Bab 30

Fantasy Completed 13895

Malam itu.

Jane sibuk mengemas pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam beg. Esok pagi dia akan beredar dari situ. Rumahnya sudah siap dibaiki. Nasib baik ketua kampung masih lagi ada rasa ehsan terhadapnya. Jika tidak tak tahulah.

"siap pon!" ujar jane menghela nafas lega. Dia merebahkan badan di atas katil. Betul ke aku nak pergi ni? Jane termenung memandang syiling.

Tuk tuk tuk..

Jane bergegas membuka pintu. Kelihatan dani sedang memandangnya dengan pandangan kuyu sebelum lelaki itu rebah di depan pintu bilik jane.

"dani?!!" jane menjerit kuat. Apa yang berlaku ni?
______________

Dani memegang kepalanya yang terasa agak berat. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Aku kat mana.. Dia menoleh memandang sisi katil.

Kelihatan jane sedang tidur terduduk di sisi katil. Kepala gadis itu dilentokkan ke atas katil manakala badannya duduk di lantai.

Dani tersenyum. Dia memandang tangannya. Tangan gadis itu sedang memegang erat tangannya.

Dia tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan kepada jane tentang dirinya. Dia tidak mahu jane pergi lagi. Dani merenung wajah jane lama.

Aku kena buat sesuatu. Dani duduk perlahan-lahan. Kenapa kepala aku sakit sangat? Lelaki itu menggeleng kepalanya dengan harapan sakit kepalanya akan berkurangan.

Jane tersedar. "dani?" gadis itu tersenyum.
"kau okay tak?"

Dani tersenyum lemah. "kak kepala aku sakit sangat"

Jane mengangguk dan duduk di sebelah lelaki itu sambil tangannya mengurut lembut kepala dani.
Dani menutup mata. Lelaki itu tertidur semula.

Jane menarik nafas panjang. Besok dia akan pergi dari situ. Masa ni juga lah lelaki ni nak sakit.
Gadis itu baring di sebelah dani dan menutup mata.
____________

Pagi.

Jane sudah bersiap. Gadis itu duduk di sebelah dani yang masih tidur.

"dani, kalau kai balik mungkin aku tak perlu pergi" jane berbisik perlahan. Tangannya mengusap rambut lelaki itu lembut.

Gadis itu mengeluh. Sewaktu dia ingin menarik kembali tangannya, tiba tiba tangannya dipegang kuat. Terkejut jane memandang dani yang tiba tiba membuka matanya.

"dani.. Lepaskan aku"

"betul ke kalau kai balik, kau tak akan pergi" dani merenung mata gadis itu.

Jane tersenyum hambar. "mungkin. Dah la. Nanti lambat pula aku sampai rumah"

"tunggu" dani bangun perlahan-lahan. "janji dengan aku. Kalau kai datang balik, kau tak akan tinggalkan aku"

Jane mengerutkan dahi. "apa yang kau mengarut ni dani?"

Perlahan-lahan tubuh lelaki itu bertukar menjadi kai. Jane terdiam. Sejujur nya dia tidak terkejut sangat. Dia sudah lihat apa kejadian ni sewaktu dia berada di kebun.

"aku dah jadi kai" kai memandang jane penuh berharap. "tolong jangan tinggalkan aku"

"kenapa awak tipu saya?" jane bersuara perlahan.

Kai menundukkan wajahnya. Kenapalah dia rasa begitu lemah depan gadis itu? "aku tahu kau tak akan rapat dengan aku macam mana kau rapat dengan dani betul tak?"

Jane tergelak kecil. "terima kasih sebab jaga saya selama ni kai. Tapi saya nak balik rumah saya" ujar gadis itu.

Kai menghela nafas berat. "kalau macam tu, biar aku ikut kau?"

"tak boleh. Saya tak nak awak tinggalkan puan erika lagi"

"jane tolonglah. Jangan pergi" lelaki itu hampir merayu.

Tuk tuk tuk..

Jane segera membuka pintu. Muka puan erika sedikit terperanjat melihat anaknya berada di dalam bilik gadis itu.

"kai, buat apa dalam bilik ni?"

"bonda. Jane nak pergi, tolonglah jangan bagi dia pergi" kai merayu kepada bonda nya.

Wanita itu menggelengkan kepala. Orang dah nak pergi baru nak menyesal. "jane, kereta dah tunggu di depan"

"bonda!" panggil kai lagi. Sampainya hati. Lelaki itu meluru turun dari katil dan menarik tangan jane.

"aduh sakitlah kai"

"kai, lepaskan jane sekarang" puan erika mengeluarkan arahan. Matanya terbeliak memandang anaknya. Tak sopan betul!

Lelaki itu mengeleng. "tolonglah bonda. Kai sanggup buat apa je yang bonda nak janji bonda suruh jane tinggal dengan kita"

Puan erika menyembunyikan senyuman. Jane tersenyum.

"baik. Bonda rasa, tempat ni tempat tinggal baru kamu. Boleh tak kamu jangan tinggalkan anak bonda yang terlebih manja ni" pinta wanita itu. Sempat lagi dia memerli anaknya.

Kai memandang jane penuh berharap. "jane, tolong jangan pergi" ujar lelaki itu dengan wajah yang sugul.

Jane tergelak. Tak sanggup dia hendak memandang wajah lelaki itu. "kai awak nak nangis ke?"

Kai tidak mengendahkan soalan gadis itu. Yang penting sekarang jane tak boleh pergi!

"ye, saya tak jadi pergi" gadis itu memberi kata putus. Sebenarnya dia dan puan erika yang merancang untuk mengenakan kai. Tak sangka lelaki itu betul betul akan jadi begitu. Lagipun mana ada kereta yang datang. Dia masih lagi terikat dengan perjanjian di dalam rumah itu.

Kai tersenyum lebar. Lelaki itu memeluk tubuh jane erat. "terima kasih jane!"

"tak nak peluk bonda ke? Tahula dah ada buah hati sekarang" usik wanita itu.

Kai tergelak. Dia melangkah ke arab bonda nya dan memeluk tubuh wanita itu se eratnya. "terima kasih bonda".
_____

Pagi itu rumah agam itu ceria dan penuh gelak ketawa. Semuanya seakan terasa lengkap. Kai memandang wajah jane. Tak sangka gadis itu berjaya mencuri hatinya. Adakah ini yang dipanggil takdir?

Share this novel

Dania Ty
2019-12-31 10:04:48 

the werewolf ni dah tamat ka blm?..


NovelPlus Premium

The best ads free experience