BAB 4

Horror & Thriller Completed 2300

Dia segera menapak masuk ke dewan berlepas apabila mendengar pengumuman yang dibuat.

Tit tit!

Hamiza mengeluarkan telefon bimbitnya dengan keadaan tergesa-gesa. Dia membaca sepintas lalu perkataan yang tertera di dada telefonnya.

Morera Zia

Hamiza merengus sedikit kasar. Pasti ada seseorang yang cuba mempermainkannya. Lantas mesej itu dipZaquan serta-merta. Amarahnya meledak begitu sahaja.

Mood baiknya terbang melayang ke awan biru apabila menerima mesej yang tiada apa. Hanya nama dan nama. Kakinya diorak ke dalam dewan berlepas. Dia terus melupakan isi kandung mesej itu. Dia harus focus. Masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

“Satu pasangan kekasih telah ditemui mati dalam keadaan yang mengaibkan di sebuah rumah yang terletak di Ampang. Pasangan itu dikatakan ditemui oleh jiran rumah mereka yang menghidu bau hanyir darah yang kuat dari rumah mangsa ketika dia balik rumah dari kerja pada malam mayat mangsa ditemui.”

Wartawan kelihatan sedang menemu ramah jiran yang menjadi saksi bagi kes itu. Wajahnya serius tanpa secalit senyuman.

“Mangsa lelaki adalah jiran saya. Dia dah lama tinggal sini. Awek dia pula selalu datang sini. Sebelum ni, kami kerja sekali jadi selalu lepak sama. Kami memang rapat. Tapi bila mula minggu lepas, dia berhenti dan kerja di sebuah syarikat multimedia. Sejak tu, kami jarang bertegur sapa. Malam ketika saya temui mereka berdua tu, saya baru pulang dari kerja. Kebetulan saya nak beri nasi beriani kepada mereka, saya terhidu bau hanyir seperti darah. Saya ketuk pintu tapi tiada balasan. Apabila bau semakin kuat, saya rempuh terus pintu. Terkejut saya apabila melihat mayat lelaki yang terikat di sebuah kerusi. Kakinya terputus dan separuh tubuhnya melecur seperti dibakar. Mayat perempuan pula kelihatan terbaring di atas katil dengan mata terbeliak dan perut dirodok dengan parang. Rupa kematian kedua-dua mangsa memang sangat menakutkan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience