3.Kerana duit

Crime Series 1643

*Hensem juga aku ni kadang-kadang, hahahaha* kata ku dalam hati sambil menghadap cermin bilikku..

“Ha ni nak smart2 nak pergi mana ni lang, nak cari kakak ipar untuk ika ye"? sergah adik ku secara tiba-tiba masuk dalam bilik.

“haish kau ni ika, terkejut alang dibuatnya, takdalah, alang ada kerja sikit kat luar ni, ha yang kau ni, takda benda lain ke nak buat. mak jah bagi apa tu? jawabku dengan nada yang agak tinggi disebabkan terkejut dengan sergahan adikku tadi.

“Ala lang, macam biasa, ayam masak kicap, hmm alang ni asyik kerja je, ika boringlah kat rumah ni takda teman nak berborak" balas adikku dengan nada merajuk.. eee nak suruh pujuk lah tu.

Aku dekat pada ika dan aku usap kepalanya. “Ika,alang keluar mencari rezeki untuk kita berdua, ika kena ingat, kita ni takda sesiapa lagi dah, alang nak kita berdua hidup mewah, nanti bila dah cukup modal, kita pindah rumah yang baru ye"jawabku perlahan dan lantas aku mengucup lembut dahi adikku itu.

Aku berjalan perlahan menuju ke pintu...

“Alang, ika sayang dekat alang, ika taknak alang buat kerja yang tak berfaedah tau, janji tau.. " kata ika dengan seukir senyuman di bibirnya,

“Ya ika, Jangan risau ya, alang pergi dulu, assalamualaikum..

Aku melangkah perlahan turun ke bawah, kata-kata ika tadi terngiang ngiang di fikiran ku, kata yang pendek tapi cukup menusuk kalbu..

“Ha sampai pun, da jum kita hantar barang dekat ajak, lepas tu kita pergi jumpe seseorang" sapa Azam padaku yng sedang termangu memikirkan sesuatu..

*kereta azam perlahan-lahan meninggalkan flat mentari dan terus jalan melalui lorong kecil itu.. Aku menoleh kiri dan kanan...

“Hoi kau dah kenapa pandang kiri kanan, cari mangsa baru ke? Soal Azam.

“Eh xdalah, aku saja je ushar2 mana tahu awek lalu ke" jawabku, tapi bukan itu yang aku maksudkan,tiada kelibat budak kecil yang aku jumpe pagi tu, mungkin pergi tempat lain kot(aku mengagak)..

*Setelah seharian kami keluar menghantar barang yang orang order, azam hantar aku ke flat balik*...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience