Chapter 11

Romance Completed 35261

“Argggg!!!” beg tangan dilempar ke atas sofa di ruang tamu. Pasu bunga di atas meja kecilnya ditolak kasar.

“How dare is she! Dia dah lebih!” Sofia Amelia mengamuk seperti merasuk syaitan. Rambut yang diikat kemas ditarik. Habis rambut kemas itu diserabaikan. 

“She touched my face! She. touched. my. beautiful. face.” Sofia Amelia mengungkap satu demi satu perkataan sambil menampar pipi sendiri. Bunyi tamparnya kuat didengari oleh Rohani dan Christina. Habis merah pipi putih milik Sofia Amelia.

Rohani dan Christina berdiri kaku. Tidak tahu bagaimana mengamankan Sofia Amelia yang bertindak luar kawalan itu. Sofia Amelia seorang yang bertindak luar kawalan dan agresif sekiranya ada yang memberontak jiwanya. 

“Weyh, macam mana ni? Habis sepah semua. Pasu bunga pecah, makanan Jacky tinggal sikit je. Itu pun dah bazir sebab si Sofi ni. Sekarang dia buat kerja bodoh pulak. Ada ke orang tampar sendiri? Kuat pulak tu. Entah-entah bibir dia berdarah. Pergi hentikan dia Rohani.” membebel Christina. 

“Apasal pulak aku? Kau pergi lah. Kalau kau berani.” cabar Rohani.

“Jom lah. Kita pergi menenangkan dia. Aku takut Rohani. Kalau mencederakan diri sendiri macam mana? Macam lah kau ni tak kenal wire shortage dalam otak dia tu.” ajak Christina. Risau kalau Sofia Amelia lebih agresif lagi.

“Sofi. Relax.” Christina dan Rohani menghampiri Sofia Amelia. Perasaan takut pun ada. 

“How can I relax? She slapped me! Not once but twice!” jerit Sofia Amelia.

“Memang patut pun kau kena tampar. Mulut celupar. Ni lah padah nya.” berbisik Christina. 

“Diam lah kau! Kalau Sofi dengar habis awak nanti. Jangan cari bala sendiri Christina!” mengugut Rohani.

“Okay! Okay! Kau bawa tenang dulu.” Rohani menenangkan Sofia Amelia. Meraih tangan Sofia Amelia dan duduk di atas kerusi di sebelah akuarium ikannya,Jacky.

“Daddy pun tak backup aku tadi. Daddy just biar betina itu tampar aku. Marahkan aku. Daddy dah tak sayangkan aku lagi Rohani. No one loves me. Everyone hates me. Kalau mummy masih hidup lagi, sure she will be beside me. Loves me.” meluah Sofia Amelia sambil memeluk Rohani dengan erat.

“Kalau aunty masih hidup, mesti kena tampar lebih teruk. Aunty mesti kerjakan kau lebih teruk kalau tengok perangai sombong kau.” berbisik Christina lagi.

Rohani memberi isyarat kepada Christina untuk berdiam. Christina hanya mencebik dan menghulurkan air sejuk untuk Sofia Amelia.

“Sofi, minum air ni dulu. Then take rest. Kalau kau nak balik, aku boleh hantar kau.” tawar Rohani.

“No! I won’t go back there. Can I sleep here?” Sofia Amelia bertutur lemah.

Rohani berasa sedih apabila mendengar suara Sofia Amelia. 

“Sure you can. Ada bawa baju lebih?”

“Ada.” 

“Kau pergi mandi dulu. Aku order makanan.” 

“Christina, bawa Sofi ke bilik.” arah Rohani. 


**********************

“Angah.” 

“Mak.” bersuara Razim setelah lama tidur. Hampir 10 jam Razim tidak sedarkan diri. Alhamdulilah Razim tidak mengalami apa-apa yang serius. 

“Boleh duduk tak?” soal Linda.

“Boleh.” 

“Kejap Razim. Biar abang bantu awak untuk sandar.” Iskandar Faiz membantu Razim untuk duduk. 

“Terima kasih abang Is.”

“Angah, sakit mana-mana tak?” risau Wahidah Tiara. Tangan dan kaki adik lelakinya lebam. 

“Angah okay kak. Jangan risau.”

“Tak guna lah perempuan tu.” rengus Wahidah Tiara.

“Dah lah tu Tiara. Dato’Johari baik orangnya. Dia tanggung semua kos Razim. Mujurlah Razim tak ada apa-apa yang serius.” berkata Linda.

“Tiara tak kata Dato’Johari mak. Memang Dato’Johari baik orangnya. Tapi anak Dato’ tu kurang ajar. Disebabkan dia angah kat sini tau!”

“Dah Tia. It’s past. Leave it.” Iskandar Faiz menenangkan kekasihnya yang tengah marah itu.

“Tamparan saya mesti memberi pengajaran kat dia.”


******************** 

“Sofi dah tidur Christina?” tanya Rohani sambil menulis nota Economics.

“Dah.” jawab Christina acuh tak acuh.

“Kasihan aku tengok Sofi tu Christina.” merintih Rohani.

“Patut pun dia kena tampar tadi.” membalas Christina. Potato chipsnya diambil dan dikunyah.

“Kau ni kan Christina!”

“Apa aku? Betul apa aku cakap. Siapa tak marah kalau orang cakap adik kita masih hidup tak mati? Itu bermaksud orang itu nak adik kita mati kan! I support what she has done at Sofia Amelia.” 

“We all know about her behaviour Christina. Aku tak cakap Sofi betul. Memang itu salah dia. Tapi kau sendiri tengok kan. Sofi rindukan arwah mak dia.”

“Ye. Betul jugak kau cakap. She is missing her mom.”

“Aku lupa nak bagitahu kau. Dari tadi uncle call Sofi. Tapi Sofi tak jawab call uncle. Dia matikan je.” beritahu Christina.

“Uncle tak tahu kan Sofi kat sini. Mesti uncle risau tu.” Rohani mengambil telefon bimbit dan mendailkan nombor Dato’Johari.

“Assalamualaikum uncle.” Rohani memberi salam apabila Dato’Johari menjawab panggilannya.

“Waalaikumsalam Rohani.”

“Uncle, Sofi dekat rumah sewa Rohani. Uncle jangan risau ye.”

“Tadi uncle risau sangat mana Sofi pergi. Uncle ada call Sofi banyak kali. Tapi Sofi just forward all my calls.”

“Sofi tengah marah lagi uncle. Uncle tahu kan macam mana Sofi kalau dia marah. Uncle jangan risau. We will take care of her.” Rohani faham akan perasaan Dato’Johari. Sofia Amelia nyawa Dato’Johari. 

“Thank you so much Rohani. You guys dah makan ke belum?”

“Dah uncle. Sofi pun dah makan. Dia tengah tidur. Biar dia dekat sini sampai dia lupakan perasaan marah dia. Let her cool down first. Esok Rohani suruh Sofi call uncle.”

“Alright Rohani. Thank you once again.”

“No problem uncle. Uncle sleeps peacefully. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” jawab Dato’Johari.

“Sofi, daddy bukan sengaja marahkan Sofi. Apa yang Sofi buat tadi memang keterlaluan. Liza, abang minta maaf. Abang tahu abang gagal didik anak tunggal kita.”


******************* 

“Mummy! Mummy! Don’t go! Jangan tinggalkan Sofi. Please!”

Rohani dan Christina yang tengah dibuai mimpi terkejut mendengar jeritan dari bilik sebelah. Tergesa-gesa mereka berdua masuk ke dalam bilik sebelah.

“Sofi. Bangun Sofi. Kau mimpi ni.” Rohani mengejut perlahan Sofia Amelia. Muka Sofia Amelia dibasah oleh peluh. Padahal biliknya sejuk. Mahu beku kalau terus berada dalam bilik itu untuk masa panjang. 

“Mummy! Don’t go!” masih meracau Sofia Amelia.

“Aduh. Macam mana ni? Aku risau Rohani. What if we call uncle?” cadang Christina.

“Are you mad? Tengok pukul berapa sekarang. It’s 2am. Tak akan lah nak ganggu uncle sekarang.” membantah Rohani.

“Sofi. Sofi.” Rohani mengejutkan Sofia Amelia tanpa berputus asa.

Perlahan-lahan Sofia Amelia tersedar dari mimpi. Meracaunya telah henti. 

“Dah. Sofi tidur tu. Biar aku teman Sofi. Kau pergi tidur Christina.” 

“Okay lah macam tu. Kalau ada apa-apa panggil tau.” sempat Christina berpesan dan keluar dari bilik.

Rohani turut berasa kasihan kat Sofia Amelia. Walaupun Sofia Amelia sombong, angkuh dan memerli dirinya, Rohani tidak pernah memarahi Sofia Amelia. Bagi Rohani, itu adalah perangai Sofia Amelia. Tidak boleh diubah. Perangai itu boleh diubah sekiraya Sofia Amelia yang sendiri mahu mengubah sikapnya.  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience