Bab 18

Romance Completed 21373

"Betul ke apa yang awak buat ni, Rayyan. Saya risau Tania buat something yang you know. Something crazy. Saya kenal dia. We were really close together. I know her. Dia akan try dapatkan apa yang dia nak. No matter what is it." Iris meneliti wajah Rayyan.
Izhan yang sudah beralih pangkuan hanya diam tanpa merengek. Macam tahu sahaja mama dan papanya sedang berbincang.
"Then, awak nak suruh saya buat apa? Nak suruh kahwin dengan Tania? Insane!" ujar Rayyan sambil merengus. Iris hanya melihat sahaja perlakuan Rayyan yang menutup mukanya dengan bantal lalu menjerit sepuas hati. Dia tahu yang suaminya itu sedang melepaskan tekanan.
****************
Puan Salmi merengus marah. Puan Sri Hadina tersenyum melihat sifat tegas anaknya itu. Rayyan jarang mengecewakannya. Cuma dia sendiri pelik, kenapa Rayyan boleh tersuka dekat Tania. Apa yang istimewanya Tania ini?
"Sal, akak rasa dah takde apa-apa yang boleh dibincangkan. Akak doakan, Nia jumpa lelaki yang lebih baik dari Rayyan." sebaik sahaja Puan Sri Hadina berkata begitu, Puan Salmi terus mengorak langkah pergi dari situ. Hatinya sungguh sakit mengenangkan sifat Rayyan.
Puan Sri Hadina pula menekan butang lif lalu naik ke bilik anaknya. Apabila dia mahu melangkah ke bilik Rayyan, dia dikejutkan dengan jeritan Hareez. "Ibu! Ibu!" Hareez berlari anak ke arah ibunya.
"Hesh! Apa jerit-jerit ni? Kalau Iz terjaga macam mana? Kesian Iris tak cukup rehat." Puan Sri Hadina menegur sikap anak sulungnya itu. "Sorry, ibu. Siapa yang datang tadi? Hareez tengok muka Rayyan bengang je."

"Salmi datang." selamba sahaja ayat yang terkeluar dari mulut Puan Sri Hadina.

Barulah Hareez faham kenapa muka adiknya itu bengang semacam. Terbantut terus niatnya untuk bermain dengan Izhan. "Ibu.... tolong Hareez boleh?" dia mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali.

"Tolong apa?" tanya ibunya kembali.

"Errr... Hareez nak main dengan Iz. Tapi tengok muka Rayyan yang bengis macam nak telan orang itu, tak berani pula. Boleh tak ibu tolong ambilkan Iz? Pleaseee..." Puan Sri Hadina menggeleng. Dengan adik sendiri pun takut. Entah apa-apa je.

"Yela. Ibu pun nak main dengan Izhan ni. Tadi tak puas. Ada pengacau." Puan Sri Hadina ketawa di akhir ayat. Hareez turut ketawa sama.
*******************
Tuk, tuk. Iris dan Rayyan berpaling ke arah pintu. "Saya buka pintu kejap." kata Iris lalu bangun dari birai katil. Izhan diletakkan di pangkuan papanya kembali. Dia tahu, betapa tekanan pun yang Rayyan hadapi, lelaki itu tidak akan sesekali melepaskannya kepada anak.

Pintu dibuka. Wajah ibu mertuanya yang sedang tersenyum dijamah mata. Hareez juga berada di belakang ibunya tersengih. "Ya, ibu? Ibu nak apa-apa?" Iris membuka pintu seluasnya.
Rayyan juga menapak ke arah pintu. Izhan di peganngannya ketawa mengekek seperti sesuatu yang lucu terjadi. Mungkin tangan papanya yang berada di perutnya menimbulkan rasa geli. Sarung tangannya juga sudah tinggal sebelah. Lagi sebelah sudah dicabutnya.
"Ni, ibu dengan abang kamu ni nak main dengan Iz. Boleh?" Rayyan terlebih dahulu mengangguk dan menyerahkan Izhan kepada opahnya. Iris juga tersenyum. "Bye, Iz.. Iz main dengan opah dan paklong elok-elok tau. Nanti mama dengan papa main dengan Iz." Iris mencium pipi montel anaknya. Tergelak lagi Izhan. Comel!
"Kami main dekat bawah tau."
**********************
Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, telifon Iris berbunyi minta dijawab. Iris laju menyambar telifonnya sambil tersenyum. "Assalamualikum, darling. Buat apa tu? Kenapa call Dya? Rindu ea?" Iris menjawab sambil tersenyum lebar.
Rayyan yang melihat panas hati. Terus dia keluar dari bilik itu dan menghempas pintu bilik dengan kuat. "Siapa mamat tu? Kalau aku dapat, mati dia aku kerjakan." ujar Rayyan perlahan. Dia melangkah ke bilik bacaan. Ingin menenangkan fikiran.
Haji Iman di hujung talian terkejut mendengar bunyi yang kuat itu. "Apa tu, Dya? Ada orang jatuh ke?" perasaan pelik itu makin bertambah apabila Iris ketawa dengan kuat.
"Itu Rayyan lah, walid."
"Hah? Kenapa kamu tak tolong? Dia jatuh tu? Kuat bunyinya. Eeee... pergi tolong." ujar walidnya tegas. "Hahaha... apalah walid ni. Rayyan tu ok je. Dia tengah meradanglah. Dia ingat Dya call lelaki lain. Kan Dya panggil walid darling tadi." tergelak-gelak Iris ketika menjelaskan perkara sebenar.
"Laaa... kamu ni tak baik tau. Walid repot dekat umi baru tahu. Pergi pujuk Rayyan tu. Laki sorang pun tak reti nak jaga. Apa nak jadilah budak ni." Haji Iman membebel. Iris tersenyum.
"Dya saja nak usik dia tu, walid. Alaa.. sekali sekala. Lagipun Dya kan memang selalu panggil walid, darling. You are my first boyfriend, right darling?" rajin pula Iris mengusik walidnya itu.
"Eeee.. tak kuasa walid nak jadi boyfriend kamu. Kamu tak cantik macam umi kamu tu. Sekali walid tengok, tergoda tau. Kalau malam, mata walid ni tak boleh tidur kalau umi kamu takde kat sebelah." Mereka ketawa serentak.
"Alaaa.... sweetnya! Oklah. Walid sambunglah kerja walid. Takpun pergi tackle umi. Walidkan handsome."
"Mengada je budak ni. Oklah. Kirim salam semua. Jaga Izhan baik-baik. Pergi pujuk Rayyan. Assalamualaikum." itulah pesanan ringkas yang diberi oleh walidnya. Iris menjawab salam. Biarlah. Malam nanti baru dia nak pujuk Rayyan. Ketawa jahatnya sudah kedengaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience