tiga puluh tiga

Romance Series 207093

Mereka tiba di kampung Khalish pada malam hari. Maghrib telah digabungkan bersama Isyak untuk memudahkan perjalanan mereka tadi.

Shira menggumam perlahan apabila seseorang menggoncangkan bahunya.

"Jangan aaa kacau.." Lengan Khalish dipeluknya lagi makin erat.

"Tsk. Bangunlah awak.." tubuh Shira ditolak Khalish agar melepaskan pegangan tangan Shira tadi.

Akhirnya wanita itu melepaskan tangannya dan kembali terlentuk ke kusyen. Shira menyambung tidurnya seperti langsung tak terkesan dengan perbuatan Khalish tadi.

'Gile la perempuan ni.. tidur ke hibernasi ni?'

Khalish tak pedulikan Shira, dia mematikan enjin dan membuka sedikit tingkap sebelum mula mengeluarkan barang-barang dari bonet belakang. Barang-barang dibawa masuk ke dalam rumah banglo kampung setingkat itu.

"Lish.. la dah sampai? Kamu apa khabar? Sihat? Mane isterinye?" Makngah menyapanya ramah. Kakak kepada uminya itu turut merupakan ibu susuan Khalish.

"Hmm.. sihat. Shira dalam kereta." tangan orang tua itu disalaminya.

Ramai saudara-mara di ruang tamu luas itu memandangnya yang baru memasuki perut rumah. Semua lelaki disalami dan juga makcik-makcik, nenek dan atuknya.

Mereka berbual sebentar sebelum neneknya bertanyakan tentang Shira, Khalish meminta diri untuk memanggil si isteri yang masih tidur mati di dalam kereta.

"Mane jumpa perempuan tu? Elok ke dia? Mak tak pasti sangatlah tentang bini si Khalish tu.." Pn Rohaya bertanya pada Pn Zaleha sambil menghantar pandangan Khalish keluar dari muka pintu.

"Alhamdulillah.. baik je. Lagipun dia dan Khalish kerja sekali.. mereka dah kenal antara satu sama lain dah." Pn Zaleha menyebelahi si menantu.

"Hurm.. yelah.." Pn Rohaya hanya mengiakan. Sebenarnya dialah yang mengenankan anak Ustazah Suraya, Qistina dengan Khalish kerana amat suka dengan tingkah sopan dan akhlak terpuji gadis itu.

Tapi apabila Khalish sudah punya pilihan sendiri dan membuat keputusan untuk bernikah, dia tak mampu berbuat apa-apa. Mahu memaksa? Nak nya mengamuk si Khalish itu nanti.

"Tapi perempuan tu tahu kan Khalish Schizo.. kenapa dia terima jugak? Entah-entah pandang bende lain.." Pn Rohaya bertanya lagi. Agak sinis.

"Mak.. dia ada nama. Orang yang mak panggil 'perempuan' tu ade name.. Nama dia Shira. Shira tu dah lama tahu Khalish tu Schizo dan dia terima Khalish seadanya.. jadi tak perlulah kita persoalkan perkara yang lain.." En Razi menyampuk. Dalam bicaranya terselit perlian buat si mak mertua.

Berasap telinga Pn Rohaya mendengarnya. Dia mahu sangat bermenantukan cucu seperti Qistina.. Shira? Entah gadis mana-mana tah yang suka pada cucunya itu..

Dia tak percaya.

Tak lama selepas itu, Khalish masuk kembali ke dalam rumah. Semua mata terarah padanya yang sedang mencempung Shira yang masih terlena.

"Wuuuww.. sweet lah Uncle Lish." salah seorang anak buahnya mengusik. Begitu juga beberapa orang ahli keluarganya yang lain.

"Shira penat ni. Lish masuk dulu." pintanya perlahan, tanpa menunggu jawapan, kaki dilangkahkan ke ruang tamu kedua rumah itu.

Ruang besar tanpa sebarang perabot, yang ada hanyalah satu sofa rotan, almari kaca perhiasan dan juga almari tv.

Shira diletakkan perlahan di atas sofa sebelum toto tidur mereka dihamparkan berdekatan almari tv. Itu memang akan menjadi port Khalish untuk tidur setiap kali pulang ke kampung ibunya.

Setelah menyiapkan tempat tidur, tubuh Shira diangkat lagi untuk dibaringkan. Baru saja Khalish mahu beredar, Shira meracau kecil dan menarik lengannya dengan wajah berkerut.

"Jan..ngan.. per..gi." bagaikan mahu menangis saja tuturnya membuatkan Khalish musykil.

Dia kembali duduk semula menghadap Shira, dahi gadis itu dirasa suhunya dengan belakang tapak tangan, begitu juga pipinya.

'Panas jugak badan dia ni... demam ke?'

"Wak.. awak.. bangunlah.. Shira.." berulang kali dia cuba membangunkan Shira, akhirnya perlahan-lahan mata si isteri terbuka mamai.

Tak menghiraukan suasana sekeliling, dia menggeliat sedikit di atas toto tersebut.

"Hurmmm.. Hmm... kat mane ni bang? Dah sampai ke..?" peha Khalish yang duduk bersila di sebelahnya dirapati. Daripada di bantal, Shira mula meletakkan kepalanya dengan beralaskan peha Khalish dan memegang tangan si suami. Manja.

"Hmm.. dah sampai. Awak pergilah mandi dulu." Khalish tak pula menolak kepala Shira. Wajah polos si isteri dengan mata tertutup itu ditatap kosong.

"Ha? Dah sampai?! Alamak... Eh kejap. Abang angkat Shira masuk dalam ke? Ade orang nampak ke?" kabut saja dia bertanya.

Hiang terus ngantuknya memikirkan ada mata-mata yang memandang mereka tadi. 'Tapi.. sebenarnya.. aku lagi suka Hihihi.' desis hatinya.

"Yee... Dah. Pergi salam semua. Mandi. Tidur." Khalish malas mahu melayan karenah Shira. Dia mula bangun dari duduknya dan berlalu ke dapur tanpa menghiraukan panggilan si isteri padanya.

'Ishh.. boleh dia tinggalkan aku sensorang..'

Shira membetulkan sedikit pakaian di tubuhnya sebelum mula bergerak sendirian ke arah ruang tamu utama.

Semua ahli keluarga Khalish melayan Shira dengan baik kecuali Pn Rohaya yang kelihatan agak dingin dan bermulut bisa.

"Harap-harapnya kamu jagalah Khalish tu baik-baik.. jangan goyang kaki dan perabiskan duit die je.." dalam pesanan punya kata-kata sinis dari nenek mertuanya itu.

"Saya tahulah nek macam mana nak jaga abang Umar.. nenek tak yah risaulah. Lagipun memang abang kene bagi nafkah pada saya pun sebagai isteri dia.. jadi apa masalahnye kan?" Shira tersenyum senang menjawab kata-kata Pn Rohaya.

Pn Rohaya hanya memandang sebelah mata saja cucu menantunya itu.

'Jenis melawan jugak perempuan ni..' setiap tingkah laku Shira diperhatinya dalam diam.

Selesai berbual sebentar bersama ahli keluarga Khalish, Shira meminta diri untuk mandi dan Hana, adik perempuan Khalish menunjukkan bilik persalinan dan bilik air.

"Kalau Kak Cik perlukan apa-apa.. bagitau je adik okay?" Hana berkata pada Shira selepas menunjukkan bilik itu.

"Oh ye.. boleh boleh. Nanti kalau ade apa-apa, Shira bagitahu Hana ye." Shira hanya membahasakan dirinya dengan nama kerana dialah yang paling muda antara mereka. Hanya pangkat saja yang lebih tua kerana mengahwini Khalish.

Hana pun berlalu pergi dan Shira mengunci pintu untuk menyalin pakaian. Setelah siap berkembam, dia terduduk di birai katil single itu dan termenung sebentar.

"Aduhhh.. bilik air kat luar.. dah pukul berapa dah ni.." Dia merungut seorang diri, jam di dinding bilik di lihat beberapa kali.

10.45pm.

"Ishh.. Lantaklah.. buat bodoh sudah. Aku dah ngantuk gile ni." tuala bersaiz besar yang turut diambil tadi disarungkan pada kepalanya untuk menutupi bahagian kepala dan bahu yang terdedah.

Pakaian persalinan dibawa bersama dan berlalu ke dapur untuk mandi. Pintu di hujung dapur dibuka, terdapat bilik air dan tandas kampung tak jauh dari situ.

Dalam 2 meter saja jaraknya dari pintu tadi. Shira tercari-cari juga kelibat Khalish dan terlihat lelaki itu melepak di pangkin kayu bersama budak-budak motor tak jauh dari situ. Rakan sekampung mungkin.

Tak mempedulikan semua, Shira memasuki bilik air tadi dan mula mengunci pintu. Tuala besar tadi disangkutkan pada penyidai dan pakaian persalinannya diletakkan di atas bekas air yang tertutup.

Beg mandiannya dan Khalish disangkutkan pada paku yang sedia ada dan Shira mula mandi seperti biasa.

~~~~~~~~~~~~

Dari jauh seseorang melihat sekujur tubuh wanita yang amat diminatinya melangkah ke dalam bilik air yang terpisah dari rumah itu.

Si dia meninjau sekeliling sebelum perlahan-lahan merapati bilik air tersebut. Dengan berpakaian hitam dan memakai mask, dia mula memanjat perlahan timbunan batu-bata dan lubang-lubang di bahagian atas dilihatnya ke dalam.

Shira yang tk sedar dirinya diperhatikn hanya berlagak biasa. Diratakan rapi air ke bahagian tubuhnya dan dielus lembut setiap inci kulitnya.

Setiap pergerakan wanita itu diperhati si dia tak berkelip. Sungguh dia angaukan gadis bernama 'Shira' itu.

'Kalaulah aku boleh dapat kau sekarang.. makan tak puas aku.'

Halkum jantannya bergerak naik turun melihat keadaan Shira yang mula basah. Kulit mulus tanpa cela dan kain yang mula melekat pada batang tubuhnya amat mengiurkan.

Tetapi, tiba-tiba Shira mengalihkan pandangan apabila terasa diperhatikan dan mata mereka bertentangan.

"Arghhhh!!"

~~~~~~~~~~~

Khalish yang baru hendak naik semula ke ruang tamu daripada dapur memandang sekilas bilik air Shira.

'Nak tunggu ke tak nak.. tak payah la.. tapi dah malam dah ni..' akhirnya dia mengambil keputusan untuk menunggu Shira selesai mandi dari jauh saja.

Tapi tak seberapa lama selepas itu, suara jeritan Shira kedengaran. Tak berfikir lama, kaki pantas saja bergerak ke arah bilik air di bahagian luar rumah itu.

"Shira! Shira!" pintu kayu itu diketuk agak kuat beberapa kali dan terbuka dari dalam.

Tubuhnya terus dipeluk Shira kalut sambil menangis perlahan.

"Hey.. awak.. Shhhh.. kenapa ni? Hmm?" tergamam sebentar apabila buat pertama kalinya Shira menangis di hadapannya.

Khalish melihat sekeliling sekilas sebelum menolak tubuh Shira masuk semula ke bilik air bersamanya. Pintu dikunci dan wanita itu ditenangkannya.

"Ab..abang.." tersekat-sekat suaranya memanggil Khalish akibat menangis.

Tak pernah lagi dirinya diperlakukan sebegitu rupa. Diintai dan segala perhiasannya dipertontonkan pada yang bukan mahram amatlah mengaibkannya.

"Yes yes.. am here okay? tak apa.. saya ada ni awak. Nothing to be afraid of. Berhenti menangis ye? Shhh.. sekarang cuba cakap, kenapa ni? Hmm?"

Bahagian belakang Shira diusapnya lembut sambil membalas pelukan gadis itu. Kemudian dagu Shira yang sedang teresak diangkat menghadapnya seraya bertanya.

"Ta.. tadi ada orang.. lelaki. Dia intai Shira.. dekat situ." adunya manja. Baju Khaliah masih tak dia lepaskan.

Khalish memandang ke arah yang ditunjukkan Shira. Mesti 'orang' itu sudah melarikan diri apabila isterinya menjerit tadi. Tak ada gunanya juga dia mahu keluar ke sana. Yang penting kini hanyalah Shira saja.

Tangan di tubuh beralih pula ke kedua pipi Shira, dielusnya lembut menyeka sisa air mata sambil memujuk.

"Tak ada apalah tu.. okay? Kita masuk dalam dulu ye? Awak janganlah menangis macam ni... Saya ada sekarng ni untuk lindungi awak. I wouldn't let anything bad happen to you okay? Sudah jangan menangis." termakan dengan pujukan Khalish, Shira mengangguk mengiakan.

Dia mula menyalin pakaiannya dengan memakai set pyjamas bewarna soft pink dan kain tuala pula dililit di kepala menutupi mahkotanya.

"Dah siap?" Khalish yang dari tadi setia menunggu bertanya.

Wanita itu hanya mengangguk tanpa sepatah kata pun. Khalish jatuh simpati pula. Wajah mendung Shira ditatapnya dengan perasaan yang tak mampu dia gambarkan.

"Mari. Saya hantarkan ke bilik." dia merapati Shira dan memimpin si isteri keluar, wanita itu langsung tak mahu berganjak jauh dari Khalish apabila keluar.

Masih trauma mungkin.

Tak semena-mena, Khalish dengan lembut mengendong mudah tubuh itu dan dibawa ke dalam. Biarlah orang berkata apapun, dia sudah tak kisah asalkan Shira baik-baik saja.

"Acu.. kunci pintu." si adik yang melewati pintu bilik air ke dapur dipanggil mengunci pintu sebelum dia berlalu ke atas.

Banyak mata-mata keluarga yang sudah memenuhi ruangan ruang tamu kedua itu untuk tidur mula terarah pada mereka.

Shira dibawa ke bilik dan diletakkan di birai katil. Dryer dicapai dan dia bersila di atas katil sambil mengeringkan rambut si isteri tanpa dipinta.

"Mulai esok.. jangan mandi sendiri. Mandi sekali. Saya tak nak bende-bende macam ni berlaku lagi. Hmm?" pesannya mendatar.

Shira mengangguk perlahan. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Khalish yang berubah 100% tiba-tiba.

'Apa perasaan abang pada Shira sebenarnya?' timbuk persoalan tapi hanya di benak hatinya saja.

Wajah tak bereaksi Khalish ditatap Shira leka sehingga lelaki itu siap mengeringkan rambutnya.

"Sudah. Tudung mana? Pakai." Khalish pura-pura tak lihat saja Shira yang menatapnya tadi.

Rasa mahu dikucup saja wajah itu semahunya tapi dia tak berani. Ya.. itulah apa yang Khalish rasakan pada dirinya.

Penakut.

Dia takut untuk memberi harapan dan mengharapkan sesuatu. Sebab itulah dia akan pastikan antara hubungannya dengan Shira masih punya 'gab' sesama mereka.

Tapi malam itu, pemikirannya berubah. Dia tak mahu sesiapapun membuatkan wanita itu menangis. Air mata Shira meluruhkan tangkal hati bekunya.

Kalaulah ada di depan mata lelaki itu, memang boleh mati dibelasahnya. Berani-berani saja melihat tubuh isterinya.

"Dah siap? Jom saya tidurkan awak okay?" Shira hanya melilitkan ringkas selendang di kepalanya untuk tidur memandangkan ramai sepupu, adik beradik dan pakcik-pakciknya yang turut ada malam itu.

Shira perasan matanya agak bengkak akibat menangis, dia tak mahu ahli keluarga Khalish melihatnya dalam keadaan begitu.

Khalish mengangkat tubuh Shira dan dibawa keluar, wanita itu hanya menurut. Wajah disembunyikan dari pandangan mata keluarga Khalish yang ada di sebalik leher jinjang si suami.

Dia rasa selamat dan senang dengan sikap terlebih prihatin Khalish padanya kini.

'Kalaulah setiap hari macam ni..'

Usikan dan pertanyaan dari.ahli keluarga Khalish yang ada tidur bersama hanya dijawab acuh tak acuh saja oleh Khalish. Tak mahu memperbesarkan cerita.

Mereka hanya punya dua biji bantal nipis dan ditindihkan bersama untuk meninggikan sedikit kedudukan.

Shira di sebelahnya ditarik rapat dan kepalanya mula beralaskan lengan Khalish.

Lelaki itu mengiring menghadapnya dan bertanya lembut sambil mengusap pipi Shira.

"Nanti awak nak ke toilet malam-malam.. kejut saya okay? Jangan pergi sorang-sorang. Bahaya. Saya tak nak perkara tadi.berlaku lagi. Hmm? Awak okay kan?"

Hilang semua ketakutannya tadi. Shira tersenyum nipis dan mengangguk manja.Tubuh Khalish dipeluknya rapat.

"Bang.." panggilnya tanpa mendongak.

"Ye.. ade apa?" Bahu Shira ditepuknya perlahan bagai mendodoikannya.

"Shira takut lagi la.." adunya lagi.

Sengaja dia mahu Khalish melayan dia begitu lagi.

"Kan saya dah kata.. saya ada ni. Nanti.. kalau awak cam 'lelaki' tu dekat mana-mana, bagitahu saya. Tahulah saya nak buat apa." perlahan saja mereka berbicara bagaikan berbisik sesama sendiri.

Maklum sajalah, atas tepi keluarga lain turut ada dan tidur di ruang tamu itu bersama.

Mendengar jawapan Khalish membuatkan hati Shira berbunga-bunga indah. Senyumannya cuba disembunyikan.

Sekarang betullah tentang apa yang pernah dia dengari dulu.

'Suami merupakan pembimbing dan pelindung si isteri. Sekarang aku dapat rasakannya.. perasaan disayangi.'

Lama-kelamaan Shira mula dibuai mimpi akibat kepenatan dan Khalish pula tak henti menepuk perlahan pinggulnya, mendodoi.

Apabila pasti Shira sudah lena barulah dia merapatkan wajahnya dan mengucup lembut dahi Shira beberapa kali. Selimut di tubuh mereka ditarik sedikit menutupi pangkal bahu sebelum kembali memeluk tubuh Shira semula dan tidur bersama.

~~~~~~~~~~~~

"Mungkin aku tak boleh dapatkan kau sekarang.. tapi esok lusa, siapa yang tahu bukan?"

Asap rokok dihembuskan dari rongga respirasinya keluar menghiasi kepekatan malam.

Rumah banglo setingkat itu diperhati dari dalam kegelapan.

'Shirahani Maisarah.. aku dah obses dengan kau..'

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-07-17 22:23:11 

perubahan ketara encik shizo dh byk bckp lh..biasa spatah dua kta je..dh ada kemajuan.hehe.pling suka bab dia kering kn rambut shira..so sweet..bila shira dilanda pasti khalish akn mnunjukn cc yg cring..bgus..feling bca.hehe

Mimie Harmiza
2020-07-17 22:17:13 

sweet en shizo .seronok tgok prubahan yg smkin caring..

Mimie Harmiza
2020-07-17 22:14:28 

hi hans.miss u.hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience