cakap elok-elok. Ada dengar aku tinggi suara dengan bini kau? tak ada kan,” bidasnya laju.
“Fine! Daripada macam ni, bagi aku masa untuk siasat hal ni, sama ada Hanis pelakunya ataupun tidak,” ujar Jayden tanpa berfikir panjang.
“What? Are you fucking kidding me? Sekarang baru nak siasat?” sinis Jason. “Tak payahlah, Jay. Save your time. Ini tanggungjawab aku nak bersihkan nama Hanis. Ma, Jason minta diri dulu,” kata Jason sebelum melangkah keluar. Datin Jumira hanya mengangguk sebagai balasan. Jayden dan Atiqah pula hanya membisu ditempat sementara pandangan dilontarkan menghantar langkah lelaki tersebut.
Tok! Tok! Tok!
“Kak Neldia...Faresha ni. Bukalah pintu ni. Saya ada bawa makanan ni untuk akak. Dari semalam lagi akak tak makan, kan? Risau pula nanti kena gastrik,” Ujar Faresha penuh prihatin. Bersungguh-sungguh dirinya memujuk Neldia untuk membuka pintu. Seketika, pintu bilik itu dibuka.
“Saya ada bawa makanan ni. Kak Neldia kena makan tau,” ujar Faresha sambil meletakkan makanan tersebut di atas meja bersebelahan katil. Sejurus selepas itu, Faresha melihat ke arah Neldia. Pada masa yang sama juga, Neldia turut memandang ke arahnya. Kelihatan wajah pucat lesi dan tidak bermaya jelas terpapar.
Faresha mengambil tempat bersebelahan wanita itu. “Akak tak boleh lemah macam ni. Kata nak cari bukti yang akak tak bersalah dalam masalah tu,” kata Faresha dengan nada yang lemah lembut.
“Kenapa layan aku dengan baik? Orang jahat macam aku tak layak terima layanan baik,” balas Neldia walaupun kedengaran nadanya seperti orang yang tidak bertenaga. Mana taknya, makan tidak, minum pun tidak sejak semalam. Dia hanya berkurung di dalam bilik bersama-sama nasibnya yang malang.
Faresha menyentuh bahu Neldia. Rambut hitam panjang milik wanita itu dibelai-belainya. Ada simpati yang luruh di celah-celah rambut hitam itu. “Saya tak anggap pun akak ni jahat. Akak bersikap macam ni sebab amarah yang ada dalam diri akak tu. Saya minta maaf sebab hadir dalam hidup akak dan abang Aidil,” kedengaran rasa bersalah yang tersemat pada nada wanita itu. Dia juga buntu harus berbuat macam mana lagi, selepas dirinya sah menjadi isteri kepada Aidil, barulah lelaki itu berkata jujur bahawa dia sudah memiliki seorang isteri.
“Tak perlulah minta maaf. Aku cuba pujuk diri aku agar terima kehadiran kau. Lagipun, aku isteri yang tak berguna. Aku tak boleh beri anak kepada Aidil. Aku tak boleh mengandung, aku mandul...” Air mata mula menitis sebaik sahaja ayat terakhir dikeluarkan. Itulah sebabnya dia tidak suka ditanya soal zuriat. Itu juga sebab utama dia terpaksa menipu dengan memberi alasan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk memiliki zuriat.
Faresha mendiamkan diri buat seketika. Pada masa yang sama, dia sedikit terkejut dan semakin kasihan atas kejadian yang menimpa diri seorang Ria Neldia. “Sudahlah tu kan. Tak perlu fikirkan sangat. Semua orang ada kekurangan. Daripada fikir semua tu, ada baiknya akak makan, mandi dan rehat. Kalau perlukan bantuan, saya sedia untuk berkhidmat..”
“Tak apalah. Jangan susahkan diri kau. Ingat, kau kena jaga kandungan itu elok-elok,” balas Neldia dengan kesedihan yang masih tersemat di hati.
“Amboi, kau ingat tuan puteri ke nak dibawakan makanan bagai? Engkau fikir Faresha hamba dalam rumah ni, suka hati kau nak perintah dia?” suara puan Kartini mula mengasak gegendang telinga Neldia dan Faresha saat itu. Kedua mereka serentak memandang ke arah pintu di mana puan Kartini sudah terpacak di sana.
“Tak, ibu. Faresha sendiri yang mahu hantarkan makanan ni. Kak Neldia tak perintah apa pun,” bidas Faresha laju.
“Ibu dah cakap, jangan terlalu baik dengan dia ni. Eh, Neldia. Kau tak payah acah-acah sedih, aku tahu semua ni tipu helah engkau nak tutup kesalahan yang kau buat, kan? Kau boleh tipu orang lain, tapi tidak dengan aku!”
“Ibu... sudahlah tu. Ibu tak boleh marah-marah. Nanti penyakit ibu datang,” pujuk Faresha.
“Betul tu, ibu. Nanti ada pula yang pengsan dekat sini. Bukan ke itu menyusahkan orang? Lagi satu, Neldia nak cakap sikit, ibu boleh kaburkan mata orang lain tau, tapi ibu tak boleh kaburkan mata Neldia. Faham, kan?” Sinis Neldia. Makanan yang terhidang di atas di ambil lalu di makan. Jelas wajah ibu mentuanya itu masam mencuka.
“Faresha, thanks sebab bawakan makanan ni. Lepas ni bersemangatlah sikit nak cari bukti siapa pelaku sebenarnya. Agaknya orang tu lupa satu peribahasa kut, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..” tambah Neldia lagi. Puan Kartini menatap tajam Neldia untuk beberapa saat sebelum melangkah pergi.
“Akak makanlah, ya. Saya pergi tengok ibu,” Faresha pun melangkah pergi. Tinggallah Neldia seorang diri menikmati makanan yang diberi oleh Faresha tadi. Dalam kepalanya asyik memikirkan di mana dia hendak mencari bukti. Satu-satunya cara hanya berjumpa dengan Hanis dan juga Atiqah.
****
Happy reading everyone <33
Share this novel