Bab 12

Romance Completed 78329

Selepas saja habis makan, mereka kembali ke pantai. Gia pula mengharap supaya Eric segera pulang kerana dia tak selesa Eric lama-lama di sini. Takut rahsianya yang lain pula bakal bocor. Kalau rahsia yang satu lagi ni bocor, habislah! Aku tak nak mummy dengan daddy bergaduh disebabkan hal ni dan akhirnya mummy akan membenci aku.

“Gia…why not Gia bawak abang pergi room tour dekat bilik Gia? Abang teringin jugak nak merasa duduk di dalam bilik mewah Pearl of Santa Fe…”

See? Baru je Gia cakap tadi dan abang Eric cakap betul-betul! Gia dah mula gelabah tak tentu hala. Aduh! Aku nak cover macam mana lagi ni? Haih! Aku nak menipu sekarang pun idea dah kehabisan! Mampus!

“Gia? Kenapa ni? Gia nampak macam resah semacam?”
Sebenarnya itulah tujuan dia datang ke Pulau Bantayan.
Bukan saja-saja dia datang dari jauh sampai ke sini semata-mata nak melawat Gia tapi sebab aku dah ragukan something. Vitalika pun ada ceritakan hal yang sebenar yang Gia tak duduk di Pearl of Santa Fe tapi duduk di satu tempat yang hanya mummy dan auntie Malini saja yang tahu.

“Errr…boleh tak kalau lain kali? Lagipun, bilik Gia tak kemas. Bersepah. Lain kali ok? Kalau lain kali abang datang, Gia janji Gia akan buat room tour untuk abang.”
Harap-haraplah abang Eric termakan dengan pujukan aku ni! Please!!! Dia tak nak rahsia yang disembunyikan terbongkar hari ini. Dia tak bersedia.

“Lah…kenapa pulak? Lagipun dalam jadual abang hari ni je abang agak free. Start esok entah sampai bila abang dah start busy dengan syarikat daddy. Please?” Dia tahu yang Gia cuba cari alasan supaya dia membatalkan niatnya untuk ke bilik Gia tapi ingat semudah itu aku nak mengalah?

“Tapi abang…” aku dah buntu nak kata apa lagi.

“Tapi sebenarnya Gia tak duduk pun kan dekat apartment tu?” kenyataan yang keluar dari mulut abang Eric mengejutkan Gia. Namun reaksi mukanya cuba dikawal sebaik mungkin.

“Abang cakap apa ni? Gia duduk dekat situlah. Gia nak duduk dekat mana lagi kan kalau tak duduk dekat situ?”

“Gia jangan tipu abang. Abang tahu yang Gia tak duduk dekat situ pun kan? Gia duduk dekat tempat lain. Vi dah cerita dekat abang apa yang mummy buat dekat Gia.”

“Vi cerita dekat abang?”

“Yes. Everything cuma dia tak cerita dekat mana Gia duduk sekarang sebab dia pun tak tahu mummy arahkan auntie Malini bawak Gia stay dekat mana. Now show me your place.”

“Abang…”

“No! Abang berhak tahu sekarang Gia stay dekat mana and decide whether that places are safe enough for you to stay. You have to remember that you’re still too young to face all of this okay? Now show me your place!” Eric memberi arahan tegas kepada Gia. Gia tak mampu untuk melawan lagi dan hanya menurut kata-kata Eric. Dia menggamit Eric untuk mengikutnya ke rumah kecil yang didudukinya sekarang.

Sampai sahaja di rumah kecil tersebut, Eric tergamam, terdiam dan segala perasaannya bercampur aduk bila dapat tahu Gia duduk di tempat begini. Bukan dia geli ataupun dia menghina rumah kecil ini tapi dia sungguh tak sangka yang Madam Valona sanggup meninggalkan Gia untuk duduk di sini. Sebegitu bencikah Madam
Valona pada Gia?

“Gia duduk dalam rumah ni?”

“Ya…”

“Gia…kenapa Gia buat semua ni hah? Kenapa Gia sanggup kunci mulut Gia walhal Gia tahu yang rumah ni langsung tak selamat untuk Gia duduk? Why? Takut kepada mummy?”

Gia mengangguk. Memang yang sebetulnya dia takutkan mummy. Dia tak nak hubungannya dengan mummy bertambah keruh nanti. “Gia ok je abang Eric duduk dalam rumah ni. Lagipun Gia dah biasa duduk dalam rumah yang macam ni. Gia tak kisah pun.”

“Gia…”

“Abang…Gia mintak tolong sangat dengan abang. Tolong rahsiakan perkara ni dari daddy? Please? Gia tak nak bila abang buka cerita dekat daddy, nanti mummy dengan daddy bergaduh dan semuanya berpunca dari Gia. Gia tak nak mummy bencikan Gia lagi dan akhirnya buang Gia. Gia tak nak semua tu.”

“Gia…”

“Please abang? Tolonglah…sekali ini je Gia mintak dari
abang? Gia tak mintak yang lain pun?”
Bersungguh-sungguh dia merayu kepada Eric. Apa yang dia harapkan Eric dapat tunaikan permintaannya yang satu ini.

“Gia yakin Gia boleh survive dengan keadaan Gia yang sekarang ni?” soalnya dengan nada tak berapa yakin.
Dengan usia Gia yang masih mentah, agak mustahil Gia mampu untuk berdikari seorang diri begini.

“Gia yakin! Lagipun sekarang Gia dah kerja dekat Anika Resort tu. Jangan risau. Staf dekat situ semuanya baik-baik dan makan minum Gia pun teratur. Abang jangan risau ok? Everything will be okay!” Gia tayangkan muka kesungguhannya demi meraih kepercayaan dari abang Eric.

“Ok…but stay safe ok! Beware dengan keadaan sekeliling!”

“Yes boss!”

“MADAM Valona!” namanya diseru dari tingkat atas. Matanya terarah kepada gerangan yang memanggil namanya. Dia memandang Danial yang mula turun satu-persatu tangga dan menghampirinya.

“Yes? Anything?” tanyanya.

“Boleh I nak tanya you satu soalan?” Dahi Madam Valona berkerut tapi dilayankan juga pertanyaan yang bakal ditanya oleh Danial.

“Sure.”

“Boleh I tahu di mana Gia sekarang?”

Soalan yang terbit keluar dari bibir merah Danial membuatkan Madam Valona terfikir sesuatu. Dia ni ada apa-apa ke dengan anak aku sampaikan nak tanya pasal Gia?

“Kenapa nak tahu?” Lagipun dia berpegang teguh dengan kata-kata suaminya supaya tidak memberitahu kedudukan Gia di mana kepada Danial dan dia sendiri pun faham apa maksud suaminya.

“Kenapa you dan daddy nak rahsiakan everything dari I eh? Apa I tak boleh tahu kedudukan ‘adik tiri’ I dekat mana? Salah?”

“Sorry Danial but I can’t tell you where she is. Sorry!” Madam Valona berlalu pergi namun langkahnya terhenti bila Danial bercakap sesuatu.

“Hmmm apa yang akan jadi agaknya kalau I bagitahu dekat daddy I yang you ni sebenarnya perempuan kaki kikis? What do you think happen?” Kali ini bibir Danial tersenyum sinis sambil matanya memandang ke arah
Madam Valona yang mula bertukar riak wajahnya.

“What do you mean?” Madam Valona menahan suara geramnya. Danial sengaja nak mengujinya sekarang.

“I think you know well what I mean? Ke buat-buat tak faham?” Danial berdiri di hadapan Madam Valona. “I know who you are the truth! I dah siasat pun latar belakang you before this. You kahwin dengan daddy I pun sebab nak tumpang kesenangan. Right?”

“You better stop it!”

“Kenapa? Takut? You takut kalau I bongkarkan rahsia you dekat daddy? Nah…don’t be afraid because I won’t tell him until you do a favour for me. Can you?” Di sebalik ugutan, ada agendanya yang tersendiri untuk menjerat Madam Valona.

“What do you want from me?” Akhirnya dia tak ada pilihan dan terpaksa jugak ikut cakap Danial. Kalau suaminya tahu yang dia kahwin disebabkan harta, memang hidup dia finish!

“Good! Tak apa kalau you dengan daddy tak nak bagitahu kedudukan Gia dekat mana tapi I nak you bawak balik Gia ke rumah ini. Untuk dua tiga hari pun ok.”

“You nak apa dari dia?”

“You tahukan yang I ni dah lama tergilakan dia dan I nak jadikan dia…you know what I meant right?”

“No! You tak maksudkan that things, right?” Gila ke apa Danial ni nak jadikan Gia sebagai…? No! Walaupun aku marah dan bencikan dia tak bermaksud aku boleh ikut kehendak Danial sesuka hati!

“Yes! That things! Tapi, kalau you tak bagi kerjasama ataupun you berkeras nak tolong I, it’s okay. I akan bagitahu daddy benda yang sebenarnya. Jangan ingat I cakap kosong tau! I cakap dengan bukti!” Danial berlalu memanjat tangga dan sempat senyuman sinis plus bongkaknya ditayangkan kepada Madam Valona.

“Ok! I setuju!”

“Huh? You setuju?”

“Yes!”

Dapat Danial agak dalam kepala otaknya tadi yang Madam Valona akan turutkan jua permintaannya. Kalau dia tak turut, memang tamatlah riwayat dia sebagai madam di dalam rumah ni.

“So, I nak you bawak Gia balik ke rumah ni. Macam I kata tadi, dua tiga hari pun tak apa. Make sure menjadi!”
Arahan yang ringkas dan padat dari Danial.

Madam Valona menghembuskan nafas beratnya lalu mengeluh besar. Hesy! Apa sangat hah yang si Danial ni tertarik dekat Gia! Tak pasal-pasal satu kerja aku pulak kena menyusahkan diri kena hadap si Gia. Alah! Susah apa kan? Call jelah! Yes! Call!

Vitalika dari tadi yang mendengar perbualan mummy dan Danial dari sebalik dinding dapur menahan rasa getar di hati. Apa lagi yang mummy dengan Danial nak buat kali ni! Yang mummy pun satu! Kenapa dengar jugak cakap Danial tu?! Abang Danial gertak je tu! Ouh shit! Here we
go again!

“Vi? Kenapa Vi tercegat dekat sini?” teguran Lola dari belakang hampir membuatkan Vitalika terloncat ke depan kerana terkejut. Dia memandang Lola dengan tangannya mengurut dadanya. Berdegup kencang jantungnya sekarang.

“Lola!”

“Sorry…tapi kenapa Vi tercegat dekat sini? Macam tengah mengintip sesuatu?”

“Vi ingat Danial ada rancangan jahat dekat Gia.”

“Hah? Serius?”

“Ye…Vi dengar perbualan diorang tadi. Tapi tak berapa jelas sangat. Vi risau kalau diorang ada niat jahat dekat Gia. Tak apalah Lola, Vi masuk bilik dulu ye?” Vitalika segera pamit menuju ke biliknya.

Aku tak boleh berdiam diri. Aku kena bagitahu dekat Gia jugak pasal ni! Gia cepat-cepat membuka langkah menuju ke biliknya. Sampai saja di dalam biliknya, Vitalika segera mencapai telefonnya dan menghubungi nombor Gia.

Tut! Tut! Vitalika menanti dengan penuh sabar namun Gia tidak mengangkat panggilannya. Ugh Gia! Where are you! Tolong jawab call aku! Dia mencuba nasib lagi. Tak kira aku akan call dia sampaikan dia jawab call aku.
Panggilan kedua turut tak dijawabnya. Rasa nak bebai sekarang ni! Panggilan ketiga dilakukan dan akhirnya Gia mengangkat panggilannya.

“Gia! Where have you been, huh?” terus diterjahnya Gia di dalam talian. Tak bagi signal ke apa terus straight.

“Rileks lah. Yang Vi gelabah sangat ni dah kenapa? Lagipun baru je lepas habis cakap fon dengan mummy. Ada apa Vi call akak?” Gia yang dia dalam talian pun turut rasa cemas dengar suara cemas Vitalika. Ada benda yang jadi dekat mummy and daddy ke?

“Sis! Kailangan mong malaman ang mahalagang bagay na ito (akak kena tahu benda penting ni)! Seryoso sa patay (serius nak mati)!”

“Sige, sige…ano yun (okay, okay…apa benda)?” Cuma yang dia terfikir sekarang kenapalah Vi bersuara cemas dan beriya-iya sangat seperti hendak membantunya? Bukan ke selama ni Vi tak sukakan dirinya atas sebab
yang sama macam mummy? Tapi, kenapa sekarang Vi dah berubah?

“Mangyaring huwag bumalik sa bahay kung sinabi sa iyo ni mummy na gawin ito (jangan balik ke rumah kalau mummy suruh akak balik)! Maintindihan (faham)?” Hampir saja kedua-dua keningnya bercantum mendengar suruhan yang keluar dari mulut Vitalika.

“Pero bakit (tapi kenapa)? Hindi ko maintindihan kung ano ang nagyayari ngayon (akak tak faham apa yang jadi sekarang ni). Anong gagawin kay mummy (apa kena mengena dengan mummy)?” Terasa lenguh lama berdiri, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan berhadapan dengan pantai.

Angin pantai yang menyerbu ke mukanya sedikit-sebanyak memberikan ketenangan dalam dirinya.

“May plano si mummy kay si Danial pero hindi ko alam kung ano. Pero ang alam ko ay sinabi ni Danial kay mummy na kunin ka mula doon pabalik sa bahay (mummy plan something dengan Danial tapi Vi tak tahu apa. Cuma yang Vi tahu, Danial suruh mummy ambik akak dekat sana dan bawak balik ke rumah)! Vi rasa ada bendalah yang Danial tu nak dari akak.”

“Seriously?”

“Yes! I am deadly serious here!”

“Lagi? Apa yang Vi dengar?”

“Itu je yang Vi dengar buat masa sekarang. Tapi, kalau mummy ada call akak, akak buat biasa je ok? Sebab sebenarnya Vi ada plan.”

“Plan apa?”

Gia mendengar satu-persatu plan yang diberitahu Vitalika. Namun, timbul pula rasa susah hati di dalam dirinya.

LOCENG rumah yang berdering sejak tadi membingitkan telinga Jericho yang sedang bermain online games pada telefonnya. Jericho quit dari game lalu segera menekan punat buka pintu pagar. Maklumlah hari ni mummy and daddy tak ada pergi meeting dekat mana entah. Petang baru sampai rumah. Dari dalam rumah dia memandang ke arah gerangan yang sedang melangkah masuk ke dalam kawasan rumah parentsnya.

“Vi? What are you doing here and you come alone?” soal Jericho. Vitalika menjawab pertanyaan dari Jericho hanya dengan angukkan kepalanya.

“Aku ada benda nak cakap dengan kau boleh tak, Jericho?” pinta Vitalika. Buat masa sekarang Vitalika dalam mood serious and no joking around!

“Ok…come in,” Jericho mengajak Vitalika masuk ke dalam rumah. Sempat lagi dia menyuruh pembantu rumah mereka, Cham membuatkan air untuk Vitalika.

“So, what is it? Apa yang kau nak bincangkan tu?”

“Ini pasal kakak kembar aku, Gia.”

Terus pandangan Jericho melekat ke wajah Vitalika. Ada apa dengan Gia? Tak lama kemudian, Kristine pula datang ke rumah Jericho atas arahan dari Vitalika. Ada benda yang Vitalika hendak bincang dengan mereka berdua. Kali ini dia nekad! Biarlah nak jadi apa pun, jadilah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience