Bab 108

Romance Completed 78326

“Congrats Vi! I’m so proud of you!!!” Ujar Gia melalui laman video call. Maklumlah dia tak dapat nak attend hari konvokesyen adiknya hari ni memandangkan dia kena jaga Luqman di sini.

“Thank you sis!”

“Akak mintak maaf tau sebab tak dapat nak join sekali raikan happy day adik akak yang seorang ni. Akak hantar Lisa sebagai wakil akak, boleh kan?”

“Nahhh…it’s okay lah akak. Janji ada Maya, Kristine, Jericho dan Lisa pun dah cukup. Bukan setakat tu je, ni abang Eric dengan family dia pun ada sekali sekarang ni. Vi faham akak ada tanggungjawab akak sendiri.”

“Macam mana dengan Doktor Ariff? Dia ada datang tak?”
Vitalika memandang orang-orang di sekelilingnya. Dia tak nampak langsung kelibat Doktor Ariff. Mungkin Doktor Ariff tak datang hari ni. Vitalika mula rasa hampa.

“Dia tak ada pun. Mungkin dia tak datang kot.”

“Sure?”

“Yelah…dia mana ada pun sekarang ni. Tak apalah akak…Vi ok je. Vi pun tak berharap sangat yang Doktor Ariff datang hari ni. Vi tahu dia bukannya betul-betul sukakan Vi pun.”

“Wait a minute! We have hot news for you Gia!” Telefon Vitalika diambil dan dihalakan ke suatu tempat. Vitalika turut memandang ke arah sama.

Matanya terpandangkan ke arah Ariff yang sedang berdiri tidak jauh darinya dengan sejambak bunga dan ada teddy bear memakai topi konvokesyen di kepalanya.

“Oh my God Vi!!! Dumating na siya (dia datang)!”

Vitalika pula kelu melihat kedatangan Ariff. Tadi, dia tak ada pun. Yang lain mula beredar manakala Maya pula merakam detik Vitalika dan Ariff.

Lisa memandang Jericho sebentar sebelum melangkah pergi dari situ. Hubungan dia dengan Jericho masih macam dulu. Tak ada perubahan dan dia sikit demi sedikit dah boleh move on andai betul dia dan Jericho tak ada jodoh.

“Lisa, you nak pergi mana?” Soal Jericho bila Lisa mula mengorak langkah pergi.

“I nak jalan-jalan area sini je.” Lisa tak menunggu jawapan dari Jericho dan beredar pergi. Dia tanya aku nak ke mana tapi bukan dia nak join sekalipun. Baik aku pergi sorang-sorang.

“I nampak you makin jauh dari I,” Jericho berjalan di sebelah Lisa.

“Bila masa I makin jauh dari you? I ada je. You je yang selalu tak perasan I. Yelah, kita bukan ada apa-apa hubungan lagi pun. I dah mula move on dari harapkan you sebab I tahu I buat macam mana sekalipun, you takkan berubah hati dekat I.”

“You terasa dengan apa yang I cakap dekat you selama ni?”

“I tak terasa pun sebab apa yang you cakap ada betulnya jugak. I tahu you dah tak boleh nak terima I macam mana you terima I dulu. I pun malas nak berharap lagi Jer. Kalau I berharap, I yang merana nanti.”

“You yakin yang I takkan terima you?”

“Hah?”

“DOKTOR…” Vitalika cuba menyembunyikan senyumannya bila Ariff mula berhadapan dengannya dengan jambakan bunga dan satu teddy bear kecil di celah jambakan bunga tersebut.

“I mintak maaf sebab datang lambat. I harap you tak marah.”

Vitalika pantas menggeleng tanda dia langsung tak marah. “Saya tak sangka doktor datang hari ni.”

“Kan you suruh I datang hari ni kalau I betul-betul serius dengan you? Sebab I seriuslah I boleh datang hari ni. I tak nak you fikir yang I main-main dengan apa yang I cakap dekat you.”

“Doktor betul-betul serius ke ni?”

“I serius dengan apa yang I buat. Macam apa yang I buat hari ni I memang betul-betul serius. I tahu usia I dengan you memang jauh beza dan agama I dengan you pun memang berbeza. Tapi, I just nak bagitahu you, kalau you tak boleh terima I dan tak bersedia untuk convert dalam agama I, tak apa. I faham dengan keputusan you. I takkan pernah paksa you.”

“Vi…terima jelah dia. Dia dah datang jauh sampai sini. Takkan kau tak nak terima dia kot? Hensem kot! Kalau kau bagi aku, aku pun nak!” Kristine berbisik di telinga Gia.

“Betul tu Vi.” Sokong Maya.

“Saya…saya…” Haih! Tiba-tiba pulak rasa gagap nak jawab. “Errr…”

“Kalau you rasa you tak ready, tak apa. I ok. I faham sebab you masih muda.”

“Bukan macam tu doktor. Saya…saya…” Susahnya nak sebut! Berdebar dia lain macam. “Saya…saya terima.”

“Hah?”

“Saya terima doktor.”

Kristine dan Maya terpinga-pinga di sebelah Vitalika. Apa yang Vitalika cakap dengan Ariff.

“Seriuslah ni?”

“Saya tak buat lawak doktor. Saya tengah serius ni.”

“Ok ok,” sejujurnya dia pun tak tahu nak bagi reaksi apa sebab dia terkenal dengan perangai beku dan tak pandai
nak jiwang-jiwang.

Vitalika memberi isyarat melalui matanya supaya tinggalkan dia dan Ariff berduaan saja. Ada benda yang dia nak bincangkan. Maya dan Kristine yang faham maksud Vitalika beredar pergi.

Vitalika mengarahkan Ariff mengikutnya ke laman tengah yang dihiasi dengan air pancut. Senang sikit nak berbincang.

“Doktor, sebenarnya saya ada benda nak bagitahu doktor dan saya harap doktor boleh terima apa yang saya nak cakap ni.”

“Apa benda? I nampak you ni serius lain macam je? Serius sangat ke apa yang you nak bagitahu I tu?”

“Saya harap doktor tak melenting bila dapat tahu.”

“Ok…I will try…cakaplah apa benda yang you nak cakap tu.”

Vitalika menarik nafasnya dalam-dalam sebelum buka cerita. “Sebenarnya…emmm…ka…kalau saya bagitahu doktor yang saya dah kena pakai, doktor percaya tak?”

“Hmmm? Kena pakai? Maksud you?”

“Maksud saya…saya dah tak suci lagi. Saya pernah kena rogol. Doktor boleh terima saya lagi?”

Ariff terdiam. Tak percaya apa yang Vitalika sampaikan. “You…”

“Ya…saya pernah kena rogol dengan abang tiri sendiri. Saya buat semua tu sebab nak selamatkan kakak kembar saya dari diguna-guna oleh abang tiri saya. Lepas doktor dengan semua ni, doktor masih boleh terima saya?”

“You kena rogol masa you umur berapa?”

“Dua belas tahun…”

Dua belas tahun?! Masih muda lagi usia dia pada waktu tu!

“Saya faham kalau doktor tak boleh terima keadaan saya. Saya faham…” Hatinya sedikit rasa kecewa bila melihat reaksi Ariff bila dia cerita pasal kenangan silamnya. Nampak seperti Ariff tak boleh terima dengan masa lampaunya.

“I percaya you seorang yang baik Vitalika. You takkan buat benda bodoh saja-saja. I faham niat you waktu tu. Lagipun, you nak selamatkan kakak kembar you dan bukannya sebab you memang nak benda tu.”

“Maksud doktor?”

“I boleh terima diri you seadanya. I tak nilai you dari segi you masih suci atau tak tapi I nilai you dari segi hati dan diri you sendiri. Berapa bulan I kenal you I tahu you macam mana. You bukan jenis perempuan liar.”

“Doktor serius ke ni?”

“I serius. Kalau I tak boleh terima you, I takkan stay dekat sini. I dah fly balik ke Malaysia.”

Sedikit-sebanyak apa yang dikatakan Ariff membuatkan hati Vitalika rasa lega. Selama ni apa yang dia takutkan adalah satu saja. Orang tak boleh terimanya disebabkan apa yang dah terjadi pada masa lampaunya.

“GIA…rehatlah dulu. Dari tadi mama tengok Gia asyik naik turun tangga jaga Luq. Mama faham Gia nak jaga Luq tapi Gia kena jaga diri Gia jugak. Jangan lasak sangat,” Ungku Maria menegah Gia dari asyik naik turun tangga sebabkan anaknya saja. Hari ni anaknya baru saja discharge dari hospital.

“Mama janganlah risau. Gia ok je. Gia masih larat lagi nak naik turun tangga…”

“Ye…mama tahu Gia ni kuat orangnya tapi dalam masa yang sama mama risau jugak kalau buatnya Gia tengah naik turun tangga tiba-tiba terkehel? Mama tak nak benda tu jadi.”

“Ok ma. Gia dengar cakap mama ok? Tapi…kalau Gia boring dalam bilik, takkan Gia tak boleh turun?”

“Boleh…cuma jangan kerap sangat. Jaga kesihatan tu sama.”

“Ok ma. Gia akan dengar arahan mama! Ok?”

“Bagus menantu mama ni. Emmm…Luq macam mana?”

“Dia dah tidur lepas minum ubat tadi.”

Ungku Maria menarik tangan Gia duduk di sofa. “Gia masih marahkan Luqman?”

Kenapa pulak tiba-tiba mama tanya soalan macam ni?
“Kenapa mama tanya macam ni?”

“Mama cuma nak tahu je. Yelah, masa dekat hospital dulu mama tengok Gia dengan Luq masih lagi dingin. Tak ada tanda nak berbaik-baik sebab tulah mama tanya macam ni.”

“Gia tak adalah marahkan Luq lagi ma cuma Gia tak boleh nak terima Luq macam tu je. Gia masih lagi teringat masa hari dia tendang Gia keluar dari hidup dia. Gia terkilan sangat waktu tu sebab Luq langsung tak bagi peluang dekat Gia untuk explain benda yang sebenarnya.”

“Tapi, Gia tahukan yang Luq memang tunggu Gia balik?”

“Tahu tapi Gia takut kalau Gia buka hati Gia lagi untuk Luq, Luq akan buat benda yang sama pada Gia. Gia tak nak rasa sakit lagi mama. Gia takut…”

Cukuplah berkali-kali dia kena, dia tak nak benda yang sama berulang lagi. Dia dah serik untuk rasa sakit hati lagi. Dia dah penat untuk berendam dengan air mata.

“Gia…mama nak mintak satu benda dari Gia. Tolong jangan tinggalkan Luqman lagi? Mama tahu Gia sakit hati dengan apa yang Luq buat tapi kali ni mama tahu yang Luq dah menyesal dengan perbuatan dia. Gia tolong bagi peluang sekali lagi dekat Luqman?”

“Bukan Gia tak nak mama tapi Gia tengah cuba tapi tak boleh. Setiap kali Gia cuba, benda yang dah pernah jadi akan ulang tayang dalam fikiran Gia. Gia rasa takut. Gia tak bersedia mama. Cukuplah dengan apa yang dah jadi. Gia perlukan ruang lebih lagi. Tapi mama jangan risau, Gia tak bencikan Luq.”

“Mama faham apa yang Gia cuba maksudkan. Mama takkan paksa Gia dan mama tak nak Gia rasa stress.” Macam mana sekalipun dia cuba untuk pujuk Gia, Gia tetap akan dengan keputusannya. Sebolehnya dia tak nak memaksa takut Gia akan rasa tertekan. Dia yakin satu hari nanti Gia akan buka hatinya kembali untuk Luqman. Dia akan doakan untuk itu.

TANGANNYA mengurut perlahan pinggangnya yang terasa lenguh. Maklumlah seharian ni saja dia kerap berjalan. Kakinya pun dah nak naik rasa kejang. Kena jugak letak minyak panas ni. Gia menuju ke almari meja solek lalu mengambil minyak panas. Pandangan Luqman kepadanya tak dihiraukan.

“Kau nak buat apa dengan minyak panas tu?” Soal Luqman bila Gia bersandar di kaki katil sambil kakinya dilunjurkan.

“Saya nak urut kaki ni. Rasa kejang sikit…” Jawab Gia perlahan lalu mula sesi mengurutnya.

Kesian pulak dia tengok isterinya dengan perut bonyot cuba nak urut kaki kejang. Tapi, bila dia nak hulurkan bantuan dia rasa suaranya seolah-olah tersekat di kerongkong.

“Gia…”

“Hmmm…”

“Aku nak mintak maaf atas apa yang dah jadi pada mummy kau.”

“Tak ada apa yang perlu dimaafkan lagi. Benda yang jadi bukannya salah awak pun. Memang dah sampai ajal mummy untuk pergi dalam keadaan macam tu. Tak payahlah nak cakap pasal apa yang dah jadi. Saya pun dah tak nak ingat lagi benda macam tu,” bila teringat balik macam mana sadisnya keadaan mummy waktu tu, buatkan dia rasa nak menangis.

“Kenapa awak tarik balik tuduhan awak dekat saya? Kenapa tak teruskan je?” Walaupun dia dah tahu sebabnya tapi saja dia nak dengar sendiri dari mulut suaminya.

“Aku rasa Taufiq dengan Idham dah bagitahu kau benda ni?”

“Memang dah bagitahu tapi saya rasa pelik sebab awak nak sangat pembeleaan ke atas arwah Dariya. Sekarang, awak dah dapat ke pembelaan tu?” Tanyanya dengan nada yang agak sinis pada pendengaran Luqman.

“Kau nak sangat ke duduk dalam jail?”

“Saya tak cakap macam tu pun. Saya cuma tanya je.”

“Sebab aku tahu kau tak bersalahlah aku drop kes tu. Puas hati?”

“Ok…”

“Aku mintak maaf.”

“Untuk?”

“Apa yang aku dah buat dekat kau sebelum ni. Sakitkan hati kau, susahkan hati kau, buat kau tercedera apa semua…”

“Tak ada apalah. Benda kecil je tu.” Gia menurunkan kakinya dan bersedia untuk bangun.

“Kau memang sayangkan aku sangat-sangat ke sampaikan kau sanggup gadaikan nyawa kau untuk aku?”

Terus terbantut niat Gia untuk bangun dari katil tersebut. Kenapa pulak tiba-tiba dia tanya soalan macam tu?

“Saya buat apa yang saya mampu untuk selamatkan awak. Bukan atas dasar sayang ke apa. Kalau awak fikir selama ni saya buat semua tu sebab saya sayangkan awak, awak silap. Saya buat macam tu sebab saya tak nak saya rasa bersalah untuk kali kedua bila awak ikut langkah Dariya pergi tinggalkan ibu dan mama.”

“Kau tipu aku je kan? Kau saja je cakap macam tu?”

“Saya tak ada masa nak tipu awak Luq. Awak sendiri tahu saya macam mana dan awak tahu saya takkan menipu bila saya cakap macam tu.” Gia bangun dan menyimpan kembali minyak panas ke dalam laci.

“Awak nak makan apa-apa tak? Saya nak pergi turun ambilkan untuk awak.”

“Tak apa lah. Aku tak lapar,” cepat saja hatinya terasa bila Gia jawab soalannya macam tu. Bukan itu jawapan yang dia nak dengar sebenarnya tapi…itu hakikat yang dia perlu terima.

“Tak apa, saya bawakkan awak nasi dengan ayam masak kicap ya? Mama dah masakkan untuk awak tadi,” tanpa menunggu keputusan dari Luqman, Gia melangkah keluar dari bilik dan turun ke bawah.

“Hah Gia…marilah makan sekali.” Ungku Maria menghidangkan nasi ke atas pinggan dan diletakkan ke atas meja makan.

“Mama dengan Ira makanlah dulu. Gia nak bawakkan nasi dekat Luq. Dari tadi lagi dia tak makan.”

“Baiklah kalau macam tu.” Ungku Maria mencedokkan nasi ke atas pinggan satu lagi untuk Luqman. Ayam masak kicap dicedok dan diletakkan ke atas pinggan. Gia menuang air kosong ke dalam gelas dan diletakkan ke dalam dulang bersama nasi Luqman tadi dan segera
menuju ke atas.

“Ira kesian tengok kak Gia tu ma. Naik turun naik turun semata-mata untuk angah je. Dahlah kak Gia tu tengah mengandung.”

“Mama pun tak tahu nak cakap macam mana lagi Ira. Mama pun kesian jugak dekat kak Gia tu tapi tulah…bila mama tegah dia, dia still nak buat jugak. Mama faham rasa letih dia tu macam mana.”

“Angah pun satu! Tak pandai nak mengalah dengan kak Gia. Ingatkan bila kak Gia dah balik sini, dia bolehlah layan kak Gia baik-baik tapi rupanya tak. Dingin macam dulu jugak. Ira pun tak faham dengan perangai angah…”

“Kalau Ira tak faham, mama lagi tak faham.” Dia cuba jugak nak faham perangai anak lelakinya yang satu itu tapi tak dapat nak faham jugak. Kadang-kadang macam tu, kadang-kadang macam ini perangainya. Tak boleh nak hadam.

“AWAK kena makan dulu, kejap lagi nak makan ubat pulak.” Gia menyerahkan sudu berisi nasi dan isi ayam ke mulut Luqman.

“Aku boleh makan sendiri.”

“Tangan awak tu still lagi tak pulih. Biar saya je yang tolong suapkan awak makan. Tak ada lah tangan awak tu nanti sakit.” Gia masih lagi tak beralah.

Luqman pula dengar saja apa yang Gia cakap. Dia membuka mulutnya menerima suapan dari Gia. Dikunyah nasi di dalam mulutnya perlahan. Dia terima pula suapan kedua dari Gia. Memang perutnya dah lapar sangat-sangat sekarang ni. Maklumlah tengahari tadi dia jual mahal tak nak makanlah apa lah. Bila dah masuk petang ni mulalah perut dia dangdut mintak makanan.

“Lain kali…kalau lapar bagitahu je saya. Apa susahnya? Tahan lapar buat apa? Bukannya ada faedah. Kan sendiri dah lapar? Awak kena ingat jugak yang awak sekarang ni kena makan ubat ikut time. Kalau tak ikut time, macam mana nak cepat sembuh?” Sempat lagi dia membebel kepada suaminya.

Yelah…tak nak makan ubat macam budak kecik walhal umur tu dah 28 tahun! Jangan nak jadi budak-budak sangatlah! Tak comel pun!

“Aku tak nak susahkan kau. Kau tu mengandung. Buatnya time kau turun tangga terjatuh ke apa?”

“Tak ada rasa susahnya pun kalau tolong suami sendiri.”
Aku sampaikan boleh dengar dia punya perut keroncong sebab lapar. Dia fikir dia tak nak susahkan aku walhal dia tak tahu lagi susah sebenarnya kalau tiba-tiba dia dapat gastrik. Satu kerja pulak nak kena bawak dia ke hospital.

“Thank you.” Gia sekadar mengangguk kecil.

Habis saja nasi disuap pada Luqman, segelas air kosong diserahkan kepada Luqman. Luqman meneguk sedikit air di dalam gelas tersebut sebelum mengambil ubat yang diserahkan Gia kepadanya. Dia menelan ubat sekaligus dengan tegukan air sehingga habis.

“Awak rehatlah dulu. Saya nak pergi letak pinggan ni dekat bawah.”

Luqman memegang tangan Gia. “Aku ada benda nak tanya kau.”

“Tanyalah.”

“Dah berapa bulan kau mengandung?” Dari haritu lagi dia nak tanya pasal kandungan Gia tapi tak tertanya-tanya.

“Minggu depan masuk tujuh bulan.”

“Baby sihat?”

“Alhamdulillah sihat. Awak jangan risau. Saya akan jaga baby ni elok-elok.”

“Bila next check-up?”

Gia pulak yang naik hairan bila tiba-tiba je Luqman seperti berminat nak tahu pasal kandungannya, next check-up apa semua.

“Kenapa awak nak tahu?”

“Saja. Takkanlah aku nak tahu pun tak boleh?”

“Minggu depan jugak.”

“Ok.”

Tak berlengah lagi, Gia membawa pinggan dan gelas kosong ke bawah. Ungku Maria dan Zahirah pun dah habis makan.

“Macam mana? Luqman nak makan tak?”

“Makan je ma. Habis satu pinggan tu. Saja jual mahal tak nak makan. Bila suap, laju je makan.”

“Luq, Luq…” Entah dari mana anaknya dapat perangai yang satu itu. Tak pernah-pernah pun sebelum ni buat perangai macam tu.

“Sejak angah kahwin dengan kak Gia lah angah jadi mengada macam tu. Kalau tak…jangan haraplah!” Zahirah menyampuk. Gia sekadar menjongketkan bahunya. Entah betul entah tidak. Dia pun tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience