BAB 20

Romance Completed 18284

"Maaf Ara, makcik tak boleh bagitau kamu. Syu mintak makcik diamkan hal ni. Dia nak bersendiri".

Zahara mengeluh berat. Panas terik langsung tak mengganggu Zahara. Tujuan asal ingin membeli baju terpaksa dibatalkan dek kerisauannya terhadap Mariam Syuhada. Sangkanya dia dapat berbincang empat mata dengan madunya. Tapi, dia lebih dahulu melarikan diri.

"Makcik, Ara mintak sangat bagitau Ara. Ara janji takkan cakap dengan Abang Hafiy. Kesian dia, asyik sebut nama Syu aje".

Puan Faizah kelihatan serba salah. Dia sudah diberitahu agar merahsiakan tempat yang Mariam Syuhada tuju. Anak perempuannya itu tak mahu sesiapa pun ganggu termasuk suami sendiri. Kalau nak diikutkan, Puan Faizah tak bersetuju langsung dengan idea Mariam Syuhada, tapi apakan daya.

"Maaf Ara. Makcik memang tak boleh nak bagitau. Maaf sangat2. Ara, makcik tau semua ni bukan salah Ara. Makcik tau ni semua salah anak makcik, kan?".

"Er.. apa maksud makcik? Ara yang punca semua ni jadi. Syu takde kena mengena langsung". Belanya. Zahara memandang halaman rumah Puan Faizah. Hatinya dipagut sedih. Ada juga yang memihak pada dirinya.

"Makcik tau Syu dah salah sangka. Makcik kenal anak makcik. Dia bukan jenis yang nak menuduh orang sesuka hati. Pasti ada yang tak kena. Tapi, makcik tak boleh nak buat apa2. Makcik mintak maaf, ya?".

Puan Faizah memaut tangan Zahara erat. Rasa bersalah pula kerana tak memihak di pihak yang betul. Setelah kejadian itu, dia dan suaminya merasakan ada yang tak kena. Puas dia memujuk Mariam Syuhada agar berterus terang tapi anak perempuannya langsung mendiamkan diri. Sepatah perkataan pun tak mahu bercakap. Pulak tu, dia membuat keputusan untuk bersendiri. Lagi runsing hati tua nya.

"Eh, makcik takde salah pun. Ara faham. Kita ni manusia biasa, tak lepas dari buat silap. Ara tak ambil hati pun".

Dia tersenyum manis. Zahara membalas pegangan tangan Puan Faizah.

"Makcik tau kamu baik orangnya. Dulu, makcik memang takut bila Syu cerita Hafiy kahwin lagi. Makcik risau kalau Hafiy abaikan Syu lepas ada kamu. Tapi, alhamdulillah dia tak macam tu. Kamu pun tak macam makcik sangka. Cuma sekarang ni, Syu anak makcik pula yang buat perangai".

Puan Faizah mengesat air mata dengan hujung lengan baju. Sebak pula hati melihat wajah tua itu kesedihan. Zahara mengelus lembut tangan Puan Faizah.

"Makcik jangan salahkan Syu. Mungkin ni masa dia tersalah arah. Manusia belajar dari kesilapan. Saya pun pernah buat silap dulu. Dan, benda tu yang mengajar saya sekarang".

"Inilah kak Ara, ye?".

Mariam Zulaikha tiba2 muncul dari muka pintu. Wajahnya ada iras2 Mariam Syuhada. Dia bersalaman penuh ramah dan duduk bersebelahan dengan Zahara.

"Ha'ah. Ni adik Syu ke?".

"Mariam Zulaikha. Panggil aje Zulaikha".

Zahara mengangguk faham. Dia mencicip teh panas yang disediakan. Terasa tenang berada disamping orang yang begitu baik budi bahasanya.

"Akak stay mana sekarang?".

"Stay.. dengan abang Hafiy la". Tersekat2 suara Zahara.

"Eh, memang la stay dengan abang Hafiy. Apalah Zulaikha ni. Er, kak Ara kalau bosan2, datang la sini teman2kan Zulaikha. Boleh kita sembang panjang".

"InsyaAllah kalau takde aral melintang, akak sampai la sini selalu2".

Puan Faizah menarik nafas lega. Wajah Zahara dipandang lama.

"Kamu jaga Hafiy elok2, ya?".

"Er.. insyaAllah. Terima kasih sebab percaya Ara".

Puan Faizah tersenyum. Dia pasti Zahara budak yang baik. Dia pasti akan menjaga Hafiy sebaiknya. Kalau saja anak perempuannya tak membuat perangai, pasti sekarang mereka bahagia sejahtera.

"Makcik, Ara balik dulu lah. Nanti lambat Abang Hafiy cari pulak. Kirim salam pakcik ye. Assalamualaikum".

Zahara bersalaman sebelum pulang. Sempat dia memeluk erat tubuh Puan Faizah. Dia merasakan seperti memeluk ibu sendiri. Terasa rindu pula pada arwah ibunya. Kalau arwah ibunya masih ada, tentu dia sedang bahagia bersamanya. Ah! Kalau saja..

"Zulaikha nampak kak Ara tu baik aje, umi".

"Siapa pulak cakap dia tak baik?". Soalan berbalas soalan.

"Umi ni.. ada pulak!".

Puan Faizah tersengih lucu. Suka mengusik anaknya.

"Umi kesian dekat abang Hafiy kamu tu. Umi kesian jugak dekat si Ara. Entahlah! Mungkin ujian Allah nak bagi, kan?".

Mariam Zulaikha menggangguk lemah. Dia juga tak ketinggalan merasakan haru biru yang sedang berlaku dalam rumah tangga kakaknya.

"Kenapa akak boleh jadi macamtu, umi? Bukan sebelum ni dia punya sayang kat abang ke? Abang Hafiy kahwin pun, dia yang izinkan".

Puan Faizah menjongket bahu. Hal orang muda kadang2 tak dapat nak difahami.

"Kita tunggu ajelah".

Puan Faizah mengajak Mariam Zulaikha masuk ke dalam rumah. Soalan dibiarkan tak berjawab. Mungkin anaknya akan faham juga satu hari nanti.

Zahara memandu menuju ke bandar. Dia kembali meneruskan hasratnya untuk membeli baju. Bimbang pula kalau2 ditanya Hafiy, dia tak punya jawapan nanti. Kereta berhenti betul2 dihadapan sebuah gedung membeli belah. Berbekalkan duit yang diberikan Hafiy semalam, Zahara ingin membeli sehelai dua baju buat dirinya.

Baru sahaja Zahara ingin keluar, hensetnya berbunyi tanda ada mesej masuk.

Ara ada mana? Dh hbes shopping?
~hafiy~

Serta merta dia mengukir senyuman. Mesej dari Hafiy membuatkan dirinya seperti diawangan.

Bru smpai shopping mall. Abg ktne?
~Ara~

Abg bru hbis meeting. Abg tman Ara la. Hrini abg half day. Tggu abg.
~hafiy~

Terasa ingin melompat kegembiraan bila suami ingin menemani dirinya membeli belah. Zahara tutup kembali pintu kereta. Dia perlu menunggu kedatangan Hafiy sahaja. Radio dikuatkan suaranya. Lagu yang bermain di corong radio sedikit sebanyak membuatkan hatinya tenang.

Zahara terfikir, jarang sekali mereka keluar berdua. Masa Hafiy banyak dihabiskan bersama Mariam Syuhada. Segalanya pasti buat isteri pertama Hafiy. Memandangkan harini mereka punya masa senggang, Zahara ingin memanfaatkan sepenuhnya waktu buat mereka berdua. Tambahan pula, esok merupakan hari jadi Hafiy. Cadangnya, ingin membuat sedikit kejutan buat Hafiy. Macam2 yang ingin Zahara buat harini. Bak kata orang, quality time!

Setengah jam kemudian, kereta Hafiy berhenti betul2 di sebelah Zahara. Dengan pantas dia keluar dari kereta dan menuju ke arah suaminya. Salam dihulurkan. Hafiy tersenyum manis.

"Sorry, jammed "

"Takpe. Er.. ok ke abang nak temankan Ara ni?".

"Kenapa? Ingat abang tak pandai pilihkan baju ke?". Hafiy mencebik.

"Ara tak cakap pun! Dah, jom la cepat. Tak sabar ni".

Lengan suaminya dipaut mesra. Walaupun Zahara agak segan, dia tetap meneruslan langkahnya. Hafiy tersenyum manis. Perjalanan mereka bermula di sebuah kedai baju. Zahara mula membelek blouse yang tergantung kemas di rak. Lepas satu2 baju dicapai dan dibelek ke badannya.

"Ni cantik".

Tunjuk Hafiy. Blouse berwarna ungu dipadankan dengan corak bunga kecil menjadi pilihan Hafiy.

"Erm.. tak minat purple". Jawab Zahara ringkas.

"Ni? Cantik warna nya".

"Er.. pastel sangat".

Hafiy menjongket bahu. Dia meletakkan kembali baju tersebut. Hafiy menuju ke rak belakang. Baju blouse bercorak abstrak dan jalur2 menarik perhatiannya.

"Ara, yang ni?".

Zahara mendekati. Blouse tersebit diperhati lama.

"Macam tak sesuai aje. Kain dia tak best la".

"Habis, yang mana ok?". Hafiy sudah mati akal. Boleh tahan juga perempuan membeli belah.

"Hehe.. kedai lain ada lagi. Jom!". Lengan Hafiy ditarik mengikutinya. Mereka bergerak ke kedai seterusnya.

Sedang asyik Hafiy dan Zahara membelek baju, ada sepasang mata yang asyik memerhatikan pergerakan mereka dari jauh. Nampak menyebalkan.

"See! Puas hati kau sekarang? Madu kau dah rampas habis2an laki kau".

Mariam Syuhada memandang geram. Sakit hatinya. Sampai hati suaminya membuat dia seperti ini. Dia langsung tak ingat tentang dirinya.

"Betul cakap kau!".

"Aku memang betul pun. Habis, kau nak buat apa sekarang?".

Mariam Syuhada diam. Dia menggigit hujung bibir kuat. Keletah pasangan tersebut membuatkan hatinya bertambah sakit. Tangannya digenggam kuat.

Shamila tersenyum sinis. Tak sangka kawannya sanggup mendengar kata2 nya berbanding kata2 suaminya. Tapi, dia langsung tak kisah. Dia lakukan semua ini kerana dia ingin membalas dendam terhadap apa yang Mariam Syuhada pernah lakukan padanya suatu ketika dahulu.

Segala2 nya disebabkan Mariam Syuhada. Kalau tak kerana Mariam Syuhada membongkarkan rahsia dia pada teman lelaki Shamila dahulu, pasti teman lelakinya tak meninggalkan dirinya sekarang. Kali ini, Shamila ingin dia pula merasa bagaimana sakitnya ditinggalkan orang yang kita sayang!

"Aku benci kau, Ara!". Gumamnya.

Shamila tersengih. Anak matanya kembali melihat Hafiy dan Zahara yang sedang leka memilih baju. Ini semua plan jahat Shamila. Dia lah yang mengintip Zahara dan Hafiy. Dia juga yang memberitahu Mariam Syuhada keberadaan mereka berdua.

Kesian kau, Syu!

"Aku rasa lah, kau patut serang aje perempuan tu!".

Mariam Syuhada menoleh. Kalau nak diikutkan, memang itu niatnya. Tapi, dia masih waras lagi. Bukan ditempat orang awam.

"Tengok tu! Eei, gedik nya! Siap nak pegang2 pulak pipi laki kau. Saja la tu nak dapat perhatian!". Bakar Shamila lagi. Mariam Syuhada disebelah sudah seperti nak meletup.

"Beb, serang aje. Biar dia tau langit tu tinggi ke rendah!". Perlahan suaranya menghasut. Mariam Syuhada mengetap gigi. Sakit dirasakan saat ini.

Hafiy galak ketawa manakala Zahara pula terlihat manja disebelah Hafiy. Masing2 tak lepas tersenyum. Kalau tak tangan Hafiy di pinggang Zahara pasti tangan Zahara dilengan suaminya. Argh! Mariam Syuhada bertambah bengang.

"Balik jom!".

"Laa.. takkan nak balik? Habis, diorang tu nak biarkan aje?".

Mariam Syuhada diam. Dia perlukan waktu untuk rehat. Cukup matanya melihat semua cerita harini.

"Biar ajelah! Lain kali ajelah aku serang. Buat sakit hati aje".

"Syu, aku ni bukan lah nak cakap apa, tapi kalau dah macam tu gayanya, aku confirm! Laki kau sebenarnya dah tak ingat kau dah". Shamila melirik Mariam Syuhada disebelahnya.

"D.. dia.. tak ingat.. aku?".

"Yelah! Cuba kau tengok tu! Bukan main mesra lagi. Sedangkan kau dia tinggal macamtu aje".

Mariam Syuhada menggigit jari. Hatinya dihimpit pilu. Suaminya sudah melupakan dirinya. Tak ingat kah Hafiy tentang dia? Lupakah Hafiy tentang sedih hati nya? Ini semua memang disebabkan Zahara. Kalau sahaja dia tak masuk dalam hidup Hafiy, pasti dia sedang berbahagia dengan Hafiy saat ini.

"Esok lusa, kalau ada anak lagi galak la melekat nya tu".

Mariam Syuhada sudah tak mampu nak tahan lagi. Hatinya bagai disiat2. Tambah pula didepannya, Hafiy sedang memegang baju ibu mengandung dan sedang dipadankan buat Zahara. Mariam Syuhada terkesima.

"Diorang pilih baju.."

"Baju mengandung? Tulah aku cakap kat kau! Sekarang dia dah ada semuanya. Kau tu je yang baik hati sangat nak laki kau ada anak dengan perempuan tu. Alih2 sekarang, kau terdampar sorang2 kat sini. Anak takde laki lagi lah dah hilang!". Perli Shamila tajam. Walaupun dia sedikit terasa dengan kata2 Shamila, Mariam Syuhada lebih kisahkan hatinya yang geram saat ini.

"Balik lah! Aku menyampah lah!".

Mariam Syuhada bergerak laju meninggalkan gedung membeli belah tersebut. Terkocoh2 Shamila mengekori langkah kawannya. Bibirnya tak sudah menguntum senyuman. Padan muka kau!

"Cantiklah, Ara!".

"Eei.. ni baju untuk mengandung. Mana sesuai untuk Ara". Tolaknya. Dia meletakkan kembali baju dipegangan Hafiy.

"Mana tau ada rezeki Ara mengandung. Tak salah kan?".

Zahara merona merah. Malu!

"Er.. jom kita pergi kedai lain!". Dia cuba menukar topik. Zahara bergerak meninggalkan Hafiy yang tak sudah2 tersenyum sejak tadi. Entah apa lah yang difikirkan Hafiy.

"Taknak ke?".

"Apa dia?".

"Baju tadi".

"Ish, taknaklah!".

"Kenapa pulak?".

Belum sempat Zahara menjawab, perutnya kembali sakit. Serentak dia berhenti seraya memegang perutnya.

"Kenapa ni?". Hafiy memandang risau. Isterinya berkerut menahan sakit.

"Entahlah. Sakit perut ni tiba2. Berdenyut2".

"Sakit macam selalu ke?".

Zahara mengangguk. Sekejap2 dia mengerang kesakitan.

"Gastrik? Ara dah makan belum?".

"Tak kot. Er.. abang, kita cari tempat duduk, boleh?".

Hafiy mengangguk. Dia segera memimpin lengan Zahara dan menuju ke kerusi kosong yang disediakan di situ. Zahara bersandar seketika. Perutnya masih sakit. Tak pernah dia merasakan sakit seperti itu. Hafiy membantu dengan mengurut lembut perut isterinya.

"Nak muntah la".

"Nak muntah? Allah! Toilet jauh la Ara. Larat tak nak bangun ni?".

Zahara mengetap bibir. Tekaknya merasa loya secara tiba2. Tapi, perutnya yang sakit menghalang untuk dia berjalan menuju ke bilik air. 

"Nak muntah.."

Zahara cuba bangun mujur sahaja Hafiy cepat memaut isterinya. Dia sudah menekup mulut bimbang tak mampu nak menahan. Dengan pantas Zahara dibawa ke bilik air. Habis semua isi perut dikeluarkan. Barulah perutnya terasa sedikit lega.

"Ok?".

"Hurm.." Zahara mengesat peluh yang menitik di dahi. Dia tersenyum tipis.

"Kita pergi klinik, ok?". Cadang Hafiy. Wajah pucat isterinya dipandang lama.

"Tak payah. Ara ok je ni. Kesian abang kena susah2 tolong Ara pulak". Ujar Zahara. Baru nak menjadikan hari yang menggembirakan.

"Apa cakap macamtu. Abang tak kisah la. Kita balik rehat ajelah. Ara pun pucat je tu abang tengok".

Zahara mengangguk. Dalam hati, dia merasa risau dengan keadaan dirinya. Selalu sangat sakit dibahagian perut dan rahimnya. Sekejap2 dia akan merasa kejang dan kebas dalam jangka waktu yang lama. Terkadang dia akan merasa kebas sekejap2. Zahara berharap gastrik yang dihidapi tak menjadi teruk. Risau bila memikirkan kesihatan yang semakin tak menentu sejak kebelakangan ini.

***

"Kenapa kamu ni? Balik muka masam macamtu?". Soal Encik Azhar pelik.

Anak perempuannya tiba2 sahaja pulang ke rumah petang itu. Tiada angin tiada ribut dan yang pasti dia seperti marahkan sesuatu. Beg tangan dicampak ke tepi. Tudung dicabut kasar.

"Biarlah, bang. Orang kalau perangai pelik2 ni, tak usah dilayan". Sampuk Puan Faizah malas. Dia melabuhkan punggung disebelah suaminya.

"Umi ni! Syu tengah geram ni tau!". Rajuknya.

"Umi malas nak ambil tahu. Kamu nak geram ke nak apa ke.. kamu punya pasal".

"Eei.. apa umi ni. Bukan nak gembirakan hati Syu ni". Dia bertambah merajuk. Tangannya disilang ke dada.

"Nak gembirakan apa? Syu yang bengang sendiri kenapa umi pulak yang kena pujuk?".

"Ayah, tengok lah umi ni!".

Encik Azhar menggaru kepala yang tak gatal. Nak kata dia tak faham situasi ini, sepertinya dia dapat menangkap maksud isterinya. Tapi, entahlah!

"Ayah tak campur".

Tangannya diangkat tanda serah diri. Bila isterinya mula membuka mulut, seeloknya dia mendiamkan sahaja.

"Ayah pun sama! Semua orang taknak backup Syu lagi. Semua dah tak hiraukan Syu!".

"Siapa yang tak hiraukan kamu? Cuba cakap dengan umi. Kamu tu yang sengaja menempah maut. Orang dah elok2 depan mata, nak dengar juga cakap entah siapa2. Ni lah padah nya!". Puan Faizah memerli anak perempuannya. Dia pasti Mariam Syuhada cemburukan Hafiy dan Zahara. Kalau tak, masakan dia boleh bercakap seperti itu.

"Apa umi ni? Syu tak faham la".

"Tak faham ke buat2 tak faham? Umi ni dah masak dengan perangai kamu la. Kalau kamu pusing sikit aje, umi dah boleh agak".

Mariam Syuhada kalut.

"Syu, Hafiy dengan budak Ara tu baik orangnya. Umi tak nampak mana yang kurang nya si Ara tu sampai kamu sanggup tuduh dia macamtu".

"Umi pun nak bela dia la?".

"Umi tak bela sesiapa tapi umi tegakkan yang benar aje. Kalau dia salah, umi akan tegur. Kalau kamu salah, pun umi tegur. Kamu tak macamni dulu. Syu anak umi seorang yang lemah lembut. Kenapa tiba2 berubah, nak?".

"Syu tak berubah pun".

Puan Faizah tersengih. Mariam Zulaikha datang lalu mengambil tempat disebelah Puan Faizah.

"Kak, adik pun tak rasa yang Kak Ara tu nak rampas abang Hafiy. Adik tengok, dia ok aje. Dia lagi risau akak jauh dari abang Hafiy, adalah".

"Adik tak tahu apa2, jangan sibuk". Tegur Mariam Syuhada serius. Geram bila adik sendiri juga membela madu nya itu.

"Adik cakap mana yang betul aje. Jangan sampai akak menyesal, sudahlah". Mariam Zulaikha bangun meninggalkan Mariam Syuhada.

Sedih hatinya melihat perangai kakaknya berubah tiba2. Habis rosak rumah tangga yang selama ini aman bahagia. Disebabkan perangai kakaknya yang lebih sanggup mendengar kata2 kawan. Bukan Mariam Zulaikha tak tahu bahawa selama ni Mariam Syuhada semakin rapat dengan Shamila, kawan sekolej dulu. Pasti perempuan itu yang menghasut kakaknya bukan2.

"Betul cakap Zulaikha tu. Kamu jangan menyesal nanti. Bawak2 lah berbincang pasal benda ni. Selidik. Jangan terus2 nak tuduh yang bukan2".

"Syu tak tuduh la umi. Benda betul".

"Kalau betul, takkan la Hafiy menidakkan?". Kali ini suara Encik Azhar kedengaran.

Mariam Syuhada mula menarik muncung. Dia tak sangka semua orang kini menyebelahkan Zahara dan Hafiy. Entah ubat guna2 apalah yang digunakan Zahara senang sahaja dapat perhatian orang sekeliling.

"Ayah, abang Hafiy pun dah termakan pujuk rayu dia la tu. Kalau tak, takkan tiba2 dia boleh lupa Syu kat sini".

Encik Azhar mengeluh berat. Entah apa lah yang tak kena dengan anaknya ini. Susah mahu dinasihatkan.

"Hafiy tu tak lupa kamu. Syu, ayah ni memang dah tua. Tapi ayah masih nampak. Kamu yang berubah. Sejak bila kamu berubah, kamu ada jawapannya. Ara ataupun kamu, dua2 ada cara dan tanggungjawab sendiri nak pikat suami masing2. Ayah tak bela jugak siapa2. Tapi, sepatutnya kamu tahu dan faham benda ni".

"Ayah, Syu bu.."

"Ayah tak habis lagi". Balas Encik Azhar.

Setelah lama diam, Encik Azhar meneruskan bicara.

"Ayah malu kalau kamu bercakap macam tak ada pegangan agama. Sepatutnya kamu tau beza baik buruk sesuatu benda. Ayah dah hantar kamu ke sekolah yang bagus, kahwinkan kamu dengan lelaki yang baik, kamu patut faham dan lebih mengerti hal itu. Ayah taknak kamu tersasar jauh. Zahara budak baik. Kalau betul dia berniat nak rampas suami kamu, pasti lama dia dah buat".

Mariam Syuhada diam. Hatinya makin terasa dengan kata2 ayah sendiri. Puan Faizah hanya mampu mendiamkan diri. Rasa kasihan pada anak perempuannya terpaksa dipendam demi membetulkan perangainya.

"Mintak maaf dengan Ara. Dia yang nak berubah jadi baik pun mampu terus jadi baik. Jangan sampai kita ni yang dulu baik tiba2 hilang sifat tu".

Terasa tajam kata2 Encik Azhar tepat mengena batang hidungnya. Dia memandang wajah kedua orang tuanya silih berganti. Mariam Syuhada tahu dia tak boleh nak meminta belas kali ini. Bila ayah dah mula bersuara, dia hilang hak untuk membela. Mariam Syuhada mengeluh kasar.

"Ingat apa yang ayah cakap tu. Jangan buat yang bukan2. Kamu dah besar, Syu. Jangan buat keluarga kamu porak peranda dek perangai kamu sendiri".

Puan Faizah pula bangun meninggalkan Mariam Syuhada. Sudahnya, dia ditinggal sendiri. Nak membentak, tak boleh. Mariam Syuhada melepaskan geram pada bantal yang dipeluk. Geramnya pada Zahara makin bertambah. Teringat pesanan Shamila semasa di dalam kereta tadi.

"Makin lama kau biar, makin naik lemak dia. Kau jangan sampai hilang hak jadi isteri Hafiy. Dia tu madu aje! Aku nak ingatkan kau. Terus mogok macamni. Tunjuk yang kau tak suka perempuan tu. Lama2 Hafiy tu akan sedar jugak!".

Mariam Syuhada berdecit. Serasa Mariam Syuhada, semua yang disuruh Shamila satu pun tak lepas dibuat. Zahara makin galak bersama suaminya, adalah! Memang dia dah guna2 kan Hafiy selama ni sampai semua benda yang dibuat langsung tak berkesan.

Mariam Syuhada bangun lalu masuk kedalam bilik tidur. Dia ingin mengambil beberapa helai bajunya untuk dibawa. Kalau sebelum ini dia menumpang tidur di rumah Shamila, kali ini dia ingin pergi jauh. Biar suaminya tercari2. Baru puas hati!

***

"Ara, kan dah janji tadi nak rehat".

Hafiy mendekati isterinya di dapur. Baru sahaja hilang sakitnya, kini Zahara kembali lincah di dapur. Sekejap dia ke sinki sekejap ke peti sejuk. Entah apalah yang dilakukan isterinya itu, Hafiy tak mampu nak mengambil tahu.

"Ara..?"

"Ara ok. Abang duduk la depan dulu. Ara ada something nak buatkan untuk abang. Ara dah sihat ni". Dia sengaja menayangkan dirinya yang ceria didepan Hafiy. Geleng kepala sahaja Hafiy dibuatnya.

"Kalau sakit lagi?".

"Panggil la abang". Ringkas jawapannya. Hafiy tergelak kecil.

Setelah berpuas hati melihat keadaan Zahara, Hafiy kembali ke ruang tamu menonton tv. Risau juga meninggalkan isterinya di dapur tapi atas desakan Zahara terpaksa diikutkan juga.

Zahara pula sedang sibuk bikin sesuatu. Harini dia ingin membuat kejutan untuk Hafiy. Zahara membuat sedikit bubur jagung pada hari lahir suaminya. Inilah kebiasaan yang dibuat oleh arwah ibu ketika Zahara kecil dahulu.

Hampir sejam dia menyiapkan bubur jagung dan beberapa menu lain, Hafiy sudah terlena di sofa. Tv yang terpasang langsung di tutup. Zahara perlahan2 kembali ke bilik tidur. Sempat dia bersiap ala kadar dan memberikan penampilan yang terbaik buat Hafiy.

Setelah berpuas hati, Zahara mengejutkan Hafiy dari tidur. Terpisat2 suaminya dek kerana mata yang masih mengantuk.

"Pukul berapa dah ni?".

"Dah pukul 9. Jom, hidangan dah siap".

Zahara menarik lengan suaminya menuju ke meja makan. Hafiy sempat perasan penampilan Zahara yang sangat cantik malam ini. Dia dihidangkan dengan semangkuk bubur jagung dan jus mangga.

"Untuk abang. Makanlah!". Arah Zahara. Dia duduk di sebelah Hafiy menanti reaksi suaminya.

"Ada apa ni? Isteri abang siap2 cantik bagai".

"Makanlah dulu". Senyuman tak lepas dari wajahnya.

Hafiy mula membaca doa makan. Sesuap sudu masuk ke dalam mulut. Ceria wajahnya menikmati bubur jagung yang enak itu.

"Pandai isteri abang masak. Sedap sangat! Terima kasih".

"Sama2. Makan sampai habis. Kejap lagi ada lagi yang abang kena makan".

"Lagi? Pelik ni.. jangan bagi abang makan yang bukan2, sudahlah ye". Hafiy tergelak kecil. Penuh rakus dia menghabiskan bubur tersebut.

"Ok, dah habis. Lagi?".

Sesudah itu, Zahara kembali ke dapur. Pinggan putih yang tersusun kemas buah tembikai itu di pandang sekilas sebelum dibawa ke meja makan. Dengan perlahan, Zahara menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Hafiy. Tersenyum lebar suaminya tatkala melihat hidangan ditangan Zahara.

"Apa semua ni? Susah2 aje. Terima kasih!". Ujar Hafiy. Terharu pula menerima sambutan harijadi pada umur begini.

"Ini namanya kek tembikai. Sorry la, Ara tak beli kek, beli belon semua tu. Ni je yang dapat Ara buat".

Hafiy tersenyum lebar. Zahara dibawa ke pelukan. Sesekali dia mengucup lembut rambut isterinya. Tak sangka Zahara ingat tarikh ulangtahun kelahirannya. Hafiy teringat Mariam Syuhada. Lupakah dia pada hari ini? Rindu benar pada isterinya itu.

"Terima kasih sebab sambut birthday abang. Abang pun tak ingat. Ni pun dah lebih dari cukup".

Zahara melepaskan pelukan. Tembikai dipotong lalu disua ke mulut Hafiy.

"Selamat ulangtahun, abang. Moga abang jadi suami yang terbaik dan sentiasa jadi pelindung buat Ara dan Syu. Ara doakan abang berjaya dunia dan akhirat".

Hafiy mengucup dahi Zahara lama.

"Pandai isteri abang ni! Patutlah nak masak la, itulah inilah. Ada2 aje perangai dia".

"Sorry, kalau abang rasa susah sebab Ara. Makanlah, tengah sejuk lagi tu".

Zahara perhatikan wajah suaminya. Nampak sedih walaupun bibirnya menguntum senyuman. Pasti dia teringatkan Mariam Syuhada. Kasihan suaminya.

"Tadi Ara singgah ke rumah Syu".

Hafiy terhenti. Dia melirik pandang kearah Zahara. Wajahnya nampak tenang.

"Syu takde. Ara tak tau dia ke mana. Kata makcik, Syu taknak diganggu sebab tu makcik tak boleh nak bagitau kat mana dia ada sekarang".

Hafiy nampak risau. Sudu ditangan digenggam sekuat yang boleh. Matanya dipejam rapat.

"Ara janji Ara cari Syu. Kita selesai benda ni cepat2. Ara tak suka tengok abang macamni. Ara tau abang rindu Syu. Abang sabar, ye?".

"Biar abang cari dia. Abang yang kena selesaikan hal ni dengan dia. Ara tak usah lah masuk campur".

"Tapi, dia dah salah faham.."

"Abang akan jelaskan nanti pada dia. Biar abang je cari dia".

Zahara melepaskan nafas berat. Hafiy sepertinya tak mahu dia turut campur dalam hal ini.

"Erm, baiklah".

Lama mereka diam. Masing2 melayan perasaan sendiri. Hafiy terasa bersalah kerana isterinya susah2 menyiapkan sambutan ini, tapi diakhirnya dia hanya merasa sedih disebabkan hal lain.

"So, selalu Ara sambut birthday memang buat bubur jagung ke?". Suasana kembali ceria. Hafiy memandang tepat anak mata isterinya.

"Er, macamtulah". Teragak2 dia menjawab.

"Dengan Hakim dulu pun?".

Zahara diam. Tak pernah walau sekali pun dia terlepas nak menyiapkan bubur jagung buat Hakim pada hari lahirnya. Tapi, bekas suaminya itu tak pernah nak hargai apa yang dibuat.

"Ara..?"

Zahara tersenyum kelat. "Maaf sebab dah banyak tahun, baru Ara nak ingat dan sambut ulangtahun abang. Dulu, arwah ibu selalu buat bubur jagung untuk Ara. Ara jadi rindu ibu pulak".

Air mata bergenang dikelopak mata. Zahara jadi sendu tiba2. Wajah arwah ibunya menghiasi fikirannya.

"Mesti arwah ibu cantik, baik dan manis orangnya. Sama macam Ara". Hafiy mencuit dagu Zahara. Dia mengelus lembut jemari isterinya.

"Ibu memang baik. Sebab tu Ara sayang sangat dengan ibu".

"Ibu meninggal masa Ara umur berapa?".

"Tingkatan 2".

"Pasal apa?".

"Kanser.."

Hafiy mengangguk faham. Pasti berat dugaan yang ditanggung isterinya dahulu.

"Arwah ayah?".

"Masa Ara baby. Ibu la segalanya bagi Ara. Dia kuat sebab Ara. After ayah takde, Ara duduk dengan ibu kat kampung. Lepastu ibu pulak takde. Ara dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat ni. Sekejap je. Pastu jumpa Hakim dan kahwin".

"Isteri abang ni kuat".

"Tak kuat mana pun. Kuat nangis adalah". Seloroh Zahara. Terasa lain pula berkongsi cerita hidupnya pada orang lain.

"Hidup tak selalu indah. Tapi Allah dah janji akan berikan pelangi setelah semua dugaan tu".

Zahara tersenyum tipis. Pelangi dia sekarang ni adalah Hafiy. Dia bersyukur kerana Allah mempertemukan dirinya dan Hafiy. Bahagia hidupnya hanya Allah Maha Tahu. Zahara berharap agar pelangi indahnya akan berakhir hingga ke jannah.

"Terima kasih abang sebab sudi terima Ara jadi isteri abang. Sedar tak sedar, dah hampir 3 tahun Ara jadi isteri abang".

"Semua tu atas Izin Allah".

Zahara mengangguk. "Abang bahagia hidup dengan Ara?".

"Soalan apa tu?".

"Jawablah. Abang bahagia?".

"Takde yang lebih bahagia dari hidup dengan isteri2 abang. Abang dah ada Syu, Ara. Semuanya membahagiakan abang. Ara jangan tinggal abang, ok?".

Zahara tersipu malu. Terasa indahnya bercinta dengan suami.

"Kalau abang yang tinggal Ara?". Sengaja ditebak soalan yang merapu. Hafiy cubit perlahan pipi isterinya.

"Jangan cakap bukan2. Abang tak nak macamtu and abang doa banyak2 jangan la abang buat macamtu. Ara dengan Syu penguat abang".

Zahara tersenyum bangga. Pertama kali dia dihormati sebagai isteri. Alangkah indahnya perasaan itu. Hafiy terus2 memuji Zahara umpama bidadari. Tak sudah dengan itu, dia puji pula kecantikan yang ada pada isterinya itu. Merona merah pipi Zahara dibuatnya.

"Jangan puji lebih2, nanti Ara tak boleh tidur".

"Pasal apa?". Soalnya pelik.

"Kembang setaman. Angin penuh dalam badan kena puji". Serentak mengekek Hafiy gelak. Ada2 saja isterinya nak menggembirakan hati Hafiy.

Mereka masuk tidur ketika jam hampir ke angka 12. Mujur sahaja esok Hafiy kerja. Kalau tidak, pasti berlarutan lagi cerita mereka berdua. Zahara sempat mengurut kaki suaminya sebagai hadiah harijadi yang penghabisan darinya.

Mereka tidur lena dan mimpi indah ditemani suara merdu Hafiy. Itulah yang sentiasa menenangkan malam2 Zahara.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience