"Aku tunggu kat bangku sana.." kata Lisa dan pergi kearah bangku berhadapan air pancut.
Jennie sekadar mengangguk.
"Terima kasih dan datang lagi.."
Jennie berlalu pergi dengan tangannya memegang dua cawan coke.Matanya melilau mencari Lisa.
"Manalah dia duduk ni.."
Terlalu banyak bangku di sekitar air pancut itu.
Tak semena mena bahu Jennie terlanggar seseorang.
"Maafkan saya cik..saya tak sengaja.."
"Tak apalah..benda dah jadi...it's okay.." kata Jennie.
Satu cawan coke yang terjatuh dipandang Jennie.
"Membazirnya..." kata hati Jennie.
Jennie mendongak memandang siapa yang melanggarnya.
"Huih...hensemnya..." sempat Jennie megelamun pada waktu itu.
"Cik..cik.."
Jennie tersedar.
"Ya..?"
"Ni kad saya kalau cik ada apa apa masalah call saya...saya nak tolong tapi saya nak cepat..so just call me if you want anything..."
Lelaki itu sebenarnya rasa bersalah tetapi dia terpaksa meninggalkan gadis yang tidak dikenali itu kerana kesuntukan masa.
"Haik...kenapa satu je...bukan aku cakap dua ke..?" tanya Jennie.
"Tadi ada lelaki langgar aku..so air tu tumpah.." kata Jennie.
"Lah yeke...tak apa air ni kita boleh kongsi..anyway siapa yang langgar kau...?" tanya Lisa.
Jennie menghulurkan sekeping kad kepada Lisa.
"Kad lelaki tadi ke..?" Jennie mengangguk.
"Tapi muka lelaki tu macam pernah tengoklah...tapi kat mana..?" tanya Jennie.
"Perasaan kau kot.." kata Lisa.
"Siapa nama dia..?" tanya Jennie.
"Kejap aku tengok..nama dia..Jo Youngmin..."
"Jo Youngmin...? Macam familiar je nama tu.." kata Jennie.
"Dah lah kau...sikit sikit macam pernah jumpalah..macam familiarlah apalah...dah duduk yang kau berdiri lama lama tu kenapa..duduklah.." kata Lisa.
Tapi kenapa nama Youngmin macam pernah dengar saja...lelaki tadi macam pernah lihat tapi tak tahu di mana...
"Mungkin perasaan aku agaknya..."
~TAMAT~
Share this novel