TEMUJANJI bulanan Iris di hospital sering kali di temani Attar.Ke mana saja Iris pergi dia akan setia menemani.Kandungan Iris pun sudah sedikit membukit.Comel saja isterinya dengan baju mengandung.Macam-macam koleksi yang Attar beli.Teruja betul dia nak sambut anak sulung mereka.
Sejak alahan sudah hilang,kerja rumah Attar yang lakukan semua.Sayang sungguh dia pada Iris.Sampai tak bagi Iris buat kerja rumah langsung.
Masa nak masuk jumpa doktor,Iris bertembung dengan Intan dan bekas ibu mertuanya.Kandungan Intan nampak sarat benar.Mungkin sedang menunggu hari saja.Badan Intan pun semakin membulat.Tak macam Iris,perut saja yang kedepan tapi badan tetap macam tu saja.Kadang selera makan Iris juga lebih dari biasa.Hairan badan masih macam tu.
"Assalamualaikum..apa khabar Intan?"sapa Iris.Tak manis pula nak buat tak nampak.Sedangkan berselisih bahu.
Keduanya menjeling sakan.Tambah pula Iris di temani Attar.Siap pimpin tangan lagi.Bukannya Iris tak boleh jalan sendiri.Attar memang terlebih perhatin pada Iris dan anak dalam kandungan.
"Huh!!ada lagi rupanya.Ingat dah berambus balik kampung!Menyampah aku tengok muka!"desis Puan Yasmin dengan muka berlagak.
Salam Iris pun mereka tak jawab.
"Apa khabar Puan Yasmin?"sapa Iris pada Puan Yasmin pula yang berpaling ke arah lain.
"Aku ni makin bertambah sihat sebab nak dapat cucu dari menantu kesayangan aku ni."jawabnya angkuh.
"Alhamdulillah..."ucap Iris.Niat dia ikhlas nak menegur sapa Puan Yasmin dan Intan.
Tapi lain pula pandangan Intan dan Puan Yasmin pada Iris.Atas bawah mereka memandang sambil menjeling.
"Mampu ker kau nak bayar bil hospital swasta ni.Entah gadai tanah di kampung."sindir Intan sambil mencebik muka melihat ke perut Iris.
Dia sebenarnya cemburu bila tengok Iris ditemani suami tak macam dia.Setiap kali pemeriksaan ditemani Puan Yasmin.Harith sudah tidak mahu menemani dia.Bukan Harith tak nak ikut tapi setiap kali berdua pasti ada saja perbalahan antara mereka.Sebab tu agaknya Harith tidak mahu menemani dia.
"Kau nampak kan!Tak lama lagi Intan dengan Harith akan dapat anak.Lebih sempurna dan setaraf.Lepas ni cucu aku lahir, aku nak buat majlis berendoi besar-besaran."Puan Yasmin berkata dalam nada bangga dan berlagak sambil mencebik mulut.
"Alhamdulillah...Hajat Puan dah tercapai.Saya doakan semoga urusan bersalin Intan dipermudahkan."ucap Iris.Dia ikhlas tiada niat apa pun.
Tak sangka Puan Yasmin masih membenci Iris.Sikit pun tiada senyuman yang terbit dari bibir wanita itu.
Attar di sebelah dah naik geram.Iris pegang tangan Attar kuat sambil geleng kecil.Biarlah Puan Yasmin dan Intan nak cakap apa pun.Dia dah lali dengan manusia yang sombong dan bongkak di hadapannya.
"Kau tak payah nak tunjuk baik nak doakan untuk Intan!Kalau tak doa pun Intan ni mesti senang nak bersalin.Hospital mahal macam ni dah tentu layanan first class untuk golongan macam kami!Takut kau tu terberanak tepi jalan pulak sebab tak cukup duit nak bayar bil!" sindir PuanYasmin sambil di sambut ketawa mengekek oleh Intan.
Dalam hati,Attar dah panas membara.Rasa nak cilikan saja mulut mereka berdua.Senang saja cakap yang bukan-bukan pasal Iris.Manusia macam tu lah ada harta sedikit mula lah sombong,angkuh dan bongkak.Seolah dunia ni mereka yang punya.Mereka lupa Allah boleh tarik apa yang kita miliki sekarang bila-bila masa sahaja.
"Jom mama panas lah dekat sini...Baby Intan tak sabar nak makan steak dekat hotel.Kesian anak orang tu nanti keluar meleleh air liur sebab tak dapat makan makanan mahal..."sempat lagi Intan menyindir diikuti gelak tawa menyakitkan hati dari Puan Yasmin.
"Nasib lah Harith pilih Intan.Kalau orang lain tak tahu lah macam mana keadaan anak tu nanti..Kita golongan sama taraf ni hanya layak dengan segolongan saja!"sindir Puan Yasmin lagi.
"Intan,tahu Harith memang sayangkan Intan dari dulu lagi.Dia pun tak sabar nak tunggu anak kami lahir.Mesti comel sempurna macam Intan dengan Harith kan mama"sampuk Intan tak mahu mengalah.
"Jom lah mama..lepas makan kita shopping barang baby yang mahal-mahal.Orang tu mampu tengok saja lah!"kata Yasmin lagi.Puan Yasmin tersenyum bangga dengan menantu kesayangan dia.
Mereka terus berlalu pergi dengan ketawa yang sangat menyakitkan hati.Sengaja lah tu nak bagi Iris terasa.Hakikatnya sikit pun Iris tak terasa.
"Geram betul abang!Ada juga manusia yang lupa diri.Rasa macam nak koyak saja mulut orang macam tu!"Attar dah panas.
Iris cepat tarik tangan Attar.Digosok lembut tangan Attar bagi menghilangkan kemarahan.
"Biarlah abang..Itu mulut mereka.Allah nampak dan dengar.Biar Allah saja yang balas."kata Iris tidak mahu memanjangkan isu.
Attar hembus nafas panjang bagi meredakan kemarahan.Nasib isteri tercinta tolong sabarkan.Ikut hati nak lempang mulut dua beranak tak sedar diri tu.Bukan Attar tak tahu,duda Iris pun masih tergilakan Iris.Bukan sekali dua Attar nampak kereta Harith menunggu dekat tempat kerja Iris.Berkali-kali pula tu sejak mereka berkahwin.Attar sengaja buat tak nampak.Selagi Harith tak kacau Iris,dia masih boleh bersabar.
"Jom abang.Nurse dah panggil tu.Baby dah tak sabar nak tengok abi dia."kata Iris memujuk Attar.Attar senyum.Hilang segala adegan sebentar tadi.Memang dia teruja setiap kali nampak bayang bayi mereka di skrin komputer.Tak sabar nak tunggu saat Iris melahirkan anak mereka.
Selesai urusan di hospital,terus di bawa Iris jalan-jalan.Stress jumpa dua makhluk tak sedar diri.Sekali Allah nak uji baru tahu langit tu tinggi ker rendah.
"Sayang ni abang tengok masih boleh bersabar saja.Geram tau abang dengar bekas mertua sayang sindir-sindir macam tu.Dulu pun dia macam tu ker?"marah Attar tak surut lagi rupanya.
"Biarkan lah abang..Iris dah tak ada kaitan dengan mereka.Apa yang keluar dari mulut mereka,Iris dah pekakkan telinga."jawab Iris tenang sambik memotong kepingan isi ayam.
"Kalau abang lah..dah lama abang..."gumam Attar geram.Tak dapat Attar bayangkan saat Iris masih lagi menjadi menantu Puan Yasmin.Entah banyak lagi yang Iris makan hati dengan sikap bekas mertuanya.
Berdetup-detap gigi Attar berlaga di dalam.Meluap rasa marah pada dua makhluk tadi.Kalau Iris tak tahan tadi mau Attar kerjakan mereka berdua.Boleh patah riuk tulang mereka.Nasib mereka perempuan sahaja kalau lelaki dah lama Attar bagi habuan.
Melihat Iris makan berselera benar,hilang rasa amarah sebentar tadi.Tengok Iris gembira dan cukup menghilangkan resah di hati Attar.Dia pun tak mahu potong 'mood' isterinya kerana dua 'makhluk asing' tadi.Attar kembali tersenyum nipis.
"Sedap ker sayang?Abang nak rasa sikit.."pinta Attar sambil dekatkan muka ke hadapan Iris.
Iris angguk dan terus memotong kepingan ayam.Di celup ke dalam sos chicken cop lalu di suapkan ke mulut Attar.
Attar kunyah perlahan.Lebih terasa nikmat bila isteri tercinta yang suapkan.
"Sedap kan abang?"tanya Iris dengan mata dibesarkan sedikit.Secarik senyuman menghiasi wajah bakal ibu ini.
"Sedap sangat.Sayang habiskan dulu.Sekejap lagi kita pergi makan aiskrim."kata Attar.
Terus bersinar mata Iris.Tak sabar nak makan aiskrim pula.Memang selera Iris makin bertambah.Pantang sebut makanan mesti terus rasa lapar.Attar layankan saja keinginan Iris.Dia sebaik mungkin mahu membahagiakan isterinya.
Apa yang Intan cakap tadi memang tak betul.Attar lebih dari mampu untuk bayar bil hospital swasta Iris.Malah nak makan dekat hotel lima bintang pun Attar mampu.Takkan Attar nak bagitahu satu dunia berapa harta dan wang simpanan yang dia ada.Dia bukannya suka menunjuk kemewahan yang ada macam Puan Yasmin.
Share this novel