bab 5

Romance Series 423079

Di meja makan Ayriz hanya mendiamkan diri. Bagi mereka sudah terbiasa jika Ayriz diam begitu kerana gadis itu bukanlah seorang yang banyak cakap sejak dahulu. Lain pula dirasakan oleh Fariz apabila melihat isterinya diam begitu. Benar kata Ayriz sikapnya berubah ubah. Malam tadi garang, pagi ni ceria dan sekarang diam.

“Kenapa awak diam je ni. Saya salah cakap ke?“ bisik Fariz. Sedikit pun Ayriz tidak menoleh dan dia hanya makan.

“Ayriz.” panggil Fariz lagi namun masih diam. Fariz makin buntu. Dia sudahlah tidak pandai memujuk.

“Hai you all.” sapa seorang gadis. Raisya musuh ketat Ayriz dan adik kepada Fahmi. Sejak dahulu lagi Ayriz dan Raisya tidak sebulu.

Ayriz meletakkan sudu dan garpunya. Semua mata memandang Ayriz.

“Waalaikummussalam.” kata Ayriz sambil tersenyum memerli. Raisya hanya menjeling Ayriz lalu terus duduk disebelah abangnya.

“Makan tak tunggu Sya pun sampai hati. Ouh ini ke suami express kau tu Riz?” perli Raisya apabila memandang Fariz. “Sya please jangan mula.” tegur abangnya.

“Asal? Nak kebas jugak?” mereka di meja makan sudah rasa akan ada pergaduhan kejap sahaja lagi. Fariz pula sedikit keliru dengan apa yang berlaku namun dia dapat rasakan isterinya tidak menyukai perempuan yang berada di hadapannya.

“Excuse me? Hey you tengok wife you, kenapa you pilih dia ni jadi wife you ha? Tak ada adab.”

“Abis kau bagus sangat?” Fariz memandang isterinya. Jelas Ayriz menahan amarahnya ketika itu.

“Mummy! Tengok Ayriz ni!”

“Itu je modal kau? Kalah panggil mummy.” perli Ayriz lagi.

“Apa yang korang bising bising ni?” tegur mama Ayriz apabila mendengar kekecohan. Semua terus menuju ke meja makan.

“Mama tengoklah ni, Ayriz cari gaduh dengan Sya.”

“Adik, kenapa ni? Kan Sya baru je sampai.”

“Tak payah datang pun tak apa.” geram dia melihat gadis itu. “Ayriz, bagitahu mummy apa yang Sya cakap.”

“ Dia cakap Fariz suami express Ayriz.” mendatar Ayriz berkata sambil matanya memandang tajam gadis itu. Selang beberapa saat matanya memandang mummy.

“Why mummy diam. Mummy pun setujukan dengan dia? Sampai hati mummy.” Ayriz terus berlari ke arah lift.

“Ayriz….” panggil Mummy serba salah.

“Tak apa biar Fariz yang pergi tengok dia.” mungkin itu alasan yang tepat digunakan untuk naik ke atas.

“Sya, kan daddy dah cakap jaga mulut tu. Why suka sangat cari gaduh.” marah daddy dengan anak perempuannya. “What? Betulkan apa Sya cakap?”

“Dah dah sambung makan tu.”papa memutuskan perbualan. Semua kembali duduk. Ami sudah menggelengkan kepala melihat sikap adiknya.


“Ayriz.” panggil Fariz lembut apabila melihat isterinya berada di katil. Ayriz masih lagi tidak mengendarkan Fariz. Fariz mendekati isterinya lalu dia duduk.

‘Adu… aku ni tak pandai nak pujuk.’

“Awak marah saya ke?” Ayriz menggeleng perlahan. “Abis kalau tak marah saya kenapa tak jawab saya panggil dekat meja makan.”

“Saya lapar.”

“Lapar sampai saya panggil pun awak tak jawab. Awak tak nak kenalkan ke perempuan tadi tu dekat saya?” soal Fariz membuka cerita. Pantas Ayriz memandang tajam suaminya.

‘Aku salah cakap lagi ke?’

“Kenapa? Awak suka perempuan tu?”

“Hey bukan macam tu lah… saya tahu awak tak suka dia, and saya dapat rasa korang ada something so thats why saya nak kenal dia tu siapa and why wife saya marah sangat dengan perempuan tu.” Lembut Fariz menerangkan kepada Ayriz. Sedikit rasa terharu apabila Fariz memanggil dirinya “wife”.

“Nama dia Raisya… anak mummy adik abang Ami. Yes memang daripada dulu kitaorang tak pernah rapat and dia musuh saya. I hate her! Semua hak saya dia rampas. And I know dia akan rampas something lagi daripada saya. And yang ni paling bermakna dalam hidup saya.”

“Wait. Something what?”

“Husband.”

“Me?”

“Yes. Cukuplah semua benda dia ambil daripada saya. Saya taknak husband pon dia ambil. Awak orang yang penting dalam hidup saya. Saya takut, saya takut dia rampas awak daripada saya.” luahan itu cukup membuatkan Fariz tersentuh. Dan tidak menyangka gadis itu mengalirkan air matanya seolah olah apa yang dia sampaikannya ikhlas.

“Ayriz… dont cry. Pandang saya.” arah Fariz lembut. Perlahan lahan Ayriz memandang wajah suaminya. Fariz mengelap air mata Ayriz menggunakan jarinya.

“Saya tak akan pergi dekat dia? Awak jangan risau okay. Sebab apa? Im your husband.”

“But awak tak sayangkan saya. Awak sayangkan Wawa.” Terdiam Fariz apabila isterinya menyebut nama buah hatinya. Ya dia sayang Wawa tapi dia harus menghormati isterinya.

“But now, you’re my wife. So saya tak akan pergi dekat Sya.” Sebaris ayat itu mampu membuat Ayriz kembali tersenyum.

“Saya setuju pindah rumah esok.”

“Sure?” tanya Fariz inginkan kepastian. Dia tahu salahnya tidak berbincang. Ayriz tersenyum manis sambil mengangguk.

‘Ya allah manisnya dia senyum. Lama lama boleh sakit jantung aku asyik pam laju tengok dia senyum. Sabar Fariz.’

“Jom makan. Saya lapar. Tadi tak senang hati tengok awak masam je kat meja makan.”

“Sorry husband.” terbit rasa serba salah apabila dia sedar dia membuat perangainya tadi.

“Its okay. Jom makan. But dengar cakap saya okay. Jangan cari gaduh dengan Sya. Biar dia nak cakap apa pun okay. Awak just makan je.”

“Okay husband.” dengan senang hati Ayriz mengikut kata kata suaminya. Fariz tersenyum dan mereka terus bangun.

Terkejut juga mereka apabila melihat Ayriz turun bersama Fariz. Mereka sendiri tahu Ayriz bukan mudah dipujuk dan mereka lihat Ayriz sudah pun turun.

“Ayriz… mummy minta maaf.” ucap mummy apabila Ayriz menuju ke meja makan.

“Tak pe… lupakan. Ayriz nak teman Fariz makan.” perlahan saja Ayriz bersuara lalu menyendukkan nasi Fariz.

“Awak tak nak makan ke?” soal Fariz apabila isterinya hanya duduk disebelahnya. “Tak, tadi saya dah makankan, husband makanlah.” yang lain hanya memerhati tiada niat untuk tegur kerana mereka tahu perangai Ayriz bagaimana. Sya hanya menjeling.

“Bro, macam mana kau pujuk baby suh turun?” bisik Andy. Pelik juga sikap Ayriz bukanlah begini. “Aku cakap biasa je lah, asal?”

“Kalau kau nak tahu, Ayriz ni kalau merajuk makan hari tau. Macam mana kau pujuk dia 10 minit je.” Fariz mengerutkan dahinya.

‘Makan hari? Aku pujuk biasa je dia dah okay… aik pelik.’

“Husband nak air tak?” tegur Ayriz. Fariz kembali ke alam nyata.

“Ha? Ha nak.”

Ayriz mengikut kata kata Fariz supaya jangan melayan Sya apabila dia mencari gaduh. Sya pula berasa sakit hati melihat wajah selamba sepupunya itu.

Tengok komen buat rasa nak update lagi! Thankyouuuuuu semuaaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience