Debar. Itu perasaan yang dirasai Darris ketika inu. Setelah bertahun dia tidak menemui gadis yang pernah dicari itu, kini segalanya terlerai jua. Gafis itu memang seiras wajah isterinya.
Tapi dia tahu siapa Amanda sebenar. Hanya cuma sekarang dia mampu bersabar. Setelah semuanya selesai, dia telah dapat mengikat gadis itu semula. Itulah motif sebenar Darris mengahwini diri Amanda kali kedua.
Matanya melirik ke arah Amanda yang anggun berbaju kurung berwarna merah jambu muda. Kepalanya tersarung dengan tudung. Gadis itu benar-benar menawan. Jauh beza berbanding sebelum ini.
"Ehem... tak payah tenung Amanda tu lama sangat. Malam nanti tenunglah sampai berpinar mata tu." tegur Hazrul menyedarkan anaknya yang majlis akad nikah bakal bermula sebentar lagi.
Nafas ditarik dalam. Tok kadi yang diwakilkan bapa saudara Nuhayra mula bersuara. Suasana menjadi sunyi tatkala tumpuan diberikan kepada Darris.
Sah!
Lega Darris mendengar kalimah itu keluar daripada mulut saksi-saksi yang hadir. Tersenyum dia tatkala menyebut nama Nuhayra.
Nuhayra Amanda, nama itu mengingatkan pada Nuhayra, gadis yang pernah menjadi isterinya sebelum ini. Wanita yang pernah dia khianat suatu ketika dahulu sehingga gadis itu membawa diri jauh darinya sekian lama.
Sejak hari pertama dia bertemu dengan gadis itu semula, hatinya berdebar hebat kencang kerana dia merasakan kehadiran Amanda adalah wanita yang pernah menjadi isterinya. Amanda adalah Nuhayra. Namun fikirannya masih tertanya-tanya. Mengapa gadis itu seperti tidak mengingat dirinya?
Biarlah hal ini menjadi rahsia. Walau bagaimanapun benar Nuhayra tidak mengingat dirinya lagi, dia tetap akan rujuk semula dengan gadis itu walaupun mereka belum pernah bercerai. Hal yang sudah berlalu janganlah diungkit lagi. Bisik hati Darris.
"Ayra..." tangan dihulurkan pada isterinya. Darris memanggilnya dengan panggilan nama Amanda dulu.
Hati Amanda mendongkol geram. Walaupun hari demi hari yang membahagiakan Darris namun hari ini seumpama hari perhitungan dosa buat Amanda. Segalanya serabut.
"Salamlah, Ayra." gesa Naura apabila dia melihat Amanda buat-buat tidak tahu dengan Darris.
"Buat apa?" Amanda menjeling.
"Ni kan upacara batal air sembahyang."
"Aku dah kentut tadi."
Selamba jawapan itu membuatkan ramai orang ketawa. Wajah ceria kaum kerabat Darris yang menganggap Amanda buat kelakar membuatkan hatinya makin terbakar.
"Kau ni... salam jelah. Lepas tu cium tangan tu."
"Eiii! Aku taulah." tapak tangan Darris segera dikucup.
Giginya diketap kuat. Tiada seorang pun wajah tetamu dipandang. Hatunya benar-benar sedang mendidih.
"Cantiknya isteri abang." pujian Darris hanya menambah bara di hati Amanda.
Saat itu Amanda terasa seperti mahu menjerit dan mengesat semula bekas ciuman suaminya. Namun sedar dengan tumpuan orang ramai. Otaknya cepat memberi isyarat agar melakonkan drama.
"Abang pun apa kurangnya? Hensem sangat. Tak tahan saya tengok. Rasa nak gigit-gigit je." ujar Amanda.
"Nakal isteri abang ni, dahlah comel." balas Darris walaupun dia tahu kata-kata Amanda langsung tidak ikhlas.
"Abang lagi comel sampai buat hati sayang nak meletup je. Jom abang kita masuk bilik." rengek Amanda dengan suara yang begitu manjanya.
" Oi, Ayra. Elok sikit perangai tu. Depan orang ramai kut. " tegur Naura dengan suara separa berbisik.
Segalanya akan terlerai
Share this novel