Bab 3

Drama Completed 35637

Selepas sejam setengah dia tidur, dia dikejutkan dengan bunyi pintu rumah nya dibuka.

Berderau darah Tiara ketika itu. Dia pun lantas buka sedikit pintu bilik nya dan melihat abangnya baru balik. Lega hatinya. Dia ingatkan siapa.

Pada mulanya, dia mahu marah abangnya yang baru balik itu tetapi dia teringat janji dengan ibunya. Dia pun tarik nafas untuk tenangkan diri dan berjumpa abangnya.

"Baru balik ke bang?" tegur Tiara kepada abangnya yang baring di sofa.

"Kau tak nampak ke aku baru balik. Yang kau tanya lagi apahal?" jawab Luqman.

Tiara masih bersabar lagi.

"Ibu mana?" tanya Luqman

"Ibu pergi outstation sebulan. Ibu baru gerak pagi tadi" 

"Ohhh" jawab Luqman malas mahu layan Tiara. Dia sedikit pelik dengan tingkahlaku adiknya itu. Selalunya kalau dia balik rumah, Tiara pasti akan menyindir dia. Tetapi, kali ini dia dilayan dengan baik oleh adiknya itu.

"Abang" panggil Tiara

"Apa kau nak?" kata Luqman yang tidur di sofa

"Esok Ara dah start belajar dekat universiti" kata Tiara. Dia mahu berkongsi berita gembira itu dengan abangnya. Tetapi, lain yang dia dapat.

"Suka hati kau la nak belajar kat mana. Janji kau tak menyusahkan hidup aku sudah lah. Ke kau nak cakap yang kau belajar dekat universiti lepastu aku ni tak berpelajaran? Itu yang kau nak cakap?" balas Luqman sambil duduk dan pandang muka adiknya

Kesabaran Tiara sudah habis. Dia tak berniat nak kata macam tu. Dia saja nak kongsi berita gembira dengan abangnya itu. 

"Apa abang ni? Ara nak kongsi dengan abang je. Tak ada niat pun Ara nak cakap abang tak berpelajaran. Ke abang sendiri rasa abang macam tu? Dah la , susah la cakap dengan abang ni" kata Tiara sambil masuk ke biliknya dan kunci pintu.

"Eh kurang ajar betul dia ni. Yang dia sibuk nak bagitahu aku dah kenapa? Macam aku jaga pulak kebajikan dia. Semak betul la. Ingat balik rumah nak rehat tapi makin sakit kepala" kata Luqman sambil menendang sofa dan keluar dari rumah.

Di dalam bilik, Tiara mendengar abangnya keluar dari rumah.

"Elok pun dia keluar. Duduk dalam rumah ni pun tak ada guna " kata Tiara. Kemudian, dia kemas katilnya, capai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
//
Selepas Tiara solat Isyak, dia kemaskan barangnya untuk dibawa ke universiti esok. Tiara gembira bercampur takut.

Kejadian yang berlaku tadi antara dia dan abangnya dilupakan nya.

Tiara pastikan supaya semua benda benda yang penting seperti salinan ic, salinan slip keputusan SPM, surat tawaran kemasukan universiti, semua sijil yang dia dapat semasa dia di sekolah rendah dan menengah, slip penyata gaji ibunya, salinan sijil tamat persekolahan, dokumen dokumennya yang berkaitan dengan akademik dan kokurikulum, laporan pemeriksaan kesihatan dan 4 gambar passport dia sudah siapkan.

Setelah dia pastikan semua barang barang penting tersebut sudah siap, dia ambil kemejanya yang berwarna biru dari dalam almari nya dan selendang berwarna ungu dari laci untuk digosok.

Setelah semuanya selesai dia pun tutup lampu dan masuk tidur.

Keesokan harinya, Tiara bangun pukul 6 pagi. Pada mulanya, disebabkan mengantuk dia terlupa tentang hari itu. Tiba-tiba matanya terbuka luas.

"Eh! Harini first day aku pergi universiti la! Baik aku mandi cepat" kata Tiara sambil bergegas untuk mandi.

Selepas mandi, dia solat Subuh dan berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan nya pada hari itu. Dia juga mendoakan supaya Allah sentiasa pelihara langkah ibunya yang jauh darinya itu.

Tidak lupa juga doa untuk ayahnya dan abangnya supaya Allah lembutkan hati abangnya itu untuk berubah. Selesai berdoa, dia melipat telekung dan sejadah dan letak di tempatnya. Dia keluar dari bilik dan pergi ke dapur untuk masak sarapan pagi.
//
Selepas mengucapkan terima kasih kepada pemandu grab yang dinaiki nya, dia berjalan ke arah bangunan universiti.

Kini, Tiara sedang berdiri di hadapan bangunan Universiti Melaka yang tersergam indah. Tiara tidak percaya yang dia akan belajar di situ.

Disebabkan terlalu leka melihat bangunan yang cantik itu, Tiara tidak perasan ada kereta yang sedang menuju ke arahnya.

Pemandu kereta itu pun tidak perasan akan kehadiran Tiara di depan kerana dia sedang ralit bermain telefon. Selepas puas melihat bangunan itu, Tiara pun mengalihkan pandangan nya.

Alangkah terkejutnya dia melihat ada kereta yang menuju ke arahnya. Disebabkan terlalu panik dia tak tahu mahu buat apa selain berdiri tegak di situ dan melihat kereta itu datang ke arahnya.

Dia mahu menjerit tetapi suaranya tidak boleh keluar. Ketika itu, Tiara rasa di situlah pengakhiran hidup nya.

Pemandu kereta itu pula terkejut melihat ada orang di depan keretanya dan menekan brek dengan kuat. Nasib tak tercabut je brek tu. Tiara pula melihat kereta itu sikit lagi mahu menyentuh nya , menutup muka menggunakan tapak tangannya.

Tiba-tiba Tiara rasa yang dia selamat lagi. Dia masih rasa badannya dan dia masih berdiri bukan terbaring.

Lantas dia alihkan tangan dari muka nya dan melihat dia masih hidup.

"Alhamdulillah aku hidup lagi" kata Tiara perlahan. 
Tiba-tiba ada suara menyergah nya dari tepi.

"Woi! Dah tak nak hidup ke?! Nak sangat mampus? Kalau nak sangat bunuh diri pergi terjun bangunan la! Tak payah duduk tengah tengah jalan ni!" jerit pemandu itu.

Lantas, Tiara pandang muka pemandu itu. Pada mulanya dia mahu mintak maaf pada pemandu itu tetapi tak jadi selepas tengok muka pemandu kereta itu. Pemandu itu pun terkejut melihat Tiara.

"KAU!" jerit Tiara dan pemandu itu.

"Apa kau buat kat sini?! Lepas kena langgar basikal dengan aku dah tak nak hidup ke?" tanya lelaki yang berlanggar dengan Tiara tempoh hari.

"Kau yang buat apa dekat sini?! Hari tu kau langgar aku guna basikal. Hari ni kau nak langgar aku guna kereta pulak. Memang kerja kau nak melanggar orang je ke?" balas Tiara.

Dia tak percaya dia boleh terjumpa dengan lelaki yang dia benci. Walaupun pertemuan awal mereka hanya sekejap, tetapi Tiara rasa yang dia benci lelaki itu sejak dari dia kecil lagi.

"Hello? Siapa yang duduk dekat tengah jalan? Kau ni memang cuai kan?"

"Hey! Yang kau tak elak aku kenapa kalau kau nampak aku dari jauh. Ni mesti kau main phone sambil bawak kereta. Kalau kau tak main phone, kau boleh nampak aku dari jauh"
Terdiam lelaki itu mendengar kata-kata Tiara.

"Apasal diam? Betulkan kau main phone? Baik buang je lesen memandu tu kalau bawak kereta pun tak betul" balas Tiara.

Lelaki itu cuba bersabar dan bertanya.

"Kau buat apa kat sini? Tak silap aku universiti ni dah ramai cleaner. Kau boleh cuba nasib kat universiti lain kot" Lelaki itu saja mahu sakitkan hati Tiara.

"Aku datang sini nak belajar la , apa masalah kau? Universiti ni atuk kau punya ke?" geram Tiara dengan sikap lelaki itu. Dah la salah, tak nak mintak maaf pulak tu. Dasar mereng! 

"Ouhh, belajar dekat sini. First day? Harap first day kau tak jadi last day kat sini. Btw, aku pun belajar dekat sini. Selamat berkenalan, sengal" kata lelaki itu dan masuk semula ke dalam kereta. Dia start enjin kereta nya dan kereta itu pergi.

"Dia panggil aku sengal lagi? Berlagak betul! Macam mana aku boleh satu U dengan diaaa!!" 
//
Tiara sudah berada dalam bangunan universiti itu. Lama juga masa yang dia ambil untuk tenangkan dirinya daripada marah tadi. Tapi selepas dia rasa sedikit tenang, dia masuk ke dalam bangunan.

Tiara pening melihat keadaan di dalam bangunan itu. Dia tak tahu mana perlu dia pergi. Dalam hati dia berharap sangat dia tak terjumpa lagi mamat mereng itu. 

Sedang Tiara berjalan-jalan sambil memandang ke kiri dan ke kanan untuk mencari pejabat, ada seorang lelaki yang memerhatinya dari jauh.

Pada mulanya lelaki itu sedang main telefon nya, tapi dia perasan yang Tiara seperti tiada hala tuju. Tiara tidak perasan dengan kewujudan lelaki itu.

Tiba-tiba lelaki itu datang ke arah Tiara. Dia menegur Tiara.
"Student baru ke?" tanya lelaki itu

Tiara terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Tiara melihat mukanya dan terpaku. Dalam hati dia berkata,
"HANDSOME NYAAA!!" jerit nya di dalam hati

Akibat terleka dengan wajah lelaki itu, dia tidak menjawab pertanyaan nya.

"Sorry?"

Tiara tersedar.

"Haah, student baru" jawab Tiara. Jantungnya tiba tiba berdegup kencang.

"Ouhh, patutlah tak pernah nampak. Cari pejabat ke?" 
"Haah , tapi tak tau dekat mana. Tu yang macam tak tak hala tuju tu" jawab Tiara tersengih.

"Hahaha, ok la. Meh saya tunjukkan pejabat. Jom" ajak lelaki itu.

Terkejut Tiara mendengar ajakan lelaki itu. Dia hanya mengangguk perlahan dan ikut lelaki itu dari belakang. 
Semasa dalam perjalanan ke pejabat, Tiara berkata dalam hati,
"Best nya kalau dia sama course dengan aku. Boleh aku jumpa dia setiap hari" 

Tiba-tiba lelaki itu bersuara.

"Nama siapa?" tanya lelaki itu

Tiara yang sedang hilang dalam angan-angan nya terkejut dengan pertanyaan lelaki itu.

"Tiara" jawab Tiara pendek
"Ouhhh, Tiara. Sedap nama tu" 
Pipi Tiara kemerahan apabila dipuji begitu.

"Ambik course apa?"
"Law" jawab Tiara
"Wahh, bakal peguam , pendakwa raya la ni? Ke nak jadi hakim?" gurau  lelaki itu

"Eh, tak ada lah sampai hakim" Ketika itu Tiara rasa tersangat malu.

"Hahahaha, nama abang Rafiq Izuddin. Panggil je Abang Rafiq"

"Ouhhh, abang ambik course apa?" tanya Tiara cuba memberanikan diri.
Dalam hati dia berharap yang Rafiq menyebut perkataan 'law'.

"Building and construction" jawab Rafiq
"Ouhhh, building and construction" jawab Tiara hampa.

"Okeh, pejabat dekat depan sana. Tiara belok sikit kanan nampaklah pejabat" tunjuk Rafiq

Hati Tiara berbunga-bunga mendengar Rafiq menyebut namanya.

"Okey Abang Rafiq. Terima kasih sangat-sangat sebab tolong Tiara tunjukkan pejabat kalau tak entah ke mana Tiara tadi" kata Tiara sambil tersenyum.

"No problem la. Lagipun kan Tiara junior abang. Ok lah abang gerak dulu. Bye" kata Rafiq sambil melambai ke arah Tiara.

Sebelum dia melangkah pergi, dia sempat memberi senyuman kepada Tiara.

"DIA SENYUM DEKAT AKU! ARGH, TAK TAU PULAK AKU DEKAT U NI ADA ORANG YANG HANDSOME MACAM DIA! Kalau dia dalam kdrama, dia umpama macam Gong Yoo. Senyuman manis, gentleman, baik. Argh!" kata Tiara dalam hati. 

Dia kemudian masuk ke dalam pejabat.
//
Selepas selesai urusannya di dalam pejabat, Tiara pun keluar. Di tangannya terdapat banyak kertas. Dia berjalan sambil dia melihat kertas-kertas itu.

Kemudian, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Tiara terjatuh. Habis kertas kertasnya bersepah di lantai.

"Sorry sorry, saya tak sengaja. Mintak maaf sangat-sangat" kata Tiara sambil bangun untuk melihat muka orang yang dilanggarnya itu.

"Ehh, tak apa. Saya yang salah sebab tak pandang depan. Sorry tauu" kata perempuan itu.

Di hadapan Tiara ada seorang perempuan yang comel bertudung selendang merah jambu. Dia turut membantu Tiara mengutip kertas kertasnya. Tiara yang melihat perempuan itu mengutip kertas nya cepat menghalangnya.

"Ehh, tak apaa. Biar saya buat" 
Selepas semua kertas sudah dikutip, mereka memandang satu sama lain.

"Student baru ke?" tanya perempuan itu

"Haah, harini first day" jawab Tiara

"Boleh tak kita guna aku kau? Sebab tak biasa la guna saya awak" kata perempuan itu tersengih.

"Ouhh, bolehh. Aku pun tak biasa guna saya awak" Tiara tersenyum

"Nama aku Hadirah, kau?"
"Tiara, Tiara Adriana" balas Tiara

"Ouhh, kau ambik course apa?
"Law"

"Sama laaa! Aku pun ambik law. Kita boleh jadi kawann" kata Hadirah teruja.

"Ye ke? Wahhh untung aku baru masuk u dah dapat kawan" 

"Hahahaha, tapi aku ada lagi sorang kawan. Nama dia Farhan. Tak tau la sekarang dia dekat mana, tu yang aku main phone tadi tengah tanya dia dekat mana" 

Tiara cemas. Dia berkata dalam hati,
"Farhan? Mamat mereng tu nama dia apa? Jangan cakap mamat tu kawan dengan Hadirah ni. Mampus aku kalau dia kawan dengan Hadirah"

Hadirah yang melihat Tiara mengelamun, menegurnya.

"Hey, Tiara. Okey tak? Kau kenal Farhan ke?"

"Eh, tak. Tak kenal lagi" kata Tiara tersedar 

"Harini first day kau kan? Jadi mesti lah minggu ni kau orientasi. Tak pe, minggu depan sebelum kau masuk class aku tunggu kau dekat depan pintu U. Kita masuk class sama-sama. Nak tak?" kata Hadirah. Terpancar keterujaan di muka Hadirah.

"Bolehh. Boleh sangat. Aku pun pening tengok universiti ni"

"Oklah kalau macam tu. Kau boleh bagi nombor telefon kau? Senang aku nak contact nanti" kata Hadirah sambil menghulurkan telefon nya kepada Tiara.

"Okey dah, nah" Tiara mengembalikan kembali telefon Hadirah. "Aku gerak dulu ek. Nanti lambat pulak"

"Ouhh okey. Jumpa isnin minggu depan. Byee" 

Dan mereka pun berjalan ke arah yang berbeza.
//
Tiara pulang ke rumah selepas seharian dia di universiti. Dia baring di katilnya untuk melepaskan lelah.

"Fuhh, penat betul harini. Selalu nya aku duduk rumah je. Sekali hah, seharian dekat universiti macam pergi menoreh getah pulak"

Tiba-tiba telefon nya berdering. Dia melihat siapa yang call dan tertera 'ibuku'. Dia lantas mengangkat telefon itu.

"Assalamualaikum , Ara. Ara dekat rumah ke dekat universiti lagi tu?" tanya Puan Wardah

"Waalaikumussalam. Ara dah dekat rumah dah"

"Macam mana first day? Okey tak?"

"Okey je. Ara dah ada kawan dahh"

"Ye ke? Cepat betul Ara dapat kawan. Setahu ibu Ara ni kera sumbang sikit" gurau Puan Wardah

"Ibu nii. Apa cakap Ara macam tu"

"Lelaki ke perempuan kawan Ara tu?"

"Yang dengan Ara cakap tu perempuan, tapi dia cakap dia ada lagi kawan"

"Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki"

Tiba-tiba muncul sekali lagi wajah lelaki mereng dalam fikirannya. 

"Ara jaga diri tau dekat universiti tu" pesan Puan Wardah

"Iyee, ibu! Ibu tau tak Ara jumpa siapa dekat universiti tadi?"

"Siapa?" tanya Puan Wardah

"Ara jumpa dengan lelaki gila tu ibuuu! Dia belajar dekat situ jugakk. Menyampah betul"

Tergelak Puan Wardah mendengar cerita anaknya itu.

"Kan ibu dah cakap. Ara akan jumpa lagi dengan dia. Masin mulut ibu" jawab Puan Wardah

"Ish ibu niii. Ara harapp sangat yang dia tak sama course dengan Ara. Kalau sama course, hmmm dok tau la"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience