BAB 14

Romance Completed 497

Syairi sengih. Kantoi. “ Saya tipu tadi tu. Ni saya beli untuk awak. Janganlah marah eh? Saya ikhlas nak beli.”

Azalea menjenguk beg kertas yang diserahkan Syairi kepadanya. Terbeliak matanya bila melihat bukan sehelai baju-T yang ada dalam beg kertas tersebut tapi ada enam helai semuanya, dan dua pasang sweater. Serta seluar jeans.

“ Awak gila ke??”

“ Sebenarnya saya beli tiga je. Sehelai baju tu harganya RM15. Tiga helai baru RM45. Kedai tu tadi ada promotion. Beli tiga, percuma lagi tiga. Haaa sebab tu la banyak. Sweater tu pun buy one free one. Murah je sweater tu, RM20 je. Jeans tu pun RM19 je.” lancar sahaja mulut Syairi menipu Azalea.

Dia tahu kemungkinan untuk Azalea menolak semua pemberiannya adalah sangat tinggi jika dia berterus terang yang harga semua barang yang dia beli tu hampir mencecah RM800. Jadi, biarlah Azalea tidak tahu.

“ So, awak ambik je lah.” Syairi senyum. “ It’s a gift from a nice guy.”dia angkat kening dua kali sambil senyum berlagak.

“ Terima kasih.” Azalea tidak tahu lagi macam mana nak menolak bila Syairi bersungguh-sungguh ingin menghadiahkannya semua itu.

Syairi & Azalea

“ Kenapa kau nak stay kat sini, Syairi ?” Isqandar, pemilik Oui menuang Coca Cola ke dalam gelas berisi ais.

“ Sebab aku suka.” jawab Syairi bersahaja sambil tangannya sibuk mengatur tali-tali gitarnya.

“ Okey jugak lah kau stay sebab kau dah ada peminat kat sini. Ramai yang datang semata-mata nak dengar kau nyanyi.” tukas Isqandar seraya tersenyum. Dia sendiri merupakan salah seorang peminat Syairi yang bersuara husky itu. “ Tapi lately kau dah tak rock lagi eh? Apa cerita?”

Syairi tertawa kecil. “ The Idiot tu kan dah rock. Aku nak jugak try lain genre.” The Idiot merupakan band yang menggantikan band Syairi bersama-sama Kimi dahulu yang sudah berpindah ke Bougainvillea.

“ Ke kau dah jatuh cinta ni? Huhh?” Isqandar cuba untuk meneka isi hati pemuda yang nampak bersahaja tapi bahaya itu. Dia pernah menjadi saksi pemuda itu membelasah sekumpulan budak remaja yang datang Oui untuk buat hal. Ganas jugak Syairi ni.

“ I still sing a rock song what..”

“ A rock song yang dah dislowkan. But it’s nice actually. Especially yang tadi tu.. 30 Seconds To Mars’s punya The Kill slow version. Good job dude!” bahu Syairi ditepuk.

Syairi tersenyum, menerima pujian dari kawan yang merangkap bos nya itu. “ Kalau aku nyanyi One Direction punya lagu, kau pengsan tak?”

Isqandar yang sedang minum terus tersedak.

Syairi ketawa geli hati. Dia memang sudah menyangka reaksi Isqandar. “ Cool laa.”

“ Are you serious??”

Syairi angkat bahu. “ Anuar Zain’s songs pun not bad.”

“ Oh god! You’re in love. Syairi ’s in love, man!!”

Syairi tergelak cuma. Malas nak menyangkal kerana itulah sebetulnya. Hanya dengan mengingati atau menyebut nama Azalea sahaja sudah membuatkan hatinya tersenyum bahagia.

“ Who’s the lucky one?”

Syairi angkat bahu. “A girl.”

“ Apa punya jawapan daaa. Tahulah a girl! Specific! A model? Stewardess? Actress? Mesti hot kan? Body perghhh tak?”

Pertama kali berjumpa dengan Azalea, gadis itu hanya memakai sweater yang sudah koyak dan juga jeans serta kasut yang tidak kurang lusuhnya. Kalau dia bagitau Isqandar pasal tu rasanya mahu pengsan si Isqandar ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience