Sebuah kereta mewah diparkir di hadapan sebuah bangunan tujuh tingkat. Kelihatan seorang lelaki awal 20-an melangkah keluar dari perut kereta. Dia berjalan ke arah bawah bangunan itu.
"Assalamualaikum, semua. Waalaikumussalam bos. Yana masuk bilik saya sekarang! Ok baik bos. Yana kau ok x ni?"Damia kawan kepada Yana sejak mereka bergelar pelajar kolej bertanya. " Aku... aku ok.
Dengan cepat Yana menyusun langkah untuk masuk ke bilik CEO Mega Holdings.
"Assalamualaikum, bos ada yang boleh saya bantu?" Tanya Yana dengan lembut mana tidaknya sejak Yana melangkah masuk ke pejabat tempat dia bekerja dia susah match hati dengan bosnya tetapi dia tahu yang bosnya itu susah mempunyai kekasih.
"Yana awak ok? Saya ok bos. Saya nak tanya awak berkaitan Diana? Dia ok? Bos kalau yang itu saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab saya tak serumah dengan kak Diana".
"Yana malam ni awak teman saya boleh? 'Aduh macam mana ni kalau aku teman dia nanti macam mana aku nak lupakan dia' Yana bermonolong sendiri. " Yana boleh tak awak teman saya malam ni? 'Aduh nak cakap apa ehh? 'Yana saya tanya awak ni? Ehh bos boleh-boleh tapi pukul berapa? Malam ni saya ambil awak dekat rumah awak dalam pukul 8:00 malam boleh? Ok boleh.
Dengan langkah yang tersusun Yana keluar dari bilik CEO merangkap kekasih kakaknya.
"Yana bos kata apa dekat kau? Dia ajak aku keluar malam ni. Jadi kau setuju? Damia kau dengar sini baik-baik tau. Aku setuju keluar dengan dia bukan sebab aku nak mendekat dengan dia tapi sebab kakak aku ok. Hrm... iyelah. Apa-apa pun aku tetap support kau Yana. Kau seorang perempuan yang tabah. Ok lah aku nak sambung kerja nanti kang tak pasal-pasal kerja aku tak siap. Oke lah.
**************************************************************
"Yana awak dah nak balik? Haah saya dah nak balik. Kenapa ye bos? Jom balik dengan saya. 'Alah macam mana aku nak lupakan dia ni setiap kali nak balik je mesti nak balik dengan aku aduh'. Yana awak ok? Ye ye saya ok. Dah jom lah.
" Yana sekarang ni dekat luar pejabat saya nak awak panggil saya Danial bukan bos boleh? Danial? Kenapa pulak? Kenapa tak sudi ke? Bukan saya tak sudi bos tapi saya dah terbiasa dengan sebutan bos. Tak pe lama-lama awak akan terbiasa juga panggil saya Danial. Baik bos.
"Awak ada nak beli apa-apa ke? Saya tak nak beli apa-apa bos... opps maksud saya Danial. Hahaha tak pe. Awak tunggu sekejap saya pergi isi minyak sekejap."
'Aduh kenapa tiba-tiba perut aku meragam ni? Ah sekejap je pun tak lama'. Tiba-tiba satu pesana masuk melalui WhatsApp. 'Yana jangan lama-lama sangat dengan bos nanti kang kau pulak yang tanggung susah'. 'Ahh suka hati kau lah Damia aku dah tak tahan.
Selesai mengisi minyak kereta Danial masuk ke dalam perut kereta. Tetapi dia tidak melihat sosok tubuh Yana di dalam perut kereta. Tiba-tiba telefon Yana berdering minta dijawab. Lantas tanpa melihat siapa pemanggil butang hijau ditekan.
Pemanggil terus mengomel kepada Yana. "Weh Yana kau jangan lama-lama sangat dengan bos nanti aku takut kau terlepas cakap yang kau cinta dekat bos kita tu'. Telefon terus dimatikan. Setelah Yana masuk ke dalam perut kereta Danial terus-menerus memerhatikan Yana. " Ehh Danial kenapa tengok saya macam tu? " Tanya Yana dengan pelik.
"Yana sekarang saya nak awak jujur dengan saya. Jujur benda apa? Awak cinta dekat saya ke? Yana terkejut mendengar pertanyaan itu. " Ehh Danial sekarang dah pukul berapa ehh? Dah lambat ni. Sedaya upaya dia nak menutup perasaan itu tetapi Danial mengetahuinya. "Awak jujur dengan saya. Jangan melencong pertanyaan lain. Danial saya... saya nak balik sekarang. Awak jawab dulu pertanyaan saya baru saya akan hantar awak balik. Kenapa saya perlu jawab? Pertanyaan awak tak ada kaitan dengan saya. Jawab atau awak saya... apa awak nak buat apa? Jawab je lah. Oke awak nak tahu sangat kan?! Ye saya memang cintakan awak Danial tapi saya tahu diri saya. Awak tu kekasih kakak saya. Saya tak kan ambil kekasih kakak saya sendiri. Jadi betul awak cintakan saya? Dah lah Danial saya nak balik.
**************************************************************
Sampai sahaja di hadapan rumah,Yana terus melangkah keluar. Malam ni saya ambil awak , kata Danial. Yana hanya mengganguk tanpa satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.
Masuk sahaja ke dalam rumah Yana diperhatikan oleh ibunya.
"Yana kamu balik dengan siapa? Dengan Danial. Tanpa sempat ibunya menyambung kata-kata Yana terus naik ke bilik dan menangis Sepuas-puasnya. 'Kenapa nasib aku jadi macam ni kenapa aku boleh mencintai lelaki yang salah?' Yana berkata-kata sendiri.
Malam itu Yana memberitahu kepada ibunya bahawa Danial ingin menjemputnya di rumah kerana ada hal kerja yang perlu diselesaikan.
Tepat jam 8:00 malam sebuah kereta mewah menunggu di hadapan rumah Yana.
"Assalamualaikum, maaf saya lambat. Tak pe saya pun baru je sampai. Ibu Yana pergi dulu ye. Ye lah hati-hati jalan tu.
Masuk sahaja di dalam perut kereta Danial tiba-tiba memegang tangan Yana. " Ehh Danial kenapa awak pegang tangan saya? Jangan takut rasa hanya pegang saya tak kan buat apa-apa pada awak. Lepaskan tangan saya Danial. Kenapa awak cakap awak cintakan saya kenapa awak tak bagi saya pegang tangan awak? Danial awak kena ingat awak tu kekasih kakak saya. Ye saya tahu tapi saya cintakan awak Yana. Perangai awak jauh berbeza dengan kakak awak. Maaf saya bukan suka merampas hak orang lain".
Keadaan sunyi seketika. "Ehh Danial awak nak bawa saya kemana ni? Danial awak jangan macam-macam ehh. Yana awak kata awak cintakan saya. Ye memang saya cintakan awak tapi awak tu kekasih kakak saya.
Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Danial berhenti di tengah-tengah hutan. "Danial awak hantar saya balik sekarang! Kenapa awak nak balik? Danial hantar saya balik sekarang! Yana awak ni baik tapi sayang....
"Danial apa awak nak buat ni? Danial!!!!" Dalam sekelip mata maruahnya sebagai wanita direnggut oleh kekasih kakaknya sendiri.
"Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya pada awak? Awak tak salah apa-apa pada saya Yana tapi saya yang salah. Saya cintakan orang yang salah".
"Tapi kenapa awak buat semua ni pada saya? Sebab saya cintakan awak Yana. Awak jauh berbeza dengan perempuan-perempuan yang saya kenal. Tapi kenapa mesti perbuatan ni yang awak buat dekat saya. Maruah saya awak ambil dengan paksa kenapa Danial?
"Kalau saya mengandung macam mana? Siapa yang nak bertanggungjawab? Saya akan bertanggungjawab awak jangan risau. Saya tak nak mengandung di luar nikah awak faham tak?! Yana saya tahu saya salah maafkan saya. Senang untuk awak cakap saya yang akan tanggung akibatnya nanti.
**************************************************************
Sampai sahaja di depan rumah Yana terus keluar dari perut kereta dan tanpa berkata apa-apa dia terus naik ke bilik dan menangis sepuas-puasnya.
'Kenapa aku boleh mencintai lelaki yang salah? ' Yana bermonolog sendiri.
Keluar sahaja dari dalam bilik air dia terus melaksanakan solat insyak dan memohon keampuanan dari-Nya. Setelah selesai menunaikan solat Yana terus melelapkan mata kerana penat menangis mengenangkan nasib dirinya.
**************************************************************
Esoknya Yana pergi ke pejabat seperti biasa dengan berwajah pucat. Damia rakannya sejak dari kolej bertanya. " Yana kau ok tak ni? Aku ok Damia. Bos masuk tak lagi? Masuk dah ni bos tunggu kau dekat dalam katanya ada hal nak bincang. Ok lah tak pe aku masuk dalam dulu tau. Ok lah aku nak sambung buat kerja ni. "
"Assalamualaikum, ada apa awak panggil saya?" Tanya Yaya hormat. "Yaya saya tahu awak sakit saya panggil awak masuk ni sebenarnya saya nak minta maaf dekat awak. Untuk apa awak nak minta maaf awak tak salah apa-apa pun Danial. Saya yang salah." Belum sempat Danial berkata apa-apa Yana melangkah pergi meninggalkan bilik itu.
3 BULAN KEMUDIAN
"Yana kau ok tak ni dari tadi aku tengok kau ni pucat semacam je? Aku ok Damia kau jangan risau ehh. Macam mana aku tak risau dari semalam lagi kau asyik muntah-muntah macam orang mengandung je. Tak de lah kau ni. Dah ni bos panggil kau masuk bilik dia sekarang. Ok lah.
"Assalamualaikum, ye awak nak apa?"Uwek. Dengan pantas tangan Yana menutup mulutnya yang ingin memuntahkan isi.
" Yana awak ok? Belum sempat Yana berkata pandangannya gelap gelita. Yana, yana. "
"Damia hari ni batalkan semua appointment saya dengan semua client ok. Ok bos. Tapi bos nak kemana? Hari ni saya ada masalah sikit."
**************************************************************
"Doktor macam mana keadaan dia? Dia ok tapi mulai dari hari ni dia kena jaga pemakanan sebab kandungan dia masih awal. Encik kena pantau lah ye. Baik doktor".
Suasana di dalam kereta awak sidikit tegang. " Mulai hari ni pemakanan awak biar saya yang aturkan faham. Awak tak payah bebankan diri awak dengan keadaan saya lah Danial saya tahu macam mana nak jaga diri. Bayi yang awak kandungkan tu anak saya Yaya jadi saya berhak jaga awak. "
Pedihnya hati tatkala lelaki di sebelahnya mengakui anak yang dikandungnya itu adalah anaknya. Tetapi dia hanya boleh bertahan air mata supaya tidak kelihatan lemah di mata lelaki itu.
"Yana esok saya akan ke rumah awak untuk melamar awak. Jangan mengarut Danial. Kenapa pulak? Saya tak nak jadi perampas kekasih orang! Awak bukan perampas Yaya sebaliknya saya yang merampas semuanya yang awak ada. Awak nak cakap apa dengan papa dan juga aunty Rossa? Saya akan cakap yang saya tak boleh tunggu Diana bangun dari koma. Itu sama maksudnya awak mengkhianati kak Diana! Habis tu awak macam mana? Saya akan lalui ni sorang diri tanpa status lelaki yang bergelar suami! Jangan pentingkan diri Yana saya tak nak anak saya tak tahu siapa ayah kandung dia yang sebenarnya. Saya tak peduli esok saya akan ke rumah awak dan minta izin dengan mak awak untuk melamar awak!"
"Kenapa awak perlu bersusah-payah Danial? Sebab awak mengandungkan anak saya Yana! Ini anak saya bukan anak awak! Cakap lah apa pun Yana itu tak kan merubah keadaan yang saya ni ayah kepada anak yang awak kandungkan!" Mulut Yana automatik terdiam apabila mendengar Danial berkata seperti itu. "Memang ianya tak kan mengubah keadaan Danial tapi... Tapi apa? Tapi awak kekasih kakak saya. Saya tak nak digelar perampas kekasih orang Danial. Yana awak dengar sini awak tak merampas saya dari sesiapa pun. Tapi... Dah tak payah banyak bertapi-tapi lagi. Keputusan saya muktamad saya akan kahwin dengan awak bukan dengan Diana!." 'Maafkan Yana akak Yana tak bermaksud nak menyakiti hati kakak tapi Yana perlukan seorang suami sekaligus ayah untuk bayi dalam kandungan Yana'. Sekali lagi dia bermonolog sendiri.
Semoga semunya terhibur.
Share this novel