"Anna!!! Anna!!!"
Aku yang sedang mengemop lantai terkejut dengan jeritan Qarl.
Mood singa dia da datang.
Dia datang dengan sebakul baju di tangan. Aku tak sempat nak basuh baju dia.
"Baju aku. Kenapa kau tak basuh?"
"Sorry, Qarl. Saya lupa. Tak sempat nak basuh baju awak."
Dia mengetipkan bibir.
"Alasan. Kau ingat eh, kau tu bukan tuan puteri kat rumah ni."
Aku mengeluh. Aku betul-betul terlupa. Bukan sengaja.
"Saya memang terlupa. Awak letak je kat tepi, nanti saya basuhkan."
"Tak payah. Buat keje pun lembap."
Aku tersentak. Dia ingat aku ni hamba abdi ke?
Sesuka hati je nak kerah aku buat itu ini.
"Suruh mengemas pun susah. Kau tu perempuan, patutnya da biasa buat semua ni."
Geramnya. Aku bukan isteri kau kena buat semua kerja rumah ni.
Aku cuma diam. Malas nak bertekak.
"Letak je kat tepi tu dulu, Qarl. Nanti lepas mengemop, saya terus basuhkan."
Dia menghempas bakul bajunya di depan aku.
Berhangin pulak mamat ni.
"Tak payah. Kau nak jadi orang gaji sangat kan. Buat jela apa aku suruh. Jangan nak merungut. Siapa suruh taknak jadi perempuan simpanan aku?"
Selambanya dia berkata. Aku juga jadi berhangin mendengar kata-katanya.
"Qarl... Aku lebih rela jadi orang gaji dari jadi perempuan simpanan kau. Kalau kau tak suka aku buat keje rumah, lebih baik aku duduk berkurung dalam bilik gelap tu."
Aku melepaskan batang mop di tangan. Berlalu meninggalkan ruang dapur. Menuju ke bilik gelap itu.
Meninggalkan dia yang terkaku dengan tindakan spontan aku.
Padan muka kau. Biar aku berkurung.
Aku menghempas pintu bilik gelap. Duduk bersandar di dinding katil.
Qarl Lee benar-benar melampau.
Aku benar-benar terasa hati. Dia seolah-olah nak kata aku ni lembap dan pemalas.
Tak hargai apa yang aku buat. Macamlah aku nak duduk sini sangat dengan kau.
Qarl memandang lama pintu bilik gelap itu. Dia kesal. Dia sudah membuat Anna terasa hati dengannya. Dia sengaja ingin mencuri perhatian Anna.
"Bos. Budak Anna tu da merajuk ke bos?"
Qarl menjeling tajam ke arah Shark.
"Kalau dia merajuk, susah la bos. Kena pujuk. Kalau tak, siapa nak kemaskan rumah ni? Siapa nak memasak? Susahlah macam ni."
Eh eh, Shark ni. Melebih pulak kau.
Aku dah buat Anna marahkan aku. Aduh, macam mana nak pujuk Anna? Minta maaf ataupun biarkan saja?
"Bos, pujuk la dia."
Sekali lagi aku menjeling tajam ke arah Shark. Nak mengajar aku pulak. Huhh.
Ah, biarkan jela dulu. Nanti pandai-pandailah dia sejukkan hati.
Aku kegelisahan. Bilik ni bukan sahaja gelap malah sejuk sangat.
Aku mengiringkan badan ke kiri. Lepastu ke kanan pula. Rasa tidak selesa. Mengada la badan aku ni. Selalu boleh je tidur macam ni.
Oh mungkin jadi mengada sejak Qarl memberikan aku akses untuk tidur di biliknya yang satu lagi kosong itu. Tilam yang lebih empuk dari ini.
Qarl takkan pujuk aku. Ego.
Jam sudah menunjukkan 9 malam. Anna masih juga tidak menunjukkan tanda-tanda mahu memunculkan diri dari bilik itu.
Minah ni power gak tahan lapar eh? Nak masuk pujuk dia ke tidak?
Qarl sedang berkira-kira. Mahu masuk atau tidak.
Mengapa dia mahu kasihankan Anna? Sendiri merajuk, pandai-pandailah pujuk hati kau sendiri.
Qarl Lee... Egonya sangat tinggi. Dia tidak suka dirinya tunduk pada perempuan. Lagi-lagi perempuan seperti Anna Adriana.
Entah kenapa, dia lebih suka melihat mimik muka wajah Anna.
Seperti satu kesenian.
Anna mengingatkannya pada seseorang. Seseorang yang menyebabkan kematian ibu bapanya. Hingga sekarang dia tidak akan sesekali mampu melupakan.
May. Perempuan tak guna tu. Angkara May ibu bapanya mati.
Disebabkan May, dia benci pada perempuan. May jahat. Tapi Anna lagi cantik dari May.
Eh, kenapa aku memuji Anna pula? Qarl cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Tidak mahu terganggu dengan perasaannya.
Perasaan? Tak mungkin...
Aku berguling. Menekan-nekan perut. Laparnya.
Qarl kejam. Taknak pujuk aku langsung. Takpe, takpe... Kejap lagi, aku keluar bilik senyap-senyap. Tunggu diorang semua tidur.
Seperti yang dijangka, ruang tamu kelihatan gelap. Aku membuka pintu bilik gelap itu secara perlahan-lahan.
Aku menjengketkan kaki agar tiada derapan kaki kedengaran.
Dan mula berjalan dalam kegelapan. Sampai di dapur, aku membuka pintu peti ais.
Nak makan apa eh dalam gelap?
Aku terpandangkan sebiji epal, buah ciku dan coklat cadbury yang dibeli Qarl semalam. Lantas, tangan mencapai kesemua itu dan sebotol mineral water.
Aku mahu bawa seludup masuk ke dalam bilik. Mengunyah secara rahsia. Tanpa diketahui sesiapa.
Sebaik sahaja aku menutup pintu peti ais. Terpacul wajah seseorang.
Pap!
Sebiji epal yang dipegangnya tadi terjatuh, betul-betul di hujung kaki orang itu.
Alamak! Kantoi. Curi makan.
Lampu dapur tiba-tiba dibuka. Terang benderang.
Seseorang itu adalah Qarl Lee. Mamat mafia ni tak tidur lagi.
Qarl Lee tidak mengukirkan senyuman langsung.
"Kau buat apa kat dapur malam-malam buta ni?"
Qarl menyergah aku.
Kur semangat. Kalau ye pun nak marah, kurangkan la volume suara tu.
"Err... Saya... Saya lapar."
Aku mencemikkan muka. Kena marah. Dahlah lapar.
"Kau curi makan. Tau tak apa hukum curi makan? Tu semua makanan aku beli dengan duit aku, bukan duit kau.''
Ala, berkiranya.
Lantas, aku meletakkan semuanya ke atas meja.
Mahu berlalu ke bilik tadi.
"Anna..."
Aku terhenti. Dia menyelar tangan aku.
"Aku tak kata kau tak boleh makan."
Habistu?
"Kalau kau lapar, aku masakkan nasi goreng atau maggi untuk kau. Nak?"
Bagai pucuk dicita ulam mendatang.
"Takpela. Lagipun dah malam."
Aku menolak. Malu-malu kucing pulak.
"Betul? Aku tengah offer ni. Karang tak pasal je kau pengsan. Mati kebuluran."
Dia ni penculik yang baik la. Belikan aku baju, siap nak masakkan untuk aku pulak sekarang.
Mamat ni suspicious.
"Mahu atau tidak? Last aku tanya."
Tawaran bakal ditutup sekejap lagi. Macam tak ikhlas je.
"Satu."
"Err..."
"Dua." Qarl mula membilang nombor.
"Ti..."
"Nak... Nak... Saya lapar."
Qarl akhirnya tersenyum kemenangan. Suka dia melihat wajah gelisah Anna.
"Nasi goreng atau Maggi?"
Sekali lagi Qarl bertanya.
"Nasi goreng."
Entah kenapa spontan aku menjawab.
"Okay. Tunggu sebentar."
"Aku masakkan special untuk kau. Aku buat sebab kau tebusan aku. Jangan nak perasan lebih. Bukan aku suka kau pun."
Eleh. Aku pun tak suka kau la. Mamat mafia tak guna.
Aku menjeling geram. Huhh.
"Duduklah dulu. Bagi aku 10 minit."
"Yela..."
Dan aku, mula berasa girang. Akhirnya, perut dapat diisi.
Aku memerhatikan Qarl. Cekap jugak dia memasak.
"Okay, da siap. Silakan menjamu selera."
Nampak enak. Aku meniup perlahan nasi goreng itu.
"Amacam?"
"Sedap... Pandai awak masak."
Qarl tersenyum bangga. Suka dipuji.
Aku boleh masakkan selalu untuk kau, sekiranya kau mahu tinggal dengan aku selamanya, Anna Adriana.
"So, kau da tak marahkan aku lagi pasal hal siang tadi?"
Aku terhenti makan. Memandangnya tajam. Siapa kata aku tak marah? Aku nak sambung merajuk kejap lagi.
"Awak dah buat saya terasa hati. Kejap lagi lepas makan, saya sambung semula merajuk."
Laju-laju aku mengunyah. Selesai makan, basuh pinggan. Aku memandangnya tajam.
"Jangan ingat kita dah selesai."
Lantas, berlari masuk semula ke dalam bilik gelap.
Qarl Lee terkaku. Dia menepuk dahinya.
Perempuan ni... Pelik la dia ni. Aku ingatkan dah setel.
Aduhai. Anna... Anna...
Share this novel