Series
5510
TUBUH tinggi Aniq bersandar santai pada dinding bangunan lama tersebut. Kemeja putih berlengan panjangnya dilipat sampai siku. Tangan kiri rehat dalam poket.
Bella mendengus perlahan. Kalau diperhatikan, handsome pulak dia ni!
Suasana lenggang di belakang bangunan ini. Dapat dengar rasanya angin berlalu. Di antara mereka, sama-sama tiada yang nak buka mulut dulu. Aku tengok kau, kau tengok aku. Kalau orang lihat mereka sekarang ni memang serupa pasangan couple yang sedang bercinta.
Akhirnya Aniq mengalah. "Nak bincang apa?"
Bella angkat muka. Wajah bersahaja itu dipandang. "Aku tak nak tahu kau bercakap apa dengan Luth semalam dalam bas. Tapi, korang berdua tak gaduh kan?"
"Tak lah. Jangan risau. Risau betul kau kat dia." kata Aniq.
Pantas tangan Bella naik menampar lengan pemuda itu beberapa kali.
"Adeh deh! Pedih pula tangan kau. Terbuat dari rotan ke? Dah la, aku gurau je." Aniq menggosok lengannya. Drama je lebih. Padahal bukan sakit sangat pun.
Bella memberi jelingan maut. "Elok sikit gurau. Aku risaukan kau sekarang ni."
Terpinga Aniq seketika. Jari telunjuk dituju pada dirinya sendiri.
"Aku? Kenapa dengan aku? Rasanya aku dah tak buat masalah. Kau pun aku jarang kacau. Sesuai janji kita kan. Kau jadi girlfriend aku, aku KURANG kacau kau."
Jelingan Bella beri sekali lagi. Saja la tu ditekan perkataan 'kurang'. Sama saja kau ganggu aku sampai sekarang! Tapi bukan itu yang penting sekarang.
"Tak buat masalah apanya. Dah tersebar satu sekolah gossip pasal kita berdua couple. Kau pula popular, tapi dah terheret sekali dengan aku. Sekarang ni kau nak buat apa?" marah Bella.
Terangkat sebelah kening Aniq. "Buat apa? Buat tak tahu sajalah." jawapnya dengan muka tak bersalah.
Sumpah! Geram pulak aku bercakap dengan manusia terpaling santai didunia ni!
"Itu kau. Kau tak apalah dah biasa jadi bahan gossip orang. Kau tahukan aku tak suka menonjol." kalau sampai ditelinga mama, masalah lain pula timbul. Aku yang kena!
Aniq menghela nafas. "Pekakkan telinga saja. Mulut manusia tak boleh tutup. Jangan risau, rumor atau gossip ni sekejap saja. Kalau kau buat tak tahu, orang pun tak ambil kisah."
"Ha sudah la. Benda pun dah jadi. Tapi aku harap kau tak datang jumpa aku selalu sangat. Kalau boleh buat tak kenal je." kata Bella akhirnya mengalah. Beradu mulut dengan Aniq memang dia selalu kalah. Lagipula, bukan ini topik yang dia nak bincang.
Wajah Aniq jelas tak puas hati. Lalu buang muka. "Tengok lah. Tak janji."
Ceh merajuk!
"Asal pulak? Aku boleh je ikut cakap kau. Kalau part aku, bukan main keras pedal. Kau ni haa... aku kerat empat belas juga karang." Bella tak puas hati. Geram! Bukan susah pun aku minta jangan tegur aku selalu!
"Yela, tak boleh la macam tu. Aku bosan kalau sehari tak jumpa kau." Aniq tak mengalah.
Tergamam sesaat Bella. Sebelum memasang muka singa betinanya. Kolar baju pemuda itu dicengkam kasar.
"Kau nampak aku ni macam mainan kau?"
Menyengih Aniq. Cengkaman tangan pada kolar bajunya dilerai lembut dan berhati-hati. Ish, singa betina ni kalau dah hangin. Dia kena cakap baik-baik.
"Aku tak terfikir pula sampai macam tu. Aku cuma tak boleh kalau tak tengok muka kau. Haa, kau faham tak perasaan aku ni?" ucap Aniq berdrama. Siap buat mimik sedih lagi. Bella yang melihat rasa nak bagi penumbuk sebiji.
"Tak. Perasaan pelik kau tu memang orang takkan faham. Hah, sudah la. Penat aku. Buang tenaga saja." giliran Bella pula bersandar pada dinding. Pandangan tertumpu ke depan.
Aniq bersandar secara sisi menghadap gadis itu.
"Tadi kau kata kau risaukan aku. Apa maksudnya? Kau sukakan aku ek?" soal Aniq tersengih.
"Takde maknanya!"
Aniq mencebik bibir. Mulutnya muncung itik. "Jadi? Nak risaukan apa? Aku sihat saja ni."
"Lepas keluar dari hutan, aku nampak kau stress. Niq, kau jangan paksakan diri sangat. Aku tahu kau banyak fikirkan banyak hal. Tambah pula Delima yang jadi tanggungjawab kau." terluah jua topik yang sebenar dari mulut Bella. Masalah ini sudah lama membelenggu dalam fikiran. Meskipun bukan masalahnya, tetapi bagaimanapun juga Aniq sudah banyak membantunya.
Aniq melirik dengan ekor mata. Dia menyembunyi senyum. Wah, perkembangan barukah? Bella bimbangkan dia?
"Aku tak tahu pula kau perasan. Ketara sangat rupanya. Bella, kau tak perlu risau. Aku okay saja. Lagipun aku tengok dia pun suka bekerja di dewan makan tu. Apa-apapun terima kasih fikirkan aku." kata Aniq.
Bella melarikan anak mata ke arah lain. Tak mahu bertentang lama dengan tatapan hangat itu. Senyum tulus Aniq sebentar tadi juga sempat membuatnya berdebar.
Dadanya Bella usap meredakan debaran. Fuh, asal musuh no1 aku ni nampak kacak pulak kat mata aku sekarang ni. Tak boleh jadi ni. Bahaya!
"Aku rasa kau patut berterima kasih pada aku. Dia kerja pun disebabkan aku pujuk." kata Bella, sengaja nak bangga diri jap. Nak tutup malu sebenarnya. Bukan pujuk tapi hasut.
Tertawa kacak Aniq. Ucapan Bella terdengar lucu dan comel. Macam budak minta dipuji.
Merah satu muka Bella apabila kepalanya diusap dan di pat pat.
"Ya, ya. Aku terhutang budi. Terima kasih ya, sayang." meleret suara garau tapi lembut Aniq.
"Su-Sudah la Aniq! Kau saja kan?!" marah Bella mengawal malu. Tak sanggup tengok cermin sebab dah tahu muka aku dah merah sekarang ni! Aniq gila!
"Comel siot! Muka kau dah serupa tomato!" tertawa mengekek Aniq. Mujur tak terguling atas rumput. Senak perutnya gelakkan gadis itu.
"Siap kau Aniq!" Bella tanggalkan sebelah kasut lalu melempar ke arah pemuda itu yang berlari anak mengejeknya.
"Werk! Hahaha! Kejar la..." siap jelir lidah lagi!
Penat mengejar keliling bangunan. Langkah Bella terhenti. Termegah-megah mengambil nafas.
Pandangannya jatuh ke kakinya yang hanya tinggal stokin. Adeh panas la pula jalan tar kalau tak pakai kasut!
Bella mengetap gigi. Hatinya panas sekarang ni. Tambah pula cuaca tengah hari yang terik.
Dada kirinya disentuh. Namun, ada satu perasaan yang bermaharajalela.
Darah naik sampai ke muka. Kulit putihnya pasti kemerahan.
Argh!
Debaran aneh apa ini! Tak dapat ditenangkan!
Takkan la dia goyah hanya kerana sikap manis dan hangat Aniq sebentar tadi. Bahaya. Debaran aneh yang mendatangkan bahaya!
********
Beberapa minggu sudah berlalu sesi persekolahan. Peperiksaan percubaan semakin mendekat. Semua pelajar sibuk bertungkus lumus belajar di kelas mahupun belajar sendiri agar mendapat keputusan yang cemerlang. Meskipun bukan peperiksaan akhir, namun peperiksaan percubaan juga penting bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar itu.
Cip cip
Bunyi burung dari telefon Ayu menandakan ada mesej masuk.
Bella tersengih melihat temannya itu senyum-senyum sendiri tengok telefon. Petang begini, mereka sedang belajar di perpustakaan. Ada juga beberapa pelajar yang lain.
Ifah yang perasan menegur. "Kau ada boyfriend juga ke, Yu. Tak cakap pun. Sebab aku perasan semenjak balik dari kampung. Kau suka senyum sendiri bila ada mesej masuk. Siapa? Handsome ke? Share la. Nak tahu juga."
Merona muka Ayu mendapat soalan direct begitu. "Ketara sangat eh? Bukan boyfriend lah. Kawan saja."
"Rasanya aku kenal. Yela tu kawan. Kalau aku bagitahu dia, merajuk kawan tu." usik Bella sengaja. Dia sudah tahu. Siapa lagi kalau bukan abangnya Rafael.
Makin malu Ayu jadinya. "Ja-jangan la. Awak ni. Betul la kawan. Er, tapi awak jangan cakap ya yang saya cakap tadi."
Bella gelak saja. "Ya ya. Jangan risau. Rahsia kau selamat dengan aku."
Ifah yang hanya jadi pendengar merasa dipinggirkan. Apa rahsia Ayu yang cuma Bella yang tahu. Tapi dia tak tahu? Semakin saspen pula dia.
"Rahsia ap-"
"Sshhh! Peringatan terakhir ya form five! Ini library, jadi jangan bising."
Pengawas yang bertugas menjaga perpustakaan memberi amaran kepada semua pelajar di situ. Terus menunduk semua mengadap buku.
Ifah pandang dua temannya yang sedang tertawa perlahan sambil saling bergurau.
Dia merasa tidak dihiraukan. Tak di anggap. Berjauh hati juga kerana sekarang Ayu sering pergi berdua dengan Bella.
Kalau dulu aku seorang saja kawan rapat Ayu. Desis hati Ifah.
Dia bukan diabaikan cuma dia merasa mereka berdua sering berbual tentang perkara yang dia tak tahu. Hingga membuatnya rasa tertinggal dan tak tahu menahu. Sakit juga bila kawan bertiga.
Ifah menatap Bella tajam meskipun ditutupi wajah datar. "Rancak korang berdua borak. Rahsia? Pasal apa? Aku tak tahu pun."
Bella angkat muka. "Ah, nih kita-kita saja tahu, ya? Si Ayu ni tengah pdkt dengan Rafael. Kau kenal Rafael kan. Tapi lucu pula. Kenapa kau boleh jatuh cinta dekat dia? Aku tengok biasa je." Bella kembali bertanya kepada Ayu disisinya.
*pdkt : pendekatan atau hubungan tanpa status
"Awak kan dah selalu tengok dia. Mesti la nampak biasa. Kalau di mata saya. Dia luar biasa." balas Ayu malu-malu kucing. Malu pula bila teringat wajah kesayangannya itu.
"Wah wah... romantik juga kawan aku ni." tukas Bella.
Ifah buang muka ke arah lain. Sebenarnya dia tak kenal siapa Rafael. Apa Rafael abang tiri Bella yang itu?
Tapi kalau tak silap Rafael Louis kan...
Ifah membuka aplikasi Instagram dalam smartphonenya. Nama pemuda itu dicari. Teratas!
Orang terkenal rupanya. Account Rafael di stalk.
"Hmm, boleh tahan. Hah, atlet international? Gila... bukan calang-calang." gumam Ifah sambil membelek satu persatu postingan yang diunggah. Tak banyak foto yang dipost. Beberapa keping saja. Ada juga gambar seorang gadis kecil berpegangan tangan dengan budak lelaki. Mungkin itu Rafael dan Bella semasa kecil.
Sejenak Ifah terpesona melihat satu postingan gambar Rafael yang sedang pegang piala dengan berbaju jersi. Pemuda itu terlihat puas dengan kemenangan. Tubuh tegapnya juga lencun dengan peluh. Tampak lebih seksi.
Telefonnya Ifah simpan semula. Tak dinafikan dia sempat terpesona dengan ketampanan Rafael. Sesiapa yang melihat meskipun sesaat pasti merasakan hal yang sama. Wajahnya bersih dan sepertinya kacukkan. Kalau dilihat, wajah Bella juga terlihat ada mix.
"Bella, rambut blonde kau tu asli kan?" soal Ifah. Agak tertanya.
"Ha,a. Sebab tu la tak ada yang marah." jawap Bella tersenyum.
"Kau ada mix kan?" soalnya lagi.
Bella garu pipi yang tak gatal. Tersengih serba salah. Dia tak suka membangga diri mengenai salah silah keluarganya.
"Mama aku orang Jerman. Papa pula asal Itali. Tapi ni rahsia. Jangan bagitahu orang, Fah." ujar Bella tenang.
Pandangan Ifah tetap datar. "Oh, untung la kau."
"Wah, tapi muka awak bersih la, Bella. Macam orang korea pula." tanya Ayu menilik muka temannya.
"Oh, ya? Agaknya masa pregnant mama aku selalu layan kdrama." seloroh Bella.
Untung la orang ada rupa cantik. Macam aku ni, muka awam je. Kau tak perlu rendah diri macam tu Bella. Aku tahu kau sombong kalau depan orang lain. Bisik Ifah dalam hati.
"Fah, pukul enam setengah teman saya boleh? Jumpa Luth. Saya lupa nak bagi kunci klub." celah Ayu.
"Ha, okay." Ifah menguntum senyum kepada sahabat kesayangannya itu.
Bella?
Entahla. Kan Bella yang rampas Ayu darinya.
Gadis bernama Ifah ini tidak menyedari bahawa rasa iri yang baru muncul ini akan semakin besar jika tak dibuang sejak awal. Akan berpanjangankah persahabatan mereka jika salah seorang ada yang menyimpan iri dan benci?
Share this novel