BAB 2

Drama Completed 5869

“ Dia datang pejabat Laila tadi?” soalan Haziq hanya dijawab dengan anggukan. Tiada kata yang dapat diucapkan

Haziq hanya mampu memandang riak wajah sedih Laila. Tidak ada apa yang boleh dilakukan bagi menghilangkan kesedihan gadis tersebut.

Luka yang terdapat didalam hati itu tiada siapa yang dapat menyembuhnya. Kalaulah kejadian itu tidak terjadi,pasti hidup Laila tidak sesukar ini.

“ Kalaulah Laila dapat selamatkan Fezrol dulu,mesti sekarang ni Laila masih ada ibu, bapa, atuk, nenek, pak ngah, mak ngah, and the whole family,” kata Laila dalam kesedihannya.

“ Dear..dear, perkataan ‘kalau’ tak pernah wujud dalam hati seorang yang kuat imannya sayang,” Haziq memujuk Laila.

Setelah hati Laila terpujuk, Haziq mengajak Laila makan tengah hari bersama. Tambahan pula Nurul baru sahaja menghantar mesej mengatakan dia tunggu di Restoran Mc’Donalds. Laila bersetuju selepas puas dipujuk.

“ Lily,apa jadual saya petang nie?” tanya Laila apabila melalui meja Lily.

“ Cik Laila tak ada sebarang mesyuarat tapi Cik Laila ada perjumpaan dengan klien petang nie,”

“ Terima kasih Lily,”

“ Bye Lily,kirim salam dekat Jazlan ye,” kata Haziq sehingga menimbulkan senyuman diwajah Lily.

Laila dan Haziq menuju kearah seorang wanita yang sedang tersenyum kepada mereka. Makanan yang terhidang membuatkan perut mereka menuntut untuk diisi. Nurul mengambil order dahulu kerana Haziq menyuruhnya berbuat begitu.

“ Akak tak sangka yang Laila boleh gabungkan dunia korparat dengan butik. Look at you now sis,your company is one of the best company in asia,” puji Nurul

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience