Chapter 14

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.14 Sunrise

Normal POV

Olyn terbangun dari tidurnya. Dia melihat katil-katil di sebelahnya. Dia lihat Yaya dan Ani masih diulit mimpi.

Semalam tu mimpi je..? Thank god. Dia mengusap wajahnya dengan penuh rasa syukur. Olyn melihat jam telefonnya. Sudah pukul 5.30 pagi. Dia bangkit dan menuju ke tandas.

Setengah jam kemudian , setelah siap mandi dan menunaikan solat , Olyn terus mengejut Yaya dan Ani.

Yaya yang telah bangun langsung berjalan ke tandas dalam keadaan mamai.

"Ani , bangunlah.." Olyn menggoyangkan tubuh Ani untuk ke sekian kalinya. Walaupun begitu , masih tiada respon yang diterimanya dari Ani.

Amboi liatnya kau nak bangun Ani oi! bisik Olyn dalam hatinya. Lantas dia terfikirkan sesuatu. Taknak bangun eh? Hehehe..

Olyn berjalan ke tepi katil. Dia membungkuk di tepi telinga Ani.

Satu.. Dua.. Tiga!

"ANI BANGUN!! KEBAKARAN! KEBAKARAN!" Jerit Olyn. Ani melompat bangun dari katil.

"KEBAKARAN!?" Pekiknya. Dia menarik Olyn dan berlari keluar bilik.

Ketika itu Yaya sudah berada di luar tandas. Rahangnya jatuh melihat tindakan mengejut Ani.

Ani mengetuk pintu bilik PuMiYa (Put-Yasmin-Aleeya) dengan gelabah. Tangan Olyn masih tidak dilepaskannya.

"Korang bangun!!" Pekik Ani.

Yasmin membuka pintu bilik dalam keadaan mamai. dia memandang Ani dan Olyn dengan dahi berkerut.

"Ada apa Ani?" Tanya Yasmin.

"Bangun! Hotel terbakar!!" Kata Ani. Olyn tidak dapat menahan dirinya. Dia tergelak besar sehingga air matanya mengalir. Ani dan Yasmin memandangnya pelik.

"Kau dah kenapa? And kau , mana ada hotel terbakar!" Marah Yasmin. Ani mengerdipkan matanya berkali-kali. Dia masih terlihat blank.

"Yo- You should see your face when you yelled 'KEBAKARAN'. Oh my god! That was so funny!!" tawa Olyn. Dia mengesat air matanya. Ani yang baru tersedar yang dia ditipu Olyn langsung menghempas tangan Olyn dengan kasar dan kembali ke bilik mereka dengan pout. Dia menghentak-hentak kakinya.

"My stomach" Gumam Olyn. Dia masih lagi terkikih.

Yasmin menggelengkan kepalanya. "Kau ni , Olyn. Sejak bila kau jadi nakal ni?" Tanyanya. Olyn berdehem. Dia mengesat sisa air matanya dengan punggung tapak tangan.

"Ani memang susah nak dikejut ke?" Olyn tidak menghiraukan soalan Yasmin.

Yasmin terkikih. "As you see" Katanya.

Olyn menarik nafas panjang. "Maaflah ganggu kau tengah tidur. By the way , jangan lupa kejap lagi." Pesan Olyn. Yasmin mengangguk.

*
*

"Mana Put ni..?" Tanya Ainaa. Dia sudah tidak sabar untuk melihat sunrise.

Olyn terlihat risau. Dia melihat jamnya. Dah pukul 6.30 pagi. Kejap je lagi matahari terbit. Put..mana kau? Olyn bermonolog. Dia bermundar-mandir.

"Olyn , chill. Mungkin dorang belum bangun lagi?" Kata Ani. Dia lihat wajah risau Olyn.

Olyn sigh. Dia duduk di sebelah Dira di atas pasir. Please Put , Yasmin , Aleeya.. 10 minit je lagi..

"Tenang , Olyn. Sekejap lagi sampai lah tu.." Dira menepuk-nepuk bahu Olyn. Olyn mengangguk perlahan. Dia lihat Yaya sudah tertidur semula dengan kepala di bahu Yana.

"GUYS!" Olyn mengalihkan pandangannya ke arah hotel dengan pantas. Dia berasa lega apabila melihat tiga orang manusia yang dari tadi mereka tunggu kini berlari anak ke arah mereka.

"Finally!" Engku bersorak riang.

"Maaf lambat. Put ni , susah betul nak kejut. Kene ugut baru nak bangun.." Kata Yasmin. Dia menjeling Put. Put terkikih tanpa rasa bersalah.

"Korang ugut dia apa?" Tanya Nad.

"Kita orang ugut dia , kalau dia taknak bangun , kita orang akan hantar Olyn untuk kejutkan dia." Yasmin tersengih. Put menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Maaf.." Katanya perlahan. Olyn sigh untuk yang sekian kalinya.

"Tak apa Put. Korang dah datang pun cukup buat aku lega.." Kata Olyn.

"5 minit lagi guys!" Kata Ainaa. Dia sudah menyediakan handphone di tangan untuk merakam moment indah itu.

Put mengambil tempat di sebelah Olyn. "Sight ready!" Katanya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam moment indah itu..

Olyn menghidupkan kameranya. Dia pun tidak mahu melepaskan moment indah ini juga. Melihat sunrise adalah perkara yang selalu dilakukannya. Tapi antara sunrise dan sunset , Olyn lebih sukakan sunset.

"Orang dulu kata , kalau kita buat permintaan time matahari terbit , permintaan kita akan dikabulkan"

Olyn memandang Put dengan kening kiri terangkat.

"Tak pernah dengar pun.." Gumamnya.

"Hehe.." Put tersengih kambing.

Ketika itu , waktu yang mereka tunggu akhirnya tiba juga. Matahari terbit dihadapan mereka. Olyn tersenyum. Dia tak sangka yang dia dapat melihat sunrise dengan Olala.

Setelah melalukan sight , mengambil gambar dan sebagainya , Nad mengumpulkan member Olala. Mereka bergambar bersama.

"Olala , aku sayang korang!" Kata Alyn penuh semangat. Mereka semua berpelukan tanpa Olyn. Olyn melihat rakannya yang berpelukan itu dengan pokerface.

*
*
*

"LARI!!!" Jerit Hanis. Dia dan dua orang rakannya melarikan diri dari Adilla yang sedang menggila mengejar mereka. Mereka berempat tertawa gembira.

"It's look like..this is the first time their learn to running around eh?" Yasmin terkejut. Dia memandang Olyn yang berada di sebelahnya. "Terkejut?" Olyn menyeringai.

"Ah? Nah.. Aku pelik tiba-tiba kau bercakap dengan aku." Katanya. Dahi Olyn berkerut.

"Kenapa? Aku tak pernah bercakap dengan kau ke sebelum ni? Kita bukan stranger Yasmin" Olyn memberikan senyumannya kepada Yasmin.

Yasmin mengerutkan keningnya. "Olyn..sebenarnya kau cuma nak ajak Olala je dalam percutian ni kan? Kau tak berniat pun nak ajak KRS sekali..kan?" Yasmin mengangkat keningnya.

Olyn chuckled. "Shhh ~ Just enjoy the vacation , love" Dia menyeringai. Yasmin menjadi takut melihat sikap Olyn yang sekarang ini.

"Kenapa attitude kau asyik berubah-ubah Olyn? Apa jadi dengan kau? Kau bukan Olyn yang aku kenal.."

"Huargh , I'm tired" Olyn menguap. Dia merenggangkan tubuhnya. "See ya later , Yasmin" Olyn bangun. Dia meninggalkan Yasmin yang masih terpinga-pinga di situ bersendirian.

Yasmin membaling pasir yang berada di tangannya dengan perasaan tidak puas hati. Dia inginkan jawapan dari Olyn. Bukan seringai yang menakutkan itu.

"Damn you , Olyn!" Marah Yasmin.

*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience