Bab:2 Rompakan Bank

Drama Completed 2220

Sudah beberapa minggu berlalu,Alice mengajak Jasper untuk pergi ke bank bagi mengeluarkan duit.
"Sayang,perut sayang ni buncitlah.Sayang mengandung eh?"Gurau Jasper.Muncung Alice muncul.Paling pantang dirinya digelar gemuk atau boroi."Buncit apa benda..."
"Angkat tangan ! Jangan bergerak ! Kalau tak aku tembak !" 'Kalau tak aku tembak?'
Tahulah Alice yang perompak bank tersebut sebenarnya BBNU.
Jasper menyembunyikan Alice yang kecil ke belakangnya."Keluarkan telefon ! Jangan berani nak telefon polis ya !"Jerit perompak itu lagi.Kumpulannya beransur masuk.Pistol diacukan ke merata tempat.
Namun sudah terlambat,Alice yang berada di belakang Jasper,sudah menelefon pihak polis.Mereka merampas ke semua telefon yang ada.
Pengawal keselamatan entah hidup,entah mati dikerjakan mereka."Semua orang buka pakaian !"Arah mereka sesuka hati.Alice mengerutkan dahinya.Apa kena mengena baju dengan rompakan diorang?!! Ni nak marah ni !
Semua menurut.Kecuali Alice,Jasper dan seorang nenek tua molek yang memakai pakaian bewarna pink lembut.
Seorang perompak wanita menghampiri nenek tersebut.
"Nenek,kan kami suruh nenek bukak baju,kenapa nenek tak nak bukak?!"Soal wanita tersebut.Nenek itu menggelengkan kepalanya."Kenapa nenek kena ikut apa yang kamu suruh?"Soal nenek itu sambil terketar-ketar.Wanita bertopeng itu ketawa sinis."Sebab nenek akan mati..."
Pelanggan yang menjadi mangsa,menjerit ketakutan apabila wanita bertopeng tersebut mengacukan pistol ke arah nenek tersebut."Woi,sabarlah si ketot.Kang mati nenek tu japgi ah."Tegur temannya yang lagi seorang."Aku tak peduli.Ini aje caranya nak buat nenek ni akur."Ujarnya lagi.
Alice dan Jasper yang masih tidak membuka pakaian seolah olah tidak wujud apabila nenek itu disalahkan.
Wanita itu menarik picu.Apabila jemarinya cuba menekan,serentak itu Alice menendang kuat pistol yang dipegang wanita tersebut sambil terketar ketar.
"Jangan bergerak ! Kalau tak aku tembak pompuan sundal ni !"Ujar Alice sebaik sahaja pistol wanita itu beralih ke tangannya.Teman rompakan wanita itu berpandangan sesama sendiri.Keliru dengan apa yang mereka patut lakukan.
"Sayang ! Tolong I !"Jerit wanita itu,ketakutan."Kan I dah suruh you letak pistol tu,you degil !"Marah teman lelakinya pula.
Serentak itu juga,bunyi siren pihak polis kedengaran.
Teman mereka mengeluh.Wanita itu pula sudah menangis teresak-esak ketakutan.
Alice berbisik,"Tahu takut,merompak,tak takut?"Ujarnya,penuh sinis.
Wanita itu memandang Alice.
"Boyfriend aku yang ajaklah woi !"Marah wanita itu pula.
Alice dan Jasper berpandangan sebelum ketawa kemenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience