Fauzi berjalan kaki dari bus stop menuju ke vila. Kakinya terhenti hendak kemana, sama ada vila besar atau vila kecil. Janjinya hendak berjumpa dengan Tuan Muda Danish malam ini seakan tergantung. Mahukah Danish berjumpa dengan dia. Hatinya berdetak laju. Ditenung mesej Danish.
‘fine… meets tonight… on bed’
Arghhh… Fauzi menjerit dalam hati. Vila kecil? Vila besar?... dia masih berkira-kira.
Akhirnya dia mengambil keputusan menuju ke vila besar, di benakknya mengatakan arahan dari Danish perlu diikuti dalam apa jua keadaan. Tapi langkahnya perlahan...perlahan...dan sangat perlahan… dia memikirkan ayat apa perlu dia susun apabila bertemu dengan Danish nanti.
Sesampai sahaja diruang tamu vila besar. Fauzi menarik nafas dalam. Dilihat tangga dua tingkat itu perlahan dia mengatur langkah menuju ke bilik Danish. Sebaik sahaja sampai dia mengetuk pintu. Dia tahu Danish masih di dalam, lampu bilik masih menyala. Dilihat jam di tangan, baru pukul 9 malam.
-----------------------
Danish yang baru selesai mandi terhenti langkahnya apabila terdengar ketukkan pintu biliknya. Dia tahu siapa diluar, Fauzi. Tapi dia tidak dapat sambut Fauzi seperti biasa dek kerana perbualan petang tadi. Danish menggenggam kuat kain tuala. Dia mendiamkan diri. Dia mematungkan dirinya.
“Tuan Muda… Fauzi diluar ni” beritahu Fauzi dari luar.
“Tuan Muda Danish… “ panggil Fauzi lagi.
Danish masih berdiri kaku. Dia seperti mati akal. Hendak dijawab panggilan Fauzi atau tidak. Dia masih tidak dapat terima akan perbualan petang tadi. Dalam benaknya juga bermain macam-macam tanda tanya. Tapi hendak bertanya mana satu. Dia tidak memilih soalan lagi. Seakan berjuta soalan terawang-awang dalam benaknya. Tapi satu perkara yang dia pasti.
‘How dare Fauzi datang jumpa aku?... Tak rasa malu ke?... Aku nak buat apa ni?... Arghhh… ‘ menjerit Danish dalam diam.
Danish berjalan terhinjut-hinjut seperti ninja. Tidak mahu langsung ada bunyi. Di capai handphone diatas katil. Lalu menaip sesuatu.
--------
Fauzi merasakan handphone ditangan vibrate. Tertera nama Tuan Muda Danish, di buka mesej.
‘Go… ‘ itu sahaja. Fauzi memahami apa yang Danish ingin kan.
Diketuk sekali pintu bilik Danish
“aku pergi. If anything call me… “ beritahu Fauzi sebelum berlalu keluar dari vila besar.
Meremang bulu roma Danish mendengar pesanan Fauzi. If anything i will call someone else. Not you Fauzi… errr
Bertambah meremang Danish.
-----------
Danish duduk di hujung katil, cuba menenangkan diri. Kejutan masih tidak reda. Tuala dicampak sekali dengan handphone seperti melepaskan geram. Tapi, kenapa dia perlu berkelakuan sebegini sedangkan itu hak Fauzi. Memang hak dia hendak suka siapa. Memang hak dia untuk pilih siapa.
Bukan dia tidak pernah jumpa lelaki sukakan lelaki. Ramai. Semasa dia belajar di oversea.
'its normal la Danish’ bisik Danish
‘Eh… salah… Its not normal if he is Fauzi… why?.... Fauzi sepatutnya ikut dia. Ikut apa aku suka. Kejap… tapi.. Kejap… tapi… arghhh aku tak tahu. Tapi aku rasa disgusting'
Danish merebah badannya ke katil sambil mengeluh panjang.
Kepalanya sakit. Sakit.
Hatinya sakit. Sakit.
Dan dia masih tidak dapat tidur hingga ke pagi.
-------------
Seperti biasa Fauzi menunggu Danish di hadapan Vila Besar untuk mengiringi ke pejabat. Kelihatan Tuan Danial sudah bersiap sedia serta ditemani Puan Demi. Nampak sedondon mereka berdua berpakaian biru.
“Eh… Fauzi pun biru juga?” tegur Puan Demi.
“Selamat pagi Tuan, Puan… “
“Danish tak turun lagi ke?” soal Tuan Danial.
“Belum agaknya… “
“Dah lewat ni… cuba kamu pergi ke bilik dia… “ cadang Tuan Danial.
“Baik… “ setuju Fauzi tanpa beralah padahal kakinya berat hendak ke bilik Danish mengingatkan mesej semalam… hanya berbalas ‘GO’. Namun dia mengangkat langkahnya.
Sampai sahaja dia terus mengetuk pintu tanpa lengahkan masa. sekali , dua kali, tiga kali ketuk tiada jawapan. Fauzi ragu. Dia cuba memulas tombol pintu. Tidak berkunci. Daun pintu terkuak. Di lihat sekeliling bilik Tuan Muda Danish. Tapi kelibat empunya bilik tidak nampak.
“Pergi mana?” bisik Fauzi.
Dikeluar handphone lalu di dail nombor milik Danish. Satu suara menjawab panggilannya. Tapi tidak mesra seperti dulu.
“Aku kat office… “ tup!... itu sahaja. Fauzi tidak sempat untuk membalas. Di tenung handphone untuk seketika.
---------------
Danish membelek setiap helaian fail yang baru terima dari Diana. Tapi fikirannya seakan tidak keruan. Seperti satu di alam nyata dan satu lagi entah melayang ke alam mana. Kedengaran pintu pejabatnya diketuk mematikan lamunannya yang separuh melayang itu.
“Masuk!” jerit Danish. Kelihatan Diana masuk dengan muka tak berapa pasti.
“Tuan Muda!”
“Hmm… kenapa?”
“Puan Yuan minta awalkan appointment… sebab dia ada hal lain”
“Sepatutnya bila?”
“Sepatutnya dinner malam ni. Tapi Puan Yuan minta awalkan untuk lunch” terang Diana.
“Siapa in charge Puan Yuan?”
“Fauzi… “
“Kamu dah beritahu Fauzi ke?”
“Belum. Saya tanya Tuan dulu. If boleh baru saya inform Fauzi.”
“Boleh diawalkan… tapi jangan beritahu Fauzi… I nak semua document… “ balas Danish sambil mengerling jam tangannya, pukul 10.
“Baik Tuan. nanti saya inform lokasinya… “ balas Diana.
-------------------
Danish terkejut apabila melihat Fauzi bersama Puan Yuan di meja makan. Seingat dia sudah pesan dengan Diana supaya exclude Fauzi dari appointment ni.
“Hai Danish!” tegur Puan Yuan dari jauh
Fauzi yang mendengar nama Danish dipanggil mengalih kepalanya ke arah Danish lalu di beri satu senyuman.
“Er.. hai” Danish tersenyum kecil sebagai tanda gembira berjumpa dengan clientnya.
“Sit Tuan Danish!” ajak Puan Yuan. Danish mengambil tempat dihadapan Puan Yuan bersebelahan dengan Fauzi.
------------------
Meeting kecil antara dua syarikat tamat. Puan Yuan meminta diri terlebih dahulu. Kini tinggal Fauzi dan Danish. Mereka masih duduk bersebelahan. Diam tanpa kata. Sunyi.
“Tuan Mu…” belum sempat Fauzi menghabiskan kata Danish berdiri terlebih dahulu. Tapi Fauzi pantas menangkap pergelangan Danish.
“Danish!”
“Don’t touch me... disgusting!” Marah Danish. Kasar dia menarik semula tangannya.
“Owh…” terkedu Fauzi. Tak pernah dia bayangkan Danish akan jijik dengan dia.
“Why?...”
“I heard you yesterday… pantry… “ balas Danish seperti memberi hint kepada Fauzi.
“everything???”
“Yes… A to Z” balas Danish tanpa lapik.
“Can we talk?” soal Fauzi sambil perlahan melepaskan tangan Danish.
“It is now?”
“Yea… we have about 10 mins before lunch end” Fauzi cuba berlembut.
“Here… in front everyone?... do you have any pride?” pedas ayat Danish.
“Are you talking about pride?... with me?... right now?” sentap Fauzi apabila soal maruahnya dipersoalkan.
Dia tersentap bukan kerana maruahnya dipermainkan. Tapi baru sekarang nilai maruahnya dipersoalkan. Dan yang bertanya itu adalah Danish. Orang… insan… lelaki… yang menukar status maruahnya sejak dia kecil lagi. Sejak mereka bertemu.. Sejak kecil… disitulah titik permulaannya… maruah terbesar… maruah dia sebagai manusia berubah kepada binatang perliharaan… a pet.
“Kenapa?... “ tanya Danish sambil menyinis.
Adakah Danish tidak mengerti apa definisi maruah dalam hidup Fauzi. Ya, mungkin Danish tidak pernah memikirkan semua itu. Yang dia tahu, apa dia mahu dia dapat. Fauzi mematikan kehendaknya untuk berbincang. Dia melihat tepat ke wajah Danish.
“Tuan Muda, Fauzi lebih jauh ke bawah dari Tuan...You can go.. “ beritahu Fauzi tanpa berkelip. Tangan Danish dilepaskan.
“Your welcome… mind your place… “
'i will… ‘
--------------------------------------
Esok seperti biasa Fauzi menununggu Danish diruang tamu untuk ke pejabat bersama. Kelihatan Tuan Danial sudah bersiap sedia. Puan Demi setia setiap hari melihat suaminya sebelum bertolak.
“Fauzi… Rasa Danish da pergi office. Kereta dia tak ada pun. “ beritahu Tuan Danial.
Fauzi segera keluar. Ya memang kereta milik Danish tiada. Dia memandang semula Tuan Danial. Mata mereka bertembung. Tapi pantas sahaja Fauzi mengalihkan pandangannya.
“Fauzi… anything happen?” Soal Tuan Danial.
“Err… “ ragu Fauzi. Hendak diberitahu atau tidak kerana bukan rahsia dia sebagai perempuan terbongkar pun. Hanya Danish salah faham sahaja.
“Nothing… “ beritahu Fauzi. Ya bukan perkara besar sekiranya Danish tidak mengetahui hal sebenar.
“Fauzi… you drive saya hari ini… “ Tiba-tiba sahaja Tuan Danial memberi arahan.
“Owh… baik Tuan… “ pelik Fauzi.
---------------------------
Tuan Danial memandang Fauzi. Dia merasakan ada yang tidak kena dengan Fauzi. Seingat dia semalam pun Danish seperti mengelak dari Fauzi. If anything regarding Danish dia perlu tahu. Dan Fauzi akan tahu segalanya.
“Fauzi… gaduh dengan Danish ke?” Tuan Danial mula menyiasat.
“Tak Tuan… “
“Then… siapa?... Zett… Danish Ada perempuan lain ke?” Soal Tuan Danial.
“Eh… Tuan Muda tak buat apa-apa hal Tuan… saya… saya yang problem” bohong Fauzi.
“Kamu kenapa?” Tanya Tuan Danial.
“Saya… err…. “ Alamak nak cakap apa ni.
“Saya… saya… hah… saya dah lama tak jumpa Tuan Muda. Rasa kekok sejak dia balik seberang.” Fauzi cuba memberi alasan yang seakan logik, boleh diterima.
“Biasalah tu Fauzi… 4 tahun. Sedangkan Danish anak saya pun saya tak berapa nak kenal… apatah lagi… kamu memang ada disisinya susah dan senang… “
“Apa-apa pun Fauzi… I nak Danish tu kawin dengan Zett. Pujuk lah Danish tu cepat sikit… “ luah Tuan Danial.
“Saya cuba …”
-----------------------------------
Fauzi keluar dahulu dari lif setelah sampai aras sembilan. Pintu lif tutup semula, hilang kelibat Tuan Danial dari pandangannya. Lif menuju ke tingkat sepuluh. Fauzi mengatur langkah ke ruang kerjanya. Rakan sekerja yang datang awal semua menegur memberi salam selamat pagi.
Ya… semoga pagi ini dia selamat… bisik Fauzi. Dia mengintai bilik Danish. Tapi malang blinder cermin masih belum dinaikkan.
“Fauzi!... “ Satu suara memanggil dari belakang.
“Lee… kenapa?”
“Tolong aku… “ muka Lee seakan pucat. Kelihatan peluh menitik dari dahinya.
“Eh… engkau kenapa ni?”
“Tadi… aku nak jumpa Danish minta dia approve document ni… tapi dia tak nak jumpa sesiapa pun harini… sampai kuncilah pintu, tutup blinder la… dah la due document ni harini… Fauzi… tolong… aku cuak ni…” Lee menerangkan situasinya.
“Ish… aku pulak… itu kan kerja kau. Pergi ja… “ Fauzi turut cuba mengelak dari bertemu Danish.
“Aku cuak la… please tolong “ Lee merayu sungguh-sungguh.
“Aku tak nak… Aku pun cuak… “ balas Fauzi.
“Takut… takut kau… Tuan Muda tetap favour kau dari kitaorang… tolong Fauzi!... Please… “ merayu Lee lagi.
“Aku tengah gaduh dengan dia… “
“huh?... Engkau gaduh apa dengan Tuan Muda?.... Pasal makanan ke?...” Soal Lee bertubi-tubi.
Errr.. takkan aku nak cakap 'aku gaduh sebab maruah aku bertukar status sejak 20 tahun lalu’...
“Arghhh… eiiiii… hai… bagi sini document tu… “ Fauzi menjerit kecil sambil menerima folder dari Lee.
----------------------------------------
Pintu bilik Danish diketuk sehingga kedengaran suara dari dalam disuruh masuk. Daun pintu ditolak. Zupp!... terasa aura kebencian Danish terhadap Fauzi satu bilik. Mata mereka bertembung. Kelihatan Emely bersama Danish. Ya… bercumbu ke?...aish tak tahu lah.
Danish memandang tepat kearah Fauzi. Fauzi pula seperti mengumpul semua kesedarannya dan kekuatan mendekati meja Danish.
“Kenapa?” Pendek soalan Danish.
“Tuan Muda ada documents perlu approval by today”
“It's yours?” Soal Danish.
“No… it's … “
Belum sempat Fauzi menghabiskan penjelasannya. Danish bangun dari kerusi sambil memeluk pinggang Emely Dan berlalu untuk keluar. Fauzi tanpa sedar menangkap pergelangan tangan Danish.
“Please… “ lembut sahaja suara Fauzi seperti merayu.
“Why bother about other. Diri sendiri pun tak terurus.” Sebaik sahaja Danish menghabiskan ayatnya dia tenung tajam tangan Fauzi yang masih erat memegang tangannya.
“Disgusting… “ bisik Danish. Sekadar dengar pada pendengaran Fauzi sahaja.
Fauzi sentap. Segera dilepaskan tangannya. Terus Danish keluar bersama Emely. Terlihat senyum sinis dari Emely.
Fauzi berdiri dalam diam. Dilihat tapak tangannya. Ya… setitis air mata menitik tiba-tiba. Segera dikesat mencari semangat lain.
'Fauzi… engkau… nilai engkau jauh bawah.. dan bawah… bukan sekali dua… berkali-kali sudah… kenapa nak menangis pula ni… hai‘
Dalam dia mematung sendiri. Handphonenya vibrate. It's Danish
'jangan balik rumah minggu ni’
Fauzi tersenyum sinis. Dalam banyak-banyak statement ini lah statement yang dia paling suka. A WEEK.
---------------------------
Fauzi segera mengemas mejanya. Dilihat diluar cermin. Sudah menjelang senja. Dia menyusun segala kertas ala kadar sahaja. Dia tak merancang hendak pulang lewat hari ini kerana… satu minggu dia akan kembali ke tempat asal-usulnya. Bertemu dengan Ibu Ecah.
Laju sahaja tangannya melambai-lambai memanggil teksi. Diberitahu arah tujunya kepada pemandu. Tidak jauh pun, hampir sejam setengah sahaja.
Fauzi menarik nafas. Sebuah pusat anak yatim memenuhi pandangannya. Dia tersenyum lebar. Kelihatan anak-anak kecil sedang beratur dihadapan tandas untuk mandi. Segera dia bayar tambang terus ke pejabat Ibu Ecah.
“Ibu!... “ Tegur Fauzi apabila ternampak Ibu Ecah.
“Jiya!” Terkejut ibu Ecah.
“Kenapa balik?... “ Itu soalan pertama yang ditanya.
“Macam biasalah Ibu… “ beritahu Fauzi.
“Berapa lama tak boleh balik?”
“Seminggu… hi… tapi perlu pergi kerja juga“ senyum Fauzi. Sambil memeluk erat Ibu Ecah.
“Tidurlah sini seminggu… Jiya masih famili kami” beritahu Ibu Ecah.
“Pergi lah bilik kamu… Ibu ada minta adik-adik kemas… sebab ingatkan kamu akan datang bulan depan. Join annual event kami… “
“Cepat saja dah Disember… “
“Itu lah… bulan itu sahaja Jiya gembira… “ mengaku Ibu Ecah. Hanya Ibu Ecah tahu bila tarikh hari jadi sebenar Fauzi. Kalau Tuan Danial atau Puan Demi tahu pun mereka tidak endah sangat, kerana mereka sudah tukar semua dan segala identiti Fauzi.
---------------
Fauzi menyeduk makanan untuk semua anak-anak yang sedang beratur untuk makan malam. Memori semasa kecil menerjah dalam ingatannya. Kehidupan dia sebelum bertemu Danish. Dulu kiri dan kanan adalah kawannya. Tapi sekarang hendak berkawan pun dia perlu berhati-hati memilih. Orang kata zaman kanak-kanak dan zaman dewasa tidak sama. Tapi dua zaman itu tidak seperti ada dalam hidup Fauzi. Yang Ada hanya zaman sebelum bertemu Danish dan zaman setelah bertemu Danish.
“Jiya… kenapa pulang awal kali ni?” Soal Adam.
“Kena halau awal… haha… “ gelak Fauzi memberi alasan.
“Ish… gelak pula. Kiranya bulan depan Jiya ada tak?... Join event kami?” Soal Adam ingin tahu.
“Ada… Ada… “
“Janji… “ tanya Adam mendapatkan kepastian sambil mengeluarkan pinky promise nya.
“Janji… “ balas Fauzi sambil seal that pinky promise.
Pada yang sama handphonenya bising meminta diangkat. Dilihat siapa yang mendail. Kelihatan terpapar nama Tuan Danial Di skrin.
“Hello Tuan.. “ sambut Fauzi dengan segera.
“Fauzi… sudah bincang dengan Danish ke pasal wedding?”
“Maaf Tuan… belum lagi… “ balas Fauzi.
“Hmm … I need update Fauzi. Tomorrow please discuss… “ arah Tuan Danial.
“Must Fauzi…! “ Tegas Tuan Danial lagi.
“Baik… “
“Kamu dimana?... Danish tak balik lagi ni?”
“Errr… saya outstation hari ini… “ bohong Fauzi. Hendak beritahu dia berjumpa Ibu Ecah mesti dimarahi nanti kerana Tuan Danial dan Puan Demi tidak suka. Alasannya, status syarikat akan jatuh apabila tahu dia mengambil anak angkat. Tapi Tuan Danial tak pernah menghalang dia untuk melawat pusat anak yatim, cuma dipesan supaya berhati-hati.
“Okay, better esok I dapat new news… “ beritahu Tuan Danial lagi.
Handphone dimatikan. Fauzi mengeluh kecil. Wajah Danish mula bermain dimindanya. Juga terniang-niang suara Danish menyebut 'disgusting’.
-------------------
Fauzi mundar-mandir dihadapan Diana.
“Fauzi… engkau kenapa?... Tuan Muda masuk tengahari… ada sejam lagi nak pukul 12… nanti dia sampai aku panggil kau” pesan Diana. Rimas dia melihat Fauzi menyibuk dihadapannya.
“Let him be Diana… “ tiba-tiba satu suara dari belakang. Kelihatan Danish sedikit tidak terurus. Tapi matanya tetap menyala seperti api.
“Tuan Muda Danish can we talk?... “ sopan Fauzi mengatur ayat.
“Inside… “ tapi pendek sahaja Danish mengarah.
“About?... “ soal Danish tanpa melengahkan masa setelah menutup pintu pejabatnya.
“Wedding… “
“Waaaa… awesome… “ perli Danish sambil menepuk tangannya tiga kali.
“Fauzi… it's my wedding. I am wed to Zett. A girl… apa yang engkau tahu… engkau tahu a gay marriage kan… “ perli Danish lagi. Tapi suaranya masih bernada rendah.
“It still wedding event… neither your partner girl or man… “ balas Fauzi berani.
“Shut up!... “ Melenting Danish. Dia merasakan seperti Fauzi claim he is gay. Seperti mengaku untuk semuanya. Membenarkan segalanya.
Fauzi tersentak.
“Hey Fauzi… know your place. Engkau tu just replacement for momo… a pet… a pet tak tahu pasal-pasal wedding. They do sex random… “
Fauzi yang mendengar merinding. Matanya tak berkelip. Dipandang muka Danish dengan penuh tidak percaya.
“Do you mean what you said?... “
“Of course… engkau masuk rumah aku pun sebab momo mati kan… “ balas Danish tanpa lapik.
“Danish… aku tahu aku ni rendah… bawah … bawah dari segala-galanya… “ belum sempat Fauzi menghabiskan ayatnya. Danish memotong.
“Then you know your place. A pet. A cat, meow… a dog, bark… and you play your role… “
“Danish… Aku tak nak mula kan apa-apa pergaduhan… let talk about your wedding… “ Fauzi masih mencuba. Dia mencuba menerima segalanya dengan hati terluka. Di pendam supaya keadaan tidak bertambah teruk.
“Then no more talking… a pet supposedly… tak bercakap bahasa manusia…” tambah Danish lagi. TAJAM.
Share this novel