1

Drama Series 4104

5 TAHUN KEMUDIAN

"TENGKU ADELINE CHRISTINA! WAKE UP! IT'S ALREADY 10 O'CLOCK!" Suara Tengku Ashren Christen, abang sulung Adeline bergema di dalam banglo tiga tingkat milik Tengku Caroline dan Tengku Michael iaitu grandma dan grandpa mereka.

Banglo itu kini didiami oleh kedua grandma grandpa mereka, Adeline, Ashren, dan lagi tiga orang sepupu lelaki mereka. Tengku Danial Eaton, Tengku Danny Eaton dan Tengku Dyan Eaton. Mereka semua berdarah kacukan asal Australia-Melayu. Namun hanya keluarga Adeline yang menetap di Malaysia. Yang lain, hanya datang ke Malaysia sekali sekala.

"Ya, I'm awake!" Malas-malas Adeline mencapai tuala birunya yang tersangkut di tepi dinding bilik mandi sebelum melangkah masuk ke dalam.

Lama mukanya ditenung di cermin bilik mandi itu. Sebelum dia mula mencuci muka dan memberus gigi. Usai meneliti wajahnya, dia bergerak ke arah pancuran air untuk membersihkan badannya.

Adeline melangkah keluar dari bilik mandi lengkap berpakaian. Dia sudah berjanji dengan sepupunya, Dyan untuk keluar berdua. Dia mengenakan knitted top dengan short jeans. Bila dah tinggal, membesar semua di luar negara, inilah dapatnya.

?

Dyan menjadi mangsa penemannya untuk shopping hari ini. Semua gara-gara Ashren, Danial dan Danny tidak dapat menemaninya keluar shopping. Ashren dan Danial sebaya, berusia 25 tahun dan bekerja di syarikat grandpa mereka. Danny berusia 24 tahun dan bekerja sebagai pilot. Tinggallah Dyan yang sebaya dengan Adeline. Grandma mereka berusia 60 tahun pula sibuk menguruskan butik miliknya. Walaupun tua namun wajah langsung tidak dimamah usia, begitu juga grandpa mereka.

Adeline turun ke tingkat bawah sempat menangkap figura Danial dan Ashren yang sedang menjamu selera. Nak pergi kerjalah tu. Dyan pula dilihat sibuk melayan ulang tayang perlawanan bola sepak piala dunia di ruang tamu. Lelaki dan bola berpisah tiada.

"Breakfast little sister. Oh wait, it's not breakfast anymore, it's brunch. Hahaha." Sakat Danial kepada adik sepupunya seorang itu. Orang bangun lambat memang seronok disakat.

Ashren memandang ke arah Adeline yang masih setia berdiri di hadapan tangga. "You want to stay there until tomorrow morning or what? Duduk makan, sekejap lagi nak keluar kan. Nanti mengadu lapar pula." Ashren sudah mengambil tempat di hadapan Danial. Lambat-lambat Adeline mengambil tempat di sebelah Ashren.

"Nak ajak makan pun marah. Tak apalah, Lin makan dengan Dyan dekat mall je." Ucap Adeline sambil tangan merampas roti yang sudah disapukan jem dari tangan Danial. Baru nak sua roti dalam mulut, tiba-tiba roti hilang. Apa citer nih!?

"Sesedap peanut butter and jelly spread aje kau rampas roti abang nial ye. Tadi kata nak makan dekat mall kan? So, give me back." Danial mengambil kembali roti yang sudah digigit sekali dari adik sepupunya.

Adeline bangun dari duduk. Merajuk dengan abang dan sepupunya itu. Sebelum beredar, sempat dia mengambil beberapa ketul popcorn chicken dari pinggan Ashren sebelum terus berlari mendapatkan Dyan dan menarik tangan Dyan menuju ke kereta Ferrari Portofino milik Danny yang kini sedang bekerja.

"Damn it Adeline Christina!" Jerit Ashren dari meja makan. Jelas kedengaran suara Ashren dari luar rumah. Adeline dan Dyan cuma ketawa sebelum berlalu masuk ke dalam kereta. Beberapa ketika kemudian, laju kereta yang dipandu Dyan itu menuju ke Melbourne Central.

Setelah kereta selesai diparkirkan, kedua mereka melangkah beriringan masuk ke dalam pusat beli-belah itu.

"Are you sure you want to go back to Malaysia? I mean, Lin betul-betul dah okay ke?" Dyan bertanya sebaik sahaja mereka duduk untuk makan di sebuah cafe di Melbourne Central.

Adeline memandang wajah Dyan di hadapannya. "Ya. Lin pasti. I miss my friends. Plus, they are planning for a reunion and I want to join it." Bicara Adeline yakin dengan keputusannya untuk pulang ke Malaysia hujung minggu ini.

Kedua mereka memberi ruang untuk pelayan meletakkan pesanan sebelum Dyan menyambung bicara. "School reunion. You will meet him again. Are you sure you are going to be okay?" Soalan Dyan menyentakkan Adeline. Sebenarnya dia juga memikirkan perkara yang sama. Macam mana kalau dia terserempak dengan Faiq? Bersediakah dia?

"I don't know. I don't want to think about it yet." Sungguh dia rasa sesak bila memikirkan hal lelaki itu. Lelaki yang menyebabkan dia nekad untuk pergi dari Malaysia.

Dyan hanya diam. Dia tak sepatutnya buka cerita tentang hal ini. Dia tahu segala-galanya tentang Adeline dan Faiq. Dan tidak dinafikan, sampai sekarang Dyan masih membenci Faiq kerana memperlakukan sepupu rapatnya sebegitu.

Usai menjamu selera, Dyan menemani Adeline membeli barang-barang keperluan Adeline untuk dibawa ke Malaysia. Lenguh jugalah tangannya membawa beg kertas yang banyak milik Adeline. Inilah perempuan, kalau tak menghabiskan duit, tak sah.

"Dyan!" Pantas Adeline menoleh ke arah Dyan dan memaut lengan lelaki itu. Nasib baik tak terlucut semua beg kertas di tangannya. Kalau tak, siapa pulalah yang nak mengutip semuanya di tengah-tengah Melbourne Central ni.

"Lin, jangan buat macam tu. Terkejut Dyan." Adeline menayangkan senyum kambing kepada sepupunya itu.

"Can I ask you a favour?" Tanya Adeline dengan kening yang terangkat-angkat. Dyan hanya membuat muka apa lagi idea gila kau nak buat ni?

"What is it?" Dyan bertanya sambil menyambung langkah menuju ke kereta. Cepatlah sampai, tangan aku dah nak putus ni.

"Teman Lin balik Malaysia." Sekali lagi basib baik tak terjatuh semua beg kertas itu.

"Are you out of your mind Tengku Adeline Christina." Budak ni sumpah mereng. Aku dah berkurun tak pergi Malaysia tu tahu tak. Mahunya aku jadi kucing masuk reban ayam. Blur.

"Please Dyan. I'll talk to aunt Ivan and uncle Steph. Bolehlah Dyan. Flight ticket is on me." Adeline menyiku-nyiku lengan Dyan.

"Fine. Do as you wish." Dyan terus melangkah meninggalkan Adeline yang sudah tersenyum kambing di belakang.

Adeline terus berjalan di dalam Melbourne Central seorang diri sementara Dyan menyimpan barang ke dalam kereta. Mereka bercadang ingin menghabiskan masa di sini hari ini. Duduk rumah bosan, maka berdatinglah dua sepupu ini.

Sedang seronok Adeline melayan perasaan berjalan seorang diri, tiba-tiba dia terlanggar seseorang menyebabkan dirinya terdorong ke belakang. Belum sempat dirinya menyembah tanah, pinggangnya diraih menyebabkan dia berada di dalam pelukan individu itu. Tahulah dia bahawa dia terlanggar seorang lelaki.

Apabila dia sudah dapat menyeimbangkan diri terus dia melepaskan pelukan lelaki itu di pinggangnya.

"Sorry miss. I didn't notice. It was my mistake miss." Adeline membetulkan bajunya. Eh, suara macam kenal. Adeline mengangkat muka untuk membalas maaf lelaki itu.

"It's ok--" Lama Adeline memandang wajah lelaki itu. Ini bukan ke kawan Faiq, Arief. Pasti lelaki itu tidak mengecamnya kerana dulu dia tidak begitu menjaga penampilan seperti sekarang.

"Arief? Arief Zafran?" Teka Adeline sambil merenung mata jejaka di depannya meminta jawapan.

"Err, ya. You know me?" Soal Arief kepada Adeline. Dahi berkerut memikirkan adakah dia mengenali gadis itu. Siapa eh. Bila masa aku kawan dengan perempuan oversea ni?

"Rief. Ni akulah. Adeline Christina."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience