12.30 MALAM.
Amelia yang mamai berjalan turun tangga menuju ke dapur ketika perutnya bergendang memain lagu keroncong.
“Huargh… Ngantuknya, tapi lapar.”
Habis kabinet dapur diselongkar. Ada beberapa bungkusan mi segera pelbagai perisa. Amelia ambil dua bungkus dan letak di atas kaunter dapur.
“Aduh, sejuknya lantai ni. Abanglah ni kedekut, tak nak beli karpet lapik lantai dapur.” menjinjit kaki Amelia ke bilik air.
“Asal pergi dapur je rasa nak terkencing. Leceh betul.” omelnya lagi. Mujurlah rumah banglo tersebut tak besar mana, maka tak perlulah Amelia berjalan berbatu jauh hanya nak ke bilik air.
“Fuh, lega pun. Ingatkan hajat kecil je, rupa-rupanya besar.” Selesai urusannya selepas hampir setengah jam. Amelia mencuci tangan dan sempat merapikan rambut. Dah kosong perut, laparnya bertambah hebat.
“Alahai, kesian mi segera aku tunggu lama. Sampai terbau-bau aromanya sampai dekat sini.”
Sambil berjalan, Amelia singgah setiap pintu dan tingkap rumahnya dan periksa kalau dah berkunci.
“Hm, semua berkunci. Safety first!” Usai berpuas hati, dia terus ke dapur. Tapi, dia berhenti semula kerana cuak.
“Ha’ahlah. Ada baulah. Tapi, aku belum start masak pun lagi…” Jantungnya berdegup kencang. Perlahan, dia melanjutkan kaki ke dapur lalu terpaku. Seorang lelaki menghidang dua mangkuk mi segera di meja makan. Amelia terlalu terkejut sampai tak bersuara.
“Tunggu apa lagi? Ayah dah masak ni, jom makan,” lelaki itu mempelawa sambil tersenyum. “Kenapa, tak lapar dah ke?” soalnya lagi. Amelia hanya menelan air liur.
“Ayah… Buat apa dekat sini?” bergetar suaranya.
“Masakkan untuk Amylah. Amy kata laparkan tadi?” Lelaki itu hanya mengerut wajah hairan.
Dia menolak mangkuk mi segera ke arah Amelia seperti menjemputnya ke meja. “Ni, ayah siap tambah telur dengan cili padi lagi, macam yang Amy selalu makan.”
Amelia tarik nafas dalam-dalam, cuba meraih keberanian. Matanya menjegil. “Ayah, saya bagi amaran sekali je. Baik ayah keluar daripada rumah saya sekarang sebelum saya jerit panggil suami saya.” arahnya dengan suara tertahan-tahan.
Lelaki yang digelar ayah itu hanya tersenyum. Amelia melihat dia tertawa kecil.
“Kalau Amy nak jerit, jerit jelah. Suami Amy bukan ada dekat rumah pun kan? Dia keluar outstation seminggu, betul tak?”
Amelia dah rasa air matanya bergenang, tunggu masa saja nak tumpah ke wajah. Lelaki itu memandangnya seolah-olah simpati.
“Makanlah dulu, nanti sejuk.” dia menghulur sudu dan garfu. “Amy pun tahukan yang ayah tak suka bagi arahan banyak kali?”
Share this novel
aaa,az,a,????????????
best lak cite ni.. tak pe.. teruskan update tau? mentang2 saya dah baca awak punya.. baca lah saya punya gak! hehe.. gurau je.. jamgan marah