Bab 17

Romance Series 21400

"Adam,You nak bawak I kat mana ni? Siap tutup mata lagi? "

Tanya Tasya yang kebingungan dengan kejutan yang akan ditunjukkan oleh Adam .

"Sabarlah, nanti you tahu la.. Sekarang ni you kena jalan sikit lagi"

Kata Adam sambil memimpin Tasya berjalan.

"Bila nak sampai ni? I dah tak sabar nak tengok kejutan tu"

"Sikit je lagi..walau apapun yang terjadi You tak boleh buka penutup mata ni.. okay? "

Tiba-tiba Adam melepaskan pegangannya.

"Adam.. Adam.. you kat mana? I tak nampak ni.. janganlah tinggalkan I sorang-sorang kat sini.. I takut"

Suasana malam yang gelap membuatkan Tasya bimbang apabila tiba-tiba Adam hilang. Suasana sunyi sepi.Tiada suara sahutan daripada Adam.

"Adam.. Adam.. "

Masih lagi sepi.

"Adam.. You kat mana.. "

Suara Tasya mulai berubah.. dia ketakutan

"Adaammmm.... huhu.. jangan tinggalkan I sorang-sorang kat sini.. "

Tiba-tiba...

"Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Ariana Natasya..Allah selamatkan kamu.. "

Penutup mata Tasya dibuka.Kelihatan mata Tasya berair kesan daripada tangisan ketakutannya tadi.

"Surprise.. macam mana?You terkejut tak? "

"Jahatnya You Adam.. tinggal I sorang-sorang"

Tasya mencubit lengan Adam.

"Sorry.. sorry... lepas ni I janji I takkan sesekali tinggalkan You lagi. "

Tasya tersenyum gembira.Adam membuat isyarat untuk menjemput ahli keluarganya keluar dari tempat persembunyian.Mummy,Daddy,Mak Esah, Ammar keluar sambil memegang kek dan menyanyikan lagu 'Happy Birthday '.

"Ramainya orang..."

Tasya berbisik kepada Adam. Adam tersenyum.

"Harini I nak kenalkan You dekat family I.This is Mummy, Daddy, my younger brother and orang yang paling berjasa dalam family I Mak Esah"

Tasya memandang sayu Mak Esah.

Tiba-tiba Adam berlutut di hadapan Tasya.Tasya kehairanan.Adam mengeluarkan satu bekas merah berbentuk hati.

"Ariana Natasya.. would you marry me? "

Tasya tersentak.Dia tidak pernah menyangka Adam ingin melamarnya,sedangkan hubungan mereka baru sahaja terjalin. Tasya terdiam.

"Tasya.. I tahu You mesti terkejut kan? Kita baru berkenalan dalam tiga bulan dan I dah melamar You. Tapi percayalah I yakin You memang jodoh I,dan I akan jaga You and makes you happy "

Tasya hanya terdiam.Wajahnya tidak menunjukkan rasa teruja ataupun gembira. Tasya mengangkat Adam supaya berdiri seperti biasa. Adam kehairanan.

"Adam.. I... I...I tak bersedia lagi"

"Takpe I tahu.. kita bukan nak berkahwin esok.. sekarang ni you kena jawab 'ya' ataupun 'tak ' "

Tasya mula gelisah.. hatinya tak tenang.Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

"Tasya.. "

Adam ingin mendapatkan kepastian.

"Ermmm... ermmm... Sorry Adam, I rasa jawapan I tak.. "

Tasya berlalu pergi.Adam mengejar Tasya. Semua yang hadir kebingungan. Puan Aisyah kelihatan sedih melihat anaknya berlalu pergi mengejar Tasya.

"Tasya... "

Adam mencapai tangan Tasya.

"Kenapa?? You tak suka I ke? I ada buat salah apa dekat You? "

Tanya Adam bersungguh-sungguh.

"Ermm... Adam you tak ada buat salah apa-apa.. I... cuma.. I... Sorry Adam. "

Tasya meleraikan pegangan Adam dan berlalu pergi. Adam terdiam tidak terkata.Dia tidak mampu memikirkan apa-apa.Semua yang berlaku di luar jangkaannya,jauh berbeza daripada apa yang dirancangnya.
****
Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpahku hanya kau disisi

Genggam tanganmu yang suci
Sampai rambutku memutih
Cintaku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti

Sumpah cintaku hanya padamu
Sumpah cintaku hanya padamu


****Asfan Shah -Sumpah Cintaku - ***

Dua bulan selepas kejadian itu Adam tak lalu makan.Hidupnya tak terurus.Dia hanya berkurung di dalam bilik. Adam tidak putus-putus menelefon Tasya untuk meminta maaf.Namun,Tasya tidak pernah mengangkat panggilan Adam. Mesej yang dihantar melalui Whatsapp hanya dibalas dengan blue tick.Adam betul-betul kecewa. Dia menganggap sikap gopohnya meminang Tasya adalah penyebab Tasya tidak mahu bercakap dengannya lagi. Adam sudah tidak berjumpa Tasya seperti dulu lagi.Apabila Adam ke rumah Tasya, sunyi sepi..seperti tiada penghuni. Ini menambahkan lagi kekesalan di hati Adam.

Suatu hari Adam berjalan-jalan di dalam Pusat membeli belah dan terlihat kelibat Tasya.Adam sungguh gembira, dia tidak menyangka setelah sekian lama akhirnya dia berjumpa Tasya. Namun kegembiraan Adam meleset apabila rupa-rupanya Tasya sedang berjalan bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali Adam.Tasya kelihatan begitu mesra dengan lelaki tersebut. Adam mendapatkan Tasya.

"Tasya.. siapa ni.. kenapa you tak angkat bila I call you? apa hubungan you dengan lelaki ni? "

"Sayang.. siapa ni? You kenal ke? "Tanya lelaki yang berdiri di sebelah Tasya.

"I tak kenal dia.. Jom kita pergi tempat lain.. "

Tasya bergegas ingin melarikan diri daripada Adam.Adam menahan pergerakan Tasya.Adam mengenggam tangan Tasya dengan kuat.

"Tak sangka Tasya.. ni sebabnya kau tolak lamaran aku haritu.. baru aku faham..kau jangan muncul depan aku lagi lepas ni.. aku benci kau. kau adalah perempuan yang paling kejam Tasya. Kau tak berhati perut...pengorbanan aku untuk kau selama ni sia-sia..."

"Adam..sakitlah... "

Tasya meminta tangannya dilepaskan.Adam melepaskan tangan Tasya dan berlalu pergi dengan perasaan marah yang membuak-buak.

"You tak apa-apa ke sayang? Biar I ajar sikit lelaki tak guna tu.. "

"Tak payah.. takpe I okay je.. "

Tasya memegang pergelangan tangannya.Merah kesan genggaman Adam.Tasya hanya mampu melihat kelibat Adam yang mula hilang di sebalik orang ramai..

"Sejak haritu.. Emma.. Adam tak buat apa-apa pun..hidupnya hanya dengan kerja.. kerja..Adam mula berubah sikap, Dia menjadi seorang yang panas baran.Tak seceria dulu, puas Puan Aisyah memujuk, menangis langsung tak dihiraukan.Tapi...lepas Emma hadir dalam hidup Adam,Adam tak seperti dulu lagi.. dia banyak berubah.. "

Mak Esah tersenyum memandang Emma.Emma hanya terdiam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience