BAB 9: Butik Pengantin

Drama Series 28608

Kereta berjenama Proton Perdana berwarna kelabu milik Fatin berhenti di hadapan butik pengantin Chia. Pintu dibuka. Cahaya matahari menyerlahkan lagi Fatin yang berbaju pink lembut itu. Kakinya cepat melangkah ke hadapan pintu butik kerana kepanasan. Pintu butik itu direnungnya lama.

" Dah sampai pun.. Bismillahirrahmanirrahim.." lafaz Fatin.

Kakinya melangkah masuk butik tersebut. Seperti butik-butik lain, di dalam butik itu terdapat banyak baju pengantin yang bergantungan. Ada juga yang dipamerkan. Mata Fatin ligat memerhati baju-baju itu. Ada beberapa baju yang menarik perhatiannya. Sambil dia membelek-belek baju itu, tiba-tiba pekerja butik itu mendekatinya.

" Ya cik. Cik nak baju pengantin yang macam mana. Yang kembang ada. Yang ala-ala mermaid ada. Yang tak berapa kembang pun ada. " kata pekerja itu dengan laju.

Punyalah laju sampai boleh mengalahkan kereta Ferrari. Tercengang Fatin di hadapannya. Dia tersenyum kelat.

" Hmm. Sebenarnya saya nak amik tempahan baju." terang Fatin.

" Ha? Oooh! Hahahaha"

Pekerja itu ketawa berdekah-dekah. Kalau didengar betul-betul boleh dikatakan serupa dengan pontianak. Fatin hanya melihat gelagat pekerja itu.

" La.. Kenapa tak cakap awal-awal? Meh ikut saya." kata pekerja.

Mereka bergerak ke kaunter. Tangan pekerja itu mencapai satu list nama. List itu ditelitinya lama.

" Apa nama cik?" tanya pekerja itu sambil mengukir senyuman mesra.

Fatin membalas senyuman itu.

" Fatin Nazihah." kata Fatin.

Mata pekerja itu mula ligat memerhati list itu. Tertera nama Fatin Nazihah. Dia tersenyum sendiri.

" Hah. Tunggu sekejap ya." kata pekerja itu.

Kakinya pantas menuju ke bilik yang berada di belakang kedainya. Baju pengantin dibawa kepada Fatin dengan berhati-hati. Fatin tersenyum. Memang baju itu nampak cantik di matanya. Pandai papa pilih..

" Nah."

Baju itu dihulurkan kepada Fatin. Baju itu diambil sebelum dibelek Fatin.

" Cik, boleh cuba di bilik persalinan di belakang tu ya. Bakal suami cik datang?" tanya pekerja itu.

Fatin tersentak. Aduh dia tanya pasal bakal suami pulak..

" Tak. Saya datang sorang je. Dia sibuk." kata Fatin sambil melangkah pergi.

Malas nak memanjangkan perbualan.

" Isy. Tak payahlah cakap pasal bakal suami. Tak tahu ke itu isu negatif.." bisiknya seorang diri.

Tiba-tiba Fatin terlanggar seseorang. Rasa macam manusia tapi sakit dia rasa macam langgar dinding.

"Aduh.. Sakit kepala aku." kata Fatin sambil mengusap kepalanya.

Fatin terus menoleh untuk melihat samada itu dinding atau manusia. Tak musykil lagi.. Itu ialah manusia. Bukan calang-calang manusia. Manusia yang paling annoying sekali dalam dunia. Lelaki Hot. Fatin berkerut.

" Awak?!" pekik Fatin.

Lelaki itu tersenyum sinis. Kali ini lelaki itu berbaju Melayu putih gading cekak musang siap bersampin kuning bercorak. Fatin tak mampu menafikan yang dia nampak sangat tampan.

" Ooh.. Kau rupanya. Mata kau ni memang ada masalah Eh? Asyik nak langgar aku je.." kata lelaki itu.

Fatin masih berdiam. Fikirannya sedang melayang entah ke mana. Lelaki itu menaikkan tangannya. Jarinya dipetik betul-betul di hadapan muka Fatin. Fatin tersentak.

" Kau ni.. dah kenapa? Aku hensem sangat Eh?" kata lelaki itu.

Fatin menjelingnya.

" Eeh.. Perasaannya. Dahlah asyik-asyik bertembung dengan dia aje. Entah-entah awak ni spy kan?" tuduh Fatin.

Jarinya yang runcing itu ditudingkan kepada lelaki itu. Fatin mengecilkan matanya. Sekali lagi senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu. Kepalanya didekatkan kepada Fatin. Fatin kebelakang. Jantung Fatin bagai nak pecah dengan tingkah laku lelaki itu.

" Spy tu.. Tak mungkinlah. Tapi Mungkin jodoh kot?" tanya lelaki itu.

Matanya dikecilkan. Fatin tersentak. Mukanya berkerut. Mata lelaki itu ditenungnya lama.

" Dahlah." kata Fatin sambil melangkah pergi.

Lelaki itu hanya tersenyum nipis melihat Fatin pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Assalamualaikum.."

Mak Senah membuka pintu rumahnya itu. Kelihatan Idlan sedang tercegat berdiri di hadapan pintu. Idlan tersenyum. Mak Senah membalas senyuman.

" Ya. Encik cari siapa?" tanya Mak Senah.

" Saya nak jumpa dengan Fatin. Dia ada tak?" tanya Idlan.

Mak Senah berkerut sebentar mendengar pertanyaan Idlan itu.

" Ooh. Fatin pergi ke butik pengantin." terang Mak Senah.

Berkerut dahi Idlan disebabkan terkejut punya pasal.

" Ha? Butik pengantin? Kenapa?" tanya Idlan.

Mak Senah tersenyum sendiri. Dia masuk ke dalam rumah kembali. Mak Senah keluar bersama dengan sekeping kad.

" Nah. Fatin nak kahwin minggu depan. Jemput datang ye." kata Mak Senah.

Idlan menenung kad itu lama. Berkecai hatinya. Wanita pujaan hati yang telah lama ditunggu selama ini perlu dilepaskan begitu sahaja.

' Sampai hati kau Fatin. ' jerit hatinya.

Idlan menoleh ke wajah mak Senah kembali. Senyuman kelat diberikan.

" Te–Terima kasih. Saya pergi dulu." kata Idlan.

Kakinya melangkah pergi. Kecewa. Kad itu digenggam erat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin menyarungkan baju itu ke tubuhnya yang ramping itu. Selepas sudah menyarung, dia mencari-cari di mana cermin berada. Ternyata di dalam bilik itu lansung tiada sebarang cermin. Maklumlah, kebanyakan pengantin selepas menyarung baju pengantin terus berkejar ke pengantin lelaki. Fatin mengeluh.

" Takde cermin ke? Haih. Terpaksalah keluar jugak." kata Fatin.

Kakinya melangkah menuju ke cermin yang ada.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lelaki Hot itu berjalan menuju ke pintu butik. Tiba-tiba ternampak pekerja sedang membawa sebuah tiara yang penuh dengan kilauan.

" Eh! Cik nak buat apa Ngan benda tu?" tanya lelaki itu sambil menahan pekerja itu.

Pekerja itu menoleh.

" Saya nak bagi cik tadi tu.Yalah mana tahu dia nak pakai benda ni." terang pekerja itu.

Lelaki itu tersenyum nipis. Dia mengambil tiara itu dari tangan pekerja itu. Pekerja itu tersentak.

" Biar saya yang bagi. Ok?" tanya lelaki itu.

Pekerja itu buntu.

" Encik ni bakal suami dia ke?" tanya pekerja itu.

Terangkat kening lelaki itu. Dia menelan air liur. Senyuman kelat diberikan.

" Sa–Saya.. Ha! Betul lah Tu. Saya bakal suami dia." bohong lelaki itu.

Pekerja itu mengecilkan matanya. Agaknya mengesyaki sesuatu. Tiba-tiba mukanya kembali normal.

" Ok." kata pekerja itu lalu pergi.

Lelaki itu menghembus nafas lega. Bibir tersenyum nipis sambil berjalan pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin membelek-belek dirinya di dalam baju pengantin itu. Berseri sahaja mukanya. Bajunya serba putih dengan kain yang melorot ke lantai. Pinggangnya ketat tapi tidak terasa. Kainnya kembang dan diliputi kilauan. Sungguh baju ini bagai baju yang tak pernah diimpikannya sebelum ini.

" Cantik juga. " puji Fatin sambil membelek-belek kainnya yang kembang itu.

Sedang asyik dia mengembang-ngembangkan kainnya itu, tiba-tiba kepalanya terasa berat. Dengan sepantas kilat dia memandang ke dalam cermin. Sebuah tiara sudah terletak elok kepalanya. Kelihatan tubuh sasa lelaki Hot itu dibelakangnya. Tersenyum.

Fatin berkerut. Dia menoleh ke belakang.

" Awak buat apa ni?" tanya Fatin.

Lelaki itu dengan berlagak macam photographer kononnya sedang merakam gambar Fatin. Fatin tercengang. Berkerut-kerut dahi lelaki itu. Dia menurunkan tangannya. Senyuman mesra dihadiahkan kepada Fatin.

" Beautiful.." kata lelaki itu lembut.

Saat kata-kata itu dikeluarkan. Jantungnya bagai berhenti. Dub! Dab! Dub! Dab! Berdebar tidak berhenti. Namun dia tahu hakikat yang dia akan jadi isteri. Jadi dia cuba membina empangan untuk menahan perasaan ini. Biarlah ia hilang..

Fatin tersenyum sinis.

" Dah. Dah habis cakap? Kalau dah sudah, baik awak balik. Tak payah nak menyibuk hal orang. " kata Fatin.

Matanya tajam merenung masuk ke dalam mata lelaki itu. Senyuman sinis dilemparkan kepada Fatin.

" Ok. Saya pergi. Tapi saya yakin yang kita akan jumpa lagi. Ingat tu.. Nazihah" kata lelaki itu.

Lelaki itu terus melangkah pergi. Fatin tersentak. Dia terus menoleh ke arah lelaki itu. Namun Fatin hanya mampu melihat lelaki itu pergi.

" Dia.. tahu nama aku?" bisik Fatin.

Macam-macam soalan di fikirannya sekarang. Namun dia biarkan sahaja soalan itu berlalu pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi dan mata Fatin masih segar. Dia tidak boleh tidur memikirkan tentang lelaki itu. Buntu fikirannya.

" Macam mana dia tahu nama aku? Kenapa hati aku berdebar bila jumpa dia?" tanya Fatin sambil memandang siling biliknya.

Matanya makin lama makin terasa berat. Akhirnya dia tertidur dengan soalan yang tidak terjawab.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience