Rate

Bab 1 Penipuan

Short Story Series 2174

"Wei, Yeke kau tak sukakan Aiman? dia tu hensem kot," Soal Mia
Aku masih lagi mengelamun bila mengenangkan permainan yang dimainnya tadi bersama sama dengan Aiman.
" Tak," balas Aku dengan Ego walaupun Aku amat mencintai Aiman. Tapi Aku tidak mampu meluahkan kata2nya kerana ia akan merosakkan persahabatan antara aku dengan Aiman.
"hmm, awek Aiman tu lawa jugak kan? muka putih flawless kurus pulak tu," soal Mia lagi. Ia akan membuatkan Aku semakin terasing dalam Hidup Aiman
Semenjak hari itu, Aku kerap melarikan diri daripada Aiman kerana takut Aku menjadi punca pergaduhan antara mereka.

*****

"Aku sama sekali tidak memiliki kesempurnaan seperti mereka yang lain namun aku masih punya satu hati yang setia dan selalu cinta padamu," Bisik Hati Aku.

Aku terpaksa melepaskan segalanya hanya kerana ingin melihat dia bahagia dengan pasangan hidupnya.
" Wei, jomlah pergi makan Aku dah lapar ni," Kata Aku dekat kawan2ku.
"Okaylah jom," balas Siti

Sesudah makan, Kami bergerak untuk menuju ke dalam kelas. Tiba tiba..
"Zahra Eira,"
Aku hanya menoleh kebelakang dan ternampak Seorang guru sedang berdiri di tepi koperasi.
"Ye cikgu," balas Aku dengan sopan
"Guru disiplin ingin berjumpa dengan kamu," Tegas Cikgu Zaimah berkata.
Aku menjadi tertanya tanya kenapa cikgu nak berjumpa dengan aku. Aku pon pergi ke Bilik GurU Disiplin.
Tok Tok Tok..
"Masuk,"
"Assalammmualaikum cikgu, cikgu panggil saya ke?," Soal Aku didalam hati.
" Ya, Saya panggil awak kemari, Saya nak tanya awak kemana Pukul 9:00 Am tadi?," Soal Puan Latifah
" Saya pergi ke perpustakaan cikgu, kenapa ya?," Soal Aku dalam keadaan hairan.
" Ada pelajar nampak Awak mencuri barang orang lain dan selain itu saya mendapat aduan yang awak ni memeras ugut pelajar junior yang lain?," Tegasnya lagi.
Aku menjadi terkejut bila dengar cikgu berkata begitu.
"Eh mana ada cikgu," Balas Aku dengan Konfiden
"Awak tak perlu tipu saya, Ada pelajar yang dah mengaku yang awk yang memeras ugut mereka. Ini ialah amaran terakhir buat awak," Balasnya lagi
"Tapi cikgu, saya tak buat," Balas Aku
" Ah, Saya taknak dengar alasan lagi, Awak boleh keluar sekarang,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience