"Arghh.."
Irene baru sahaja mahu melelapkan matanya. Dia membuka kelopak matanya kemudian melihat keadaan Dr. Aqilah yang berada di sebelahnya. Malam itu mereka merancang untuk tidur bersama. Irene agak risau dengan keadaan Dr. Aqilah selepas balik dari hospital.
"Kenapa ni, kak?" Soal Irene kepada Dr. Aqilah. Dr. Aqilah menggeleng. "Akak tak tahu. Sakit sangat perut akak ni. Akak rasa akak nak bersalin dah ni." Kata-kata Dr. Aqilah membuatkan Irene cemas. Pantas wanita itu turun dari katil.
"Sekejap kak. Saya panggil Khairi dekat luar." Dr. Aqilah mengangguk perlahan. Masih menahan rasa sakit yang dia alami. Belum sempat Irene hendak keluar dari bilik, dia merasa sesuatu yang aneh. Pantas dia melihat ke arah celah kakangnya.
"Ya Allah!" Jerit Irene.
Mika yang mendengar dari luar terus masuk ke dalam bilik mereka. Nasib baik waktu ini dia merancang untuk tidur di luar bilik mereka. Memastikan supaya keselamatan mereka berdua aman.
"Awak! Cepat tolong akak! Kita kena pergi hospital cepat." Mika terpaku melihat air yang keluar dari celah kakang Irene itu. Dia tanpa sedar mengangkat Irene terlebih dahulu daripada Dr. Aqilah.
Kedua wanita itu mengerang kesakitan. "Awak! Kak Qilah dulu. Saya kemudian.."
"Kau boleh diam tak? Kau pun tengah sakit kan? Aku tahu nak buat apa. Kau kena diam sekejap je." Mika meletakkan Irene ke dalam kereta. Dia kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk mengambil Dr. Aqilah pula.
--
"Selamat encik! Kedua-dua isteri encik selamat melahirkan anak lelaki."
Mika menjeling tajam Doktor yang memberitahunya itu. "Sorang lagi bukan isteri aku. Jangan jadi bodoh boleh tak?" Doktor itu tersentak. Dia mengangguk kemudian terus pergi dari situ. Mika menghela nafas lega.
Lama dia menunggu di luar. Akhirnya selamat juga Irene dan Dr. Aqilah melahirkan. Panik dia dibuatnya. Mika melabuhkan punggungnya ke atas kerusi panjang berdekatan dengannya. Dia menunduk kemudian memejamkan matanya.
'Anak aku dah lahir..'
Suara yang familiar terdengar dia telinganya. Mika mengetap giginya geram. "Anak kau lelaki. Tak ada yang kau boleh harapkan." Mika tersenyum sinis.
Khairi yang mendengar hanya mengangguk faham. 'Tak bermakna yang muka dia tak sama macam Aliya. Now, bagi aku keluar. Aku nak jumpa anak aku!' Mika menggelengkan kepalanya.
"Kau dah banyak buat Irene terseksa. Bagi aku pula yang bahagiakan dia. Aku dah rancang akhir dari hidup kita.." Khairi mendengus kasar. 'Jangan buat benda bodoh, Mika. Aku tahu yang kau still nak hidup lagi. Kau cintakan dia. Irene bodoh tu kan?!' Mika tersenyum kecil.
"Aku cintakan dia tu masalah kau ke?"
'yes! Masalah aku. Kau tahu muka dia sama macam Aliya. Kau sebenarnya cintakan Aliya kan? Kau baik bagitahu aku perkara sebenar, Mika.'
Mika tersenyum sinis. "Sebelum kau jumpa dia, aku yang jumpa dia dulu lah sial!" Mika berkata kuat. Hampir kesemua mata memandang ke arahnya.
--
"Dylan.."
Irene memanggil anaknya. Senyuman dari si kecik itu membuatkan hatinya bahagia. Mika tersenyum kecil. Dia mengusap kepala Irene membuatkan wanita itu beralih memandang ke arahnya. "Macam mana dengan kak Qilah?" Mika menutup mulut Irene. Dia menunjuk ke arah katil sebelah. "Tu kakak kesayangan kau."
Irene tersenyum kecil. "Comelnya.." ujar Irene saat melihat anak Dr. Aqilah. Kedua-duanya amatlah comel.
"Kau dah bagi dia nama eh. Baru aku nak panggil dia kael." Irene ketawa kecil. "Mana boleh awak bagi nama macam tu dekat dia. Nama Dylan kan sedap didengar." Mika hanya mengangguk sahaja. Dia beralih ke arah katil Dr. Aqilah pula.
"Siapa bapak budak ni?" Soal Mika kepada Dr. Aqilah. Wanita itu masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tidurlah katanya. Irene hanya memerhati dari katilnya. Wajah si kecil dilihat dengan senyuman dibibir.
--
Sudah sebulan berlalu sejak Dylan, anak Irene dengan Khairi dan juga Mikael, anak Dr. Aqilah lahir. Semuanya tampak bahagia untuk saat ini.
"Dylan mana?" Soal Irene kepada Mika yang turun dari tingkat atas. "Ada je dekat atas. Tak payah risau sangat. Aku tahu lah nak jaga anak macam mana.." jawab Mika dengan reaksi datar pada wajahnya.
Irene tersenyum kecil. Dia melihat ke arah Dr. Aqilah yang lena tidur bersama dengan Mikael di sebelahnya.
Sedang sibuk Mika bermain dengan Mikael, bunyi ketukan dari luar rumah kedengaran. Mika bangkit dari duduknya. "Aku pergi tengok siapa yang ketuk pintu pagi-pagi ni. Kalau nak apa-apa jerit je panggil aku." Irene mengangguk perlahan.
Mika berjalan menuju ke arah pintu rumahnya. Tombol pintu dipulas kemudian dia membuka pintu untuk melihat siapa yang berada di balik pintu itu.
"Hi, bro. Lama tak jumpa.."
Suara yang tidak langsung dia kenali. Mika mengangkat satu keningnya ke atas. "Siapa?" Soal Mika. Haikal tersenyum ke arah Mika. Tangannya memeluk bahu lelaki itu.
"Kau lupa kawan baik kau ke sekarang ni? Mentang-mentang lah aku dah lama tak datang. Ni aku bawa bini aku sekali." Haikal menunjuk ke arah Qistina yang berada di belakangnya.
Wanita itu sedang mengendong bayi kecil. Anak perempuan yang membuatkan Mika agak tertarik. Mika tersenyum kembali. "Tak ada lah. Aku gurau je. Masuklah. Bini aku ada dekat dalam." Haikal mengangguk kemudian membiarkan Qistina masuk terlebih dahulu.
Qistina melangkah masuk kemudian berjalan menuju ke arah Irene. Dia meletakkan anaknya ke bawah bersebelahan dengan Mikael. "Dylan?" Soal Qistina. Irene menunjuk ke tingkat atas. "Nanti aku suruh Khairi bawa turun. Kau duduklah dulu. Buat macam rumah sendiri." Qistina hanya mengangguk.
Dia bermain-main dengan anak perempuannya itu. Mika pula seperti tahu terus naik ke atas untuk mengambil Dylan.
hello guys huhu..
Share this novel