Explain

Romance Completed 28079

" Baik kau cerita dekat aku macam mana kau boleh berada di atas bumbung sekolah!" tanya Sofea terus kepada soalan.

"Ha ah...tempat tu kan berkunci!" kata Alya pula mula meragui.

"Lagipun tempat tu tempat Adam! Kunci pula ada dekat Adam dan satu lagi dekat pengetua. Tadi pengetua dah buka so kau dapat mana?" tanya Atiffa pula.

"Apa yang berlaku dekat atas?" tanya Alya.

"Kau borak apa?" soal Sofea.

"Kau -" Kata-kata Atiffa dipintas.

"Woo sabar kawan-kawan...satu-satu please! Mulut aku satu je! Soalan korang tu macam soalan exam lagi. Haih sabar! Satu-satu lah aku explain!" kata Nadia.

"Okay" jawab mereka serentak.

"Woo korang ni memang sehati sejiwa eh" tutur Nadia tidak percaya.

"Cepat lah!" arah mereka mula menggesa.

"Haih...Sebenarnya Adam tu nak minta maaf sebab kes haritu. So aku maafkan ja la. Then aku tanya la dia kenapa dia membenci aku? Apa salah aku? Then dia kata nak jawapan? Pergi ke bumbung sekolah waktu rehat. Dia bagi kunci kemudian. Aku lupa nak tanya dekat mana that why aku tanya korang" jawab Nadia dengan tenang.

"Wahhhhhh Adam minta maaf ? Serius ahhh!" kata Alya tidak percaya. Ehh tumbuk kang. Dah orang cerita taknak percaya pula.

" Yer...tadikan dia minta maaf juga dekat korang" kata Nadia.

"Aku ingat dia memain je tadi. Wah" kata Sofea pula masih meragui.

"Teruskan" kata Atiffa, menyuruh Nadia untuk terus bercerita.

" Dia benci aku sebab pengetua suruh aku pergi ke pertandingan international. Ala pertandingan di luar negara tu. Adam tu dah berlatih bersungguh-sungguh untuk pergi tapi musnah sebab aku. That why dia benci. Tapi aku dah bagitau dia...yang aku pon jumpa pengetua juga dan aku minta untuk hantar dua wakil dan alhamdulillah pengetua setuju. So settle" kata Nadia.

"Tu je?" soal Sofea inginkan kepastian.

"Haih korang ni! Satu lagi pula tentang pengawas. Cikgu Rosilah nak lucutkan jawatan Adam as K.P ( ketua pengawas) dan nak bagi jawatan tu dekat aku. Tapi aku tolak. Tak nak ah aku ! Dah la aku girl!" kata Nadia sambil menggelengkan kepala.

"Then? Cikgu Rosilah terima ke?" tanya Alya.

"Awal tu tak la...last-last cikgu suruh aku jadi penolong ketua pengawas hm. Cikgu bagi aku pilihan sama ada jadi ketua atau penolong. Better aku ambil penolong dari ketua!" kata Nadia sedih...huhu taknak pengawas!!

"Wauuuuuuuuuuuu! Yeayyyyy Nadia jadi Penolong KP! Yeay! Nadia jadi pengawas yeay!" sorak mereka gembira.

"Diamlah anak-anak oii!" kata Nadia sambil menutup telinga. Alahai bisingnya.

"Yeayyy!" jerit mereka lagi.

"Woi woi diam sikit." Adam mula bersuara.

"Adam...hahaha baik" kata mereka gembira!

"So apa hubungan kau dengan Adam?" bisik Alya perlahan.

"Kawan je" bisik Nadia kembali.

"Eleh tipu ah! Mesti lebih ann sampai berpeluk bagai!" bisik Sofea pula. Ish main bisik pula.

"Mana ada! we sudah la!" kata Nadia.. ala taknak la malu! Ish la Sofea ni! Gigit kang.

"Alehh sweet tau dak!" kata Atiffa sambil tersengih.

" Explain?" pinta Sofea.

"Haih waktu tu ada lipas...dia naik atas badan aku...aku pon apa lagi...jerit la, then aku berdiri sebab geli...waktu aku berjalan tu aku tergelincir then terjatuh...that why Adam sambut aku...kalau tak hm innalilalah" terang Nadia bersungguh-sungguh.

"Ohh wau...sungguh sweet ah...macam pasangan kekasih kan!" kata Sofea sambil menepuk tangan.

"Nak aku sepak ka?" kata Nadia serius. Sudah la siot...jap lagi muka aku merah satgi! Naya je.

"Haha Nadia blushing la!" kata Alya mengetawakan Nadia.

" Diamlah setan.. ha ni dah terkeluar dah" kata Nadia geram.

"Hahahaha" ketawa mereka. Eh dah la ketawa macam pontianak!

Kelas bermula seperti biasa apabila guru seterusnya masuk. Kelas akhirnya tamat dengan sesi pembelajaran subjek Bahasa Inggeris.

"We Nad...petang ni...padang jom? Berlatih" kata Adam menghampiri Nadia.

"Ah boleh je...jumpa lepas asar" ujar Nadia.

"Okey bye!" kata Adam sambil melambai-lambai tangan.

"Wauuuu boyfriend ajak dating!" kata Alya.

"Pungkor! Aku pergi berlatih la makcik oii. Pertandingan tu minggu depan je" tutur Nadia. Malas nak layan makcik bawang ni

"Hahaha eleh dating la tuw!" kata Sofea lagi. Suka betul menyakat!

"Malas nak layan korang...semak je" kata Nadia sambil mengemas begnya.

"Amboi setakat sekarang dah ada Adam...kami ditinggalkan" sakat Atiffa lagi.

"Haih korang ni dah la stop! Malas nak cakap!" kata Nadia.

"Hahaha ye la...kami minta maaf" ucap Sofea sambil memeluk Nadia.

"Hm...korang ni ..dah la jom balik! Aku masak dekat korang nak?" kata Nadia memberi idea.

"Kau pandai masak?" tanya Sofea.

"Eh of course la! Tengok tangan la! " kata Nadia sambil menunjukkan tangannya.

"Tapi bahan masakan tiada...so jap lagi kita pergi mall. Beli barang...hehe kau tahu la kitaorang mana pandai masak so tak dak barang dapur..." kata Atiffa jujur.

"Lagipon boleh kita beli baju pengawas kau" cadang Alya lagi.

"Ha ah! Aku terlupa!" kata Nadia sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Haha kau ni dah nyanyuk dah! Dah la jom! Kita pergi beli barang dulu...petang ni kau nak date pula" sakat Alya lagi.

"Sepak satgi!" kata Nadia sambil menunjukkan kakinya.

"Okok haha jom!" ajak mereka.

"Mall tu dekat ka nak jalan kaki?" tanya Nadia lagi.

"Naik kereta la! Aku dah call driver aku tadi!" kata Atiffa sambil berjalan keluar dari kelas.

"Oh okay!" kata Nadia mengikuti langkah mereka.

DI MALL

Nadia mengambil sehelai baju pengawas dan kain hitam. Sudah la tu je...nak beli barang masakan pula kan! Save duit sikit!

"Eh kenapa sepasang je...beli la dua!" kata Alya yang perasan Nadia hanya mengambil sehelai sahaja baju kurung.

"Erm aku nak simpan duit sama untuk beli barang dapur. Ye la aku yang nak masak kan?" kata Nadia jujur.

"Sapa kata kau bayar? Kami belanja la! Ambil tiga helai!" arah Sofea. Amboi tiga helai terus.

"We takpayah la! Haritu kan korang dah bagi telefon! Tak payah la...tak pa la aku balik basuh la" kata Nadia tidak mahu membebankan mereka.

Sofea hanya mengabaikan suara Nadia. Dia memanggil juru jual lalu mengarahkan mereka untuk mengambil tiga pasang baju dan kain serta kasut hitam. Dibeli blazer dan tali leher. Diambil juga kasut sukan untuk Nadia dan membeli lima pasang stokin. Alya dan Atiffa pula membeli barang dapur. Dibeli ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran juga buah-buahan. Mereka menganggap Nadia seperti tiada di situ. Ye la jap gi membebel je. Yang tu beli sedikit dah la...beli tu banyak la apa la mahal la! Haih!

"Thank we...aku ni bebankan?" ucap Nadia dalam nada sedih.

"Sama-sama...mana ada la...ala kau kan kawan kami. Lagipon kau kan bukan senang...so kami yang senang ni tolong la kau! Alaa takpe! Biar la!" ucap Alya jujur.

"Thanks weyh...korang la kawan aku...nanti bila korang susah atau perlukan bantuan dari aku...korang bagitau je la...aku okay! Kalau boleh tolong...aku tolong" kata Nadia sambil memeluk mereka bertiga.

"Ha ye la.. hehe" kata Alya.

"Dah jom balik! Jap gi kau nak masak...kau nak pergi berlatih pula! Goodluck tau!" kata Alya

"Hahaha okay...insyaallah sekolah kita akan menang!!!" kata Nadia bersemangat.

????????
maafkan saya! saya cakap nak update double/triple tapi harini banyak sangat kenduri! maaf ye! esok saya update banyak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience