Bab 7 : Susanna

Fantasy Series 1383

Felisa, Ronaldon, Roses dan lelaki yang menyertai mereka, Roland mulai bergerak ke kaki gunung, dengan semangat membara, apalagi sudah selesai bersarapan jam 6 pagi itu. Mentari berbangga memancarkan sinarnya memanaskan badan mereka ketika itu. Sesekali Roland mengeluarkan kipas kecil dengan perut kipas kecil itu mengandungi dua mini bateri.
“Jauh lagikah?”Kata Roses.
“Kalaulah kereta boleh dibawa mendaki gunung ni, sudah lama kita sampai,”Kata Roland.
“Masih jauh lagi rasanya,”Kata Felisa dan dia memandang ke serata tempat, melihat keindahan alam.
“Kita akan sampai ke puncak tengahari ni..teruskan berjalan,”Kata Roland.
“Ya,”Kata Felisa lagi.
Peluh membasahi pakaian dan sesekali mereka berehat di redupan pokok, sambil meminum air atau jus dan memakan buah-buahan serta roti dan salad dibeli oleh Roses. Felisa melihat keadaan langit hitam dan awan gelap berkumpul membentuk padang awan hitam.
Dari situ, Felisa menyedari ada sesuatu berlaku di puncak gunung. Seperti ada ribut kecil bercahaya di tengahnya.
“Apa terjadi?”Kata Ronaldon.
“Langit menjadi hitam,”Kata Roland.
“Adakah…”Kata Felisa.
Felisa bergerak memasuki suatu ruangan hutan, menghilangkan diri dari dilihat mereka. Roses ingin mengejar Felisa, tetapi Felisa sudah hilang entah ke mana.
Felisa meminta cincin emasnya memperlihatkan sayapnya dan dia terbang ke langit dengan cahaya datang dari badannya. Dia sengaja pergi ke tempat temannya tidak dapat melihatnya berbuat demikian.
Felisa tahu, tongkat itu ada di sana. Di puncak gunung.
Felisa mengepak sayap di ruang udara, hinggap di darat puncak gunung dan menyembunyikan diri di semak samun. Kelihatan ada 10 lelaki bersenjatakan senapang dengan seorang wanita berisi dan gempal memegang suatu tongkat besar, dengan permata hijau di hujungnya. Tongkat itu membentuk cahaya ke langit dan menyebabkan awan hitam berkumpul, merisaukan Felisa.
Tentu wanita itu mahu mengambil jiwa manusia lainnya, fikir Gelisah.
Itulah fungsi tongkat itu.
Felisa meminta cincinnya memberikan dia pertolongan tetapi cincin itu seperti putus asa pula. Tiada cahaya atau kuasa sakti dikeluarkan dari cincin, lalu terpaksalah Felisa bertindak sendiri. Felisa mencapai pisau kecil di poket, yang dibawanya dari rumah. Lalu dia mengembangkan sayapnya.
Sayapnya bercahaya dengan kumpulan manusia bersedia menembak Felisa dengan senapang. Felisa bergerak ke kiri dan kanan serta melambungkan pisau itu ke arah wanita yang memegang tongkat.
Wanita itu ditikam di bahagian dada dan rebah ke tanah. Orang suruhan kerisauan dan masih mencuba menembak Felisa, dengan senapang penuh peluru itu.
Tiba-tiba, Felisa merasakan cincinnya bercahaya terang bak bintang dan keluarlah asap putih membentuk anak panah menusuk badan musuhnya.
Tetapi sebelum Felisa dapat menangkis sebarang tembakan, kakinya telah dilemparkan pisau kecil. Arggg! Felisa meminta kepada cincin untuk mengubati dirinya dan sebelum dia dapat bergerak lagi, jaring besar dihumban ke arah Felisa, dengan sayapnya yang menjadi halimunan. Felisa tertangkap!
……….
“Dia di mana?”Kata Roland melihat awan semakin cerah.
Roses dan Ronaldon seperti tahu apa dilakukan Felisa dan mereka mempercepatkan langkah mendaki gunung itu, sehingga jam 11 lebih itu, mereka memasuki jalan curam pergi ke puncak. Tetapi sebelum dapat berjalan lebih lagi ke arah jalan itu, mereka bertiga bersembunyi di semak samun kerana ada beberapa orang lelaki membawa senapang mundar-mandir di luar gua kecil.
“Mereka siapa?”bisik Ronaldon.
“Entah.. adakah Felisa ditangkap?”Kata Roses.
“Saya tahu apa terjadi,”Kata Roland.
Roses dan Ronaldon berdebar dan memandang sesama mereka.
Sesungguhnya mereka tidak berani memecahkan rahsia Felisa bahawa dia seorang bidadari kayangan.
“Dia berjalan sendirian ke puncak ni kerana tak mahu menyusahkan kita bertiga dan merasai awan gelap tu disebabkan tongkat Delima Bulan tu, betul tak?”Kata Roland, berfikir sedalamnya.
“Hmm ya rasanya,”Kata Roses, mengaru kepala.
Tiba-tiba ada seseorang timbul dari jalan curam, mengangkat seorang gadis tidak asing bagi mereka dan diberi kepada dua lelaki masuk ke dalam gua gelap, dengan dua obor besar di genggaman tangan mereka.
“Felisa,”bisik Roland.
“Dia tertangkap,”kata Ronaldon, cemas.
“Kita mesti buat rencana,”Kata Roses.
Kemudian, setelah berbincang beberapa perkara, Roses datang ke arah dua lelaki, dengan lelaki itu bersedia menembak Roses, tetapi Roses menaikkan seluar panjangnya, sehingga terlihat paha putihnya. Lelaki itu menelan air liur, rambang mata melihat keseksian paha Roses.
Kemudian, keluarlah Roland dari semak samun, memegang pistol menembak lelaki itu, dengan Ronaldon membawa pisau besar bergelut dengan seorang lelaki di sebelah Roses.
Roses menolak musuhnya, kemudian Ronaldon menikam perut lelaki itu.
Mereka bertiga masuk ke dalam gua, mencari Felisa yang dibaringkan di tepi dinding, dalam keadaan tidak sedar.
“Fel?”Kata Roses.
Tiba-tiba, cincin emas Felisa bercahaya, keluar asap putih memasuki setiap kulit Felisa, lalu Felisa membuka matanya sambil mengosoknya.
“Apa terjadi?”Kata Felisa.
“Jangan risau kami dah kalahkan mereka,”Kata Roland.
“Mereka banyak di luar sana. kita kena ambil tongkat tu!”kata Felisa.
Badannnya yang luka disembuhkan melalui cahaya cincin di jemarinya, lalu Roland menekup mulutnya.
“Cincin tu…”Kata Roland, terkejut besar.
“Dia berbeda daripada kita,”Kata Ronaldon, kemudian, Felisa berdiri secepatnya.
“Mari ambil tongkat tu!”kata Felisa, lalu mereka bertiga mengangguk, bersemangat.
……….
Susanna turun ke bumi dalam waktu malam itu, dengan sayapnya menyinari alam tepi pantai bernama pantai Simpang Mengayau itu. Dilihatnya kapal-kapal nelayan di kawasan pasir, diikat talinya di batang kayu terpacak tinggi. Susanna tahu dia akan membantu Felisa mencari tongkatnya itu, bagi dibawa ke kayangan dan akan turun ke bumi seribu tahun kemudian.
Oleh itu amatlah istimewa kejadian dia turun ke bumi.
Usaha mendapatkan tongkatnya lagi dan membantu bumi berkembang dengan lebih baik, tetapi ada sesuatu berlaku.
Burung merpati turun dari awan yang terbuka luas, menjatuhkan kertas di tangan Susanna.
Susanna membaca ayat dalam kertas;
“Iblis Norman telah menjajah bumi,”baca Susanna, bergetar suaranya.
“Apa? tak mungkin,”Kata Susanna, mendongak ke langit kerana bukaan awan itu sudah hilang sambil dia berharap bidadari di kayangan mengetahui perasaan takutnya ketika itu.
Susanna memanggil burung merpati putih itu kembali melalui siulan mulutnya dan menulis ayat dalam kertas, kemudian, menyelitkannya di celah kaki burung itu.
“Berikan kepada dia,”Kata Susanna.
Susanna mengembangkan sayapnya dan terbang meredahi laut luas, menuju ke arah sebuah tempat bernama Painful Love. Kawasan tempat penuh orang beragama Buddha, di mana Susanna tahu ada kebaikan dia berada di sana.
Sekaligus, memberitahu kepada orang ramai akan kemurkaan dan kebimbangan raja bidadari di kayangan kerana tongkat itu telah hilang.
Susanna hinggap di luar sebuah tokong dan melihat dua gadis memasukkan lidi terbakar ke dalam mangkuk merah. Mereka berdua berdoa, dengan Susanna tersenyum di luar tokong.
Susanna mengucap suatu ayat dan tiba-tiba, tokong itu diserang desiran angin yang kuat menghentam dinding dan atap zink hitamnya.
Dua gadis itu ketakutan dan keluar dari tokong itu. Lalu Susanna timbul menyamar sebagai wanita menjual bunga, sambil memegang bakul tempat berisi pelbagai bunga.
“Kamu siapa?”Kata gadis comel kecil.
“Wahai gadis muda, beritahu keluarga kamu, bencana akan datang jika tongkat saya digunakan secara sembarangan,”Kata Susanna.
“Siapa kamu?”kata gadis yang lebih cantik dan kurus.
“Saya Susanna, tolong beritahu seluruh kampung yang bencana akan muncul, kamu pergi berhijrah ke tempat lain dan tunggu sehingga bencana surut,”Kata Susanna.
Susanna tahu satu hal.
Tempat Painful Love ialah tempat di mana dia kehilangan tongkat itu seribu tahun lalu.
Kemungkinan ada orang baik menyimpannya dan kemungkinan ada orang jahat mempergunakannya. Oleh itu, Susanna tahu suatu takdir.
Bencana akan datang jika tongkat itu menggunakan kuasanya mengambil jiwa manusia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience