BAB 4

Romance Completed 9573

Aku perhati wajah Sany yang sedang elok duduk di hadapanku. Tidak dapat dinafikan yang Sany memang handsome. Kulit cerah, mata hitam pekat, hidung mancung, bibir merah… wajah yang sangat maskulin. Selama ni orang sibuk cakap yang Sany kacak tapi aku tak pernah pandang dia betul-betul. Mungkin dah biasa sangat tengok dia kot. Pandang banyak kali pun tak rasa apa.

Aku pegang dada kiri. Merasa degupan jantungku. Cuba kenal pasti jika aku rasa berdebar bila berhadapan dengan Sany. Hurm… tak ada rasa apa-apa pun. Rasa macam biasa aje. Maknanya aku memang tak ada perasaan la kat dia? Confirm! Spontan aku mengukir senyuman. Teori Nabila dan Hijah langsung tak boleh pakai…

Sany gawang tangan dia di depan wajahku.

“ Kau sakit ke? Tenung aku dari tadi lepas tu sengih sorang-sorang. Waras ke tak ni?” soal Sany pelik. Mungkin hairan melihat tingkahku yang dari tadi hanya memerhatikan wajahnya.

“ Aku sihat walafiat. Teringin sangat ke nak tengok aku sakit?” aku jungkit kening menyoal.
Cepat-cepat Sany geleng kepala.

“ Tak tapi aku pelik bila kau asyik tenung aku lama-lama tadi. Erm… kau ada rasa apa-apa tak masa tengok aku?” Sany mula buat muka serius tapi aku nampak dia cuba tahan senyum.

“ Rasa apa?”

“ Rasa berdebar ke…” Sany berbisik perlahan. Bajet nak buat suara romantiklah tu. Tak layan!

“ Rasa meluat ada la.” Aku buat muka macam nak muntah. Rasa macam ayat tu boleh buat aku sakit sepanjang hari.

“ Amboi. Directnya… kecik hati aku dengar.” Sany tertawa kecil. Dia campak pemadam dia kat aku tapi sempat aku sambut. Haih Sany ni, aku buang pemadam dia ni baru tahu.

“ Aku gurau ajelah.Tak adalah sampai meluat tapi rasa berdebar tu memang tak ada. Bukannya aku ada feeling pun kat kau.” jujur aku berkata. Memang betul, aku langsung tak ada perasaan pada Sany. Nabila dan Hijah sengaja nak bagi jiwa aku kacau agaknya. Suruh aku analisis hati sendiri. Sah, aku macam tak percaya dengan diri aku sendiri sebab ikut cakap diorang. Apalah kau ni Linda…

Sany tergelak mendengar bicaraku. Gelak pulak dia. Tak kelakar langsung okay…

“ Member kita semua ingat kita bercinta sebab aku dengan kau asyik berkepit je. Kau tak rimas ke bila diorang buat spekulasi macam tu?” soal aku tiba-tiba. Teringin juga nak tahu apa yang Sany fikir.

“ Biarlah, mulut orang memang macam tu. Ada aje yang tak kena. Tak payah fikir sangatlah. Selagi kau dan aku tahu kedudukan sebenar hubungan kita, apa yang diorang cakap kau tak payah pedulikan.” Selamba Sany membalas. Mukanya tenang. Sesekali matanya fokus membaca nota subjek Maf kerana lusa ada kuiz.

“ Orang nak takle aku terus tak jadi kalau tengok aku asyik dengan kau. Rugilah aku kalau macam tu.” aku mengeluh perlahan.

“ Apa susah, kalau tak ada orang nak kau aku kan ada. Kahwin ajelah dengan aku. Aku ni lelaki idaman Malaya tau. Beratur orang berbaris nak jadi calon isteri aku.”

“ Sudahlah kau. Tak habis-habis nak puji diri sendiri.” aku buat muka.

“ Aku cakap betul ni Linda. Andai kata kalau tak ada orang yang nak kau nanti jangan segan silu cari aku sebab aku akan sentiasa terima kau dengan hati yang terbuka.”

“ But what if on that time you already have someone else?”

“ Apa susah, lelaki kan boleh kahwin empat. Kau boleh jadi bini nombor dua aku.” Sany dah ketawa besar. Amboi, bahagia nampak! Belum kahwin lagi dah ada hajat nak pasang empat. Tak pandai jaga hati perempuan langsung. Tak rela aku nak berlakikan dia kalau macam nilah perangainya. Reject!!!

“ Gila... Daripada jadi bini kau yang kedua lebih baik aku kahwin dengan Faiq. Dah sah-sah aku akan jadi bini dia yang pertama dan terakhir sebab dia kan suka sangat kat aku.” aku tersengih mengenakan Sany. Teringat pada rakan sekelasku yang bernama Arif Faiq yang kami panggil sebagai Faiq. Dia begitu gilakan aku sampai suka sangat bagi aku coklat cadburry hampir setiap hari.

Mula-mula aku kenal dia memang aku rasa annoying la juga sebab dia memang tak segan tunjuk perasaan dia kat aku. Dah lama-lama tu aku buat tak tahu je. Dah lali kata orang. Aku tak terima cinta dia tapi aku tetap anggap dia kawan aku. Dia lelaki yang baik cuma yang peliknya macam manalah dia boleh suka perempuan macam aku? Nak kata aku pandai, aku biasa-biasa je. Nak kata aku rajin, memang taklah… kalau dah sampai due date baru aku buat assignment tu. Nak kata aku cantik, erm… bolehlah, aku ni manislah jugak. Sejuk mata orang memandang. Hahaha. Puji diri sendiri pulak!

Sany pula suka sangat buat muka bila Faiq bercakap dengan aku. Macam anti sangat. Umpama lelaki tu merupakan musuh ketat dia! Haih, aku pun tak faham dengan diorang ni.

“ Kalau tak sebut nama lelaki tu boleh tak?” muka Sany dah berubah bila aku sebut nama Faiq. Kan aku dah cakap tadi. Dia memang tak suka Faiq!

“ Yang kau anti sangat dengan dia kenapa? Dia tak cari pasal pun dengan kau.” aku cuba membela Faiq. Lelaki tu tak bersalah pun tapi Sany marah macamlah si Faiq tu dah buat kesalahan yang tak boleh dimaafkan.

“ Habis tu kau sukalah dia asyik menyendeng dengan kau?” sindir Sany pedas. Hilang sudah kemesraan pada suaranya.

“ Mana ada dia asyik berkepit dengan aku. Kau ni kenapa?” suara aku keras. Hati diterjah rasa panas. Panas hati bila dituduh begitu. Faiq nak rapat-rapat dengan aku? Lawak betul… Faiq langsung tak ada peluang nak dekat-dekat dengan aku sebab ke mana saja aku pergi pasti Sany ada di samping aku.

“ Aku tak suka dia.” muka Sany Serius.

Aku tersenyum sedikit. Dari dulu lagi aku tahu memang Sany tak suka Faiq. Kesian Faiq…

“ So what If you did’nt like him. Bukannya aku nak suruh kau kahwin dengan dia tapi aku yang nak kahwin dengan dia bila dah tak ada siapa yang nak aku nanti.” Aku mengungkit balik isu yang kami bicarakan tadi. Bukanlah aku nak kahwin betul-betul pun dengan Faiq tapi kalau jodohku memang ada dengan dia untuk apa aku menolak. Terima ajelah…

“ Kau nak kahwin dengan dia?” Sany tersenyum sinis.
Aku angguk. Sany nak marah sangat ni kenapa?

“ Langkah mayat aku dulu kalau kau nak kahwin dengan dia. Jangan haraplah kau nak hidup dengan lelaki tu sebab aku tak akan izinkan. Aku lagi rela kahwin dengan kau daripada terpaksa tengok kau dengan dia.” serius Sany berbicara membuatkan aku terdiam. Nak tanya lebih-lebih tapi Sany macam dah tak ada mood nak bercakap dengan aku. Kesudahannya kitorang diam aje lepas tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience